15 December 2013

Nota Kecil XVII

1. SoSIAL media

- Hari pertama aku buka akaun facebook, takde sape pun dalam senarai kawan. Kawan-kawan lain berkelintaran kat friendster,tagged,myspace.

- Hari pertama aku buka akaun twitter aku meroyan sorang-sorang. takde followers dan tak follow sesiapa.

- Hari ni semua orang ada facebook. semua orang ada twitter. 

- Semua orang mula meroyan pasal kehidupan dorang serupa macam aku buat masa aku mula-mula kenal akaun-akaun media sosial tu.

- Dan bila meroyan tu sampai tahap membuli,berliberalisasi tanpa kawalan aku rasa makin nak muntah tengok timeline.

- So, hai blogger! Kita berjumpa lagi.

- Aku dah tutup akaun twitter aku. Dah la. Cukup-cukup la meroyan. Dah tua,sudahlah.

2. Musim nikah

- Aku cakap kat mak aku, ikut mak la kalau mak berkenan kat sapa2,aku ikut je. Aku redha dah.

- Mak abah aku cakap, sabar..jangan terburu-buru. Jangan main hentam. Kau nak cari orang yang nak hidup bersama sampai akhir hayat kau.

- Terima kasih mak & abah.

3. Kerja

- Bila dah isi borang transfer ni biasalah macam-macam hal. Kawan yang dulu baik pun tiba-tiba boleh jadi sarkastik tahap mokhsya. 

- Salah aku jugak. Sepatutnya aku tak patut jadi rajin dan buat rajin. Kalau buat malas je tak la kecewa sangat semua orang.

- Aku ada rancangan hidup aku sendiri,brader. Macam korang yang dah ada macam-macam hasil perancangan yang bermacam-macam.

- Kalau pasal transfer ni pun boleh buat korang nak marah bermusuh dengan aku, takpela. Aku cari la kawan lain.

4. Rokok

- Satu hari aku hantar sms kat kawan yang encourage aku merokok masa kerja kat Sibu dulu. "Tahniah naik U44. Check emel ko esok" 

- "Terima kasih. Awek macam mana,sihat? HAHAHA" kawan merokok pun balas sms aku.

- Pukimak kau. Mentang-mentang ko dah jumpa jodoh,akhirnya takdir hidup aku jadi bahan gelak kau rupanya.

- Cancel nak beli tiket flight kat Kuching bulan Mac 2014. Sori brader. Lu bukan kawan.

5. Wishlist

- Nampak gaya bab beli rumah & sambung belajar jela yang aku mampu buat takat ni.

- Sabar jela.

04 September 2013

Silap

Semua orang pernah, sedang dan akan buat silap. Manusia bukan macam Malaikat.

Antara silap aku ialah bila sign pencen umur 60 tahun. Apa sangat la boleh buat kalau kerja lebih dua tahun pun daripada orang yang pencen umur 58?

01 August 2013

Maaf

Selamat menyambut Hari Raya. Mohon maaf atas kesilapan yang tak boleh diundur semula


09 July 2013

Nota Kecil XVI

1. Hidup

- hidup ni satu perjalanan, bukan satu destinasi. Sama la jugak dengan subset bagi kehidupan tu macam kesedihan, kegembiraan, ketakutan.

- ada masa kita tinggalkan perkara rutin untuk buat perkara lain. Macam-macam sebab. Sebab bosan, sebab marah, sebab letih.

- aku rasa panjang sangat dah berehat. Sekarang sampai masa dah untuk terus berjalan lagi

2. Material

- dulu aku tak berapa faham kenapa orang yang dah berjaya, tak kira la berjaya kumpul duit, atau kumpul kertas sijil universiti berterusan buat benda yang sama berulang-ulang. Dah kaya tambah kekayaan. Dah pandai tambah kepandaian.

- sekarang mungkin aku dah start faham. Bukanlah dorang nak sangat pun kumpul benda-benda duniawi ni. Tapi kalau dorang tak buat benda tu,apa lagi dorang nak buat?

- kalau ko rajin cari harta, ko dapat harta banyak. Ko rajin belajar, ko dapat la kertas sijil bersepah-sepah.

- macam aku la, aku rajin jugak cari jodoh, tapi jodoh tak datang jugak. Banyak sangat variables,hukum dan prinsip yang kena comply. Sampai tahap fed up jugak la.

- berlainan pulak dengan hukum cari harta,pangkat & kedudukan ni. Hukum dan prinsip dia mudah je. Ko rajin, ko dapat. Jodoh tak macam tu.

- patutnya dari awal lagi aku sedar benda ni.

3. Ramadhan

- selamat menyambut Ramadhan. Selalunya masa ni la boleh berlatih nak jadi orang baik.

- dah dua Ramadhan aku jadi orang jahat. Cukup la kot. Jadi orang baik la pulak.

4. Kerja

- kerja sekarang ni, termasuklah suasana kerja banyak mendorong aku jadi orang yang tak guna, lembab dan pemalas.

- aku patut masuk hospital balik kot.

5. Buku

- agak-agak kalau aku tulis buku, aku patut tulis novel ke atau buku ilmiah yang sempoi?

- yang bab ni aku mintak pandangan korang jugak la. Tolong aku weh!

01 July 2013

Hujan

Tika hujan turun bersama sendu
Kuakui kekalahan ku

- Batu Rakit, 1 Julai 2013

15 April 2013

Jodoh pertemuan

Allah pertemukan kita dengan seseorang tu mesti ada sebab.

Macam aku yang dah berjumpa dengan macam-macam orang. Ade yang jadi guru aku. Ade yang jadi kawan aku.

Dan ada yang jadi musuh aku.

Ada orang yang didatangkan pada aku sebagai ujian. Ada yang didatangkan untuk menggembirakan hidup aku. Ada yang didatangkan pada aku yang menyebabkan aku menangis, baca yasin kat luar ICU sepanjang malam dan menyebabkan aku sedar betapa memang kau tak ada tempat lagi nak mintak tolong melainkan pada Allah.

Aku harap perempuan yang Allah pertemukan dengan aku kali ni, inilah jodoh aku.

"Sabar la abang. Doa banyak-banyak. Sekarang Tuhan juga tempat mau minta tolong," pesan terakhir sorang lelaki yang berlainan akidah dengan aku, sebelum dia dan mak dia tinggalkan aku, Mak dan Abah kat ruang menunggu OT Hosp Kuala Lumpur 4 tahun lepas.

02 April 2013

Mai Pen Rai, Uda

Uda ni adik aku yang nombor dua. Cara berfikir dia kalau dibawak berbincang dalam sesetengah perkara, memang cara berfikir yang matang. Cuma masalahnya Uda ni malas, susah nak dengar nasihat orang, dan kadang-kadang mengikut sangat perasaan dia. Yang bab susah nak dengar cakap ni la yang buat aku letih dan kadang2 sakit hati dengan Uda ni.

Bayangkan nak isi borang UPU, aku la yang isikan. Borang SPA dia pun aku jugak.

Sebulan lepas Uda dapat interview untuk training separa perubatan SPA. Interview hari isnin. Hari Ahad tu kat kampung, aku tunggu Uda yang tak balik-balik rumah lepas keluar dari pagi. Dah malam dekat pukul 10 baru la sampai rumah. Aku punya la geram. Malam tu aku membebel panjang. Esok nak interview, interview dekat Kuantan pulak. Merayau je kerja, ini sijil tak prepare lagi, lepas tu nak study lagi pasal kerja. Habis membebel aku suruh Uda berkemas, naik kereta aku. Tapi Uda berkeras taknak, dia cakap dia nak bawa motosikal dia. Aku yang geram dan marah terus start enjin kereta, pastu pecut laju ke Kuantan. Perjalanan yang selalunya ambik masa 3 jam tapi malam tu aku sampai Kuantan lepas drive selama 2 jam.

Jam 5 pagi baru Uda sampai ke rumah sewa aku. Lepas bersiap ala kadar, susun fail semua, aku pun hantar Uda ke tempat temuduga. Kami sampai awal, sempat la nak breakfast dulu. Aku cakap kat dia, tak payah risau sangat. Rilek jela, jangan gelabah sangat. Lepas hantar Uda ke tempat temuduga, aku pun balik sekejap ke ofis. Ade pulak perhimpunan bulanan. Lepas habis perhimpunan bulanan aku mintak izin dengan bos nak ambik Uda balik dari tempat temuduga.

Sampai kat sana Uda tengah minum dekat kedai kami sarapan tadi. Aku tanya Uda, macam mana interview. Dia cakap soalan interview senang je. Tapi soalan yang last buat dia menangis. 

"Apa harapan awak kalau awak dapat kerja ni?"

Dalam tergagap-gagap menjawab dengan suara tersekat-sekat, Uda cakap dia harap dapat baiki taraf hidup dia. Dapat sambung belajar. Dan Uda pun meluahkan perasaan betapa susah hidup dia bekerja kat Nilai sana. Mata dia berair. Tak tau la sebab tak cukup tidur ke atau sebab dia sedih. Aku terbayangkan macam mana la susah hidup yang Uda lalui. Adakah makan meggi je. Adakah minum air paip je. Aku terdiam. 

Minggu lepas aku check emel Uda & semak dekat website SPA. Alhamdulillah Uda lulus temuduga tu. Allah dah makbulkan doa aku. Kemudian aku pesan kat Uda, solat la. Sebab Allah dah tolong kau.

Mungkin result exam ko tak power, tapi takpe. Mai pen rai, Uda. Never mind. Kita orang susah, dah tak kisah susah. Bersyukurlah dengan ape yang Allah bagi.


05 March 2013

syurga

Katakanlah kepada mereka yang masih mencari syurga di bawah timbunan puntung, abu, dan botol yang bergelimpangan.

Tak ada syurga di situ. Yang ada cuma kesengsaraan.

Susah. Pedih dan sepi tu menyesatkan. Kena lawan la.

15 February 2013

Inersia

"Ko nak aku kenalkan ko kat Ayu? Dia tu baik, peramah..ecehh," Ah Chong bercakap serius dengan nada bergurau. Masa tu kitorang..tengah berborak dari atas katil masing-masing, dalam samar cahaya lampu dari luar koridor. Masa tu mungkin dalam setahun lepas aku kena reject dengan Wani.

"Tak payah la Chong, aku ni bukan orang baik," Aku balas kat Ah Chong.

"ko ni try la dulu," Ah Chong macam buat-buat nak pujuk.

"Hari tu masa psychology test, ko tau tak level of agressiveness aku, 9/10. Aku.." belum sempat aku habis cakap Ah Chong potong aku.

"Dah tu,berubah la! Takkan selama-lama ko nak buat perangai baran macam tu?" Ah Chong tinggikan suara dia, kali ni dia bercakap serius dengan nada serius dan tegas. Aku terdiam.

Sekarang dah 9 tahun berlalu. Dan aku teringat kata-kata Cikgu  Fathul, cikgu Fizik aku.

"Inersia ni maksud mudahnya, degil,"

09 February 2013

Yang terbaik

Bila berdoa mengharapkan perkara yang terbaik terjadi pada kita, pertama sekali kita kena faham, yang terbaik tu bukan bermaksud kita bakal dapat apa yang kita nak.

Kita mungkin dapat sesuatu yang mengecewakan kita. Dapat sesuatu yang menjadikan gila dan separuh mati,dan adakalanya menjadikan kita nanar dan luluh.

Tapi yang terjadi itulah yang terbaik untuk kita.

Aku rasa nampaknya aku bakal bertembung dengan kifarah yang panjang dan menyakitkan. Ampunkan aku Ya Allah.

14 January 2013

Ego, nafsu dan logik

Manusia ni bila lahir ke dunia akan lahir bersama dengan macam-macam dugaan. Dan kadang-kadang dugaan paling besar bagi kebanyakan orang ialah diri dorang sendiri.

Bagi penganut kitab God Delusion ataupun agama Pastafarian yang percaya pada Flying Spaghetti Monster, manusia ni lahir dengan ego, nafsu dan logik. Aku tak bercadang nak mengulas dari sudut psikoanalisis style Sigmund Freud, cukup la dengan istilah yang mudah - ego, nafsu, logik.

Ramai orang yang waras, boleh berfikir logik, boleh mengatur hidup dengan terurus bila dorang boleh control ego dan nafsu dorang dengan menggunakan logik. Sebagai contoh, Abu sorang laki tak hensem yang sedar diri dia tak hensem, tapi dalam masa yang sama nafsu seks dia kuat. Dia nak dan berkeinginan nak kahwin, ak beromen, nak dapat anak. Tapi dia tak hensem dan takde orang nak kat dia. Walaupun dia bergaji RM6000 sebulan dan ade banyak duit berbanding mat-mat rempit yang tiap-tiap malam bawak awek bonceng kat belakang, tapi tetap takde awek yang minat kat dia. Dia terasa nak ajak awek dan kawan perempuan yang dia kenal untuk kahwin, tapi dia takut kena reject, jadi dia diamkan je. Dalam hati dia rasa nak romen dengan perempuan, tapi dia tak nak merogol orang, sebab dia tak nak masuk penjara. Dia pun tak nak melanggan pelacur sebab takut nanti kena AIDS. Jadi logik yang ade sebagai langkah selamat, Abu pun download klip video lucah & gambar perempuan seksi, dan kemudian tiap-tiap hari dia beronani.

Gaji Abu RM6000 sebulan, tolak installment rumah RM1300 maka gaji dia berbaki RM4700 sebulan. Abu pun berfikir nak tukar kereta Proton yang dia pakai sekarang, nak pakai kereta yang lagi canggih. Kalau beli Honda Civic, kena bayar installment RM1300 sebulan. RM4700 tolak RM13000, tinggal la RM3400. Tapi kalau beli Honda City atau Vios TRD, baru RM900 sebulan. RM4700 tolak RM900, tinggal RM3800. Dari segi logik pakai Honda City atau Vios TRD lagi jimat duit, tapi Honda Civic tu jenama yang melambangkan status anak muda berkerjaya yang hebat. Duit insurans pun hebat jugak bila kena renew roadtax kat hujung tahun. Maintenance lagi, tambah pulak Honda ni cilakenya setiap 5000 km dah kena servis. Jadi mana lebih penting, menggunakan logik untuk memilih kereta yang menjimatkan belanja atau pilih kereta yang ada style, dan menonjolkan diri sebagai sorang yang bukan loser?

Jawapan untuk konflik macam yang dialami oleh Abu tu ade jawapan yang tepat. Setiap orang boleh bagi jawapan, tapi logik ni tak ubah macam graf markah SPM, boleh dianjak ke kiri ke kanan. Logik kadang-kadang bersangkut dengan moral, moral pulak ada macam-macam tafsiran. Disebabkan kelemahan ni lah turunnya Zabur, Taurah, Injil, Al Quran, suhuf. Ada rasul, nabi. Mengekang nafsu dan ego ni peperangan yang terus berlanjutan walaupun semua rasul dan nabi dah takde, walaupun sekarang tinggal Al Quran je yang tak berubah isi kandungan.










12 January 2013

Revolusi

Orang Perancis buat revolusi untuk gulingkan raja yang zalim. Akhirnya dorang dapat negara republik.

Fidel Castro buat revolusi untuk halau imperialis Amerika. Akhirnya Cuba merdeka daripada Amerika tapi dijajah oleh Castro.

Malaysia...orang Malaysia penakut. Takkan ada revolusi kat Malaysia. BN confirm menang jugak pilihanraya nanti.

Aku rasa aku patut join Pemuda UMNO kot pasni. Senang dapat projek, dan senang nak projek dengan anak dara orang. Amacam?