10 May 2012

Hidup mati

Dah dekat 3 bulan rupanya aku tak menulis apa-apa kat sini. Bergelut dengan bermacam karenah dan ragam hidup, sampai banyak perkara yang dulu aku biasa buat aku dah tak buat.

Sebagaimana negara tempat tinggal aku yang semakin hari makin cacamarba, rasanya hidup aku pun lebih kurang macam tu la. Ramai kawan-kawan yang makin berjaya, tahniah la kawan-kawan. Aku yang bergelut dengan segala macam perkara ni, macam biasa la, dah ada masalah, kenalah selesaikan masalah. Kalau dah hidup tu maksudnya Allah bagi masa lagi untuk buat baik, jadi buat la baik selagi masih hidup. Bila dah mati tak ade U-turn dah, pandai2 la menjawab.

Ramai orang hidup tapi dalam masa yang sama mati. Mati ni bukanlah mati sebab tercabut nyawa je. Mati akal, mati hati, mati pucuk..bermacam jenis mati. Ada mati yang boleh hidup balik, ada mati yang kekal mati. Kalau mati pucuk yang tak serius, telan sildenafil atau tadalafil, hidup la balik pucuk tu. Tapi hidup sekejap je la, sampai masa ubat tu dah habis effect dan masa dah menjangkau lebih dari half-life ubat tu, maka pucuk pun mati balik. Mati akal dan mati hati pulak berkait. Akal hidup dengan ilmu, hati pulak hidup dengan amal kebaikan. Makin lama hidup atas muka bumi tapi kalau semakin hari semakin jauh dengan ilmu dan perkara-perkara baik, maka akal dan hati pun boleh mati jugak.

Mungkin disebabkan dah sampai masa yang pernah disebut Rasulullah S.A.W, akan sampai suatu zaman tu fitnah berleluasa. Rasanya aku sekarang pun hidup dalam zaman tu la. Fitnah ni senang cerita perkara bohong la. Tak payah tengok jauh. Tengok berita tv, banyak berita bohong. Ada pernah sekali result match Manchester City boleh pulak tertukar dengan Man Utd. Melampau betul, berita pasal bola pun nak menipu. Suratkhabar tak payah cakap la. Yang suratkhabar kerajaan berbohong nak menegakkan kerajaan, suratkhabar pembangkang berbohong sebab nak menolong pembangkang rebut kuasa. Bila hari-hari terdedah dengan penipuan, maka mati la akal manusia ni. Sebab tu makin mudah nak jumpa manusia yang berfikir secara tak rasional zaman sekarang ni. Biar dah mumaiyiz dah kenal baik buruk, tetap terkam benda buruk.

Maka sekadar nak berpesan, untuk peringatan sendiri dan orang lain jugak. Rajin-rajin la mengaji, dedahkan diri dengan ilmu, dengan amal baik. Ilmu sekarang nak dapat mudah, tapi nak dapatkan ilmu yang ada kredibiliti dah jadi sukar. Nak ambil jalan selamat, menuntut la dengan orang yang tahu. Dekat kuliah masjid, kat simposium, forum. Cari ilmu daripada orang yang berilmu. Lepas tu nilai semula, cabar semula ilmu tu, pastikan sahih ke tak, logik ke tak. Kalau rasa ragu-ragu cari orang berilmu yang lain pulak, mintak pendapat. Kalau rasa Ustaz Azhar Idrus bagi pendapat pelik, tanya la Ustaz Asri pulak. Tak salah nak berguru dengan ramai orang, lagi bagus sebenarnya sebab bila banyak pendapat, kita boleh timbang tara mana pendapat yang lagi logik. Amal baik pulak bukannya susah. Bila kawan datang nak mengumpat orang, duduk diam pastu mintak izin blah. Tu pun kira amal baik dah, sebab kita dah jauhkan diri dari buat dosa. Kurang-kurangkan buat benda lagha, buat benda yang ada faedah. Mati akal, mati hati ni tak permanent, boleh hidup balik akal dan hati tu tapi kalau dah lama mati, serupa macam enjin la kalau dah lama tak start, berkarat, makin susah la nak baiki dan hidup balik.

5 comments:

firdaus.9898 said...

welcome back.

dr asri kadang2 x balas e-mail atau soklan, bila pikir balik, one of the reason is soklan tu "soklan x patut tanya/jawab".

dr asri ada discretion sikit banding ngan UAI. tu je la.

ku-cit said...

lama tade entry baru...sekali entry baru dia bg tazkirahla..bgs2..gd job..

shada wentz said...

sentap aku baca. haha mekaseh. ak mmg perlukan tamparan non verbal cenggini.hee

karl said...

firdaus: percanggahan itu rahmat. mungkin ramai yang tak faham perkara ni sebab lagi seronok jadi fanatik?

ku-cit: banyak hal sekarang ni

shada: tq for ur compliment :)

firdaus.9898 said...

"mungkin ramai yang tak faham perkara ni sebab lagi seronok jadi fanatik?"

aku rasa sbb kita semua diajar ada satu je jalan betul utk semua benda dalam dunia ni, sama mcm mindset budak UPSR amik peperiksaan objective (bulatkan jawapan yg betul tu).

kita tend to cancel out pendapat lain dan cari satu je jawapan. itu la kot.