09 March 2014

Penantian

Insiden kehilangan pesawat MH 370 sejak jam 2:40 am 8 Mac lepas mengingatkan aku pada sebuah cerpen yang berjudul Rahsia. Cerpen tulisan Shazmee Rizal Agus Salim,seorang engineer MAS dan juga anak kepada penulis Mahaya Mohd Yassin.

Cerpen tu berkisarkan bagaimana Amar,seorang bekas juruterbang mengambil masa sepuluh tahun untuk menerima hakikat yang anak dia, Zulfakar dah meninggal dunia. Secara ringkasnya Amar dan Zulfakar sedang menaiki kapal terbang yang bermasalah, di mana Amar bertungkus lumus dengan pilot in charge ketika itu untuk mendaratkan pesawat dengan selamat. Pesawat tu berjaya mendarat,tetapi disebabkan berlakunya kebocoran minyak pesawat tersebut meletup dan Zulfakar terkorban dalam letupan tersebut. Berasa trauma dan tertekan kerana gagal menyelamatkan anak beliau,akibatnya Amar merayau dan berkeliaran di sebuah lapangan terbang yang telah ditinggalkan kerana beliau merasakan anaknya masih hidup. Setelah sepuluh tahun,akhirnya Amar "berjumpa" dengan Zulfakar semasa malam hujan lebat, di mana Zulfakar menjelaskan kepada Amar bahawa dia telah lama pergi; Amar harus terus meneruskan hidup dan memaafkan dirinya sendiri.

Sebagaimana Amar yang terseksa akibat penantiannya, aku rasa macam tu jugalah perasaan sanak saudara,keluarga bahkan seluruh rakyat Malaysia sekarang ni. Aku harap penantian semua orang pada waktu ni akan berakhir juga,tak kiralah apa pun penamatnya.


2 comments:

Dahlia Ali said...

Salam,

Memang best cerpen Rahsia tu. Sampai sekarang saya masih mencari buku antologi cerpen tersebut, tapi still tak jumpa.

karl said...

Waalaikumussalam,

kalau di kedai buku mungkin tak ada. mungkin dalam stor buku teks sekolah menengah,ada lagi tersimpan.