07 February 2012

turning point






Kalau tak sebab sijil ni berguna lagi untuk naik pangkat/tukar kerja, dah lama aku bakar kertas tak guna ni.

Kertas sijil atas ni merupakan punca perubahan turning point dalam hidup aku. Cita-cita aku terkubur disebabkan alter ego aku rebah, disebabkan kertas sekeping ni.

Tapi secara ironinya, keputusan yang tak cemerlang tu menjadikan aku bertambah ego. Ego yang aku wujudkan atas dasar - aku tak nak jadi loser dalam hidup. Aku cuba bina balik keyakinan aku, struggle balik. Tapi akhirnya tetap tak menjadi. Dalam banyak perkara dalam hidup aku rasa aku dah loss total control.

Ego yang ditanam dan jadi baja pada awalnya, jadi racun yang memakan diri aku sendiri.

Aku tau - ada takdir dan ketentuan yang memang tak dapat diubah. Sama ada terima atau hidup sengsara melawan kehendak Tuhan. Pengetahuan dan keupayaan menerima hakikat dalam diri aku rupanya tak seimbang.

Aku cuma berharap dalam krisis dan konflik yang dah berlarutan hampir sedekad ni, akan ada jalan keluar akhirnya. Akan sampai tahap di mana qanaah mengambil tempat yang diduduki ego.

3 comments:

Lucifer said...

Somehow, kerana kertas sekeping ini pun aku fakap juga.

Dan cita-cita yang tidak kesampaian.

DrNotts said...

kuatkan semangat. teruskan perjuangan. salah satu faktor yang membuatkan kita ingin terus belajar ialah senyuman ibu dan bapa yang tidak putus memberikan galakan.

karl said...

Luc: sampai masa nanti kita tak kan ambil peduli dah benda ni.

DrNotts: yup, parents. but most of times home is a place where my heart always breaks