29 August 2012

Jiwa Hamba

Bila makin dewasa, makin meningkat usia, maka pengalaman dan pengetahuan pun bertambah.

Zaman kanak-kanak dulu bila dah nak dekat dengan tarikh 31 Ogos, sedikit sebanyak berasa jugak perasaan bersemangat timbul dalam diri aku. Aku tak tau kenapa perasaan bersemangat tu timbul, mungkin sebab waktu tu aku kecik lagi. Ye la, yang aku tau bila 31 Ogos, orang berarak, berkumpul kat padang, menjerit perkataan merdeka, pastu nyanyi lagu-lagu patriotik.

Bila dah makin membesar, makin banyak cerita belakang tabir di sebalik simbol tarikh 31 Ogos tu, rasa makin hambar pulak perasaan. Takde lagi semangat yang timbul. Yang timbul cuma perasaan keliru, keliru sebab berfikir tentang betul ke fakta yang aku tau pasal kemerdekaan ni, betul ke aku, keluarga aku, kawan-kawan aku, jiran, seluruh manusia kat Malaysia ni dah merdeka?

Tak kisah la. Cuma bila orang sibuk bercakap pasal merdeka, aku akan kerap teringat pasal sajak tulisan Allahyarham Usman Awang. Sajak yang ditulis merentasi batas masa, yang membuatkan aku rasa luahan perasaan dia tu masih lagi relevan walaupun dah ditulis lebih 62 tahun.

Jiwa Hamba (Usman Awang)

Termenung seketika sunyi sejenak
Kosong di jiwa tiada penghuni
Hidup terasa diperbudak-budak
Hanya suara melambung tinggi
Berpusing roda beralihlah masa
Pelbagai neka hidup di bumi
Selagi hidup berjiwa hamba
Pasti tetap terjajah abadi
Kalau hidup ingin merdeka
Tiada tercapai hanya berkata
Ke muka maju sekata, maju kita
Melemparkan jauh jiwa hamba
Ingatkan kembali kata sakti
Dari bahang kesedaran berapi
Di atas robohan Kota Melaka
Kita dirikan jiwa merdeka

27 August 2012

rules of lab

Sesi pembelajaran kat dalam makmal sains ni perkara biasa untuk aku, satu masa dulu. Dari zaman sekolah rendah sampai la universiti, gerenti ada je masa aku kena masuk makmal.

Kat dalam makmal ada peraturan. Contoh peraturan makmal macam kat dalam gambar bawah ni (dicilok dari fb Analytical Chemistry Techniques)




24 August 2012

raya tahun ni

raya tahun ni..aku dapat kenal balik sape diri aku dulu. belajar pasal hidup, kedewasaan.

 tq kawan2 sebab tak putus asa lagi dgn gua.



 
dulu geng 13 gagak hitam. skang tinggal 3 je.

20 August 2012

merenung semula diri

Seperti yang diceritakan oleh penulis blog Faithcraft Productions, penulis Kemenyan Zine & jugak merupakan band black metal legend Malaysia, Black Fire

Bulan Ramadhan ini membuka ruang kebajikan dan rahmat seluruh alam. Tidak kira muslim atau kafir ( mereka yang tidak percaya, itu maksudnya) menjadi terpanggil untuk melakukan amal bakti. Hari ini Institut Perguruan (Kampus Perlis) seramai 19 orang yang hampir kesemua pelatih adalah ‘mereka yang tidak percaya’ datang membuat kerja-kerja khidmat sosial dan menaja jamuan berbuka puasa di House of Death. Mengapa saya mengelar tempat saya bertugas sebagai House Of Death?

Ini kerana ia adalah destinasi terakhir semua klien saya. Ini adalah rumah kematian bagi kutu rayau, pengemis, pesakit mental dan warga emas yang tersisih dan tiada waris. Urusan saya adalah menyediakan keperluan terakhir mereka. :)

Seringkali setiap kali ada lawatan, kerja sosial atau ramah mesra, saya akan memberi taklimat mengenai pengurusan rumah ini dan seringkali saya ‘impressed’ kan pelawat-pelawat wanita dengan cerita lucu mengenai kematian dan penyakit mental. Dan setiap kali saya saya membuka ruang untuk pertanyaan. Hanya soalan-soalan biasa sahaja ditanya.
Pagi ini pelatih guru India bertanya; Bagaimana perasaan encik bertugas di sini? Adakah encik gembira bertugas disini? Maksud saya adakah hati encik gembira?

Saya sebenarnya terkejut dengan pertanyaan ini. Jauh dalam hati saya terus teringat bro Shah Kirit yang berpesan, kalau anda di sektor kerajaan dan berpeluang bercakap dengan ‘mereka yang tidak percaya’ teruslah anda share Islam kepada mereka. Guna cara yang berhemah dan ringkas dan bijaksana.

Saya menjawab pertanyaan tadi dengan senyuman dan dengan gugup, “ setiap orang mempunyai kerjaya impian mereka sendiri. Begitu juga saya, saya telah mencuba berbagai-bagai bidang perkerjaan. Malah saya pernah bercita-cita untuk menjadi guru seperti adik-adik sekelian. Tetapi gagal.

Walaupun saya menjauhi dari bekerja dalam bidang sosial ini, secara misteri saya tetap ditentukan untuk berkerja di sektor ini. Ini adalah ketentuan Tuhan juga. Pada mulanya saya bertugas mendidik juvana, saya gembira dan serasi dengan tugas demikian walaupun kadangkala saya merasa pelatih juvana lebih baik dari saya di usia remaja saya dahulu. (semua ketawa).

Kemudian, tanpa diduga saya ditempatkan di sini pula. Menjaga pengemis, kutu rayau, pesakit mental dan warga emas. Tipu jika saya kata saya gembira dengan tugas ini. (semua mencebik bibir).

Tetapi kami orang Islam ada bezanya sedikit dengan kamu. Nabi kami menetapkan kerja juga adalah ibadah. Maknanya status kerja itu sama penting dengan sembahyang. Jadi apabila kita redha dan bersyukur dengan jalan yang telah ditetapkan untuk kita. Kita tahu ini suatu tugas yang dipertanggungjawabkan oleh Tuhan.

Jadi, kini saya gembira.”

Sesi taklimat berakhir dengan jawapan aku tadi. :)

Aku rasa lega lepas baca cerita brader ni. Tq bro.

13 August 2012

Selamat Hari Raya



Kita merungut terlalu banyak, sebab kita tak tahu ada kehidupan yang lebih pedih kat luar sana.

01 August 2012

Serabut

Dah 2 tahun kerja, aku teringat balik masa zaman universiti dulu. Zaman di mana bekas dekan fakulti beria-ia meyakinkan aku, kursus yang aku sedang belajar masa tu dan karier yang menunggu pada masa akan datang merupakan kursus dan karier yang berwibawa, special, berperanan besar. Sampai satu tahap tiap2 semester akan ada sesi semua student daripada tahun 1 sampai final year pakai labcoat ramai-ramai pastu baca sumpah/ikrar code of conduct. 

Dari awal lagi aku tau semua tu sekadar bullshit. Yang aku predict masa awal2 masuk jadi student bila aku pilih bidang kerjaya aku sekarang ni bila kerja nanti akan ada konflik dengan bidang kerjaya..yang satu lagi. Dan bila aku tengok dekan fakulti yang separuh hindu mamak separuh melayu tu beria sakan promote pasal integrity, dignity of the profession, aku dah boleh agak - these people, have gone through multiple inferiority complex problem dan dorang seakan berusaha untuk mengelakkan generasi seterusnya menderita macam dorang.

Masa start kerja dan menjangkaulah ke hari ni, rasanya yang selalu aku nampak profesion aku ni walaupun kononnya diiktiraf sebagai kerjaya profesional, yang selalu terjadi kitorang ni jadi macam tebu, dah diperah habis keringat dibuang hampas. Sorilah nak telan hampas, kena ludah lagi ada la. Dan bila tebu dah menjalar banyak menjadi semak, semak-semak tebu tu pun dibakar tanpa rasa belas langsung. Tebu ni tak macam pokok buah lain macam durian, dokong dan sebagainya. Taraf tebu ni elok sikit je dari lalang.

Cuma seronoknya bila berada dalam kerjaya yang so-called profesional ni aku dapat lihat bermacam jenis kejelikan - macam mana atas nama agama, bangsa dan profesionalisme orang buat duit, orang tolong orang tipu orang, orang pijak/tindas orang, orang yang buat tak peduli pasal kejahilan orang lain. Mungkin nanti bila sampai masa aku tenggelam jauh dalam inner circle yang ganas ni aku akan dapat tengok banyak lagi perkara memualkan macam yang aku tulis tadi sampai satu tahap aku akan muntah hijau, tapi bila dah muntah terlalu banyak aku akan jadi suka pada muntah aku sendiri dan akhirnya sampai ke tahap makam yang tertinggi, di mana aku akan jadi manusia yang jilat, sedut dan hirup muntah aku yang dah jatuh berpuluh tahun lepas dan sanggup pulak jilat muntah orang lain.

Bila cari makan dalam chaotic storm yang macam ni, seperti mana doktrin pembangunan minda yang selalu diulang-ulang oleh mangkuk ayun yang bekerja kat tingkat atas tempat aku belajar dulu, bersyukurlah. Sebab sejelik mana pun keadaan, aku tetap ada kerja.