29 March 2015

Takdir pertemuan dan perpisahan

Takdir manusia dengan manusia yang lain ni,tak ubah macam garisan-garisan yang diukir dengan kalam.

Kadang-kadang dua garis bertemu pada satu titik silang, kemudian berpisah,bawa haluan masing-masing.

Ada juga dua garis bertemu pada satu titik silang,kemudian bercantum menjadi satu.

Ada garis yang bertemu pada satu titik silang, kemudian berpisah, kemudian bertemu semula, dan berpisah semula.

Ada garis yang selari, tak bertemu sampai infiniti.

Ada yang bercantum di titik silang, bercantum menjadi satu buat seketika tapi akhirnya berpisah juga.

Tak kira la garis siapa pun yang bersilang dengan garisan hidup kita, sama ada kemudiannya bercapah berpisah, atau akhirnya bersatu dengan garisan hidup kita, masing-masing dipertemukan dengan kita atas tujuan yang tertentu. Ada sebab tertentu. Sebab sifat sia-sia tu mustahil bagi Tuhan, dan mengingkari zat ketuhanan kalau kejadian tu berlaku dengan sia-sia.

Mudah cerita, different people were going to provide us different things in life. Macam tu la.

Jadi bila dah faham hakikat takdir pertemuan dan perpisahan tu macam ni, tak ada apa yang nak dikesalkan tiap kali kita berjumpa atau berpisah dengan orang lain.

28 March 2015

Menunggu

Aku rasa,kebanyakan usia manusia ni banyak habis untuk tujuan menunggu sesuatu.

Menunggu tamat zaman sekolah.

Menunggu selesai pengajian.

Menunggu panggilan kerja.

Menunggu orang lain.

Menunggu balasan cinta - bila dah diluah,adakah bersambut. Kalau bersambut adakah untuk dijaga & dihargai atau dilempar ke tepi.

Menunggu retribusi menggentarkan akibat kesalahan silam mahu pun baru.

Menunggu makbulnya kegembiraan, rezeki, hibah dan ketenangan yang diminta dari Tuhan.

Yang menunggu selepas berusaha, berbahagialah kamu. Yang menunggu saja-saja, ingatlah kalam Tuhan Mu yang bersumpah di atas nama masa.

22 March 2015

RM10

Pagi tadi,sebelum masuk tandas di RnR Temerloh, aku terfikir, perlu ke aku beli sekotak rokok semata-mata untuk lepaskan gian sekadar sebatang dua je?

Bila belek duit dalam dompet, ada RM40. Aku pun lawan nafsu jahat aku tu dan batalkan niat jahat tadi. Last sekali aku hisap rokok dalam bilik kecil Xanax dekat tingkat 2 Kompleks Teruntum,minggu lepas atau dua minggu lepas.

Aku pun masuk ke tandas.

Keluar dari tandas, aku tergerak untuk seluk poket belakang jeans aku. Rupanya dalam poket tu ada resit Maybank, dan sehelai not RM10.

Macam mana ada duit RM10 dalam poket belakang seluar aku tu?

Lepas tu aku teringat siang sebelumnya, masa aku nak bersalam dengan Pakcik Sahadan. Masa tu kenduri menyambut menantu Pakcik Sahadan. Aku gulung duit RM10 dalam tapak tangan kanan, sebelum hulur tangan untuk bersalam dengan Pakcik Shahadan.

Tiba-tiba masa nak bersalam,orang tua tu kilas tangan aku. Dia tak nak. Lepas tu aku dan abah berborak sekejap dengan bekas ketua unit D9 tu, ada sorang lagi pakcik yang kena kilas tangan masa nak bersalam dengan Pakcik Sahadan.

Walaupun duit aku dah jadi RM50,aku tetap tak beli rokok pagi tu.