25 May 2012

Dunia perlumbaan

Perlumbaan ni boleh dikatakan lumrah kehidupan.

Dari zaman kecik kita dah diajar dengan pelbagai doktrin pasal perlumbaan. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Winner take it all and fuck the prom queen. Macam-macam la.

Masa sekolah rendah, berlumba nak dapat 5A upsr. Kalau dapat 5A upsr, berlumba pulak nak masuk sekolah MCKK, TKC, Alam Shah, MRSM. Dah dapat masuk sekolah asrama berlumba pulak untuk dapat result straight A tiap2 kali periksa. Dah dapat straight A, berlumba untuk dapat scholarship Medic ke Royal College Surgeons Ireland, atau paling lekeh buat medic kat indon (janji belajar oversea, indon pun indon la). Bila dah keluar berkerjaya, berlumba pulak tengok siapa dulu mampu beli kereta Volkswagen Passat, Chevrolet Cruze tak pun Civic Type R. Berlumba siapa dulu register jadi member golf club, berlumba beli unit trusts, siapa dulu dapat PhD, siapa dulu yang berjaya kumpul tanah beratus ekar.

Berlumbalah, berlumbalah kita semua.

Tak kisah la sama ada peduli atau pun tak pasal siapa dulu ke depan dalam perlumbaan yang macam ni, dogma yang tertanam dalam minda masing2 sebenarnya memainkan peranan besar dalam membentuk siapa kita, tak kira apa pun yang kita berjaya capai atau gagal capai dalam perlumbaan macam ni. Yang letak mindset world is not enough, memang sampai ke tua la ko akan jadi loser, sebab takkan ada cara untuk menakluk sepenuhnya alam semesta ni. Yang letak mindset qanaah, syurga neraka, kena pandai2 tune la sikit pemikiran tu, kalau sepanjang jalan kehidupan dalam segala aspek fail, tu bukan qanaah la namanya, itu bloody bastard.

Kita merancang, tapi bukan semua perancangan menjadi. Itu prinsip. Bila berlumba ada yang kalah, ada yang menang. Ada menang besar, menang sikit, kalah besar, kalah lingkup, kalah sikit. Suka atau tak itu satu hukum yang tak boleh nak ditolak. Sama ada kita terima dan improvise diri untuk berubah, atau terima dan mengalah. Atau jadi bebal, tak nak terima, tak nak mengaku kalah dan terus menerus jadi loser.


Layan la lagu sweet charity nih.


3 comments:

Nur Yana said...

actually, perlumbaan kita bermula tatkala berlakunya ejakulasi lagi. 250 juta sel sperma dan hanya 1 ovum untuk disenyawakan. dari 1 buku yg penah aku baca, dia bilang jika dibandingkan saiz sperma dengan jarak yg perlu ditempuh oleh sperma tuh yakni dr pintu rahim ke tiub fallopia dimana ovum tuh berada umpama 100 kali round kolam sukan olimpik which is about 60km walhal jarak sebenar cuma 6 ke 7 inch. we fight and we race damn hard within that 45 to 60 minutes just to be the winner.

lahir je kedunia, hidup berasaskan sistem. pergi sekolah, belajar, test sapa no 1 dapat hadiah dan anugerah, hari sukan lumba lari dalam guni, bila besar kerja berlumba lagi utk gain knowledge, kerja dan dapat gaji. dah dari kecil kita diajar untuk berlumba. maka perlumbaan itu sudah dikira sebagai sebahagian warna dalam kehidupan. macam ujian tuhan.

perlumbaan itu baik bukan. dia buat kita rasa mahu majukan diri. cuma. the art of racing. kadang menang kadang kalah. mcm ko ckp, klu bijak terima, improvise diri n berubah. klu bebal, jadilah loser.

boleh tgk cerita 3 idiots. that movie did define on knowledge and race.

karl said...

berlumba ni meletihkan. lebih senang duduk kat grand stand, melihat orang berlumba tapi kita pulak tak ke mana.

thanks for sharing your thoughts :)

firdaus.9898 said...

rilek rilek je.

kura2 yg kalah dan x mampu g jauh2 tu hidup lebih lama berbanding haiwan lain tau.