28 September 2012

Air yasin

"Ni air yasin,buat berkat untuk ambik PMR nanti," Pijoy, member aku masa sekolah dulu bagi tau aku masa aku lepak dengan dia, Boy, Star & Belit kat snooker club, 10 tahun lepas.

"Ko percaya benda-benda macam ni?" Aku tanya balik. Separuh tergelak.

"Kau ni, fikir balik-balik ikut teori je," Belit tegur aku.

Bukan aku tak percaya pada doa, qada', qadar, tawakal dan semua konsep dalam Islam pasal takdir dan masa. Cuma aku terfikir, Cina yang kafir tu makan babi, elok je boleh dapat result gempak dalam exam. Jadi minum air yasin ni nanti, boleh bagi effect apa-apa ke bila nak jawab exam?

Aku tak cakap la macam tu kat depan kawan-kawan aku tu. 

Bila tertengok iklan kismis minda yang dah baca dengan ayat Al Quran, air Za'faran dan macam-macam la benda-benda pelik ni, aku pun terfikir. Kalau betul nak dapat berkat, jangan la doakan makanan tertentu je. Baca Al Quran kat kismis je, atau air je. Apa kata kalau tiap kali nak makan, depan rezeki tu doa kat Tuhan mintak la apa-apa pun. Tak payah la sampai kita bacakan surah Yasin pada air, mee kari, nasi ayam atau kuey teow kung fu yang kita nak makan tu. Waktu makan tu waktu senang, waktu kita dapat rezeki. Tuhan dah cakap dah kalau kita ingat Dia masa kita senang, Dia akan ingat kita masa kita susah. 

Bukan masalah baca Yasin atau baca doa. Cuma masalah konsep kaedah berdoa tu yang membuatkan aku rasa pelik. Tah la.

3 comments:

Farhana Aziz said...

Maybe for the sake of soul purification? Aku pun tak rasa minum air Yassin, makan kismis etc tu solely adalah sebab untuk dapat result best time exam.

Tapi, kan apa yang kita makan tu akan membentuk diri kita. You are what you eat. Pandangan aku, mungkin bila minum air Yassin, makan kismis yang dibaca dengan ayat-ayat suci tu secara tak langsung dapat mengingatkan orang yang makan tu untuk berdoa, mintak dengan Tuhan.

Tu pandangan aku la.

BUNg said...

Allah maha adil. formula mudah sape yg usaha dia yg dpt sbb tu cina berjaya dlm SPm sbb dia berusaha..Islam unggul dulu pun sbb bangsanya yg rajin dan berusaha. tiada magic2 dlm kehidupan. hehe..

karl said...

Farhana: mungkin jugak camtu.

BUNg: makan kismis tu sebahagian daripada usaha gak, kot. hehe