03 September 2012

September datang lagi

Wake me up..when september ends... - Green Day
September datang semula. Sejak setahun dua ni setiap bulan september yang datang kerap mengingatkan aku pada banyak perkara. Yang paling signifikan dah tentu la masa first time aku jejak kaki ke Sarawak dua tahun lepas, lepas menerima perlantikan pertama aku dalam civil service. September tahun lepas pulak, kembara hidup aku kat sana berakhir bila dapat surat posting balik berkhidmat ke negeri aku sendiri. Macam-macam perkara dah jadi, macam-macam perkara yang bakal terjadi. Kalau dari aspek kepercayaan aku dah tentulah semua ni sunnatullah, takdir, qada' qadar.

Kalau ditanya september tahun ni macam mana, sama ke macam september yang lepas-lepas? Jawabnya, turun naik. Ada masa september tu amat bahagia, ada masa september tu menyedihkan. Hidup ni dinamik, jarang nak jumpa orang yang hidup dia stagnant. Even kalau duduk terkurung dalam penjara pun gerenti akan ada development dalam hidup dia. Sama ada berubah jadi lebih baik atau jadi sebaliknya.

Aku pernah post list senarai benda yang aku nak buat lepas dapat transfer balik dari Sarawak. Haram satu pun tak lepas aku nak buat. Yang plan nak beli rumah tu pun baru on the way, yang aku harap sangat dapat settle sebelum tutup buku tahun 2012. Banyak sangat halangan yang menyemakkan kepala. Dan pasal bab ni aku percaya sebab aku ni hamba je, aku bukan Tuhan. Aku boleh rancang macam-macam, tapi Allah yang decide rancangan aku tu jadi ke tak. Aku tak salahkan siapa-siapa, mungkin jugak aku yang berusaha lebih kurang je, sebab tu Allah tak kabulkan hasrat aku yang sepuluh tu. Atau mungkin hasrat tu terkabul jugak nanti cuma aku kena sabar je. Tah la.

Masa raya lepas aku berjumpa semula dengan kawan-kawan yang zaman sekolah menengah dulu. Bila berjumpa, dah bertahun tak jumpa (aku tak ingat bila last sekali jumpa dorang), nada bila bersembang dah berubah. Sekurang-kurangnya ada progres. Dah mula berbincang pasal soal nikah kahwin, soal beli rumah, soal kerjaya. Bila dorang bergurau sesekali macam style zaman sekolah dulu sedikit sebanyak aku rasa gembira, sebab gurauan yang macam tu mengingatkan aku yang satu masa dulu aku pernah hidup gembira, sampailah bermacam perkara lain datang macam hujan tengkujuh yang turun siang malam tak berhenti dalam hidup aku. Bila dorang semua dah balik tempat masing-masing, tinggal la aku sorang sekali lagi, dengan peringatan yang datang - aku kena terus berjuang untuk hidup. Perjuangan yang tak sesulit manusia Rohingya, atau Palestine, atau Chechnya tapi tak jugak mudah. Kalau dulu aku berjuang nak memperhabiskan sisa sukatan pelajaran untuk dapatkan sekeping ijazah sekarang aku berjuang untuk mencorak kehidupan aku sendiri. Siapa aku, apa yang aku boleh capai, apa yang patut aku buat, apa yang aku ada - berjuang dan bergelut dengan diri sendiri untuk membina jawapan kepada soalan-soalan tadi. Bila pikir balik, rasa macam pelik pun ada. Kan cukup kalau jadi diri sendiri yang sempoi dan happy go lucky. 

Cis, kalau boleh buat macam tu tentulah dah lama aku buat, tak payah la aku mengada-ngada tukar sekolah dulu lepas tu belajar macam nak gila tapi akhirnya setakat dapat sijil SPM yang result macam jamban tak siap.

Akhirnya pisau kat tangan aku. Cuma terpulang pada aku untuk buat apa dengan pisau tu, nak guna untuk potong bawang ke, nak guna untuk siang ayam ke, atau guna untuk libas kat muka orang.

Cuma macam biasa, kena ingat peraturan yang tetap: aku cuma boleh gunakan pisau tu, tapi the result may vary, sebab takdir Allah yang pegang. Nampak macam alasan tapi peraturan tu sekurang-kurangnya jadi pengubat luka kot2 kalau bawang yang dipotong tu tak putus, atau terpercik ke dalam mata. Hahaha.

No comments: