22 February 2012

Drawback

Salah satu drawback bila bekerja sebagai penjawat awam, atau pun gov servant (hamba kerajaan) ialah korang tak boleh bersuara lantang tanpa menanggung akibat.

Korang bekerja dalam sebuah pejabat. Lepas korang bekerja selama beberapa bulan, korang dapati ada prosedur yang tak betul, penilaian bos berdasarkan sentimen bukan merit, ada kelemahan yang korang ada idea untuk baiki.

Tapi bila korang bersuara, maka korang akan dapat nasihat. Ini cara kerja kat sini, ikut cakap pegawai senior, malah kalau bos besar tak puas hati dengan korang bersedia la untuk dapat markah penilaian yang rendah atau ditukar ke mana-mana ceruk yang menyusahkan korang.

Budaya kerja yes man. Huh!

18 February 2012

Zaman yang ditinggalkan

Masa menyelongkar video-video dalam Youtube aku terjumpa lagu Sudirman kat atas.


Lagu ni lagu motivasi, lama jugak tak dengar. Aku rasa kebanyakan orang dewasa yang pernah bersekolah waktu Sudirman masih hidup, atau pun masa Sudirman baru 5-6 tahun meninggal mesti biasa dengar lagu Pesan Abang ni. Pejam celik, dah 8 tahun rupanya aku tinggalkan zaman sekolah.

8 tahun lepas tak bersekolah membuatkan aku lost track dengan kehidupan budak-budak sekolah. Memori zaman persekolahan aku dulu antara yang aku ingat, makanan kat kantin sekolah, eg nasi lemak, nasi goreng harganya RM1 sepinggan. Duit belanja sekolah dulu RM2 sehari. Makan kat kantin, tambang bas untuk balik ke rumah menyebabkan baki duit belanja tinggal 20-30 sen sehari. Bila masuk zaman peperiksaan PMR, balik rumah lewat sebab ada kelas tambahan. Lepas habis kelas siapkan dulu kerja sekolah, lepas tu baru balik.

Ada jugak kawan-kawan yang bawak motosikal, skuter ke sekolah. Aku rilek je naik bas. In fact bila start masuk universiti la baru aku ke hulu ke hilir bawak motosikal, kalau tak selalunya naik bas je la.

Zaman sekolah dulu perkara yang dirisaukan selalunya bila tak siap kerja sekolah. Terutamanya matematik. Zaman tu bila buat pengiraan, mana pakai kalkulator. Even dalam exam bila ada soalan yang tanya soalan punca kuasa dua, nilai kuasa dua aku kena guna buku sifir. Zaman sekarang aku tak tau la budak-budak sekolah kenal lagi ke tak apa dia buku sifir tu. Selain tak siap kerja sekolah, kerisauan lain ialah bila tak dapat A dalam ujian atau exam. Bila tak dapat A, kena menjawab depan mak abah. Masuk tahun exam PMR, pressure untuk dapat A tu makin kuat. 

Zaman sekolah terasa macam agak tough la cabaran yang nak ditanggung. Tapi sebenarnya bersama cabaran tu datang galakan, sokongan, motivasi dari semua orang. Mak ayah, cikgu bagi nasihat. Kawan-kawan yang berjaya dalam exam jadi saingan untuk galakkan diri study dan menghafal dengan lebih kerap. Artis macam Sudirman buat lagu motivasi. Malangnya Sudirman dah mati, dan tak ada pulak artis lain yang hidup zaman sekarang ni yang nak buat lagu motivasi macam yang Sudirman pernah buat dulu. Masa berubah, keadaan berubah. Dulu kat tv tak ada rancangan Mentor, Akademi Fantasia. Sekarang berlambak.

Bila teringat zaman yang dah aku tinggalkan hampir sedekad tu dengan keadaan aku sekarang, ada masa aku rasakan life is one big joke. Sebab masa sekolah dapat RM2 sehari aka RM60 sebulan, bila zaman kerja sebulan gaji ada la dalam RM3k. Tapi bila dah ada kerja, maksudnya dah ada kehidupan sendiri. Dah ada tanggungjawab untuk uruskan makan minum, tempat tinggal sendiri. Hutang piutang sendiri tanggung. Belum lagi bercerita tentang segala bil, cukai. Duit dapat banyak, tapi banyak jugak yang habis.

Nak katakan rindu pada zaman yang lepas itu rasanya macam sentimental sangat. Makin lama makin tua, dan makin menuju lubang kubur. Dalam perjalanan menuju lubang kubur yang tak tau bila tu terpulang kepada kita untuk tentukan hala tuju hidup, untuk bertanya pada diri sendiri apa yang kita dah buat untuk jadikan kehidupan kita dan dunia sekeliling menjadi lebih baik.

17 February 2012

Ziarah

Ziarah ke maktab adabi kuantan. Di sini dinding-dinding bisu menjadi saksi azam,usaha,ketawa,air mata,ketabahan,kemenangan dan ketewasan anak2 muda yg pernah hidup mengejar cita-cita mereka.









16 February 2012

perubahan geografi 2012

Bukanlah cuba nak menjadi Nostradamus, tapi berdasarkan pattern iklim dunia beberapa bulan kebelakangan ni, rasanya:

- akan ada perang baru tahun ni
- akan ada parti yang hilang takhta lepas election di Malaysia
- akan ada pengurangan besar dalam kantung & kocek setiap rakyat Malaysia sebab inflasi

Duit makin susut nilai. Dah berenti merokok ni dapat la saving, tapi expenses lain pulak naik.

09 February 2012

Kesopanan dan kesusilaan

Ideologi tak pernah cukup untuk membentuk akhlak yang terpuji.

Roh ketinggian budi pekerti...aduh, susahnya mengadun jiwa dalam himpitan ganas materialisme!


07 February 2012

turning point






Kalau tak sebab sijil ni berguna lagi untuk naik pangkat/tukar kerja, dah lama aku bakar kertas tak guna ni.

Kertas sijil atas ni merupakan punca perubahan turning point dalam hidup aku. Cita-cita aku terkubur disebabkan alter ego aku rebah, disebabkan kertas sekeping ni.

Tapi secara ironinya, keputusan yang tak cemerlang tu menjadikan aku bertambah ego. Ego yang aku wujudkan atas dasar - aku tak nak jadi loser dalam hidup. Aku cuba bina balik keyakinan aku, struggle balik. Tapi akhirnya tetap tak menjadi. Dalam banyak perkara dalam hidup aku rasa aku dah loss total control.

Ego yang ditanam dan jadi baja pada awalnya, jadi racun yang memakan diri aku sendiri.

Aku tau - ada takdir dan ketentuan yang memang tak dapat diubah. Sama ada terima atau hidup sengsara melawan kehendak Tuhan. Pengetahuan dan keupayaan menerima hakikat dalam diri aku rupanya tak seimbang.

Aku cuma berharap dalam krisis dan konflik yang dah berlarutan hampir sedekad ni, akan ada jalan keluar akhirnya. Akan sampai tahap di mana qanaah mengambil tempat yang diduduki ego.