15 February 2013

Inersia

"Ko nak aku kenalkan ko kat Ayu? Dia tu baik, peramah..ecehh," Ah Chong bercakap serius dengan nada bergurau. Masa tu kitorang..tengah berborak dari atas katil masing-masing, dalam samar cahaya lampu dari luar koridor. Masa tu mungkin dalam setahun lepas aku kena reject dengan Wani.

"Tak payah la Chong, aku ni bukan orang baik," Aku balas kat Ah Chong.

"ko ni try la dulu," Ah Chong macam buat-buat nak pujuk.

"Hari tu masa psychology test, ko tau tak level of agressiveness aku, 9/10. Aku.." belum sempat aku habis cakap Ah Chong potong aku.

"Dah tu,berubah la! Takkan selama-lama ko nak buat perangai baran macam tu?" Ah Chong tinggikan suara dia, kali ni dia bercakap serius dengan nada serius dan tegas. Aku terdiam.

Sekarang dah 9 tahun berlalu. Dan aku teringat kata-kata Cikgu  Fathul, cikgu Fizik aku.

"Inersia ni maksud mudahnya, degil,"

09 February 2013

Yang terbaik

Bila berdoa mengharapkan perkara yang terbaik terjadi pada kita, pertama sekali kita kena faham, yang terbaik tu bukan bermaksud kita bakal dapat apa yang kita nak.

Kita mungkin dapat sesuatu yang mengecewakan kita. Dapat sesuatu yang menjadikan gila dan separuh mati,dan adakalanya menjadikan kita nanar dan luluh.

Tapi yang terjadi itulah yang terbaik untuk kita.

Aku rasa nampaknya aku bakal bertembung dengan kifarah yang panjang dan menyakitkan. Ampunkan aku Ya Allah.