09 July 2013

Nota Kecil XVI

1. Hidup

- hidup ni satu perjalanan, bukan satu destinasi. Sama la jugak dengan subset bagi kehidupan tu macam kesedihan, kegembiraan, ketakutan.

- ada masa kita tinggalkan perkara rutin untuk buat perkara lain. Macam-macam sebab. Sebab bosan, sebab marah, sebab letih.

- aku rasa panjang sangat dah berehat. Sekarang sampai masa dah untuk terus berjalan lagi

2. Material

- dulu aku tak berapa faham kenapa orang yang dah berjaya, tak kira la berjaya kumpul duit, atau kumpul kertas sijil universiti berterusan buat benda yang sama berulang-ulang. Dah kaya tambah kekayaan. Dah pandai tambah kepandaian.

- sekarang mungkin aku dah start faham. Bukanlah dorang nak sangat pun kumpul benda-benda duniawi ni. Tapi kalau dorang tak buat benda tu,apa lagi dorang nak buat?

- kalau ko rajin cari harta, ko dapat harta banyak. Ko rajin belajar, ko dapat la kertas sijil bersepah-sepah.

- macam aku la, aku rajin jugak cari jodoh, tapi jodoh tak datang jugak. Banyak sangat variables,hukum dan prinsip yang kena comply. Sampai tahap fed up jugak la.

- berlainan pulak dengan hukum cari harta,pangkat & kedudukan ni. Hukum dan prinsip dia mudah je. Ko rajin, ko dapat. Jodoh tak macam tu.

- patutnya dari awal lagi aku sedar benda ni.

3. Ramadhan

- selamat menyambut Ramadhan. Selalunya masa ni la boleh berlatih nak jadi orang baik.

- dah dua Ramadhan aku jadi orang jahat. Cukup la kot. Jadi orang baik la pulak.

4. Kerja

- kerja sekarang ni, termasuklah suasana kerja banyak mendorong aku jadi orang yang tak guna, lembab dan pemalas.

- aku patut masuk hospital balik kot.

5. Buku

- agak-agak kalau aku tulis buku, aku patut tulis novel ke atau buku ilmiah yang sempoi?

- yang bab ni aku mintak pandangan korang jugak la. Tolong aku weh!

4 comments:

firdaus m said...

salam, selamat menyambut ramadan.

ko wat buku ilmiah sempoi. at least aku beli. org lain aku x tau haha.

yg kau blog2 ni, kau compile yg mana power, pastu bukukan kot, tanya abg lensarosak amacam (terfaktab media mungkin ada cable ngan lejen press sbb dulu sama opis).

firdaus m said...

op. pasal jodoh jgn risau bro.

one thing bro, mmg dlm agama tu ada tuntutan kahwin.

tapi imam ghazali yg tulis ihya ulumiddin, imam nawawi yg tulis riyadhus shalihin, imam bukhari dan imam muslim yg tulis kitab hadis, pejuang islam jamaludin alafghany, masing2 pun tak kahwin..tp pasal depa byk sumbang usaha atas ilmu dan jihad masing2 la.

moga Tuhan mempermudahkan kita atas urusan yg Dia rasa sesuai untuk kita, Tuhan kan Maha Mengetahui <--sorry la bunyi preaching pasal tgk ko tulis cam frust je.

firdaus m said...

penulisan komen kt atas tu silap susunatur.

the right wording is, org2 alim tu pun Tuhan tak rezekikan mereka jodoh.

Mungkin, sebab jodoh dan family-life tu satu tanggungjawab berat, belum tentu dpt pikul.

bila Tuhan tak bagi rezeki jodoh kt mereka, so mereka kurg "beban" dan mudah sikit mereka atas usaha bagi benefit kat org lain.

aku da 31 woi, x kawin lg, tensen mcm kau juga, tapi argument kt atas tu at least bg peace of mind sikit. tu yg share ngn ko ni.

Nur Yana said...

ilmiah sempoi. atau try cerpen. dlm cerpen blh masukkan ilmiah sempoi skali. lol. cth penulisan mcm tuh andrea hirata ngn saharil conteng.

ramadhan ada 30 malam utk berjaga dan minta jodoh pada tuhan.