15 December 2013

Nota Kecil XVII

1. SoSIAL media

- Hari pertama aku buka akaun facebook, takde sape pun dalam senarai kawan. Kawan-kawan lain berkelintaran kat friendster,tagged,myspace.

- Hari pertama aku buka akaun twitter aku meroyan sorang-sorang. takde followers dan tak follow sesiapa.

- Hari ni semua orang ada facebook. semua orang ada twitter. 

- Semua orang mula meroyan pasal kehidupan dorang serupa macam aku buat masa aku mula-mula kenal akaun-akaun media sosial tu.

- Dan bila meroyan tu sampai tahap membuli,berliberalisasi tanpa kawalan aku rasa makin nak muntah tengok timeline.

- So, hai blogger! Kita berjumpa lagi.

- Aku dah tutup akaun twitter aku. Dah la. Cukup-cukup la meroyan. Dah tua,sudahlah.

2. Musim nikah

- Aku cakap kat mak aku, ikut mak la kalau mak berkenan kat sapa2,aku ikut je. Aku redha dah.

- Mak abah aku cakap, sabar..jangan terburu-buru. Jangan main hentam. Kau nak cari orang yang nak hidup bersama sampai akhir hayat kau.

- Terima kasih mak & abah.

3. Kerja

- Bila dah isi borang transfer ni biasalah macam-macam hal. Kawan yang dulu baik pun tiba-tiba boleh jadi sarkastik tahap mokhsya. 

- Salah aku jugak. Sepatutnya aku tak patut jadi rajin dan buat rajin. Kalau buat malas je tak la kecewa sangat semua orang.

- Aku ada rancangan hidup aku sendiri,brader. Macam korang yang dah ada macam-macam hasil perancangan yang bermacam-macam.

- Kalau pasal transfer ni pun boleh buat korang nak marah bermusuh dengan aku, takpela. Aku cari la kawan lain.

4. Rokok

- Satu hari aku hantar sms kat kawan yang encourage aku merokok masa kerja kat Sibu dulu. "Tahniah naik U44. Check emel ko esok" 

- "Terima kasih. Awek macam mana,sihat? HAHAHA" kawan merokok pun balas sms aku.

- Pukimak kau. Mentang-mentang ko dah jumpa jodoh,akhirnya takdir hidup aku jadi bahan gelak kau rupanya.

- Cancel nak beli tiket flight kat Kuching bulan Mac 2014. Sori brader. Lu bukan kawan.

5. Wishlist

- Nampak gaya bab beli rumah & sambung belajar jela yang aku mampu buat takat ni.

- Sabar jela.

7 comments:

smbotak said...

4.
dia msaih lagi kawan seperokok, sebab tu gurauan dia berbunyi begitu...

~* chirpy_chummy *~ said...

akan ada pada suatu masa, kita akan mudah terasa dengan gurauan bodo seperti itu. dan aku pun macamtu. haha utk diri sendiri.



jom la, kita kenal kenal. manatau ada jodoh. haha lagi.

firdaus m said...

hahha karl, tu da ada nk kenal tu.

BungQ said...

welkom back karl...

karl said...

Botak: kawan tetap kawan. ada kawan baik, ada kawan tikam belakang. ada kawan menyinggung kawan. takpela kadang2 aku pun buat baik, tikam & singgung kawan2 aku jugak

chirpy: aku dah tua lah. kau nak kenal orang tua cam aku ni?

firdaus: kalau ko scroll blog aku ni banyak dah aku expose pasal diri aku. tak sanggup la pulak nak buat biodata style majalah mangga, auwww!

BungQ: selamat :)

~* chirpy_chummy *~ said...

Apa kau fikir, orang tua tak layak berkawan dengan orang muda?

hrmm..

kalau macam tu, mungkin aku patut tuakan umur aku la kot - baru kau nk berkawan? hihi

karl said...

chirpy: hai chirpy :)