30 December 2012

Nota Kecil XV

1. Rumah

- Alhamdulillah setakat ni, urusan yang sedang berjalan lancar lagi.

- Bila 'beli' rumah yang dalam pembinaan ni, panjang doa yang nak dibaca. Salah satunya, kena doa supaya developer tak lari.

- Kelebihan buat camni, sekurangnya sedar diri sikit. Hamba kena selalu jaga hubungan dengan tuan.

- Muqasah tu ape?

2. Sambung belajar

- Lepas bekerja dengan bos & kawan sekerja yang majoritinya Melayu, kesimpulannya, kat mana-mana pun, kalau dah Melayu tu, Melayu la jugak.

- Melayu mid class ni kebanyakannya tak boleh duduk diam kalau tengok orang Melayu lain progresif sikit daripada dorang. Panas buntut, senang cerita.

- Padahal korang yang bodo tak pandai rancang masa depan. Dah tua bangka baru nak jadi ambitious, bila tengok orang muda yang pandang ke depan, korang pun jealous.

- Bangang nak mampus. Pergi mampus la korang.

- Kejap, ape kaitan dengan aku yang nak sambung belajar?

3. Jodoh

- Pertama sekali, kena belajar terima hakikat.

- Orang lawa jodohnya orang handsome. Orang pandai jodohnya orang cerdik. Orang kaya jodohnya orang berada. Orang yang pakai Bell & Ross jodohnya orang yang pakai Omega, macam Anwar Ibrahim.

- dah boleh terima hakikat tu, bertaburanlah kamu kat atas muka bumi ni mencari jodoh kamu.

4. Bad habits

- Jangan mula buat benda jahat. Kalau tak payah nak berenti.

- 2013 ni aku taknak join kawan-kawan pergi karaoke dah.

5. Bola

- Mula-mula aku malas nak peduli pasal bola sepak negara ni. Bagi aku bola sepak negara kita ialah Mokhtar Dahari, Awang Mahyan dan Datuk Paduka Ahmad Basri Akil.

- Mokhtar Dahari ngan Datuk Basri dah meninggal. Awang Mahyan dah bersara. Jadi yang tinggal sekarang cuma kenangan. Dan sampah.

- Tapi disebabkan LHDN,terutamanya staf kat Raub yang suka melompat-lompat depan ofis waktu petang dah berjaya mengutip lebih RM120 bilion cukai, nak tak nak aku kena ulas jugak. Sebab duit aku pun menyumbang kepada jumlah RM120 bilion tu.

- Daripada duit cukai tu akan dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Yang DIsatukan. Daripada Kumpulan Wang yang Disatukan tu nanti akan dikeluarkan duit untuk pembayaran geran tahunan pasukan bola sepak kat Malaysia ni.

- Eksperimen, tarik player team lain yang dalam kontrak, masuk team pakai kabel, player manja.

- Dah dapat duit tapi tak nak buat betul-betul, baik bagi duit tu buat projek perumahan rakyat termiskin. Zaman sekarang ni rumah harga makin mahal.

- Korang gaji RM80 000 sebulan. Doktor yang belajar macam nak gila 5 tahun pastu kerja pun macam nak gila kat hospital pun tak dapat banyak tu. Tapi doktor kat hospital tu buat kerja. Korang punya kerja, kena main bola bagi menang. Itu pun payah.

- Bangang.

6. Kerja

- Bagus jugak kerja enforcement ni.

- Dulu kat hospital bila bercakap dengan doktor yang pangkat U54, Jusa boleh je bersembang dalam suasana berhemah. Kita hormat dia, dia hormat kita.

- Kerja sekarang ni, kadang-kadang kena pergi mahkamah jadi pegawai pendakwa @ pegawai penyiasat. Kat mahkamah, kerani yang kerja gred 17 pun kadang-kadang berani nak maki kita.

- Sekali-sekala melihat ragam manusia yang kecik & sombong ni menghiburkan jugak sebenarnya.

- Semoga bahagia dalam kebangangan.

7. 2013

- Aku ingat nak ambik cuti seminggu bersuluk kat Tasik Chini tahun depan. Ade sape-sape nak ikut?

16 December 2012

Adagio



Daripada duo Secret Garden.

Dah tua-tua ni macam ni la, dengar Mohram, Kitaro..malas dah nak layan Dimmu Borgir.

10 December 2012

Basic

Orang Islam, kalau hidup tu rasa bercelaru sangat, pertama sekali, tengok muka tu dalam cermin. Cukup tidur ke tak. Kusut-masai tak. 

Pastu jawab soalan-soalan ni: Solat 5 waktu tu cukup ke tak. Quran tu bila last sekali kau baca dan telaah terjemahan dia. Ada tak berdoa pada Allah supaya Dia bantu kau menjalani hidup. Solat sunat taubat, sunat tahajjud, sunat hajat buat tak. Macam mana hubungan dengan mak abah kau,kau jaga tak hati mak abah kau, kau doakan mereka tak, kau buat baik pada mereka ke tak. Macam mana hubungan silaturrahim kau dengan adik beradik, saudara mara kau. Ada tak kau sakitkan hati keluarga kau. Ada tak kau mengumpat sesiapa pun. Ada tak kau dengki dengan orang lain. Ada tak perintah Allah yang kau langgar tapi larangan Dia kau buat.

Kalau semua benda kat atas elok-elok je, maka anggaplah kekacauan hidup kau tu ujian Allah.

Socrates

Think not those faithful who praise all thy words and actions, but those who kindly reprove thy faults - Socrates.

Sebab tu aku tak pernah hargai pujian.

08 December 2012

Kerja

Isu pasal kerja ni, dah menjadi concern aku sejak tingkatan 1.

Sebagai anak sulung yang mak abah harapkan supaya aku sentiasa dapat nombor 1 dalam kelas, sentiasa harap aku dapat straight A dalam exam, major goal aku masa belajar ialah sambung belajar kat universiti dalam bidang yang boleh dapat kerja bila habis belajar.

Aku rasa pemikiran aku yang menjadikan soal "kursus yang confirm dapat kerja lepas habis belajar" suatu perkara yang penting sebabnya masa aku darjah 4 sampai darjah 6 negara kita berada dalam kemelesetan ekonomi. Peluang pekerjaan masa tu sangat susah nak diperoleh, ditambah dengan masalah dalaman negara disebabkan pemecatan & kes mahkamah Anwar Ibrahim,tambah pulak dengan gelombang reformasi, suasana dalam negara macam huru-hara sikit. Aku sendiri takut nak membayangkan macam mana agaknya masa depan aku nanti kalau negara berterusan macam tu. 

Cuma masalahnya, masa tingkatan 1 tu aku bercelaru nak fikirkan kerjaya bidang apa yang sesuai dengan minat aku dan senang pulak dapat kerja lepas graduate. Mak abah aku kerja cikgu, dan dorang tak buat kerja selain selain daripada mengajar. Takde buat bisnes ke apa. Jadi mindset dorang mempengaruhi la jugak mindset aku yang pentingkan bidang pengajian yang confirm mudah dapat kerja makan gaji. Langsung tak terlintas untuk jadi entrepreneur ke, usahawan ke, technocrat ke. Akhirnya lepas fikir lama, aku pilih nak ambik law masa universiti nanti.

Tapi cikgu bahasa Inggeris aku bagitau kat aku masa aku tingkatan 3, peguam Melayu dah ramai. Bidang perubatan tak ramai orang Melayu. Kemudian aku buat la research sikit, baru aku dapat tau kalau ambik bidang perubatan, lepas grad confirm kontrak kerja dengan government 5 tahun, pastu baru boleh keluar. Pastu aku terus tukar fikiran untuk ambik medic pulak.

Lepas tu bila zaman matrik, pointer aku tak tinggi. Aku buat kajian balik, tengok kursus ape yang aku boleh dapat dengan pointer aku & in same time boleh dapat kerja lepas grad. Pastu aku pilih farmasi. So, sekarang ni pilihan terakhir lepas matrik tu la yang menjadi. Sekarang ni kalau ikut daftar ahli farmasi kat Malaysia ni, aku ni ahli farmasi yang ke-8617. Tapi sekarang dah ramai, aku rasa dah cecah 10 000 dah kot.

Bila aku terbaca tweet junior aku yang merungut sebab duit tak cukup masa awal-awal bekerja ni sebab gaji tak masuk lagi,dapat pulak posting kat department therapeutic drug monitoring yang mencabar, maka terpaksa la aku ingatkan dia. Ramai lagi graduate yang susah bila start kerja kalau nak dibandingkan dengan dia. Kawan-kawan yang kena hantar ke Sabah Sarawak, yang mencabar dari segi nak mencari tempat tinggalnya, jauh daripada keluarga, payah sikit nak cari makanan halal kat sesetengah tempat. Kawan aku Joe yang kerja sebagai cikgu kat Miri, kena naik Hilux 6 jam baru samai bandar. 

Dan yang paling penting ko dapat kerja dik. Berapa ramai lagi orang yang dah graduate tahun ni tapi tak dapat kerja, menganggur dulu kat rumah (kecuali yang ada inisiatif tak memilih kerja atau berani nak mula berniaga).

Orang Melayu ni, terutamanya golongan muda bila datang bab kerja macam biasa la, mentaliti untuk memilih kerja makan gaji, gaji besar, pakai kereta tu merupakan mentaliti standard hampir semua gen Y Melayu sekarang. Statement ni bukan untuk merendahkan siapa-siapa, ini fakta. Aku punya mentaliti pun macam tu. Macam mana mentaliti macam tu terbentuk, tak lain tak bukan datang daripada didikan orang Melayu la jugak. Kebanyakan budak-budak Cina zaman aku sekolah dulu, dorang lepas sekolah gerenti pergi cari kerja part time lepas sekolah untuk cari duit. Ada setengah kes yang extreme, mak bapak bagi dorang makan waktu breakfast je, pastu duit untuk makan kat kantin sekolah. Nak makan malam dorang kena kerja untuk cari duit untuk beli makan malam.

Dorang diajar hidup susah. Orang Melayu yang sememangnya dulu hidup susah, bila dorang dah ade anak dorang tak nak anak-anak dorang hidup susah. Biasa la camtu. Tapi malangnya kesenangan yang mak bapak bagi kat dorang kebanyakannya menjahanamkan budak-budak tu.

Mungkin generasi Y yang nampak perkara macam ni, bila dah turn out jadi parents nanti, terpaksa la korang buat perkara yang lawan arus sikit dalam mendidik anak-anak. Aku 100% yakin aku tak boleh ajar anak-anak aku untuk cari kursus kat universiti yang confirm dapat kerja lepas grad macam yang aku dah buat, sebab masa depan tu tak tau pulak macam mana nanti. Kursus farmasi sekarang dah berlambak graduates, dulu government absorb 100% graduates tapi setahun dua nanti siapa grad, kena bersaing pulak masa interview untuk dapat kerja. Begitu jugak dengan kursus perubatan, pergigian, cuma kursus yang dua tu mungkin lambat lagi la nak job vacancy untuk capai tahap tepu.

Tapi yang paling penting sebenarnya, adalah untuk mengajar generasi masa depan untuk pilih bidang yang dorang mampu buat sebaik mungkin dengan minat, skill, kemahiran dan kebolehan yang dorang ada. Tak kira bidang apa pun kalau dibuat sebaik mungkin, menjadi jugak. Komitmen dan usaha keras, perkara yang penting untuk majukan agama, negara, diri sendiri & bangsa.

07 December 2012

Jadi kurus.

"Ade certain doktor, dorang memang jenis betul-betul berkhidmat untuk masyarakat. Macam Dr Ratnam kat Mentakab," Bos aku cerita masa kitorang berbincang pasal psychotropic abuse.

Aku pergi buat routine inspection kat klinik Dr Ratnam. Sambil buat inspection Dr Ratnam tegur, dengan cara yang friendly la pada aku.

"You ni badan gemuk la. Kasi kurus sikit la, bahaya," kata dia sambil senyum.

Dapat la aku free consultation hari tu.

Pasni aku kena pergi sambung balik jogging. Kalau doktor yang takde kaitan dengan aku pun show concern pasal kesihatan aku, tak patut kalau aku sendiri buat tak cakna pada diri sendiri.


Baiklah doktor.


Dalam gambar kat atas aku duduk kat kerusi paling kiri. Sebelah kiri aku Aizat,sekarang dah jadi engineer,kot. Pastu Dr Zharif, kerja kat hospital mana aku tak tau. Lepas tu Aliff Farhan, jadi engineer gak kerja kat Bintulu. Yang bibir besar mulut ternganga tu Fikri, anak Dato' Fatah bekas MP Temerloh, sekarang kerja cikgu. Last sekali yang duduk kanan tu Dr Syahmi, sekarang housemen kat Hospital Tengku Ampuan Afzan. Dalam ramai-ramai kat meja tu aku la yang paling gemuk sekarang.

Camne bentuk aku sekarang? Lebih 40 kg daripada berat aku masa gambar tu diambik 8 tahun lepas.

29 November 2012

From Inderapura to Darul Makmur - book review oleh oghang Pahang


Sebenornye buku ni dah lama keh beli. Keh beli buku ni sebabnye keh ni oghang Pahang, walaupun kat atas IC keh kat tengah-tengah nombor IC tu nombor 14. Agoknye pasel nombor 14 tu la keh mintak biasiswa Yayasan Pahang tak dapat, mintak duit masuk universiti pun tak dapat. Tapi setakat ni takde la bercadang lagi niat keh nak ngaku yang keh ni oghang KL. Tapi hok peliknye, keh cari kat kedai buku belah-belah Pahang ni tak terjumpe pun buku ni. Buku ni keh beli mase keh kerja kat Sarawak dulu. Bale betei kedai buku kat area Pahang ni, deme ingat oghang Pahang tak gheti bace buku bahase omputeh ape?

Buku ni Farish Noor tulih, oghang Penang kot kalau keh tak silap. Tak kisah la sape pun hok tulih, asalkan oghang tu jenih ade reputation, dan buat mengaji pasal dalam bab-bab hok die nak tulih tu, takde masalah. Farish Noor lecturer sejarah, banyak dah mengajar & tulih artikel dalam jurnal. Jadi keh anggap dia ni oghang hok jenih ade kredibiliti la, dan isi buku ni kire bulih pakai, kalau tak semua bab sebahagian la. 

Rasenye tak ler payoh ngat nak faham Deconstructive ni maksudnye, tiap-tiap penulisan sejarah hok yang dah didokumenkan dikaji, ditafsir dan dikupas semula dari segi maksud dia, dari segi motif. Sebagai contoh la, katekan la dalam buku tulih Ibrahim Yaacob tu tali barut Jepun. Kite kaji la balik tiap-tiap artikel & dokumen yang dikatekan bukti Ibrahim tu tali barut, pastu tengok pulok sape hok tulih gitu. Kite bace pulok artikel lain yang ade buat kajian pasal sebab musabab die dituduh gitu, begitu la lebih kurang. Senang cerite lebih kurang la macam pembacaan kritis, atau pun critical appraisal.

Dalam buku ni nanti kalau deme bace, ade 5 bab kalau tak silap. Tiap bab tu ade la dicerita pasal maklumat sejarah-sejarah yang ahli sejarah dulu tulih dan berkait dengan perkembangan tamadun kat Pahang ni. Dapat la sape2 hok bace buku nih deme akan bace bukan setakat sejarah pasal Pahang je,tapi ade jugak ceghita pasel perkembangan kat negara-negara, kerajaan yang duk dekat dengan Pahang pastu camne gaye setiap ceghita dengan perkembangan kat tempat-tempat lain tu bagi effect kat Pahang.

Bagusnye buku ni dari satu bendenye, tiap-tiap catatan sejarah yang berkait dengan Pahang tu diulas & dicabar, bukan setakat diterima bulat-bulat. Jadinye oghang yang bace tu dapat tengok perspektif baru pasel catatan sejarah yang dah ditulih tu. Sebagai contoh, Hugh Clifford yang pernah jadi residen Pahang dulu, banyak berceghita pasel oghang Melayu Pahang. Dia kabor oghang Pahang ni pemaleh, bodo, jahat, kuat cemburu dan macam-macam lagi la. Pade hal bende tu ditulih untuk justify penjajahan omputeh ni dekat Pahang ni dulu. Bapok jahatnye Clifford ni, tapi disebabkan ghamai oghang Pahang tak tau, itu la agoknye ade sekolah menengah kat Lepih tu oghang bagi nama sempena nama dia ni. Baler-baler..

Tapi lepas bace buku ni start dari bab 3 ke atas, penulisan pasal sejarah tu dah tak fokus ngat ke Pahang. Mula dah start ceghita pasel sejarah Malaya ni secara total, tak berfokus kat Pahang dah. Keh tak tau la ngape, mungkin sebab Farish ni doh mue doh nak tulis pasel Pahang sebab tak banyak reference, atau sebab die maleh doh nok bace articles yang betul-betul fokus pasel sejarah Pahang pasca merdeka, atau pun die takat tulih buku ni sebagai subliminal message untuk ajok oghang Pahang sokong pembangkang mase pilihan raye nanti. Kah kah kah. 

Keh gurau je hok bab pilihan raye tu. 

Lepas bace buku ni kalau pade pendapat keh ler, secare keseluruhannye pembace dapat perspektif baru la pasel Pahang ni, kalau pembace tu jenih hok mengaji sejarah takat SPM je. Contohnye, deme akan disuakan dengan teori ngape dekat Pahang dulu rancangan Felda mula-mula dibukak, pasel ape dalam filem Sri Mersing hok Nordin Ahmad berlakon dulu tu oghang Pahang ni digamborkan tak ubah macam bangla zaman sekarang sampei oghang Johor pun tak hingin nak bagi anak dare deme kawin ngan oghang Pahang.. Kupasan sejarah dalam buku ni kire memuaskan, tapi kalau ghase maleh ataupun oghang Raub cakap, kalau ghase fakta dalam buku ni doubtful or questionable, deme bace la pulok buku sejarah lain hok ade ditulih dalam rujukan buku ni, tak pun kalau ghajin cari ler deme sendiri kat arkib ke, kat perpustakaan ke.

English level dalam buku ni ghasenye kalau deme blaja kat universiti pastu dapat Muet Band 4 macam keh ni dulu, tak susah pun nak bace buku eneh. Kalau ghase tak faham bukok2 ler kamus, jangan la maleh ngat.

p/s Ayat-ayat dalam book review ni merupakan contoh loghat Pahang. Aku cakap contoh sebab kat Pahang ni kalau lain daerah lain bunyi loghatnya. Sape kabor Pahang takde loghat? Cuma kitorang ni bukan jenis beria nak tunjuk handal kat orang, cukup kitorang cakap camni dalam inner circle kitorang je jadi la. Hehe

23 November 2012

Perbankan Islam

Inilah contoh perbankan Islam.



Pinjam RM185k, bayar balik RM691k.

Pastu dorang upah la ustaz-ustaz kerja kat bank dorang. Sekali sekala ustaz-ustaz ni masuk tv,baca hadis.

Serupa la macam Astro, panggil budak-budak yang belajar agama masuk tv, sape yang boleh tarik duit paling banyak maka dapat la gelaran Imam. Padahal buat kerja macam bomoh tarik duit.

Haram jadah. Sungguh haram jadah.

19 November 2012

Pengalaman

Belajar daripada pengalaman ni..kadang2 kita kena bayar harga yang mahal. tapi hidup memang macam tu. 

Diwajibkan kamu berperang, sedangkan ia yang kamu benci. Boleh jadi sesuatu yang kamu benci itu amat baik untuk kamu dan boleh jadi sesuatu yang kamu sukai pula amat buruk untuk kamu. Allah Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui. 

Al Baqarah 216 

Pasni bila sampai bab kahwin,aku rasa aku patut ikut suggestion mak aku je kot.

16 November 2012

Hikayat melawan arus yang penuh ranjau

Kisah ni terjadi 10 tahun lepas.

Aku dengan sembilan orang kawan aku kena jumpa Cikgu Hamzah Lasa. Sesi kaunseling, sebab kitorang baru kena libas dengan arwah pengetua.

Kitorang seramai sepuluh orang pun masuk, duduk kat kerusi, tepi meja panjang dalam bilik pendidikan seni. Cikgu Hamzah senyum kat kitorang. Senyum sebagai sorang cikgu, tu yang aku rasa. Bukan senyum sinis atau senyum menganjing.

"Jadi, apa masalah korang..sepuluh orang ni, sepuluh gagak hitam?" Cikgu Hamzah yang start dulu sesi kaunseling.

Kami sepuluh orang ni berpandangan sesama kami. Nak cerita ke tak?

Alkisahnya masa waktu subjek sejarah, ade sorang cikgu sejarah yang merajuk dengan kelas kitorang sebab ade student tak siap homework. Pastu cikgu sains kitorang dapat tau, dia pulak luahkan perasaan. Dia kesian dengan cikgu sejarah tu, dia bercerita pasal cikgu tu dedicated la, bla bla yada yada  kitorang tak patut buat camtu la bla bla. Aku agak, ini macam saje nak buat point ni.

Kebetulan cikgu sains ni ade bagi homework jugak. Lab report. Lab report tu initial rule dia, seminggu pas eksperimen baru hantar. Pastu dia pun mintak la lab report tu. Pasal tak cukup seminggu lagi ada la geng2 yang tak siap lagi. Aku dah siap dah, tapi member mintak tolong nak pinjam, aku bagi la. Bila dah round up semua lab reports, lab reports kitorang yang seramai sepuluh orang takde atas meja. Kitorang dengan naifnya cakap tak siap lagi, pastu tiba-tiba cikgu sains ni macam meroyan.

"Saya dah tak boleh sabar lagi dengan korang semua. Ikut saya pergi bilik pengetua,"

Kitorang ikut la, nak buat ape lagi. Depan pengetua...

"Cikgu, cikgu buat la ape yang patut, saya dah tak reti nak handle dorang ni,"

Pengetua pun suruh masuk.

"Saya taknak tau apa kesalahan yang awak semua buat. Saya nak awak semua berubah,"

Lepas tu kitorang semua kena libas dengan rotan. Kat punggung.

Dah balik dari bilik pengetua, pergi makmal sains semula. Cikgu sains pun cakap,

"Saya nak awak mintak maaf dengan semua cikgu yang pernah ajar awak, especially cikgu sejarah. Kalau cikgu sejarah taknak maafkan awak semua, awak jangan masuk kelas & lab saya,"

Kitorang dah start panas. Bab lab report tu antara kitorang dengan engko,yang kes tak buat homework sejarah tu berlambak budak yang tak buat homework tu kat dalam lab skang. Tapi pasal kitorang dah jadi kambing hitam...

Pastu kitorang pun round la seluruh sekolah, masuk bilik guru semua mintak maaf dengan cikgu-cikgu. Sampai dorang pun jadi pelik. Sampai giliran kena jumpa cikgu sejarah,

"Saya taknak maafkan awak semua dulu. Awak semua balik pastu fikir balik apa yang awak semua patut buat,"

Seharian kat sekolah kitorang demotivated. Tahun tu pulak kitorang ade exam PMR pulak.

Kemudian kitorang dipanggil balik oleh cikgu sains tadi tu. Dia bawak jumpa Cikgu Hamzah. Cikgu Hamzah time tu cikgu tingkatan kitorang.

Dekat 5 minit senyap, last-last aku bukak mulut.

"Tak ada masalah apa pun cikgu. Benda kecik je,tak tau la kenapa nak dibesar-besarkan,"

Cikgu Hamzah senyum semula.

"Korang semua ni lawan arus. Biasa la. Orang-orang yang buat perangai cam korang ni, selalunya kat luar sana, dorang kena ISA. Kena masuk Kamunting,"

"Dah tu kitorang nak buat macam mana cikgu?" aku lupa dah siapa yang tanya soalan tu.

"Korang follow the flow je la. Layankan je." Nasihat Cikgu Hamzah.

Pastu kitorang berborak-borak dengan Cikgu Hamzah, yang aku lupa jugak apa yang kitorang borakkan. Dalam setengah jam atau kurang, kitorang semua pun balik lepas berterima kasih dengan Cikgu Hamzah.

Ape sebab cikgu sains tu buat camtu kat kitorang aku pun tak faham sampai sekarang. Tapi tak kira ape pun intention dia, apa yang dia dah buat tu mengajar aku banyak benda - orang gila kuasa ni macam-macam benda pun sanggup buat, even dengan budak pun sanggup bermusuh. Kemudian cikgu perempuan ni kalau mood swing memang bawak bala. Dan orang yang kuat bodek, hidup dorang takkan menjadi sangat pun. Mungkin still boleh jadi orang,tapi tukang bodek ni hidup dia takkan shining. 

Lepas PMR aku dengan geng-geng gagak hitam berpecah. Ramai yang masuk kelas rancangan khas (KRK) yang semuanya Melayu. Macam UiTM jugak la KRK ni, kah kah kah. Aku pulak apply masuk kelas sains biasa, yang bercampur dengan Chinese, Indian, Singh. Beza antara kelas KRK dengan sains biasa, hampir semua budak Melayu yang dapat 8A PMR masuk kelas KRK. Selain aku, sorang lagi budak perempuan, Hafzan memilih untuk taknak masuk UiTM KRK, ahaha. Campur sekali dengan sorang Chinese girl dapat 8A gak, so kelas sains biasa ade 3 orang jela top scorer time PMR. Kah kah kah. PMR tu senang je, tanda-tanda bulat, kalau betul, dapat la A. Bukan susah pun.

Kemudian pengetua hari-hari masuk kelas sains biasa ni. Tiap kali masuk dia akan promote dua benda: 1) budak bio tukar la ke aliran teknikal, 2) budak melayu dua orang yang dapat 8A tu masuk la KRK. Kah kah kah.

Aku apply masuk kelas sains biasa tu ade sebab. 1st sebab aku menyampah dengan geng-geng kaki bodek dan geng geng pengawas dalam kelas KRK. Geng geng bodek tu semua geng yang join kelas tuisyen cikgu sains. Dendam tahun lepas tak abis lagi oit!. 2nd, aku nak belajar dalam environment yang bercampur kaum, bercampur level akademik. Sebab aku dulu lagi orang sentiasa anggap underdog yang skor bila big exam je, aku rasa aku boleh bawak kawan2 aku, serpihan gagak hitam yang ade tu untuk sama-sama study, sama-sama belajar. Aku nak tunjuk kalau tak join tuisyen lepas kelas dengan cikgu sains pun kitorang boleh skor.

Tapi macam biasa, orang yang ada kuasa ni, dia akan buat apa yang dia nak. Kelas KRK & sains biasa dirombak semula. Kitorang diasingkan mengikut aliran pulak, kelas bio, kelas teknikal. Babi! Kelas bio tu berapa kerat je laki, yang lain semua pengawas pompuan & kaki bodek. Mati la macam mana nak study camni? Memang down betul aku.

Surat tawaran asrama penuh pulak sampai ke rumah. Bila difikir balik battle yang tak ubah macam clash of titan yang berlarutan macam ni, memang aku takkan menang. Akhirnya aku tinggalkan kawan-kawan dan plan aku yang musnah tu. Bersama dengan kenangan.

Cuma aku berterima kasih kawan kawan gagak hitam aku masih ingat kat aku. Time raya jela kitorang jumpa. Sekarang ni boleh kata hampir semua jadi engineer. Alhamdulillah. Cuma bila memikirkan hidup aku yang duduk sorang kat rumah sewa pas balik kerja, main futsal pun dengan kawan tempat kerja, cerita dan kenangan yang dah berlaku tu..sekurang-kurangnya membuatkan aku senyum. Senyum tu penting untuk orang macam aku ni, yang kesunyian & hidup kerap tercorak dengan warna hitam & kelabu.

12 November 2012

Nikotin

Perkara yang mudah nak dimulakan ialah buat dosa dan buat salah. Dan perkara yang susah nak dibuat ialah buat kerja yang dapat pahala dan memperbetulkan kesilapan.

Zaman Jahiliah dulu orang Arab sebagai contoh, mengamalkan cara hidup liar lebih kurang zaman sekarang jugak. Minum arak. Bertelagah antara puak. Kalau bab berkahwin pulak, ada macam-macam jenis perkahwinan pelik-pelik. Contohnya, kalau sorang perempuan tu kahwin dengan lelaki sesebuah kabilah tu, katakanlah suami dia mati, perempuan tu akan jadi hak milik semua lelaki dalam kabilah tu,bermaksud sapa-sapa boleh romen dia, boleh buat dia jadi hamba dan apa-apa jela yang dorang nak buat. Ade jugak yang buat style sorang perempuan main dengan 4-5 orang lelaki sampai la mengandung,pastu bila perempuan tu dah mengandung dia akan cari salah sorang daripada laki-laki tadi, siapa yang sanggup kahwin dengan dia.

Kalau fikir balik, cara hidup hedonistik yang macam tu lebih kurang je macam zaman sekarang, kan? Cuma masa je yang berbeza.

Hidup tak mengikut peraturan ni memang seronok. Yang menyebabkan rasa seronok tu nafsu. Tapi keseronokan tu akhirnya membawa kepada kecelakaan. Minum arak sampai berpuluh tahun, akhirnya lama-lama hati boleh rosak, dapat cirrhosis. Berzina tak tentu hala, boleh dapat penyakit jangkitan seks. Tapi minum arak ni boleh mengkhayalkan, buat orang lupa masalah, dan dalam sesetengah kes membuatkan kita nampak macho. Bila bebas beromen dengan siapa-siapa kita nak, first sekali tentu la rasa seronok. Tak payah kahwin, tak payah nikah, tak perlu pikul tanggungjawab tapi dah boleh rasa keseronokan tu. 

Yang menjadi pengimbang kepada nafsu dalam badan kita ni ialah akal fikiran yang waras.

Bab menggunakan akal yang waras ni aku terpaksa mengaku, dalam bab ni aku pun silap. Silap aku dulu sebab zaman sekolah menengah aku mula rasa seronok bila ada member yang boleh sama-sama berkawan, melepak sama-sama, bergurau dengan cara yang boleh masuk. Sebab zaman kanak-kanak aku takde ramai kawan,bila dah ade kawan ramai time sekolah mula rasa seronok. Disebabkan nak berseronok tu aku pun ikut la jugak sekali hisap rokok. Takde orang paksa pun, aku sendiri yang gatal. Dah habis sekolah menengah rendah stop sekejap sampai habis belajar universiti. Start kerja, boleh pulak start hisap balik. Atas alasan yang sama pulak tu, sebab ikut geng. Bangang tak bangang aku ni.

Nak berenti merokok ni mudah je sebenarnya, kena ada motivasi yang betul. Lepas sign sales & purchase agreement minggu lepas dan lepas memikirkan yang lama jugak aku kena bayar loan yang dekat setengah juta bila campur dengan interest, aku rasa aku patut sangat dah berenti. Kalau badan tak sihat, kena penyakit hardcore macam kanser paru-paru, siapa nak bayarkan hutang aku?

Sekarang ni aku dalam fasa batuk teruk, secondary due to smoking cessation. Aku dah baca kat mayo clinic, batuk teruk ni mungkin berlarutan sampai 2 bulan. Tanda badan dah mula nak sembuh. Harap-harap macam tu la. Doktor yang jawab soalan kat mayo clinic tu cakap mungkin disebabkan cilia, lapisan sel kat paru-paru mula berfungsi semula dan cuba untuk buang keluar semua particle,debu kat dalam paru-paru, tu sebab batuk teruk ni. Harap-harap apa yang doktor cakap tu betul la. Itu je la.

Dalam rokok, tembakau dalam rokok tu dicampur dengan tar untuk membolehkan puntung tembakau tu terus menyala. Tar hitam, yang orang guna buat jalan. Yang tu la aku sedut sampai 20 batang sehari. Gila betul. Harap-harap kalau ade perokok yang membaca ni,bawak-bawak berenti la. Cukup-cukup la jadi bodoh, sampai bila nak merosakkan diri.

09 November 2012

Sempurna

Manusia ni hamba kepada Yang Maha Pencipta. Sebagai hamba kita mungkin ada kehendak kita sendiri, tapi bila jadi hamba, kita kena akur dengan kehendak tuan kita, walaupun kehendak tuan kita tu berbeza dengan kehendak kita. Dan untungnya ada tuan yang bersifat Maha Pemurah dan Maha Penyanyang, kehendak kita boleh diperkenankan oleh tuan empunya badan. 

Jadi itulah hakikat takdir, qada' dan qadar.

Tuhan kita sifat Nya Maha Sempurna. Tapi sempurnanya kejadian seseorang hamba pulak bila hamba tu ada kekurangan yang menjadikan dia sempurna sebagai manusia. Sempurnanya akhlak bila hamba tu berjaya meninggalkan larangan dan mengerjakan suruhan tuan dia. Manakala sempurnanya perjalanan hidup hamba tu bila dia mampu menerima kekurangan diri dan dalam masa yang sama menggunakan kelebihan yang ada untuk meneruskan perjalanan di jalan yang lurus menuju Jannah.

05 November 2012

Wira tak didendang


Memang betul apa yang jadi kat atas tu sebahagian risiko bila bekerja sebagai ahli bomba.

Tapi berapa ramai antara kita yang bekerja makan gaji dengan gaji yang sama dengan dorang, atau dengan bayaran gaji lebih daripada yang dorang dapat? Tentu ramai. Dan adakah kerja kita sampai tahap berguling-guling kesakitan sebab badan terbakar macam kat atas?

Badan dorang terbakar, dalam usaha untuk mencari sesuap nasi. Untuk dorang sendiri, untuk anak isteri, untuk mak abah dorang.

p/s Aku suka lagu-lagu M Nasir masa dia bersama Kembara. Banyak lagu dia zaman tu berkisar pasal golongan marhaen macam orang-orang dalam gambar kat atas.

25 October 2012

Berkadar diri

"Isteri awak nanti minat rumah semi D" bos aku cakap kat aku,satu malam masa kami bersembang kat rumah dia. Aku senyap je.

Bila dia dapat tau aku book rumah teres dua tingkat, sekali lagi dia bagitau. "Kalau standard pegawai, kurang-kurang rumah semi D, atau banglo," 

Dengan gaji aku sekarang ni aku mampu beli rumah teres je. Semi D atau banglo yang berharga sepadan dengan kelayakan loan aku ni, memang payah gila la nak cari. Aku bukan jenis yang nak benda best-best, pastu call mak abah kat kampung suruh gadai tanah untuk aku pinjam duit.

Pada aku takpe la. Aku tau aku mampu beli rumah teres je, aku beli la rumah teres. Bos aku sebulan gaji dah RM8k, mungkin dia melihat berdasarkan kemampuan dia, sepatutnya orang yang bekerja cam kitorang ni patut beli rumah semi D, paling kurang.

Bila aku sedar aku cuma mampu nak beli rumah teres, takkan la aku nak cari isteri yang jenis suka rumah semi D atau banglo. Aku kena la cari isteri yang sanggup tinggal dengan suami kat dalam rumah teres yang kecik.

Dan isteri yang aku patut cari, mesti la jenis yang tak kisah laki dia sekali sekala duk kat kedai minum teh tarik sambil layan Champion League, Euro ataupun World Cup. Jenis yang tak kisah laki dia pakai jeans & t shirt bila keluar gi shopping complex, yang tak kisah laki dia pakai kereta jenama Malaysia.

Ada ke calon isteri camtu? Sebab rasanya penanda aras lelaki yang sesuai dibuat suami bagi perempuan Malaysia sekarang rasanya Aaron Aziz. Kalau camtu....tak kahwin pun takpe la.


21 October 2012

last kopek

Zaman sekarang ni,zaman berhutang.kalau hutang kereta loan smpai 9 tahun,hutang rumah/kedai mau cecah 30 tahun.

Bila jangka masa berhutang tu panjang,tanggungjawab tu kena pegang lama.kena sentiasa bekerja cari duit utk byr tanggungan tu.

Kalau nak bekerja,badan kena sihat.kalau nak badan sihat,kena bersenam,kena berenti merokok,kena control perangai bad temper.

Teori senang je nak tulis.nak practice..kena ada.."keazaman yang tinggi" - buku teks bio form 5.





Last kopek.Duit gaji esok aku tak beli dh benda haram ni.Amin..

20 October 2012

Cermin mimpi



Satu masa dulu, pernah ada rancangan pagi kat TV3 yang berjudul Sekapur Sirih. Antara pengacara popular masa tu Hasbullah Awang, Aziz Desa, pastu ada sorang pengacara perempuan Cina yang aku lupa nama dia. Sekapur Sirih kemudian digantikan dengan Malaysia Hari Ini.

Kalau Hasbulllah Awang terkenal dengan tagline "teropong", Aziz Desa terkenal dengan tagline "cermin cerminkan diri". Lepas tu bila waktu rehat selalunya lagu M Nasir yang kat dalam video atas ni dimainkan.

Lagu kat atas ni agak terkenal gak dulu. Siap ada drama yang bertajuk sama dengan lagu tu, yang plot drama tu berkisar pasal konflik keluarga dan perebutan harta.

Kalau korang takde idea pasal ape yang aku cerita ni, maksudnya korang ni muda lagi. Dan aku dah tua.

16 October 2012

Tiara



Zaman sekolah dulu aku belajar sungguh-sungguh pas dengar lagu ni. Aku tekad tak nak jadi macam watak dalam lagu ni.

Tq M Nasir.

01 October 2012

Serbuan Maut



Filem ni aku tak tau kenapa tak ditayang kat Malaysia. Aku tengok pun versi bluray. Mungkin sebab ganas kot, kalau dapat kat Finas habis separuh kena potong.Serbuan Maut, atau tajuk dalam English berjudul The Raid Redemption dah ditayangkan di US pada 23 Mac lepas.

Simple je jalan cerita filem ni - pasukan SWAT (mungkin nama betulnya Densus 88 kot) kat Indonesia, melancarkan serbuan ke atas sebuah apartment yang dihuni oleh perompak, pembunuh, perogol, penagih dadah dan jugak ade la sorang dua yang baik kot dalam misi untuk menangkap seorang crime lord bernama Tama. Tapi uniknya apartment ni konsep dia macam penjara, ada satu pintu masuk je kalau nak masuk ke dalam dan siap ada cctv control room untuk monitor setiap ruang dalam apartment tu. Pasukan SWAT tu kemudian terperangkap dan seorang demi seorang dibunuh bila dorang berdepan dengan jumlah musuh yang lebih ramai dalam bangunan tu. Tinggal la hero dan beberapa pelakon tambahan yang hidup, kalau semua mati tak jadi cerita la pulak kan.

Dengan penerbitan filem ni, memang nak tak nak kita terpaksa mengaku filem aksi Malaysia ni berada dalam golongan tahap sampah kalau nak dibandingkan dengan filem Indonesia yang satu ni. Babak pertempuran dalam filem ni agak gross, kejam dan tangkas. Special effects yang digunakan dengan bajet yang kecil (lebih kurang RM3.5 juta) nampak berbaloi, dan lakonan para pelakon pun hidup. Dengar cerita para pelakon ni semua berlatih dulu dengan pasukan komando Indonesia (Komando Pasukan Katak - lebih kurang Navy SEAL atau PASKAL versi Indonesia) sebelum menjalani penggambaran.

Kalau bab filem ni mengentengahkan budaya silat, tu aku tak berapa pasti la sebab aku bukan  pakar silat, belajar silat dulu pun setakat buah asas silat cekak je. Tapi memang ada la jugak nampak elemen buah silat tu, cuma sebab versi dalam filem ni laju aku tak pandai la nak pastikan betul ke dorang practice silat, tah-tah dorang guna teknik close quarter combat. Lepas tu komando ni selalunya bila buat serbuan, akan ada control command centre yang menyelaras pergerakan anggota, akan ada sniper team yang back up pergerakan. Ini main serbu je, macam polis biasa. Tapi bab kelemahan ni cuba dicover up dalam plot filem ni - kononnya serbuan tu sulit dan tak mendapat izin daripada pihak atasan polis. 

Dalam filem ni beberapa isu yang boleh penonton belajar ialah, rasuah memang bawak padah. Plan yang cacamarba pun sama jugak. Konflik keluarga pun ada la jugak, spesifik pasal hubungan antara watak hero filem ni iaitu Rama dengan abang dia, Andi yang merupakan orang kanan kepada Tama. Blood is thicker than water, cam biasa la. 

Tapi paling penting pada aku scene awal filem ni - masa Rama solat subuh. Patut kalau filem orang Islam berlakon, scene-scene camni kena ada. Kalau James Hetfield tunjuk dia pakai rantai salib masa konsert, filem Godfather yang ada scene dalam church dalam setiap filem, penghibur, penyanyi atau pelakon Islam pun mesti tunjuk budaya Islam gak dalam aktiviti karier dorang.

Siapa yang minat filem aksi ganas, belilah dvd @ blue ray filem ni. Support Nusantara local film scene.

p/s Blood is thicker than water, and it does dirtier than water. But it will still sterile as long as it stays in vein. Ceh boleh pakai ke falsafah ni?


30 September 2012

Jenama

Jenama ni merupakan suatu kuasa ekonomi yang kuat.

Bila nak beli ubat gigi, orang mungkin cakap, "aku nak pergi beli Colgate," padahal dia pergi beli ubat gigi jenama lain. Begitu jugak, kadang-kadang orang cakap, "aku nak pergi beli Maggi," sedangkan dia beli mi segera jenama lain. Penjenamaan yang berkesan sampai tahap orang menggunakan jenama tu sebagai kata ganti kepada objek yang dirujuk.

Mungkin sebab tu bila kita dapat tahu somebody tu kerja doktor, engineer, peguam, akauntan - kita rasa kagum. Sebab nama pekerjaan tu digambarkan sebagai kerjaya yang hebat. Biar doktor tu jenis yang lousy sekali pun sampai orang yang sakit tak boleh tidur sebab accident motor dia bantai prescribe midazolam sampai kawan tu ketagih sampai 4-5 tahun (midazolam tu bahan psikotropik yang menyebabkan ketagihan), atau pun peguam tu asyik kalah kes, kita tetap anggap dorang ni hebat. Sebab mentaliti orang sekeliling menganggap kerjaya macam tu hebat.

Itulah hidup.

28 September 2012

Air yasin

"Ni air yasin,buat berkat untuk ambik PMR nanti," Pijoy, member aku masa sekolah dulu bagi tau aku masa aku lepak dengan dia, Boy, Star & Belit kat snooker club, 10 tahun lepas.

"Ko percaya benda-benda macam ni?" Aku tanya balik. Separuh tergelak.

"Kau ni, fikir balik-balik ikut teori je," Belit tegur aku.

Bukan aku tak percaya pada doa, qada', qadar, tawakal dan semua konsep dalam Islam pasal takdir dan masa. Cuma aku terfikir, Cina yang kafir tu makan babi, elok je boleh dapat result gempak dalam exam. Jadi minum air yasin ni nanti, boleh bagi effect apa-apa ke bila nak jawab exam?

Aku tak cakap la macam tu kat depan kawan-kawan aku tu. 

Bila tertengok iklan kismis minda yang dah baca dengan ayat Al Quran, air Za'faran dan macam-macam la benda-benda pelik ni, aku pun terfikir. Kalau betul nak dapat berkat, jangan la doakan makanan tertentu je. Baca Al Quran kat kismis je, atau air je. Apa kata kalau tiap kali nak makan, depan rezeki tu doa kat Tuhan mintak la apa-apa pun. Tak payah la sampai kita bacakan surah Yasin pada air, mee kari, nasi ayam atau kuey teow kung fu yang kita nak makan tu. Waktu makan tu waktu senang, waktu kita dapat rezeki. Tuhan dah cakap dah kalau kita ingat Dia masa kita senang, Dia akan ingat kita masa kita susah. 

Bukan masalah baca Yasin atau baca doa. Cuma masalah konsep kaedah berdoa tu yang membuatkan aku rasa pelik. Tah la.

27 September 2012

Pelangi dan nafiri



Lihat alam sekitar yang mencabar mata,
akal mu yang sempurna ciptaan yang Esa,
pancaindera di kurnia kenalilah warna,
pelangi indah berspektra simbulkan Nirwana,
awan perak bergantungan hanya menunggu masa panggilan tuhan,
Kenalilah hatimu persoalan penuh jitu
ibadah perjanjian mu satu demi satu
dosa noda kelabu hentikan kau perlu
agar kedua duniamu merdu bak perindu,
Neraca timbangan amalmu titian penentu
Mari dekatkan hatimu
mari sujudkan jasadmu
pada yang Satu.
Jasadmu meronta dengan dosamu
janjimu menjunjung titah yang Satu

(Belantara - Pelangi dan Nafiri)

Bab muzik ni, aku rasa aku lagi dekat dengan band rock/metal takpun band lagu puisi (macam Kopratasa atau Rausyanfikir) berbanding dengan kumpulan nasyid.

Bukan bermaksud aku ni anti kumpulan nasyid. Raihan, Rabbani, Hijjaz, pastu ada la dua tiga kumpulan lagi macam Zikraa, Diwani yang aku rasa selesa dengar. Bila masuk geng-geng nasyid yang pakai baju Melayu, pakai ketayap tapi bawak lagu jiwang aku dah rasa macam nak bakar je stage time dorang perform. Kalau nak jadi popular, nak cari awek tudung cun, tu korang punya pasal ah tapi bila korang gunakan nasyid untuk puaskan kehendak nafsu korang melampau la weh! Korang dah calitkan nama buruk kat movement nasyid yang aku hormat. Apa beza korang dengan band boy yang jual muka je, gila glamour, gila tangkap gambar tepi kolam renang untuk majalah?

Aku rasa lirik lagu Belantara kat atas tu lagi Islamik dari lirik band nasyid jiwang.

(lama dah aku geram hal ni. tapi tak teringat nak tulis. hari ni langsai dendam aku).

26 September 2012

Berfikir

I do not fear for the man who thinks, even if he goes astray; that is because he will go back to truth. I’d rather fear for the man who doesn’t think, even if he is guided because he is just like the straw blown by the wind - Sheikh Muhammad El Ghazali

Dalam hidup aku sekarang ni yang bila balik pejabat takde kawan nak berborak, jumpa kawan-kawan kat pejabat je, aku rasa ruang untuk berbincang, berhalaqah tu takde. 

Cuma bila aku menulis sekali sekala kat blog & twitter, ape yang aku tulis tu membantu aku untuk kenal semula diri aku. Banyak kali benda yang aku tulis tu lahir dari sifat logik akal aku yang still lagi waras, bertentangan pulak dengan amalan aku sendiri.

Mudah-mudahan Allah terus tunjukkan jalan kat aku.

25 September 2012

Jadi baik

Nak jadi baik, kena lawan nafsu.

Nak jadi jahat, cuma perlu ikut nafsu.

Kalau dibandingkan melawan dengan mengikut, tentulah melawan lagi susah, kan?

22 September 2012

Katakan padaku

Sajak tulisan Latiff Mohidin. Layan..

Katakan Padaku

katakan padaku
sejak puisi mengalir
sejak langit meratap
mengapa air mataku
terasa baru bagai embun terasa baru?


burung rembang membuka sayap
daun-daun menjadi lebih redup
aku lewat lagi berdayung di depanmu
kau siap lagi berdiri di tebing


semua pepohon menjadi sepohon di sampingmu
semua detik menjadi sedetik di matamu
sungai ini pun terasa betapa gemuruh
menyambut semarak api di bahumu


katakan padaku
sejak malam menjelma
sejak maut menyentuh
mengapa sepi jiwamu
terasa baru bagai pedihku terasa baru?



Dunia

The world is a fine place and worth fighting for - Ermest Hemingway.

Itu kata Ermest, dalam novel For Whom The Bell Tolls. Tapi pada umur 61 tahun Ermest kemudian ambik selaras shotgun, masukkan muzzle ke dalam mulut dan tarik picu. Kepala dia pecah disebabkan peluru shotgun.

Pada masa tu mungkin dia dah rasa letih dengan dunia dia.

21 September 2012

Bangang

Bangang ni maksudnya bodoh.

Masa zaman dahulu sebelum Inggeris datang, ada sorang raja kat negeri Perak yang buat perjanjian dengan Inggeris semata-mata nak jadi sultan. Kemudian ada sorang pembesar lagi kat Negeri Sembilan, buat macam tu jugak. 

Hasilnya habis segala hasil bumi Tanah Melayu ni diambik Inggeris. Sampai sekarang syarikat Inggeris yang ada kepentingan ekonomi bertapak kat sini.

Baca buku Confessions of An Economic Hitman - macam mana tali barut Amerika menjelajah seluruh dunia untuk menawarkan skim penipuan pinjaman dengan Bank Dunia. Akhirnya negara-negara yang kena scam terpaksa menjualkan hasil bumi dorang kat US, akibat tertipu dengan pinjaman bank dunia tu.

Sekarang kat Malaysia datang pulak dalam bentuk lain, NGO yang kononnya melaungkan slogan hak asasi diberi sumbangan duit oleh Amerika.

Ada kapitalis yang saja-saja nak bagi duit sedekah & tak fikir keuntungan daripada duit yang dorang bagi?

Anwar Ibrahim  memang pemimpin berkaliber. Pandai ayat. Sampailah 16 Sept 2008, selepas dia beria-ia gebang kat seluruh dunia Pakatan Rakyat akan bentuk kerajaan sebab ramai calon BN nak lompat parti. Akhirnya dia yang tersungkur, sampai negeri Perak jatuh balik ke tangan BN sebab ramai Adun PKR keluar parti. Sampai dia terpaksa mengaku dia tersilap pilih calon. Akibatnya aku tak percaya langsung kat dia, serupa macam aku tak percaya kat Utusan Malaysia dan TV3.

Aku dah mula tertanya-tanya, PR ni berjuang setakat nak menumbangkan BN atau memang berjuang nak memakmurkan negara dan rakyat? Anwar berjuang untuk rakyat atau untuk jadi PM?

Demokrasi dah mula menunjukkan wajah hodoh.

Pilihanraya akan datang, aku cuma akan sokong calon yang berakhlak baik. Aku takkan sokong mana-mana parti. Kalau kesemua calon kat atas kertas undi tu tak guna, tak berakhlak - aku akan koyakkan kertas undi. Cukup.

Politik negara ni kalau difikirkan, memang boleh buat orang jadi sasau. Mungkin aku kena kerja sungguh-sungguh kumpul duit, pastu migrate ke negara lain. Kat sini macam dah tak ada harapan dah untuk berusaha, hidup & tengok dengan mata sendiri negara berubah menjadi lebih baik.


18 September 2012

Berjudi

Hidup ni, bila kita plan, akhirnya benda yg kita nak buat tinggal sekadar planning je.

Ada masa bila buat keputusan dalam hidup, kita kena gamble. (Nasya)

17 September 2012

Hidup bujang

Dulu masa aku kerja kat Sibu, aku berharap benar masa cepat berlalu. Jarak yang memisahkan aku dengan keluarga, dengan tempat aku dilahirkan, tempat aku belajar dan hidup selama 23 tahun. Sarawak tu dalam Malaysia lagi, cuma sebab Laut China Selatan jadi pemisah menyebabkan aku culas untuk stay kat situ. Plan aku pulak masa tu besar, terlalu ambitious. Tambah pulak insentif tak menarik langsung, lagi la rasa demotivated nak stay kerja kat situ.

Sekarang dah setahun aku kerja kat negeri aku semula. Sepanjang setahun ni, bohong la pulak kalau aku kata aku tak teringat, tak rindu pada kehidupan kat sana.

Ironik betul, kan?

Kerja kat sana dulu, betul-betul mengajar aku jadi keras. Belajar macam mana nak survive kalau kat kedai takde roti Gardenia atau Hi5, macam mana nak bergaul dengan orang, macam mana nak buat kerja dengan betul, macam mana nak beli tiket kapal terbang. Kat sana housemen pharmacist yang Melayu cuma aku dan dua orang kawan aku je. Yang lain semua Cina. Persepsi aku kat orang Cina berubah bila aku kerja kat sana. Dulu masa belajar kat universiti yang hampir kesemuanya Melayu bab-bab hubungan orang Melayu dan bangsa lain selalunya digambarkan dengan konotasi negatif. 

Lepas kerja kat sana tak ubah macam baru keluar dari tempurung. Ada yang kiasu, tak dinafikan. Tapi ramai jugak yang cool, malah lebih baik perangai daripada kawan-kawan satu universiti aku dulu. Aku rasa bersemangat semula bila orang appreciate aku bila aku tunjuk semangat willing to learn, banyak tanya, banyak berusaha untuk involve dalam sesuatu perkara. Rasa seronok. Suasana kerja kat sana kadang-kadang stress sebab kat sana, budaya kerja kat sana bila dapatkan sesuatu kerja, kerja tu kena segera disiapkan. Tapi lepas tu aku belajar untuk buat kerja dengan efisien, sebab suasana kerja tu macam tu. Dan bila aku masuk kerja kat sini, aku semakin yakin dengan paradigm shift aku bila aku dapat tahu markah sasaran kerja time housemen aku dapat 90%, dengan supervisor yang berbangsa lain dengan aku sedangkan kawan Melayu aku dapat markah 74% sedangkan supervisor dia sama bangsa dengan dia.

Bila sampai kerja kat sini, suasana pun berubah. Lain tempat lain culture, kita nak tak nak kena adapt dengan culture kalau kita tak mampu nak ubah culture yang dah sedia ada. Kalau dulu dengan kawan-kawan sekerja tak kira pangkat (kecuali bos, itu lain la) main panggil nama je, sekarang terpaksa berprotokol. Yang bawah panggil aku dengan gelaran Encik, aku dah try mintak dorang panggil nama je tapi dorang tak dapat nak ikut sebab culture dah macam tu. Dulu kalau surat dah sampai HQ, pukul 11 pagi call jap lagi pukul 1 sampai la fax, tempat kerja sekarang ni kalau hari Isnin sampai alamatnya hari Jumaat baru sampai ke tangan, tu pun mujur la, kira habis cepat la tu.

Jangan salah faham. Aku gembira bila dapat transfer kat sini, sebab aku dah boleh develop hidup aku. Beli kereta, tak lama lagi Insha Allah plan beli rumah pulak kalau ada rezeki. Aku dapat belajar another side of working nature as pharmacist kat dalam government service ni, dapat belajar dan praktikkan ilmu undang-undang berkait dengan profesion aku, dapat peluang untuk faham prosedur kerja yang melibatkan operasi, siasatan, pendakwaan. Aku cuma nak bercerita, bila dikenang balik zaman sudah tu sebenarnya tak pasal-pasal benda yang buatkan aku berkerut pada masa tu akhirnya membuatkan aku tersenyum bila diingat semula pada hari ni. 

Dah nak masuk umur 25 tahun ni, tiba-tiba timbul perasaan lain. Timbul perasaan suka kat baby, kat budak-budak. Bila keluar jogging kat taman, nampak ayah berkayak dengan anak duduk kat depan rasa cemburu timbul, dan tertanya-tanya ada tak peluang untuk aku pulak bawak anak-anak berjalan nanti? Akan sampai ke masa tu, lambat lagi ke, apasal aku lama sangat single camni.

Tapi bila difikir balik, bila hidup berumah tangga ni tanggungjawab makin besar. Tiap orang ada definisi masing-masing pasal tanggungjawab sebagai ketua keluarga, tapi berdasarkan apa yang aku faham daripada pembelajaran aku, aku rasa tanggungjawab tu amat besar. Suami kena at least tahu nak mengajar bab-bab fardhu ain pada isteri dan anak, kalau tak tahu kena bawak keluarga pergi masjid, belajar bab-bab agama dengan orang yang tahu. Makan, minum, pakaian, tempat tinggal, kenderaan, nafkah (zahir + batin) tu semua tanggungjawab suami. Dalam rumah isteri ni tugas dia jaga anak-anak je, bab-bab urusan kemas rumah, masak tu sebenarnya suami kena cari orang untuk uruskan (ni yang aku faham, tak tau la kot tak betul ke). Tanggungjawab kat keluarga sendiri satu hal, pastu tanggungjawab kat mak abah pun tak terputus. Jadi kalau dibuat checklist, sama ada aku bersedia ke tak untuk bawa tanggungjawab tu semua memang fail la kot, banyak persediaan tak cukup.

Jadi bila nak compare pertanyaan "bila la aku nak ada family sendiri" dengan "bila la aku dapat transfer balik tempat kerja ke kampung aku", benda yang aku patut buat ialah hargai la masa bujang ni. Time bujang ni la masa nak persiapkan diri, explore dan buat perkara-perkara yang susah nak dibuat bila dah berumah tangga nanti. Baca buku, kumpul pengetahuan, beli rumah, invest duit dalam apa-apa investment, sambung belajar hatta nak buat haji sekali pun masa bujang ni la masa yang sesuai. Daripada sibuk memikir sampai pening bilalah aku nak itu, bilalah aku nak ini, baik spend masa yang ada untuk buat sesuatu. Dan satu perkara lagi, kalau hubungan dengan Allah tu baik, maka Insha Allah kita dapat yang terbaik untuk hidup kita. Tak kira la hidup macam mana pun, single ke, married ke, kan? :)

16 September 2012

Masuk masjid




Hukum Orang Islam Masuk Gereja & Orang Kafir Masuk Masjid - Ustaz Azhar Idrus 

 Bila orang bukan Islam masuk masjid, ambik la peluang tu untuk terangkan kat dorang pasal Islam.

 Pasni harap2 xde dah isu bila orang MCA, Gerakan, MIC atau DAP masuk masjid.

 Jangan malukan diri sendiri, dan lebih penting jangan malukan Islam. 

Hari Malaysia

Entri ni aku pernah tulis tahun lepas. Saje post balik, untuk mengingatkan diri sendiri pasal perkara berkaitan dengan negara sendiri.

Sekarang ni Malaysia memiliki dua hari kebangsaan. Pertama, ulangtahun kemerdekaan, 31 Ogos. Kedua, hari penubuhan Malaysia, 16 September.

Secara peribadi pada aku 16 September merupakan tarikh kemerdekaan yang lebih sesuai bila mengambil kira kedudukan geopolitik Malaysia sekarang. Malaysia yang sekarang ni terbentuk daripada negeri-negeri Melayu bersultan dan dua bekas jajahan British di Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Sabah terbentuk pada tahun 16 September 1963. 31 Ogos sekadar mewakili tarikh rasmi kemerdekaan Semenanjung Tanah Melayu.

Sejarah pasal penubuhan Malaysia ni secara rasminya boleh didapati dalam buku teks sejarah penuntut sekolah menengah. Secara kasarnya memang macam yang tertulis dalam sejarah tu la, Lee Kuan Yew mintak Singapore digabungkan dengan Semenanjung Tanah Melayu untuk menyelamatkan karier politik dia yang terancam dengan pengaruh parti pembangkang di Singapura pada waktu tu. Pada waktu tu jugak politician di Singapura berfikiran pesimis berkenaan masa depan Singapura yang kekurangan sumber asli dan bahan mentah berbanding dengan Semenanjung Tanah Melayu. Tunku Abdul Rahman pulak pada masa tu melihat kebangkitan sayap pro komunis di dalam parti politik di Singapura sebagai ancaman kepada Tanah Melayu, dan masalah keseimbangan populasi Bumiputera - Cina sekiranya penggabungan negara sekadar melibatkan Tanah Melayu - Singapura mendorong beliau untuk memasukkan Sarawak dan Sabah sekali ke dalam penubuhan Malaysia.

Jalan ke arah penubuhan Malaysia bukanlah mudah. Rakyat Sarawak dan Sabah yang dahulunya bernaung di bawah keluarga Brooke dan Syarikat British Borneo Utara tentulah tak setuju dengan cadangan penggabungan negeri dorang dengan Semenanjung Tanah Melayu serta Singapura, tambahan pulak cadangan tu datang daripada Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Tanah Melayu. Siapa Tunku ni pandai-pandai nak gabungkan negara mereka (Sabah dan Sarawak) dengan Tanag Melayu? Baru je nak merdeka daripada British, tiba-tiba nak disuruh masuk bergabung dengan negara lain. Kalau aku sendiri jadi rakyat Sarawak atau Sabah masa tu, aku sendiri pun takkan setuju. Kenapa perlu gabungkan negara sendiri dengan negara asing yang dipisahkan dengan Laut China Selatan, yang tak dikenali hati budi dorang, entahkan jahat atau baik.

Tapi kerajaan British setuju dengan cadangan penggabungan ni. Suruhanjaya Cobbold kemudian dibentuk untuk meninjau pendapat masyarakat di Sabah dan Sarawak berkenaan penggabungan tu. Akhirnya dorang keluarkan keputusan, 70% rakyat Sarawak dan Sabah bersetuju untuk bergabung dengan Tanah Melayu dan Singapura bagi membentuk entiti Malaysia. Sah atau tidak, betul atau palsu keputusan tinjauan tu mungkin jadi tanda tanya yang besar - tapi itu dah jadi tak penting sebab sekarang dah 48 tahun penggabungan tu terjadi, dan perjanjian dah dimeterai. Generasi X dan Y di segenap pelusuk wilayah Malaysia dah pun menerima kewujudan entiti Malaysia ni.

Kemerdekaan daripada pemerintahan dan terhapusnya naungan Ratu Elizabeth ke atas Malaysia memberikan peluang kepada rakyat Malaysia mentadbir sendiri tanah air mereka. Dalam proses pendewasaan dan pemodenan negara di atas tangan sendiri kesan daripada kemerdekaan dari aspek undang-undang, banyak pencapaian yang berjaya dicapai. Baik hasil komitmen pemerintah mahupun rakyat sendiri. Sepanjang tahun-tahun yang mengisi usia kemerdekaan Malaysia ni kita menyaksikan pasukan bolasepak negara pernah melayakkan diri ke peringkat Olimpik, penubuhan Petronas yang menjadi kebanggaan dan lubuk emas negara, tumbuhnya institusi - institusi pendidikan yang menyumbangkan penghasilan intelek dan tenaga mahir dalam negara, penciptaan simbol-simbol kebanggaan negara dan peningkatan tahap prasarana negara antara bukti fizikal yang dapat dilihat. Malangnya dari segi lahiriahnya banyak yang kita peroleh dan capai, dari segi hakikatnya banyak juga perkara yang kita hilang. Paling ketara sekali kita kehilangan sebuah masyarakat yang semakin tandus nilai akal budi yang menyanjung moraliti - baik di pihak massa ataupun pemerintah. Belum lagi mengambil kira economic loss dalam tragedi-tragedi seperti skandal Bumiputera Finance dan Bank Bumiputra, Perwaja Steel, MAS, Petronas, skandal spekulasi harga timah dan spekulasi matawang Sterling oleh Bank Negara.

Segregasi etnik masih membayangi masyarakat Malaysia. Pembinaan bangsa Malaysia yang pernah cuba diusahakan dulu akhirnya sekadar jadi retorik kerana bangsa Malaysia akan meningkatkan kewujudan suatu kuasa yang dinamakan integriti. Integriti yang kukuh akan membunuh mereka yang menjadi musuh integriti. Berapa ratus tahun lagi kehidupan dalam segregasi ni, itu Tuhan sajalah yang Maha Mengetahui. 

Cukup tentang keadaan semasa negara merdeka ni. Bila berbual berkenaan kemerdekaan, takkan dapat lari daripada berbicara soal perjuangan menuntut kemerdekaan.

Semasa negara ni masih dalam genggaman British, dah tentu pejuang kemerdekaan ialah mereka yang menentang British. Siapa yang menentang British? Kalau di Pahang, orang Pahang kenal Datuk Bahaman dan Tok Gajah. Orang Terengganu kenal Tokku Paloh, orang Kelantan kenal Tuk Janggut. Sarawak kenal Rosli Dhoby, Sabah kenal Mat Saleh. Selepas perang dunia kedua, perjuangan menentang British diteruskan oleh Parti Komunis Malaya, AMCJA, AWAS, API. Pengisytiharan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 membunuh objektif Parti Komunis Malaya yang berjuang untuk membebaskan Tanah Melayu daripada British. PKM akhirnya berkeliaran bagai langsuir liar yang hilang tuan sampailah Perjanjian Hadyai dimeterai pada 2 November 1989.

Perbincangan berkenaan perjuangan menuntut kemerdekaan merupakan suatu perbincangan yang kompleks, yang perlu mengambil kira pandangan dan justifikasi daripada setiap watak yang terlibat. Kemerdekaan negara ni sendiri pun agak sukar nak dibincangkan, perbincangan mendalam memerlukan kita berbincang secara terbuka tanpa sekatan akta-akta hasutan ataupun akta rahsia rasmi. 

Kemerdekaan negara ni diisytiharkan ketika era Perang Dingin, iaitu konfrontasi blok Kapitalis dan blok Komunis berlangsung dalam keadaan di mana tiada konflik atau konfrantasi terbuka yang melibatkan antara negara-negara yang terlibat didedahkan kepada umum. Malaysia yang mencapai kemerdekaan, menjadi sekutu kapitalis dan menentang komunisme walaupun pada awal 1970-an Malaysia diisytiharkan sebagai negara berkecuali. Kemerdekaan Malaysia sebenarnya sekiranya dianalisis dari sudut konfrantasi senyap semasa Perang Dingin, merupakan salah satu proses yang dilakukan oleh blok Kapitalis untuk melenyapkan pelebaran kuasa oleh blok Komunis.

Penentangan pihak komunis di Malaysia yang pada awalnya merupakan penentangan menentang penjajah British akhirnya berubah kepada peperangan proksi kapitalis-komunis bila kemerdekaan diisytiharkan di Malaya, dan seterusnya Malaysia. Pihak pentadbiran kerajaan Malaysia memandang komunisme sebagai suatu ancaman besar terhadap kerajaan. Parti Komunis Malaya dinafikan hak untuk berpolitik sedangkan Said Zahari pernah menulis, PKM pernah bersikap optimis semasa Rundingan Baling, bersedia untuk meletakkan senjata, dengan syarat diberi peluang untuk bergiat di dalam politik secara sah. Konfrontasi kerajaan dan komunis berlarutan sebenarnya sehingga sekarang. Kalau tak percaya, baca soalan-soalan dalam borang tapisan keselamatan kasar yang perlu diisi oleh setiap penjawat awam. Dalam erti kata lain, kemerdekaan daripada segi tanggapan dan persepsi berkenaan sesetengah perkara masih belum dicapai. Mungkin juga sebagai status quo, sebagaimana praktik di negara-negara kapitalis lain yang menolak dogma komunisme dalam doktrin pemerintahan mereka.

Semangat kemerdekaan. Merdeka kali ni diselubungi dengan kesuraman ekonomi dan suasana politik yang bolok (serabut). Merdeka dari aspek undang-undang dah lama dicapai - merdeka dari aspek mentaliti dan ekonomi, jalan yang perlu dilalui masih jauh. Kadang-kadang aku rasa ada betulnya ungkapan "sistem yang ada telah lama korup, ia perlu dipecahkan dan dibina semula untuk menjadi sempurna". Tapi bila pendapat macam tu diutarakan, orang akan sentiasa salah faham dan menganggap itu sebagai anarki. 

Kemerdekaan pada tahun ni disambut serentak dengan Aidilfitri. Aidilfitri merupakan simbolik ganjaran hasil daripada kemenangan perjuangan menentang nafsu. Sambutan kemerdekaan pula - simbolik kemenangan menentang apa? Aku tak dapat nak beri jawapan kepada soalan tu.

15 September 2012

Blues mat rock

Macam mana Kathy, kalau abang main band aje kita boleh kawin tak?

Aku pikir, kalau bab bercinta ni, perkara paling susah ialah nak cari orang yang boleh terima diri kita seadanya, dan dalam masa yang sama kita pun boleh terima orang tu seadanya jugak. Masing-masing tak perlu hipokrit dan berpura-pura bila berdepan muka.

Baru-baru ni pulak, ada aku terbaca komen sorang brader kat 9gag, dia tulis, nak jumpa orang yang suka, dan dapat terima diri kita sebenarnya senang je.  Yang susahnya ialah untuk mencari orang yang kita suka dan kita boleh terima dia seadanya.

Atau pun, mungkin mencari orang yang kita suka dan boleh kita terima dia, perkara senang. Yang susahnya untuk cari orang yang boleh terima kita sebagai diri kita sendiri. hahaha.

Aku tak tau jugak la aku ni jenis yang mana satu. Mungkin aku ni jenis yang brader kat 9gag tu describe kot.

Innocence of Muslims

Benda macam ni bukan perkara baru. 794 tahun dulu, penyair Itali yang bernama Dante Alighieri dah tulis Divine Comedy, dalam sajak tu dia cakap dia jumpa Rasul Muhammad  kat dalam neraka. Beberapa tahun dulu video pendek bertajuk Fitna diterbitkan oleh Geert Wilders.

Rasul Muhammad S.A.W dulu pernah diugut bunuh, dibaling dengan najis, tapi Rasulullah tetap berjaya kembangkan Islam.

Kita tak perlu melatah dengan perbuatan manusia macam ni. Bila dorang buat benda macam ni, sekurang-kurangnya orang yang tak pernah kenal Rasulullah didedahkan tentang kewujudan Baginda. Kemudian menjadi tanggungjawab kita umat Rasulullah yang dah kenal sirah Baginda, untuk ceritakan fakta yang betul kepada seluruh dunia.

14 September 2012

Masalah

Semua orang ada masalah. Dan selalunya masalah tu datang dari diri kita sendiri.

Itu pesan Pak Lah, kawan masa aku bekerja kat Sibu dulu.


11 September 2012

Merancang hidup tanpa gendala

Cara melihat kehidupan ni ada berjuta cara. Kita boleh hidup berakidahkan akal, menerima semua yang terjadi semata-mata hanyalah cause, action & effect.

Atau kita boleh berusaha. Berusaha, berusaha, berusaha sampai la kita dapat hasil. Kalau hasil tu positif, maka kita katakan usaha tu dapat barakah dan dikabulkan Tuhan. Kalau hasil tak seperti yang kita nak, kita katakan Tuhan ada perancangan lain untuk kita.

Berbicara tentang qada' dan qadar ni sering memenatkan kepala otak aku. Cuba bayangkan, kau jumpa sorang gadis yang kau fikir ditakdirkan buat kau. Kemudian kau cuma memerhati dari jauh, melihat dia hidup bahagia. Sedangkan kau teraba-raba mencari kebahagiaan.

Patut ke kau masuk ke dalam dunia dia, menarik dia ke sebuah kehidupan yang tak pasti dapat membahagiakan dia? Atau patut kau biarkan dia bahagia dengan kehidupan dia, dan biarkan diri sendiri terus melangkah mencari kebahagiaan? Patut ke kau bangkitkan semangat dan berkata, ya aku mampu bahagiakan dia atau patut ke kau jujur mengaku, tak ada jaminan, bahkan besar kemungkinan dia akan parah terluka?

Sedang kebutaan meraba-raba dalam konflik logik, rasional, emosi, amarah dan nafsu tu akhirnya timbul penyelesaian ala deus ex machina - rezeki, jodoh, ajal di tangan Tuhan. Maka takdir Tuhan dijadikan justifikasi untuk berdiam dan menjauhkan diri.

Sebenarnya semua ni bukanlah drama bangsat. Bukan semudah Shakespeare.

Takdir tu petanda kita cuma hamba. Hamba yang perlu menurut perintah, dan akur dengan segala kehendak Pencipta. Menjadi hamba Tuhan beerti tunduk dengan kekuasaanNya yang Maha Perkasa, Maha Pengasih, Maha Penyanyang, Maha Pengampun. Selepas kita kenal siapa kita dan menerima hakikat diri, maka masa tu hilanglah semua keresahan.

Wahai Tuhan kami, telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi.
Al - Araf (7): 23

Ubat daripada sumber haiwan

Selain daripada sumber tumbuhan dan jugak kimia sintetik, produk farmaseutikal yang dihasilkan daripada sumber haiwan pun digunakan jugak dalam perubatan. Sebagai contoh, insulin suatu masa dulu diekstrak daripada pankreas lembu dan babi. Tapi selepas tahun 1980-an bila saintis berjaya menghasilkan insulin melalui teknik human recombinant, sekarang ni boleh dikatakan 93% daripada insulin di pasaran dihasilkan secara sintetik.

Antara tugas ahli farmasi, selain daripada jadi tukang bagi ubat, mereka jugak bertanggungjawab memastikan ubat-ubatan yang digunakan mematuhi aspek agama para pesakit. Sebagai contoh, kalau doktor bercadang nak bagi ubat pencair darah jenis enoxaparin kepada pesakit beragama Islam, ahli farmasi boleh cadangkan supaya alternatif lain digunakan untuk tujuan rawatan, contohnya fondaparinux. Walaubagaimanapun melainkan keadaan pesakit tu sendiri tak mengizinkan, sebagai contoh fungsi buah pinggang pesakit tak elok dan tak sesuai untuk gunakan fondaparinux, nak tak nak kena jugak la pakai enoxaparin tu.

Berikut merupakan senarai produk farmaseutikal yang berasal daripada sumber haiwan, particularly daripada babi, dan jugak alternatif rawatan yang dicadangkan. (Sumber: Drugs of Porcine Origin & Clinical Alternatives, Medicines Partnership Group, Keele University)