02 April 2013

Mai Pen Rai, Uda

Uda ni adik aku yang nombor dua. Cara berfikir dia kalau dibawak berbincang dalam sesetengah perkara, memang cara berfikir yang matang. Cuma masalahnya Uda ni malas, susah nak dengar nasihat orang, dan kadang-kadang mengikut sangat perasaan dia. Yang bab susah nak dengar cakap ni la yang buat aku letih dan kadang2 sakit hati dengan Uda ni.

Bayangkan nak isi borang UPU, aku la yang isikan. Borang SPA dia pun aku jugak.

Sebulan lepas Uda dapat interview untuk training separa perubatan SPA. Interview hari isnin. Hari Ahad tu kat kampung, aku tunggu Uda yang tak balik-balik rumah lepas keluar dari pagi. Dah malam dekat pukul 10 baru la sampai rumah. Aku punya la geram. Malam tu aku membebel panjang. Esok nak interview, interview dekat Kuantan pulak. Merayau je kerja, ini sijil tak prepare lagi, lepas tu nak study lagi pasal kerja. Habis membebel aku suruh Uda berkemas, naik kereta aku. Tapi Uda berkeras taknak, dia cakap dia nak bawa motosikal dia. Aku yang geram dan marah terus start enjin kereta, pastu pecut laju ke Kuantan. Perjalanan yang selalunya ambik masa 3 jam tapi malam tu aku sampai Kuantan lepas drive selama 2 jam.

Jam 5 pagi baru Uda sampai ke rumah sewa aku. Lepas bersiap ala kadar, susun fail semua, aku pun hantar Uda ke tempat temuduga. Kami sampai awal, sempat la nak breakfast dulu. Aku cakap kat dia, tak payah risau sangat. Rilek jela, jangan gelabah sangat. Lepas hantar Uda ke tempat temuduga, aku pun balik sekejap ke ofis. Ade pulak perhimpunan bulanan. Lepas habis perhimpunan bulanan aku mintak izin dengan bos nak ambik Uda balik dari tempat temuduga.

Sampai kat sana Uda tengah minum dekat kedai kami sarapan tadi. Aku tanya Uda, macam mana interview. Dia cakap soalan interview senang je. Tapi soalan yang last buat dia menangis. 

"Apa harapan awak kalau awak dapat kerja ni?"

Dalam tergagap-gagap menjawab dengan suara tersekat-sekat, Uda cakap dia harap dapat baiki taraf hidup dia. Dapat sambung belajar. Dan Uda pun meluahkan perasaan betapa susah hidup dia bekerja kat Nilai sana. Mata dia berair. Tak tau la sebab tak cukup tidur ke atau sebab dia sedih. Aku terbayangkan macam mana la susah hidup yang Uda lalui. Adakah makan meggi je. Adakah minum air paip je. Aku terdiam. 

Minggu lepas aku check emel Uda & semak dekat website SPA. Alhamdulillah Uda lulus temuduga tu. Allah dah makbulkan doa aku. Kemudian aku pesan kat Uda, solat la. Sebab Allah dah tolong kau.

Mungkin result exam ko tak power, tapi takpe. Mai pen rai, Uda. Never mind. Kita orang susah, dah tak kisah susah. Bersyukurlah dengan ape yang Allah bagi.


No comments: