10 September 2012

Pilihanraya 13

Aku ni bukanlah orang politik yang banyak pengalaman, atau pun ahli sufi yang kuat beribadah sampai dah jadi kasyaf dan penuh dengan ilmu laduni kat dalam dada. Tapi penggal pemerintahan kerajaan sekarang ni akan berakhir Mac 2013, dan dah tentu la nak tak nak pilihanraya ke 13 gerenti dalam timeframe sekarang dan Mac 2013.

Ini antara perkara yang terjadi selepas pilihanraya ke 12:

(a) BN kalah kat 5 negeri

(b) Parti PKR paling ramai Adun & MP yang lompat parti. 

(c) Perak jatuh semula ke tangan BN sebab ramai adun PKR lompat parti.

(d) Anwar Ibrahim tak bersalah dalam kes liwat Saiful Bukhari

(e) TV3 sepanjang 4 tahun ni tak jemu-jemu cerita pasal keadaan negeri Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang. Sampai satu tahap aku rasa nak sepak je tv kat rumah aku. Sekarang tengok tv3 untuk tengok cerita Boboi Boy je.

(f) Zaid Ibrahim buat parti sendiri.

Rasanya dah nampak kot perangai ahli politik Malaysia ni bila kalah, bila menang macam mana. Ada yang kaki temberang, ada yang kaki rasuah, ada yang anggap tawaran pelacur tu sedekah, ada yang boleh adjust.

Lepas dah kenal dan tahu serba sedikit pasal dunia politik, aku punya mindset mudah je. Back to basic, pilih pemimpin kita pilih pemimpin yang perangai elok. Tak kira la pemimpin tu dari parti mana pun. Sebab orang baik akan buat perkara baik. Orang jahat walaupun datang daripada parti yang baik, cuma akan buat kejahatan.

Untuk kenang-kenangan mari kita tengok video ucapan beberapa pemimpin BN dan PR waktu sekarang, apa yang diucapkan oleh dorang beberapa belas tahun dulu.









Memang betul pun cakap Ku Li. Politic is the art of possible.

No comments: