01 October 2012

Serbuan Maut



Filem ni aku tak tau kenapa tak ditayang kat Malaysia. Aku tengok pun versi bluray. Mungkin sebab ganas kot, kalau dapat kat Finas habis separuh kena potong.Serbuan Maut, atau tajuk dalam English berjudul The Raid Redemption dah ditayangkan di US pada 23 Mac lepas.

Simple je jalan cerita filem ni - pasukan SWAT (mungkin nama betulnya Densus 88 kot) kat Indonesia, melancarkan serbuan ke atas sebuah apartment yang dihuni oleh perompak, pembunuh, perogol, penagih dadah dan jugak ade la sorang dua yang baik kot dalam misi untuk menangkap seorang crime lord bernama Tama. Tapi uniknya apartment ni konsep dia macam penjara, ada satu pintu masuk je kalau nak masuk ke dalam dan siap ada cctv control room untuk monitor setiap ruang dalam apartment tu. Pasukan SWAT tu kemudian terperangkap dan seorang demi seorang dibunuh bila dorang berdepan dengan jumlah musuh yang lebih ramai dalam bangunan tu. Tinggal la hero dan beberapa pelakon tambahan yang hidup, kalau semua mati tak jadi cerita la pulak kan.

Dengan penerbitan filem ni, memang nak tak nak kita terpaksa mengaku filem aksi Malaysia ni berada dalam golongan tahap sampah kalau nak dibandingkan dengan filem Indonesia yang satu ni. Babak pertempuran dalam filem ni agak gross, kejam dan tangkas. Special effects yang digunakan dengan bajet yang kecil (lebih kurang RM3.5 juta) nampak berbaloi, dan lakonan para pelakon pun hidup. Dengar cerita para pelakon ni semua berlatih dulu dengan pasukan komando Indonesia (Komando Pasukan Katak - lebih kurang Navy SEAL atau PASKAL versi Indonesia) sebelum menjalani penggambaran.

Kalau bab filem ni mengentengahkan budaya silat, tu aku tak berapa pasti la sebab aku bukan  pakar silat, belajar silat dulu pun setakat buah asas silat cekak je. Tapi memang ada la jugak nampak elemen buah silat tu, cuma sebab versi dalam filem ni laju aku tak pandai la nak pastikan betul ke dorang practice silat, tah-tah dorang guna teknik close quarter combat. Lepas tu komando ni selalunya bila buat serbuan, akan ada control command centre yang menyelaras pergerakan anggota, akan ada sniper team yang back up pergerakan. Ini main serbu je, macam polis biasa. Tapi bab kelemahan ni cuba dicover up dalam plot filem ni - kononnya serbuan tu sulit dan tak mendapat izin daripada pihak atasan polis. 

Dalam filem ni beberapa isu yang boleh penonton belajar ialah, rasuah memang bawak padah. Plan yang cacamarba pun sama jugak. Konflik keluarga pun ada la jugak, spesifik pasal hubungan antara watak hero filem ni iaitu Rama dengan abang dia, Andi yang merupakan orang kanan kepada Tama. Blood is thicker than water, cam biasa la. 

Tapi paling penting pada aku scene awal filem ni - masa Rama solat subuh. Patut kalau filem orang Islam berlakon, scene-scene camni kena ada. Kalau James Hetfield tunjuk dia pakai rantai salib masa konsert, filem Godfather yang ada scene dalam church dalam setiap filem, penghibur, penyanyi atau pelakon Islam pun mesti tunjuk budaya Islam gak dalam aktiviti karier dorang.

Siapa yang minat filem aksi ganas, belilah dvd @ blue ray filem ni. Support Nusantara local film scene.

p/s Blood is thicker than water, and it does dirtier than water. But it will still sterile as long as it stays in vein. Ceh boleh pakai ke falsafah ni?


6 comments:

firdaus.9898 said...

http://karlbossblogging.blogspot.com/2010/11/kisah-dongeng-dan-kehidupan-sebenar.html

kau ada tulis di situ, nak siarkan semula tulisan ini prior to PRU13 hahahaha.

karl said...

tq sebab ingatkan, hahaha

firdaus.9898 said...

aku ada nak tanya ko pasal pantang larang utk org sakit psoriasis, ..selalunya minta tolong lucifer wahyuminda (kotak pentipu) forwardkan email..tapi beliau mcm tgh bz je skrg hehhe...

baru2 ni aku beli gula saccharin sbb nak elakkan kencing manis, skali member gua terus kena rashes. rupanya malam2 lepak minum2 skali minum teh bancuh gula saccharin tu sebabkan rashes dia. x tau pulak org sakit psoriasis x bleh makan sachharin.

sori la guna medium ni nak tanya.

karl said...

sakit psoriasis ni sebab sistem pertahanan badan kita serang badan kita sendiri.

nak cerita pasal pantang larang makan, sebenarnya susah nak cakap sebab setiap orang berbeza. macam ko, skang ko dah tau artificial sweetener boleh menyebabkan ko dapat allergic, jadi jauhkan la apa2 jenis artificial sweetener tak kira la saccharin ke, aspartame ke.

yg lain2 tu biasa la, makanan yang berisiko tinggi boleh menyebabkan alahan macam udang, kerang, ketam (jenis binatang yang suka duduk kat tempat berlumpur @ makan bangkai) - yang tu elakkan la.

firdaus.9898 said...

tenkiu bos for da info

aku yg sakit eczema ni..mcm klu kacang ke apa mmg naik la..siap asma pun dtg...hehe..tp so far prednisolone ngan atarax (tahan gatal) membantu la.

kasihan juga tgk member aku ys psoriasis ni. ubat dia lagi byk dari aku. dan berkala dia amik UV theraphy..seb baik ada UV theraphy di bangladesh ni, huhu.

firdaus.9898 said...

op sorry. bukan UV theraphy. PUVA theraphy, member gua baru betulkan.

thanx for da info again.