02 January 2014

Bughah

Bughah ni bahasa Arab. Dalam bahasa Melayu kalau ikut terjemahan JAKIM maksud dia pemberontak.

Bila ekonomi tak dikawal selia dengan baik sampai harga barang melambung naik, sampaikan seorang ayah terpaksa merompak sebab nak beli susu anak, seorang penuntut terpaksa melacur untuk bayar yuran belajar, seorang anak kecil terpaksa mencuri sebab lapar dan kemudian secara kolektif rakyat menyuarakan bantahan di atas kepayahan yang ditanggung akibat kesilapan pemerintah (dan juga kesilapan sesetengah rakyat tu sendiri yang pilih pemerintah yang baghal) - itu bukan bughah. 

Memprotes kerajaan yang ditadbir oleh sekumpulan manusia yang bila jadi orang besar dengan angkuh dan tanpa hati perut menjawab keluhan rakyat dengan jawapan - harga daging naik,beli ayam atau kalau tak suka lalu jalan bertol, lalu jalan lain - itu pun bukan bughah.

Bughah tu kalau seorang pemimpin yang adil,warak,menjaga kemashalatan rakyat dan kemudian kamu himpunkan segala tenaga untuk menjatuhkan pemimpin tu. Itu yang aku faham la.

Kalau adalah darah yang tumpah akibat fatwa kamu, Harussani, maka aku doakan darah yang tumpah tu memberatkan timbangan amal mereka sampai mereka masuk syurga.

Some things you must always be unable to bear. Some things you must never stop refusing to bear. Injustice and outrage and dishonor and shame - William Faulkner

3 comments:

firdaus m said...

http://beyondthispunkt.tumblr.com/post/72211064113/sodom-into-the-skies-of-war-2013-the-chorus

waktu aku baca pasal bughah ni, aku tgh melayan album sodom baru, especially lagu into the skies of war.

ko tau, muammar gaddafi antar jet fighter untuk bom pendemo yg bantah dia....masa mula tunjuk perasaan, which turns into an upscale war yg membunuh dia.

bashar al asad hantar helikopter mi-23 serang pendemo, then benda demo tu terus jadi upscale war sampai skrg.

label2 org bughah ni la yg drive people into the skies of war.

karl said...

aku tak rasa jadi perang pun.tak perlu sejauh tu menjilat lubang dubur pemerintah.

firdaus m said...

good point :)