25 October 2012

Berkadar diri

"Isteri awak nanti minat rumah semi D" bos aku cakap kat aku,satu malam masa kami bersembang kat rumah dia. Aku senyap je.

Bila dia dapat tau aku book rumah teres dua tingkat, sekali lagi dia bagitau. "Kalau standard pegawai, kurang-kurang rumah semi D, atau banglo," 

Dengan gaji aku sekarang ni aku mampu beli rumah teres je. Semi D atau banglo yang berharga sepadan dengan kelayakan loan aku ni, memang payah gila la nak cari. Aku bukan jenis yang nak benda best-best, pastu call mak abah kat kampung suruh gadai tanah untuk aku pinjam duit.

Pada aku takpe la. Aku tau aku mampu beli rumah teres je, aku beli la rumah teres. Bos aku sebulan gaji dah RM8k, mungkin dia melihat berdasarkan kemampuan dia, sepatutnya orang yang bekerja cam kitorang ni patut beli rumah semi D, paling kurang.

Bila aku sedar aku cuma mampu nak beli rumah teres, takkan la aku nak cari isteri yang jenis suka rumah semi D atau banglo. Aku kena la cari isteri yang sanggup tinggal dengan suami kat dalam rumah teres yang kecik.

Dan isteri yang aku patut cari, mesti la jenis yang tak kisah laki dia sekali sekala duk kat kedai minum teh tarik sambil layan Champion League, Euro ataupun World Cup. Jenis yang tak kisah laki dia pakai jeans & t shirt bila keluar gi shopping complex, yang tak kisah laki dia pakai kereta jenama Malaysia.

Ada ke calon isteri camtu? Sebab rasanya penanda aras lelaki yang sesuai dibuat suami bagi perempuan Malaysia sekarang rasanya Aaron Aziz. Kalau camtu....tak kahwin pun takpe la.


3 comments:

firdaus.9898 said...

http://www.psywar.org/articles.php
xde kaitan ngan article..saja share.

Farhana Aziz said...

Kalau dah itu kemampuan diri, buat ikut yang mampu. InsyaALLAH jumpa dengan orang yang mampu untuk hidup dengan kau dan juga kemampuan kau.

karl said...

firdaus - aku dah jaded ngan teknologi tentera

farhana - tq