22 March 2015

RM10

Pagi tadi,sebelum masuk tandas di RnR Temerloh, aku terfikir, perlu ke aku beli sekotak rokok semata-mata untuk lepaskan gian sekadar sebatang dua je?

Bila belek duit dalam dompet, ada RM40. Aku pun lawan nafsu jahat aku tu dan batalkan niat jahat tadi. Last sekali aku hisap rokok dalam bilik kecil Xanax dekat tingkat 2 Kompleks Teruntum,minggu lepas atau dua minggu lepas.

Aku pun masuk ke tandas.

Keluar dari tandas, aku tergerak untuk seluk poket belakang jeans aku. Rupanya dalam poket tu ada resit Maybank, dan sehelai not RM10.

Macam mana ada duit RM10 dalam poket belakang seluar aku tu?

Lepas tu aku teringat siang sebelumnya, masa aku nak bersalam dengan Pakcik Sahadan. Masa tu kenduri menyambut menantu Pakcik Sahadan. Aku gulung duit RM10 dalam tapak tangan kanan, sebelum hulur tangan untuk bersalam dengan Pakcik Shahadan.

Tiba-tiba masa nak bersalam,orang tua tu kilas tangan aku. Dia tak nak. Lepas tu aku dan abah berborak sekejap dengan bekas ketua unit D9 tu, ada sorang lagi pakcik yang kena kilas tangan masa nak bersalam dengan Pakcik Sahadan.

Walaupun duit aku dah jadi RM50,aku tetap tak beli rokok pagi tu.

No comments: