16 November 2012

Hikayat melawan arus yang penuh ranjau

Kisah ni terjadi 10 tahun lepas.

Aku dengan sembilan orang kawan aku kena jumpa Cikgu Hamzah Lasa. Sesi kaunseling, sebab kitorang baru kena libas dengan arwah pengetua.

Kitorang seramai sepuluh orang pun masuk, duduk kat kerusi, tepi meja panjang dalam bilik pendidikan seni. Cikgu Hamzah senyum kat kitorang. Senyum sebagai sorang cikgu, tu yang aku rasa. Bukan senyum sinis atau senyum menganjing.

"Jadi, apa masalah korang..sepuluh orang ni, sepuluh gagak hitam?" Cikgu Hamzah yang start dulu sesi kaunseling.

Kami sepuluh orang ni berpandangan sesama kami. Nak cerita ke tak?

Alkisahnya masa waktu subjek sejarah, ade sorang cikgu sejarah yang merajuk dengan kelas kitorang sebab ade student tak siap homework. Pastu cikgu sains kitorang dapat tau, dia pulak luahkan perasaan. Dia kesian dengan cikgu sejarah tu, dia bercerita pasal cikgu tu dedicated la, bla bla yada yada  kitorang tak patut buat camtu la bla bla. Aku agak, ini macam saje nak buat point ni.

Kebetulan cikgu sains ni ade bagi homework jugak. Lab report. Lab report tu initial rule dia, seminggu pas eksperimen baru hantar. Pastu dia pun mintak la lab report tu. Pasal tak cukup seminggu lagi ada la geng2 yang tak siap lagi. Aku dah siap dah, tapi member mintak tolong nak pinjam, aku bagi la. Bila dah round up semua lab reports, lab reports kitorang yang seramai sepuluh orang takde atas meja. Kitorang dengan naifnya cakap tak siap lagi, pastu tiba-tiba cikgu sains ni macam meroyan.

"Saya dah tak boleh sabar lagi dengan korang semua. Ikut saya pergi bilik pengetua,"

Kitorang ikut la, nak buat ape lagi. Depan pengetua...

"Cikgu, cikgu buat la ape yang patut, saya dah tak reti nak handle dorang ni,"

Pengetua pun suruh masuk.

"Saya taknak tau apa kesalahan yang awak semua buat. Saya nak awak semua berubah,"

Lepas tu kitorang semua kena libas dengan rotan. Kat punggung.

Dah balik dari bilik pengetua, pergi makmal sains semula. Cikgu sains pun cakap,

"Saya nak awak mintak maaf dengan semua cikgu yang pernah ajar awak, especially cikgu sejarah. Kalau cikgu sejarah taknak maafkan awak semua, awak jangan masuk kelas & lab saya,"

Kitorang dah start panas. Bab lab report tu antara kitorang dengan engko,yang kes tak buat homework sejarah tu berlambak budak yang tak buat homework tu kat dalam lab skang. Tapi pasal kitorang dah jadi kambing hitam...

Pastu kitorang pun round la seluruh sekolah, masuk bilik guru semua mintak maaf dengan cikgu-cikgu. Sampai dorang pun jadi pelik. Sampai giliran kena jumpa cikgu sejarah,

"Saya taknak maafkan awak semua dulu. Awak semua balik pastu fikir balik apa yang awak semua patut buat,"

Seharian kat sekolah kitorang demotivated. Tahun tu pulak kitorang ade exam PMR pulak.

Kemudian kitorang dipanggil balik oleh cikgu sains tadi tu. Dia bawak jumpa Cikgu Hamzah. Cikgu Hamzah time tu cikgu tingkatan kitorang.

Dekat 5 minit senyap, last-last aku bukak mulut.

"Tak ada masalah apa pun cikgu. Benda kecik je,tak tau la kenapa nak dibesar-besarkan,"

Cikgu Hamzah senyum semula.

"Korang semua ni lawan arus. Biasa la. Orang-orang yang buat perangai cam korang ni, selalunya kat luar sana, dorang kena ISA. Kena masuk Kamunting,"

"Dah tu kitorang nak buat macam mana cikgu?" aku lupa dah siapa yang tanya soalan tu.

"Korang follow the flow je la. Layankan je." Nasihat Cikgu Hamzah.

Pastu kitorang berborak-borak dengan Cikgu Hamzah, yang aku lupa jugak apa yang kitorang borakkan. Dalam setengah jam atau kurang, kitorang semua pun balik lepas berterima kasih dengan Cikgu Hamzah.

Ape sebab cikgu sains tu buat camtu kat kitorang aku pun tak faham sampai sekarang. Tapi tak kira ape pun intention dia, apa yang dia dah buat tu mengajar aku banyak benda - orang gila kuasa ni macam-macam benda pun sanggup buat, even dengan budak pun sanggup bermusuh. Kemudian cikgu perempuan ni kalau mood swing memang bawak bala. Dan orang yang kuat bodek, hidup dorang takkan menjadi sangat pun. Mungkin still boleh jadi orang,tapi tukang bodek ni hidup dia takkan shining. 

Lepas PMR aku dengan geng-geng gagak hitam berpecah. Ramai yang masuk kelas rancangan khas (KRK) yang semuanya Melayu. Macam UiTM jugak la KRK ni, kah kah kah. Aku pulak apply masuk kelas sains biasa, yang bercampur dengan Chinese, Indian, Singh. Beza antara kelas KRK dengan sains biasa, hampir semua budak Melayu yang dapat 8A PMR masuk kelas KRK. Selain aku, sorang lagi budak perempuan, Hafzan memilih untuk taknak masuk UiTM KRK, ahaha. Campur sekali dengan sorang Chinese girl dapat 8A gak, so kelas sains biasa ade 3 orang jela top scorer time PMR. Kah kah kah. PMR tu senang je, tanda-tanda bulat, kalau betul, dapat la A. Bukan susah pun.

Kemudian pengetua hari-hari masuk kelas sains biasa ni. Tiap kali masuk dia akan promote dua benda: 1) budak bio tukar la ke aliran teknikal, 2) budak melayu dua orang yang dapat 8A tu masuk la KRK. Kah kah kah.

Aku apply masuk kelas sains biasa tu ade sebab. 1st sebab aku menyampah dengan geng-geng kaki bodek dan geng geng pengawas dalam kelas KRK. Geng geng bodek tu semua geng yang join kelas tuisyen cikgu sains. Dendam tahun lepas tak abis lagi oit!. 2nd, aku nak belajar dalam environment yang bercampur kaum, bercampur level akademik. Sebab aku dulu lagi orang sentiasa anggap underdog yang skor bila big exam je, aku rasa aku boleh bawak kawan2 aku, serpihan gagak hitam yang ade tu untuk sama-sama study, sama-sama belajar. Aku nak tunjuk kalau tak join tuisyen lepas kelas dengan cikgu sains pun kitorang boleh skor.

Tapi macam biasa, orang yang ada kuasa ni, dia akan buat apa yang dia nak. Kelas KRK & sains biasa dirombak semula. Kitorang diasingkan mengikut aliran pulak, kelas bio, kelas teknikal. Babi! Kelas bio tu berapa kerat je laki, yang lain semua pengawas pompuan & kaki bodek. Mati la macam mana nak study camni? Memang down betul aku.

Surat tawaran asrama penuh pulak sampai ke rumah. Bila difikir balik battle yang tak ubah macam clash of titan yang berlarutan macam ni, memang aku takkan menang. Akhirnya aku tinggalkan kawan-kawan dan plan aku yang musnah tu. Bersama dengan kenangan.

Cuma aku berterima kasih kawan kawan gagak hitam aku masih ingat kat aku. Time raya jela kitorang jumpa. Sekarang ni boleh kata hampir semua jadi engineer. Alhamdulillah. Cuma bila memikirkan hidup aku yang duduk sorang kat rumah sewa pas balik kerja, main futsal pun dengan kawan tempat kerja, cerita dan kenangan yang dah berlaku tu..sekurang-kurangnya membuatkan aku senyum. Senyum tu penting untuk orang macam aku ni, yang kesunyian & hidup kerap tercorak dengan warna hitam & kelabu.

5 comments:

firdaus.9898 said...

1. mak ayah aku x bagi aku pergi sekolah asrama...semua tawaran sekolah asrama tolak bulat2. somehow the reasoning is "aku nak kau sekolah dgn non-malays dan speak english..kalau kau the best di asrama kau hanya creme de la creme upon the malays semata2.".

2. jiran chinese aku..ada kedai motor....seorang anak dia tua dari aku 2 tahun..berenti sekolah umur 12 tahun lepas upsr. dia suh anak dia kerja dengan dia sebab "dia baca x pandai, mesti kerja lor".skrg business motor tu anak dia pegang. arwah ayah aku sokong decision jiran chinese tu. dah time keje baru aku nampak wisdom tu.

all in all, aku lihat view generasi adults yg hidup zaman 70-80'an (b4 NEP) lebih wise daripada view adults zaman 80-90'an (zaman NEP) especially the view on life, academics and dlm "cari makan".

Wadi AR said...

sekolah berasrama yang banyak betulkan aku menjadi orang

firdaus.9898 said...

sori. gua melalut kt atas tu dan gagal sampaikan point.

masuk sekolah asrama/MRSM..skor tinggi2, pastu kau akan berjaya dlm hidup = follow the flow

apa yg aku paham dari org tua aku ialah x semestinya follow the flow tu ko akan berjaya. chinese tu yg x pergi sekolah pun boleh berjaya.

dan selalunya org2 tua yg style "melawan arus" ni ialah golongan sebelum NEP, mcm hishamuddin rais tu, hehehe.

karl said...

firdaus: aku rasa macam satu kesilapan pulak bila aku stop usaha lawan arus aku dulu. tapi mungkin jugak ade hikmah. mungkin aku akan kalah kalau buat jugak. kalah teruk akan bagi effect pada aku dan mak abah aku

wadi: baguslah macam tu.

RastaMat said...

pengalaman yang bagus..
simpan buat cerita kat anak-anak nanti..
tapi pastikan anak tu dah pandai mentafsir..