01 June 2012

Satu kisah, dua cerita

When you are young it is easy to distinguish between right and wrong. When you are older it gets more difficult. The heroes and villains get all mixed up. - Mathis, James Bond : Quantum Of Solace, 2008

Biasalah tu. Bila dah besar, dah tua dan makin banyak pengalaman hidup, ironinya kadang kadang kita makin mudah untuk terkeliru. Terkeliru disebabkan sentimen, prejudis, syak wasangka, hasad dengki.

Lebih kurang 7 bulan lepas bekerja dekat Pahang, akhirnya aku berpeluang berjumpa semula dengan kawan-kawan lama. Kawan-kawan yang aku kenal sejak 6 tahun lepas, semasa kami sama-sama duduk semeja dalam dewan kuliah, study macam nak rak masa study weeks, sama-sama mengeluh lepas keluar dewan exam pasal soalan spot tak masuk exam. Berjumpa semula masa kursus, kebanyakan kawan-kawan yang aku jumpa semuanya yang dulunya bertugas di Sabah dan Sarawak. M, kawan aku yang skor 1st class degree, aku ikut cakap dia masa interview dulu, masa interview bila panel tanya boleh tak bertugas kat Sabah atau Sarawak, aku jawab boleh, takde masalah. Serupa jawapan macam yang diberi oleh M. Bila surat penempatan keluar, aku ke Sibu, dia pulak ke Sandakan. Pertama kali menjejak kaki ke tempat yang jauh (walaupun negeri dalam Malaysia), menggentarkan perasaan jugak. Tapi banyak rahmat dan pengalaman yang aku semasa bekerja kat sana. Pengalaman yang paling tak boleh lupa dah tentulah pada minggu ketiga kat Sibu, aku dan kawan aku, Khir dan Fikri sama-sama menyedekahkan Yasin, mandika, kafankan dan solatkan jenazah Allahyarham Mus. Selebihnya pengalaman berdepan dengan bermacam ragam manusia, yang rupanya tak cukup lagi sebenarnya. Banyak lagi yang aku kena belajar.

Bila berjumpa dengan kawan lama memang tak lari la daripada masing-masing bercerita pasal pengalaman masing-masing. M bercerita pasal macam mana plan pernikahan dia dari segi fizikal dan mental, masalah tempat kerja baru dan sekali sekala bukak cerita lama zaman universiti. Masa kursus aku duduk sebilik dengan dia, mudah sikit sebab kami berdua smoker, dua-dua panas baran, cuma bezanya dia pandai lagi la kot dari aku. M bukak cerita pasal kawan aku yang sorang lagi, nama dia F.

"F tu gila aku habaq kat hang. 1st day dapat surat posting, terus angkat Persona," M start bukak cerita.

"Fuh, belum apa-apa lagi ambik kereta dah? Dasyat2" aku layankan jela.

"Lepas transfer pergi Sabah, hari 1st dapat gaji, dia ajak R pergi tengok kereta, nak beli. Pergi kat Perodua, R angkat Viva. F ni taknak angkat Perodua, ajak R pergi Proton. Tah macam mana dia boleh nampak Inspira, dia bawak test drive. Lepas tu masa lepas test drive dia tanya sales rep, kalau tempah berapa minggu baru sampai. Sales rep cakap, 2 minggu. Terus dia sambar Inspira yang ada kat exhibition room tu, bawak balik hari tu jugak,"

"Dia nikah awai dari aku. Balik Sabah, tah macam mana, bini dia pulak ambik Honda City. Cuba ang kira berapa dia habis untuk kereta ja?" M tanya kat aku.

"Persona RM600, Inspira aku rasa dalam RM900, pastu Honda City RM900 jugak la kot." aku agak-agak la.

"Dah RM 2400, kan? Tiap bulan dia hantar kat mak pak dia RM500 camtu. Bini pulak RM500. Time nikah hari tu dia ambik loan, personal loan. RM50000. Bayar ansuran 9 tahun camtu" M bercerita, sambil hembus asap rokok.

"Mak aih, RM50000? Macam sebijik lagi kereta la camtu. RM500 la sebulan kalau kena bayar"

"Ha, itu la yang aku cakap dia ni gila. RM4000 sebulan habih buat bayaq hutang. Pastu bila masuk gaji, mana nak makan nasik campuq ja. Hari-hari order Pizza Hut. Last-last awal bulan, lingkup," 

Aku terdiam. Macam-macam hal rupanya bila dah start kerja ni.

"F ni style dia berfikir macam kita masa belajar kat uni kot. Sekali dah kerja gaji RM4000 lebih, macam lepas geram ja, semua benda nak sambar, macam tak memikir," 

"Aku kat sana banyak belajar dari K. Bab-bab pengurusan kewangan ni, memang aku belajar dari dia. Kepala otak dia tu bisnes. Kira senang pasal nak urus duit ni, contoh terbaik K, contoh buruk F tu la," M bercerita.

Hari last kursus, M balik awal. Dia tau rokok aku habis, kat atas meja dia tinggal rokok Winston dua batang. Aku kemudian balik dengan R. Masa nak hantar R ke Jengka, aku bertanya pulak dengan R pasal F. Sebab masa kat uni dulu dia rapat dengan F.

"Betul ke F tu berhutang teruk sangat, sampai nak muflis?" aku tanya kat R.

"Tak la sampa nok muflis. Dio tu masalohnyo boros," R bercerita kat aku.

"Betul ko dio beli Persona, Inspira dengan Honda City sekali?" aku tanya lagi, nak sahkan cerita yang aku dengar dari M.

"Hok Persona tu mak pok dio pakai. Kawe sero hok tu pok dio bayar. Hok pasal Inspira dengan Honda City tu sebab maso nok beli tu, bini dio tok bincang dengan dio dulu. Pahtu bini dio tu jenis high demand, jenis susoh nok kiro," R bercerita.

"Maso dio nok nikoh tu kawe bagitau doh, F, demo ni nok nikoh cepat sangat ni. Biar kijo dulu, bulih cukup pitih baru nikoh,"

"Ado kali F tok cukup pitih, dio mitok tolong dengan bini dio. Kali bini dio tok beri, bini dio oyak la hok keno beri nafkah dio, bukan bini. Dio pun mitok la pinjam dengan kawe. Kawe beri, tapi pastu dio mengamuk la,"

"Bakpo mengamuk pulok?" Aku bertanya.

"Iyo la, mitok tolong dengan bini, bini tokse beri. Kalih-kalih saing jugok hok tolong. Tu ado sekali dio terlepas cakap ko kawe, dio oyak la, R, demo nok nikoh nanti cari ore pue hok sayang dekat demo, toksoh tengok sangat la pue tu jenis ustazah ko, tudung labuh ko. Kawe tanyo dio, aii F demo nyesal ko nikoh? Dio oyak tak la, sajo nok oyak ko demo,"

"Set-set mu tok oyak ko dio, pasal caro dio tok betul, hutang banyak dooh?"

"Set lain mano nok caro ko dio. M tu caro dio la, mano nok tulong oghe. K pulak tu, jenis kecek sedap, tapi jenis make saing jugok. Ado kali tu K ajok masuk USANA, jual health supplement. Ramai masuk, F masuk jugok, sampa RM3000 dio melabur. Ngelast tok dapat gapo,nasib baik kawe tok join,"

"Dengan oghe hok kecek sedap ni keno hati-hati sikit. Pas kijo baru napok guano K ni, napok baik, tapi jenis tokleh cayo jugok la," R merungut.

Cerita pasal kisah yang serupa, tapi cerita berlainan. Kalau ditanya cerita siapa yang aku percaya, pada aku tak perlu percaya mana-mana cerita pun. Cukup la aku ambik iktibar dari cerita tu, tak kisah la cerita tu betul ke tak.

4 comments:

Yanayo said...

tapi kdg2 kita bleh tau cerita yg betul n salah paham yang terjadi.. n we can make a better judgement.. hehe

firdaus.9898 said...

life's like that.

kawan gua pulak pernah berkata "org tua kata buat baik berpada-pada, dia suruh buat baik berpada je, bukan buat baik selalu".

kawan gua tu da berjaya, kawin dan berumah skrg.

gua yg x seberjaya dan x berumahtangga ni rasa "oh gua x mampu hati keras cam tu" hehe.

Anonymous said...

bercerita ttg kawan2 dan perbelanjaan kawan2 nya

mengumpat stail moden

karl said...

Yana: susah sebenarnya nak menilai mana betul atau salah, kecuali kalau kita sendiri yang rasa keadaan tu

firdaus: hidup ni, susah atau senang dah tertulis di loh mahfuz.

Anon: mengumpat tapi aku cuba untuk tak heret korang sekali untuk berdosa. sebab tu aku tak letak nama watak2 dalam kisah benar tu. saja nak kongsi pengalaman sebenarnya, tu je.