29 August 2012

Jiwa Hamba

Bila makin dewasa, makin meningkat usia, maka pengalaman dan pengetahuan pun bertambah.

Zaman kanak-kanak dulu bila dah nak dekat dengan tarikh 31 Ogos, sedikit sebanyak berasa jugak perasaan bersemangat timbul dalam diri aku. Aku tak tau kenapa perasaan bersemangat tu timbul, mungkin sebab waktu tu aku kecik lagi. Ye la, yang aku tau bila 31 Ogos, orang berarak, berkumpul kat padang, menjerit perkataan merdeka, pastu nyanyi lagu-lagu patriotik.

Bila dah makin membesar, makin banyak cerita belakang tabir di sebalik simbol tarikh 31 Ogos tu, rasa makin hambar pulak perasaan. Takde lagi semangat yang timbul. Yang timbul cuma perasaan keliru, keliru sebab berfikir tentang betul ke fakta yang aku tau pasal kemerdekaan ni, betul ke aku, keluarga aku, kawan-kawan aku, jiran, seluruh manusia kat Malaysia ni dah merdeka?

Tak kisah la. Cuma bila orang sibuk bercakap pasal merdeka, aku akan kerap teringat pasal sajak tulisan Allahyarham Usman Awang. Sajak yang ditulis merentasi batas masa, yang membuatkan aku rasa luahan perasaan dia tu masih lagi relevan walaupun dah ditulis lebih 62 tahun.

Jiwa Hamba (Usman Awang)

Termenung seketika sunyi sejenak
Kosong di jiwa tiada penghuni
Hidup terasa diperbudak-budak
Hanya suara melambung tinggi
Berpusing roda beralihlah masa
Pelbagai neka hidup di bumi
Selagi hidup berjiwa hamba
Pasti tetap terjajah abadi
Kalau hidup ingin merdeka
Tiada tercapai hanya berkata
Ke muka maju sekata, maju kita
Melemparkan jauh jiwa hamba
Ingatkan kembali kata sakti
Dari bahang kesedaran berapi
Di atas robohan Kota Melaka
Kita dirikan jiwa merdeka

2 comments:

RastaMat said...

dahsyat tulisan Usman Awang ni..
mendalam..


selamat hari raya brader..
maaf segalanya..

karl said...

Selamat hari raya brader..