20 August 2012

merenung semula diri

Seperti yang diceritakan oleh penulis blog Faithcraft Productions, penulis Kemenyan Zine & jugak merupakan band black metal legend Malaysia, Black Fire

Bulan Ramadhan ini membuka ruang kebajikan dan rahmat seluruh alam. Tidak kira muslim atau kafir ( mereka yang tidak percaya, itu maksudnya) menjadi terpanggil untuk melakukan amal bakti. Hari ini Institut Perguruan (Kampus Perlis) seramai 19 orang yang hampir kesemua pelatih adalah ‘mereka yang tidak percaya’ datang membuat kerja-kerja khidmat sosial dan menaja jamuan berbuka puasa di House of Death. Mengapa saya mengelar tempat saya bertugas sebagai House Of Death?

Ini kerana ia adalah destinasi terakhir semua klien saya. Ini adalah rumah kematian bagi kutu rayau, pengemis, pesakit mental dan warga emas yang tersisih dan tiada waris. Urusan saya adalah menyediakan keperluan terakhir mereka. :)

Seringkali setiap kali ada lawatan, kerja sosial atau ramah mesra, saya akan memberi taklimat mengenai pengurusan rumah ini dan seringkali saya ‘impressed’ kan pelawat-pelawat wanita dengan cerita lucu mengenai kematian dan penyakit mental. Dan setiap kali saya saya membuka ruang untuk pertanyaan. Hanya soalan-soalan biasa sahaja ditanya.
Pagi ini pelatih guru India bertanya; Bagaimana perasaan encik bertugas di sini? Adakah encik gembira bertugas disini? Maksud saya adakah hati encik gembira?

Saya sebenarnya terkejut dengan pertanyaan ini. Jauh dalam hati saya terus teringat bro Shah Kirit yang berpesan, kalau anda di sektor kerajaan dan berpeluang bercakap dengan ‘mereka yang tidak percaya’ teruslah anda share Islam kepada mereka. Guna cara yang berhemah dan ringkas dan bijaksana.

Saya menjawab pertanyaan tadi dengan senyuman dan dengan gugup, “ setiap orang mempunyai kerjaya impian mereka sendiri. Begitu juga saya, saya telah mencuba berbagai-bagai bidang perkerjaan. Malah saya pernah bercita-cita untuk menjadi guru seperti adik-adik sekelian. Tetapi gagal.

Walaupun saya menjauhi dari bekerja dalam bidang sosial ini, secara misteri saya tetap ditentukan untuk berkerja di sektor ini. Ini adalah ketentuan Tuhan juga. Pada mulanya saya bertugas mendidik juvana, saya gembira dan serasi dengan tugas demikian walaupun kadangkala saya merasa pelatih juvana lebih baik dari saya di usia remaja saya dahulu. (semua ketawa).

Kemudian, tanpa diduga saya ditempatkan di sini pula. Menjaga pengemis, kutu rayau, pesakit mental dan warga emas. Tipu jika saya kata saya gembira dengan tugas ini. (semua mencebik bibir).

Tetapi kami orang Islam ada bezanya sedikit dengan kamu. Nabi kami menetapkan kerja juga adalah ibadah. Maknanya status kerja itu sama penting dengan sembahyang. Jadi apabila kita redha dan bersyukur dengan jalan yang telah ditetapkan untuk kita. Kita tahu ini suatu tugas yang dipertanggungjawabkan oleh Tuhan.

Jadi, kini saya gembira.”

Sesi taklimat berakhir dengan jawapan aku tadi. :)

Aku rasa lega lepas baca cerita brader ni. Tq bro.

No comments: