21 March 2016

Rihla Alam Maya

Lama tertangguh dan ditinggalkan platform yang satu ni.

Kerja, dan kebanyakan masa yang lain sebab melayan kerenah manusia. Itu la antara sebabnya.

Bila sampai semula di sini ramai yang dah mati.

Aku rasa selepas ini aku akan mengembara di padang gersang yang terpahat kenangan yang dah tak dijenguk orang.

Rihla yang ini bukan apa-apa. Bukan untuk kaut untung, jauh lagi untuk jadi bangsawan.

Apa yang diluah, dilontar dengan getaran suara hati sebenarnya itulah perjalanannya. Kita cari siapa kita dalam susun madah dan ungkap yang tersembunyi sejuta enigma.

Rihla sambil berkhalwah.

Harap akulah buyung yang riang dan bukan pak tua yang menangis sendiri.

Cubaan

1. Al-Baqarah, ayat 286

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.

2. Al-Ankabut, ayat 2-3

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?

Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.

3. Kawan Abah

Hidup ni kena ada masalah juga sekali-sekala.

4. Jose Mujica

Manusia lebih banyak belajar tentang sesuatu bila mereka dalam keadaan susah. Berjuang, memiliki impian, kalah, bertarung dengan realiti - semua perkara ni la yang memberikan makna kepada hidup kita.

5. Pok Mil

Ore jate keno kuat.