01 August 2012

Serabut

Dah 2 tahun kerja, aku teringat balik masa zaman universiti dulu. Zaman di mana bekas dekan fakulti beria-ia meyakinkan aku, kursus yang aku sedang belajar masa tu dan karier yang menunggu pada masa akan datang merupakan kursus dan karier yang berwibawa, special, berperanan besar. Sampai satu tahap tiap2 semester akan ada sesi semua student daripada tahun 1 sampai final year pakai labcoat ramai-ramai pastu baca sumpah/ikrar code of conduct. 

Dari awal lagi aku tau semua tu sekadar bullshit. Yang aku predict masa awal2 masuk jadi student bila aku pilih bidang kerjaya aku sekarang ni bila kerja nanti akan ada konflik dengan bidang kerjaya..yang satu lagi. Dan bila aku tengok dekan fakulti yang separuh hindu mamak separuh melayu tu beria sakan promote pasal integrity, dignity of the profession, aku dah boleh agak - these people, have gone through multiple inferiority complex problem dan dorang seakan berusaha untuk mengelakkan generasi seterusnya menderita macam dorang.

Masa start kerja dan menjangkaulah ke hari ni, rasanya yang selalu aku nampak profesion aku ni walaupun kononnya diiktiraf sebagai kerjaya profesional, yang selalu terjadi kitorang ni jadi macam tebu, dah diperah habis keringat dibuang hampas. Sorilah nak telan hampas, kena ludah lagi ada la. Dan bila tebu dah menjalar banyak menjadi semak, semak-semak tebu tu pun dibakar tanpa rasa belas langsung. Tebu ni tak macam pokok buah lain macam durian, dokong dan sebagainya. Taraf tebu ni elok sikit je dari lalang.

Cuma seronoknya bila berada dalam kerjaya yang so-called profesional ni aku dapat lihat bermacam jenis kejelikan - macam mana atas nama agama, bangsa dan profesionalisme orang buat duit, orang tolong orang tipu orang, orang pijak/tindas orang, orang yang buat tak peduli pasal kejahilan orang lain. Mungkin nanti bila sampai masa aku tenggelam jauh dalam inner circle yang ganas ni aku akan dapat tengok banyak lagi perkara memualkan macam yang aku tulis tadi sampai satu tahap aku akan muntah hijau, tapi bila dah muntah terlalu banyak aku akan jadi suka pada muntah aku sendiri dan akhirnya sampai ke tahap makam yang tertinggi, di mana aku akan jadi manusia yang jilat, sedut dan hirup muntah aku yang dah jatuh berpuluh tahun lepas dan sanggup pulak jilat muntah orang lain.

Bila cari makan dalam chaotic storm yang macam ni, seperti mana doktrin pembangunan minda yang selalu diulang-ulang oleh mangkuk ayun yang bekerja kat tingkat atas tempat aku belajar dulu, bersyukurlah. Sebab sejelik mana pun keadaan, aku tetap ada kerja.

3 comments:

Wadi AR said...

biasalah tu sedara

firdaus.9898 said...

bidang pharmacy di malaysia, x de swasta ke? perlu bergantung pada hospital atau govt?

bidang pharmacy di malaysia boleh memungkinkan kepada buka business ka?

Nur Yana said...

kalau kt tmpt aku keje nieh, bagasse (hampas tebu) adalah komponen yang paling berjasa. bagasse diorg guna sbg bahan bakar untuk boiler. tanpa bagasse, boiler tak mampulah generate steam. tanpa steam, tak adalah electric. juga banyaklah proses tak boleh berjalan. kena bakar dan ludah pown tak apalah. dpt guna hingga jadi abu. bnyk jasa tuh.. hehe.

btw ko sebut pasal muntah hijau n makan muntah sendiri, teringat aku pada badang. mungkin ko boleh cari dan baca cerpen "Dunia Badang" karya Saharil Hasrin Sanin. Cerpen yang sarat dengan istilah2 manusia dari bidang ko guna pakai.