12 June 2012

Pesan orang tua


Sebab takde pemimpin Malaysia ni yang nak bagi nasihat serupa macam ni, maka aku kongsikan pesanan Mr Lee Kuan Yew ni.

Macam yang diceritakan pasal kesukaran hidup kaum Cina Singapura semasa zaman kolonial, aku terjentik dengan kisah mak abah aku. Abah aku start menoreh getah masa umur 7 tahun, sama jugak dengan mak aku. Balik sekolah tak ada tv atau internet yang menunggu, sebaliknya kerja mencari ikan kat paya jadi aktiviti kokurikulum lepas sekolah. Cari ikan, untuk buat lauk makan malam. Abah aku siap cerita dia jadi mahir menangkap ikan keli dalam air lumpur sebab hari-hari dia buat kerja tu (caranya, dengan tekupkan kepala ikan keli tu dan letakkan jari kat bawah sengat ikan keli tu).

Lepas habis darjah 6, nenek aku bagitahu abah aku, mintak dia berhenti sekolah. Sebab adik-beradik ramai, dan Allahyarham atuk aku takde duit nak hantar dia pergi sekolah. Abah merajuk, tiga hari tak makan. Lepas Allahyarham atuk pinjam duit kat kawan dia untuk sekolahkan abah, baru la abah berhenti mogok lapar.

Zaman berlalu. Zaman aku membesar, aku dah tak payah nak bangun pagi menoreh getah sebelum pergi sekolah. Pernah la jugak aku merasa berjalan kaki dari rumah Allahyarham atuk untuk pergi sekolah waktu pagi gelap, lebih kurang pukul 6:30 pagi untuk ke simpang jalan, naik bas ke sekolah. Mak pulak jenis pesimis, tiap kali result exam keluar dia perkecilkan aku sebab selalu dapat nombor belas-belas dalam ranking, dia nak aku dapat nombor satu. Nampak macam perkara kecik tapi kesan tindakan macam tu menjadikan aku rasa inferior, kurang keyakinan diri sampai aku dah kerja sekarang (mungkin sebab tu aku tak pernah ade awek, dan seakan menuju hidup forever alone, ahaha). Tapi selain daripada perkara-perkara macam tu aku tak hidup sesusah kehidupan mak dan abah aku masa dorang sebaya dengan aku.

Dalam tempoh masa aku membesar banyak tekanan yang aku dapat untuk push aku berjaya dalam bab akademik. Mungkin sebab tu aku tak hadap pun berangan nak jadi artis, atau pun bersusah payah nak datang audition Malaysian Idol atau Akademi Fantasia masa aku remaja. Yang aku ingat masa aku tadika aku berangan nak jadi remisier kat BSKL sebab terpengaruh dengan drama TV1, dan pernah bercita-cita nak jadi peguam sampai aku pulun betul-betul subjek Sejarah masa Form 3. Bila tengok punya ramai budak-budak muda datang audition benda-benda lagha macam yang aku tulis tadi, aku cuma boleh gelengkan kepala.

Bila lifestyle berubah, cabaran untuk budak-budak muda makin banyak. Dengan kehidupan glamour dan sosial yang selalu terdedah kat dorang, maka jadi masalah besar untuk meyakinkan dorang supaya bekerja kuat, buat sesuatu dengan bersungguh, jangan duk melagha tak tentu pasal. Sebab tak merasa susah, dan selesa dengan hidup senang, banyak perkara nampaknya taken granted. Kalau zaman dulu ada Universiti Malaya je kat Malaysia, sekarang dah berbelas-belas universiti. Nak masuk universiti tu nak atau tak nak je. Dulu bukan semua student dapat buku teks, sekarang buku teks dah free untuk semua. Yuran SPM pun dah mansuh, kan? 

Kalau ditakdirkan satu masa nanti aku ada anak sendiri, rasanya waktu tu mungkin rasa macam nak gila bila datang bab nak mendidik anak. Terutamanya bila bab nak mengajar erti kesusahan pada dorang. Member aku pernah pesan (atau berlawak, tapi masa dia bagitau benda ni nada dia serius), kalau aku ada anak nanti gerenti anak aku cerdik, tapi kena control betul-betul la sebab budak cerdik ni keras kepala. Kalau anak aku nanti keras kepala, rasanya aku tau dah dia ikut perangai siapa.


3 comments:

DrNotts said...

good story to tell your kids eh!

karl said...

insha Allah aunt, with current situation and future environment which i already forecast, it's a must to tell them these stories.

Aunt kat mana sekarang, still kat korea lagi ke?

firdaus.9898 said...

thanks. video lee kuan yew ni menjawab persoalan hidup gua yg lost lately.(yg citer susah senang luh mahfuz tu) haha.

kita selalu mengeluh bila terluka dlm comfort zone. kita akan bertindak tanpa ckp banyak klu situasi tu kritikal style hidup mati.

thanks again. buat aku ponder banyak.