12 January 2014

Nota Kecil XVIII

1. Allah

-  Sesekali bila aku buka tv yang dah berusia 17 tahun, dan buka pulak channel media prima yang berjenama tv3suku, kesimpulannya isu kalimah Allah ni tak habis-habis lagi.

-  Aku rasa tak perlu la aku berlagak macam aku tau serba serbi & menambahkan lagi chaos dalam sistem yang dah terbukti tengah berkecamuk sekarang. Korang ambik la masa sikit dengar ape yang Ustaz Robby cakap dalam video kat bawah ni. Terpulang kalau korang nak setuju ke tak.


2. Sambung belajar


-  Kalau lepas ni tak jadi jugak,aku malas dah nak apply. Malu. Dah berapa kali call,jumpa Prof Mansor & Prof Yahya.

3.  Berani

-  masa ni sebenarnya cepat je berlalu. Kalau ada apa-apa yang kau nak buat, kau buat jela. Jangan tunggu-tunggu dah. Itu pesan kawan aku,merangkap kurang lebih macam abang aku jugak.

-  boleh,insya Allah.

4.  Nikotin

-  perangai bangang yang satu ni aku rasa aku dah dapat berhentikan dah.

-  harap-harap dapat la istiqamah sampai mati.

5.  Mencari diri

-  sebenarnya Khir Rahman dah bagitau dah dalam filem Anu Dalam Botol. Nak cari diri sendiri ni takkan terjumpa kalau ikut hawa nafsu.

- pergi balik kampung. Jumpa mak abah, berborak dengan dorang pasal kisah-kisah lama. Kisah-kisah sebelum,semasa dan selepas kau lahir. Jumpa orang-orang yang pernah bertandang dalam hidup kau. Insya Allah jumpa la balik.

-  tak payah nak poyo sangat nak jadi penganut existentialism, nihilism dan ism2 yang lain. Tak perlu menjelajah ke ruang dalam yang lagi jauh menyesatkan.

-  kalau nak pergi jugak, pastikan otak tu sentiasa berfikir. Kalau nak jumpa jalan balik.

4 comments:

aliaaroslan said...

Sambung masters - Doa, bro. Moga dikuatkan semangat. Amin.

karl said...

Terima kasih kak :)

Wadi AR said...

patut dah lama tak nampak kau kat twitter. tahniah wei. semoga kejayaan mengiringimu disana.

karl said...

Aku rasa aku dah terlalu tua untuk mengarut kat twitter. cukuplah. hehe.