08 June 2014

Exodus dalam mencari katarsis






Dalam umrah dan ziarah yang tak sampai 2 minggu di Makkah & Madinah aku berharap akan ada peristiwa berlaku dekat sana ke atas aku. Peristiwa yang akan menemukan aku dengan katarsis agung yang akan mengubah hidup aku selama-lamanya.

Tapi tak ada apa yang berlaku. Atau dah berlaku tapi aku tak sedar. Atau katarsis bukan untuk semua orang. Atau katarsis tu suatu perjalanan,bukan destinasi.

Sekarang bila dah balik semula ke rutin hidup yang Allah dah tetapkan untuk aku, mungkin sebenarnya apa yang Allah nak sampaikan pada aku, teruskan hidup dan baiki apa yang cacat dan salah selagi hawa nafsu belum mati,selagi nafas belum terhenti, selagi jasad belum tertinggal dan sebelum kesucian yang ada kembali kepada Pencipta, bak kata Gusti Adipati.


5 comments:

aliaaroslan said...

alhamdulillah dah selamat balik.

pergi dengan tabung haji ke?

karl said...

haah kak alia,dengan tabung haji :)

drnotts said...
This comment has been removed by the author.
firdaus m said...

salam dan syukur alhamdulilah.

doakan aku ke sana juga

karl said...

Waalaikumussalam,

insya Allah. aku doakan juga kat sana semua kawan2, tak kira la kawan yg berjumpa muka @ kawan2 yg berjumpa kat blog,twitter je. ko pun doalah sekali.