18 February 2012

Zaman yang ditinggalkan

Masa menyelongkar video-video dalam Youtube aku terjumpa lagu Sudirman kat atas.


Lagu ni lagu motivasi, lama jugak tak dengar. Aku rasa kebanyakan orang dewasa yang pernah bersekolah waktu Sudirman masih hidup, atau pun masa Sudirman baru 5-6 tahun meninggal mesti biasa dengar lagu Pesan Abang ni. Pejam celik, dah 8 tahun rupanya aku tinggalkan zaman sekolah.

8 tahun lepas tak bersekolah membuatkan aku lost track dengan kehidupan budak-budak sekolah. Memori zaman persekolahan aku dulu antara yang aku ingat, makanan kat kantin sekolah, eg nasi lemak, nasi goreng harganya RM1 sepinggan. Duit belanja sekolah dulu RM2 sehari. Makan kat kantin, tambang bas untuk balik ke rumah menyebabkan baki duit belanja tinggal 20-30 sen sehari. Bila masuk zaman peperiksaan PMR, balik rumah lewat sebab ada kelas tambahan. Lepas habis kelas siapkan dulu kerja sekolah, lepas tu baru balik.

Ada jugak kawan-kawan yang bawak motosikal, skuter ke sekolah. Aku rilek je naik bas. In fact bila start masuk universiti la baru aku ke hulu ke hilir bawak motosikal, kalau tak selalunya naik bas je la.

Zaman sekolah dulu perkara yang dirisaukan selalunya bila tak siap kerja sekolah. Terutamanya matematik. Zaman tu bila buat pengiraan, mana pakai kalkulator. Even dalam exam bila ada soalan yang tanya soalan punca kuasa dua, nilai kuasa dua aku kena guna buku sifir. Zaman sekarang aku tak tau la budak-budak sekolah kenal lagi ke tak apa dia buku sifir tu. Selain tak siap kerja sekolah, kerisauan lain ialah bila tak dapat A dalam ujian atau exam. Bila tak dapat A, kena menjawab depan mak abah. Masuk tahun exam PMR, pressure untuk dapat A tu makin kuat. 

Zaman sekolah terasa macam agak tough la cabaran yang nak ditanggung. Tapi sebenarnya bersama cabaran tu datang galakan, sokongan, motivasi dari semua orang. Mak ayah, cikgu bagi nasihat. Kawan-kawan yang berjaya dalam exam jadi saingan untuk galakkan diri study dan menghafal dengan lebih kerap. Artis macam Sudirman buat lagu motivasi. Malangnya Sudirman dah mati, dan tak ada pulak artis lain yang hidup zaman sekarang ni yang nak buat lagu motivasi macam yang Sudirman pernah buat dulu. Masa berubah, keadaan berubah. Dulu kat tv tak ada rancangan Mentor, Akademi Fantasia. Sekarang berlambak.

Bila teringat zaman yang dah aku tinggalkan hampir sedekad tu dengan keadaan aku sekarang, ada masa aku rasakan life is one big joke. Sebab masa sekolah dapat RM2 sehari aka RM60 sebulan, bila zaman kerja sebulan gaji ada la dalam RM3k. Tapi bila dah ada kerja, maksudnya dah ada kehidupan sendiri. Dah ada tanggungjawab untuk uruskan makan minum, tempat tinggal sendiri. Hutang piutang sendiri tanggung. Belum lagi bercerita tentang segala bil, cukai. Duit dapat banyak, tapi banyak jugak yang habis.

Nak katakan rindu pada zaman yang lepas itu rasanya macam sentimental sangat. Makin lama makin tua, dan makin menuju lubang kubur. Dalam perjalanan menuju lubang kubur yang tak tau bila tu terpulang kepada kita untuk tentukan hala tuju hidup, untuk bertanya pada diri sendiri apa yang kita dah buat untuk jadikan kehidupan kita dan dunia sekeliling menjadi lebih baik.

No comments: