18 July 2012

Insan dan manikam



Aku rasa aku tak mungkin jadi Cik Buyung, cuma aku harap aku tak berakhir sebagai pak tua

14 July 2012

Tipikal Raya

Konsep Aidilfitri Islam dan Aidilfitri orang Melayu agak berbeza.

Aidilfitri yang diajar oleh Rasulullah ialah takbir, solat sunat Aidilfitri, mandi sunat Aidilfitri, ucapan "taqabbalullah minna waminka".

Aidilfitri orang Melayu ada yang ambik sepenuhnya perkara-perkara kat atas, ada yang ambik sepenuhnya dan ada yang tak buat langsung pun. Aidilfitri orang Melayu selalunya sinonim dengan lemang (masakan yang dimasak dengan kaedah 500 atau 600 tahun lepas, ada bagusnya jugak makanan ni tiap2 tahun ada baru orang Melayu ni sedar diri sikit tok nenek moyang dorang dulu hidup dalam hutan macam orang Asli), kuih raya, seluar baju kain baru,  duit raya, mercun, pelita (tah sape ajar, dah lahir dalam Islam pun nak pasang pelita jugak, Hindu sungguh).

Masa raya jugak la waktu nak berjumpa dengan sanak saudara, kenalan. Secara peribadi aku lagi suka berjumpa dengan kawan-kawan berbanding sanak saudara. Sebab bila berjumpa dengan sanak saudara, banyak soalan yang sangat annoying yang aku terpaksa jawab. Belajar kat mana sekarang (cilaka, aku dah kerja 2 tahun pun tanya soalan ni lagi ke?), kerja kat mana sekarang (dan selepas soalan tu dijawab maka orang yang bertanya tu mula la bukak silat, ooo...anak Pak Long tu kerja doktor kat London, anak Pak Ngah tu kerja engineer kat Dubai..), bila nak kahwin (kan lebih baik kalau ko tanya, bila ko nak beromen dengan cara berlandaskan syariah Islam?). Tak cukup dengan tu boleh pulak kadang-kadang keluar soalan kat orang yang baru bernikah, bila nak ada anak, bila nak tambah anak. Perlu ke nak tanya kat orang bila dorang nak beromen buat anak? Mampus dorang la nak ada anak bila. 

Mungkin kalau aku dah ade family sendiri nanti rasa macam nak je bawak family pegi umrah time raya, tak pun bawak dorang pergi melancong ke. Raya sebagai orang Melayu ni, rasa sangat suck. Puih!

11 July 2012

Infiniti


"Nombor ni, tak ada awal dan akhir kan," Aiman start perbualan.

"Awal dengan 0 la," jawab aku, ringkas.

"Sebelum 0 kan ada -1. Belakang -1 ada -2, -1 000 000 dan seterusnya," Fuh, terkena pulak aku.

"Antara dua nombor pun, ada infiniti," Balas aku. Aiman diam, macam tak faham.

"Lepas nombor 2, nombor berapa?" aku tanya.

"3 la," jawab Aiman.

"Lepas 2, ada 2.1. Pastu sampai la 2.9, 2.99, 2.999999999..ko tau tak 2.99 berapa baru sampai nombor tiga," aku gelak.

"Hahaha, kalau camtu sampai sudah la tak sampai nombor 3,"

09 July 2012

Persimpangan

Semalam aku berborak dengan bos. Pasal sambung belajar.

"Kalau awak nak master, awak nak sambung bidang apa?" Bos tanya aku

"Sekarang ni saya dah bertugas kat dalam unit enforcement, so saya rasa..sama ada master in law tak pun master dalam statistic, pharmacoeconomic ke"

"Master in law lagi sesuai. Statistik tu bukan tak boleh, cuma saya rasa law lagi sesuai" bos bagi cadangan.

"Master in law enforcement, setakat yang saya tau kat uitm je la En Kama," aku bagitau bos.

"Dekat Universiti Malaya pun ada. Master of Criminal Justice. Sebenarnya benda yang sama je, cuma nama berbeza" Bos bagitau aku.

Aku pun check kat website UM.

Dan beberapa masalah timbul.

1) Master by research. Selagi supervisor tak puas hati dengan hasil research (seminar, presentation, articles published in journals) maka selagi tu la tak dapat master.

2) Full time ke part time? Aku nak buat part time/PJJ

3) Lepas habis master, katakanlah berjaya. So what? Apa pulak lepas ni, aku nak sambung PhD bidang apa pulak?

Kalau nak matikan semua soalan2 tu, senang cerita aku buat je MPharm Clinical. Cuma sekarang ni aku dah kerja enforcement, so dah lama tak jejak kaki dalam hospital. Dah ada master clinical pharmacy tu pun tak tentu lagi dapat transfer semula hospital.

Banyak soalan yang aku kena jawab dulu sebelum buat keputusan. Fuh.































03 July 2012

Jadi lelaki

Orang lelaki tak boleh tunjuk emosi terang-terang.

Orang lelaki tak boleh cuai dan bodoh.

Orang lelaki tak boleh buat silap.

Orang lelaki kena fikir masa depan, orang lelaki kena ada asas kewangan yang kukuh.

Orang lelaki tak boleh biarkan isteri dan anak-anak lapar, merempat.

Orang lelaki kena ajar isteri mengaji.

Orang lelaki kena ada keyakinan diri.

Orang lelaki kena utamakan keluarga.

Bila kita kerja, tak kira sebagai cikgu, polis, engineer, doktor atau peguam dan apa-apa jelah kerja, bila sampai masa kita letih, kita boleh ambil cuti rehat. Cutilah sehari, seminggu atau selama mana yang boleh. Bila jadi lelaki yang ada kromosom seks XY, ada testis dan ada zakar, tanggungjawab sebagai lelaki tu dipikul sepanjang masa, setiap saat, minit, jam, hari, minggu, bulan dan tahun. Mana boleh ambik cuti sekejap, nak rehat daripada jadi lelaki.

Mungkin itulah sebab ada lelaki yang kerat anu dan buang dalam longkang. Sebab tak tahan jadi lelaki 24 jam.

01 July 2012

Toreh getah



Semalam aku berborak dengan adik lelaki aku, Aiman yang sekarang ni form 1. Berborak pasal cita-cita, masa depan.

"Ade sorang kawan aku, dia cakap dia punya cita-cita akauntan," Aiman bukak cerita.

"Bagus la," aku balas balik.

"Pastu dia cakap kalau tak dapat jadi akauntan, dia nak kerja toreh getah," Aiman sambung cerita. Aku, mak dengan abah aku tergelak. Alia, sorang lagi adik aku tak gelak, sebab sibuk dengar lagu korea dalam mp3.

"Jauh betul cita-cita 1st dengan 2nd," aku terbahak-bahak.

"Dia cakap, kalau letak cita-cita jadi penoreh getah, yang tu mesti dapat punya (gerenti ade kerja),"

Aku rasa kawan Aiman ni gerenti budak pandai yang suka loyar buruk. Tapi ok la kot, daripada letak cita-cita nak jadi penyanyi AF. Getah sekarang ni boleh tahan gak mahal.