12 November 2012

Nikotin

Perkara yang mudah nak dimulakan ialah buat dosa dan buat salah. Dan perkara yang susah nak dibuat ialah buat kerja yang dapat pahala dan memperbetulkan kesilapan.

Zaman Jahiliah dulu orang Arab sebagai contoh, mengamalkan cara hidup liar lebih kurang zaman sekarang jugak. Minum arak. Bertelagah antara puak. Kalau bab berkahwin pulak, ada macam-macam jenis perkahwinan pelik-pelik. Contohnya, kalau sorang perempuan tu kahwin dengan lelaki sesebuah kabilah tu, katakanlah suami dia mati, perempuan tu akan jadi hak milik semua lelaki dalam kabilah tu,bermaksud sapa-sapa boleh romen dia, boleh buat dia jadi hamba dan apa-apa jela yang dorang nak buat. Ade jugak yang buat style sorang perempuan main dengan 4-5 orang lelaki sampai la mengandung,pastu bila perempuan tu dah mengandung dia akan cari salah sorang daripada laki-laki tadi, siapa yang sanggup kahwin dengan dia.

Kalau fikir balik, cara hidup hedonistik yang macam tu lebih kurang je macam zaman sekarang, kan? Cuma masa je yang berbeza.

Hidup tak mengikut peraturan ni memang seronok. Yang menyebabkan rasa seronok tu nafsu. Tapi keseronokan tu akhirnya membawa kepada kecelakaan. Minum arak sampai berpuluh tahun, akhirnya lama-lama hati boleh rosak, dapat cirrhosis. Berzina tak tentu hala, boleh dapat penyakit jangkitan seks. Tapi minum arak ni boleh mengkhayalkan, buat orang lupa masalah, dan dalam sesetengah kes membuatkan kita nampak macho. Bila bebas beromen dengan siapa-siapa kita nak, first sekali tentu la rasa seronok. Tak payah kahwin, tak payah nikah, tak perlu pikul tanggungjawab tapi dah boleh rasa keseronokan tu. 

Yang menjadi pengimbang kepada nafsu dalam badan kita ni ialah akal fikiran yang waras.

Bab menggunakan akal yang waras ni aku terpaksa mengaku, dalam bab ni aku pun silap. Silap aku dulu sebab zaman sekolah menengah aku mula rasa seronok bila ada member yang boleh sama-sama berkawan, melepak sama-sama, bergurau dengan cara yang boleh masuk. Sebab zaman kanak-kanak aku takde ramai kawan,bila dah ade kawan ramai time sekolah mula rasa seronok. Disebabkan nak berseronok tu aku pun ikut la jugak sekali hisap rokok. Takde orang paksa pun, aku sendiri yang gatal. Dah habis sekolah menengah rendah stop sekejap sampai habis belajar universiti. Start kerja, boleh pulak start hisap balik. Atas alasan yang sama pulak tu, sebab ikut geng. Bangang tak bangang aku ni.

Nak berenti merokok ni mudah je sebenarnya, kena ada motivasi yang betul. Lepas sign sales & purchase agreement minggu lepas dan lepas memikirkan yang lama jugak aku kena bayar loan yang dekat setengah juta bila campur dengan interest, aku rasa aku patut sangat dah berenti. Kalau badan tak sihat, kena penyakit hardcore macam kanser paru-paru, siapa nak bayarkan hutang aku?

Sekarang ni aku dalam fasa batuk teruk, secondary due to smoking cessation. Aku dah baca kat mayo clinic, batuk teruk ni mungkin berlarutan sampai 2 bulan. Tanda badan dah mula nak sembuh. Harap-harap macam tu la. Doktor yang jawab soalan kat mayo clinic tu cakap mungkin disebabkan cilia, lapisan sel kat paru-paru mula berfungsi semula dan cuba untuk buang keluar semua particle,debu kat dalam paru-paru, tu sebab batuk teruk ni. Harap-harap apa yang doktor cakap tu betul la. Itu je la.

Dalam rokok, tembakau dalam rokok tu dicampur dengan tar untuk membolehkan puntung tembakau tu terus menyala. Tar hitam, yang orang guna buat jalan. Yang tu la aku sedut sampai 20 batang sehari. Gila betul. Harap-harap kalau ade perokok yang membaca ni,bawak-bawak berenti la. Cukup-cukup la jadi bodoh, sampai bila nak merosakkan diri.

8 comments:

firdaus.9898 said...

satu lg bro.
jgn stress2..klu boleh buat, buat..x leh buat bgtau x leh wat..

stress tu yg menyebabkan susah nak berenti tu..especially stress keje..

Wadi AR said...

gua sokong. sebenarnya nikotin sgt membahayakan. nak berhenti kene yakin dgn diri. istiqamah. baru la jalann

karl said...

firdaus: muchas gracias. boleh,aku boleh tahan. sendiri cari pasal sendiri settle la

wadi; thanks 4 support :)

RastaMat said...

setakat ni aku dah berjaya mengurangkan aktiviti kurang berfaedah ni..belum lagi sampai tahap berhenti sepenuhnya..

semoga berjaya, aku sangat sokong kawan2 berhenti terus..

yang terbaek bang!!!

karl said...

Good luck mat rasta. bersama kita hidup ke arah yang lebih baik. sebab kita semua ni makin lama makin tua.

RastaMat said...

terima kasih bang!!!

Orang Akaun said...

aku dah banyak kali try..tiap2 kali aku gagal..

karl said...

aku pun tengah cuba banyak kali jugak skang ni.