15 February 2013

Inersia

"Ko nak aku kenalkan ko kat Ayu? Dia tu baik, peramah..ecehh," Ah Chong bercakap serius dengan nada bergurau. Masa tu kitorang..tengah berborak dari atas katil masing-masing, dalam samar cahaya lampu dari luar koridor. Masa tu mungkin dalam setahun lepas aku kena reject dengan Wani.

"Tak payah la Chong, aku ni bukan orang baik," Aku balas kat Ah Chong.

"ko ni try la dulu," Ah Chong macam buat-buat nak pujuk.

"Hari tu masa psychology test, ko tau tak level of agressiveness aku, 9/10. Aku.." belum sempat aku habis cakap Ah Chong potong aku.

"Dah tu,berubah la! Takkan selama-lama ko nak buat perangai baran macam tu?" Ah Chong tinggikan suara dia, kali ni dia bercakap serius dengan nada serius dan tegas. Aku terdiam.

Sekarang dah 9 tahun berlalu. Dan aku teringat kata-kata Cikgu  Fathul, cikgu Fizik aku.

"Inersia ni maksud mudahnya, degil,"

2 comments:

Wadi AR said...

degil ada macam macam. degil baik takpa

Firdaus M. said...

Haha lek aa..aku paham...mcm ko takut hurt org unintentionally bila baran oh?

Yg kes thyroid itu hari tuan doktor x wat apa2 dan put under " watchful waiting"....huhu.