08 September 2012

tukang bagi ubat


Macam biasa la. Ini antara salah satu rungutan orang ramai kepada ahli farmasi. Bidang farmasi ni memang antara bidang yang underexpose dan tak popular berbanding bidang macam perubatan, pergigian, lawyer, engineer, architecture.
Bercerita pasal prosedur kat hospital macam mana, tak membantu masalah. Orang mungkin faham tapi masalah yang timbul daripada prosedur yang ada tu bukan masalah pesakit, tapi masalah orang yang terikat kepada prosedur tu. 



So kepada kawan-kawan pharmacist yang kalau ada baca blog ni, korang communicate la dengan doktor elok2 pasal masalah camni.


Oh, satu lagi. Aku baru bukak blog baru semalam, yang berkait tentang info berkaitan ubat-ubatan dan apa-apa isu farmaseutikal. Blog sayap exodus ni sebenarnya untuk sesi luahan perasaan je, lol. Kalau korang nak baca entri yang kurang sikit tahap merepeknya boleh la baca blog aku yang satu lagi tu.



4 comments:

sophie said...

Nak bertanya, macam mana boleh jadi macam kes ni? Mana lagi penting doktor atau pharmacist? Saya rasa dua dua sama penting kan. So, adakah sebab takde komunikasi antara dua?

karl said...

Keadaan yang terjadi macam kat kartun atas tu selalunya disebabkan masalah komunikasi dan polisi. Peruntukan untuk pembelian ubat di hospital terhad. Ada sesetengah pesakit perlu menggunakan ubat yang mahal, atau pun kadang2 doktor prescribe ubat yang mahal kepada pesakit. Tak ada masalah nak beli ubat mahal, tapi akan ada sistem kuota. Selepas dah capai limit kuota, pesakit yang perlu gunakan ubat yang mahal perlu dapatkan ubat tu dengan duit sendiri, atau pun doktor terpaksa bagi ubat alternatif yang lain yg bukan dalam sistem kuota.

Tentang soalan siapa yang lagi penting. Soalan tu sama la macam bertanya, siapa lagi penting, arkitek @ engineer? Peguam bela atau peguam cara?

Doktor merupakan profesional yg dilatih untuk mengenal pasti penyakit dan menentukan rawatan. Pharmacist merupakan profesional yang bertanggungjawab untuk membekalkan ubat kepada pesakit dan memastikan ubat-ubat yang diarahkan oleh doktor untuk dimakan oleh pesakit sesuai dan selamat untuk pesakit tu.

Malangnya sistem penjagaan kesihatan negara ni masih lagi berasaskan sistem doktor yang rawat pesakit dan kemudian doktor jugak yang jual ubat kepada pesakit. Sedangkan sistem pengasingan praktis (doktor kenalpasti pesakit, pharmacist beri ubat kepada pesakit) dah berjalan semenjak beribu tahun dulu semasa tamadun Mesopotamia lagi.

Orang Akaun said...

terkepit celah kangkang..f**k the systems la..apa lagi boleh..

karl said...

total fakap. haha