27 December 2011

Nota Kecil (XIV)

1. Usia

Makin tua, makin banyak tanggungjawab.

Makin banyak berhutang.

2. Kerja

Aku tak suka kerja aku sekarang. Rasa blunt terus semua ilmu yang aku belajar 4 tahun kat univ, plus 1 tahun kat hospital.

Hidup ni kadang2 memang takde pilihan. Maksud aku, pilihan yang kita nak, yang memuaskan hati kita tu takde.

Rasa macam nak accept je offer fellowship universiti. Tapi..banyak sangat tapi yang nak kena difikirkan dulu.

3. Novel

Tiba-tiba dapat idea nak tulis novel. Kalau jadi nanti aku promo la kat blog aku nih.

4. Tahun 2012

Moga dipermudahkan semua urusan.

5. Sarawak

Tengah plan nak lawat semula kawan2 yang tertinggal kat sana. Cuma tak tau la bila.

04 December 2011

Nota Kecil (XIII)

1. Ajal

"Datang la semua sekali," pesan Pak Cik Hashim,tauke kedai runcit masa dia serahkan kat kad jemputan kahwin anak dia, Minah kat aku hari ahad minggu lepas.

Hari jumaat, macam kebiasaannya aku balik rumah. Kuantan-Raub tak la sejauh Sibu-Raub, cuma disebabkan aku mengada-ngada nak gak beli kereta proton yang pakai enjin campro cps, maka agak parak lah duit minyak.

"Pak Cik Hashim meninggal dah, semalam baru kebumi," abah bagitau aku, masa kami berdua di meja makan.

Cepat dan pantas. Pak Cik Hashim tak banyak bercakap masa aku jumpa dia minggu lepas. Aku tak berapa hairan sangat sebab dia tengah sibuk ke rumah jiran-jiran lain untuk distribute kad jemputan nikah anak dia.

Ajal - bila dah sampai, tak cepat sesaat, tak lewat sesaat.

Al Fatihah.

2. Kerja

Kerja di HQ ni rupanya banyak kena pergi out station. Kena banyak keluar duit lepas tu claim. Claim pulak masuk lambat. Apply kad kredit pun tak siap lagi.

Segala-galanya lambat kat Pahang ni. Sebulan lepas aku dah mencarut kat operator TM sebab lewat pasang streamyx kat rumah aku (dorang lambat pasang, pastu bil bulan-bulan tetap kena bayar. Kepala bana apakah ini?).

3. Buku

Dah tua ni jadi liat pulak nak baca buku. Minggu lepas setakat habis novel Cinta Fansuri je.

Sebelum PMR dulu aku rajin baca buku. Habis PMR, masuk form 4 - berperang dengan subjek Add Math & Fizik yang bukan main susah nak dapat A. Buku semua tolak ke tepi, hari-hari buat latih tubi math. Hasilnya dapat la 1A dua-dua subjek masa SPM - tapi hobi membaca tu Allah dah tarik balik.

Kalau aku tak masuk kelas sains masa form 4, mungkin aku dah graduate dengan LLB skang. Suka baca buku, dan jugak suka putar belit.

Ada satu buku pasal Rejimen Gerak Khas macam baru keluar. Bulan depan la kot beli.

02 December 2011

Kasino, perhimpunan UMNO dan Ustaz Maza

Sekarang ni musim perhimpunan UMNO rupanya.

Musim perwakilan UMNO daripada seluruh negara melatah, berceloteh, bersyair, berpantun dan berpuisi di depan perwakilan2 lain. Ada masa mereka lebih kelakar daripada badut.

Sebenarnya perhimpunan parti politik ni, sama je mana-mana parti pun. Gaya persembahan tetap serupa yang berbeza. Cerita pasal macam mana nak berebut kuasa. 

Ustaz Maza menulis dalam blog Minda Tajdid beliau, bercerita pasal harapan. Sepotong ayat Quran dan hadis menarik perhatian aku.

“Katakanlah: “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”. (Surah al-Zumar: 53).
Justeru, sesiapa yang menyebabkan manusia putus harapan terhadap Tuhan maka dia akan dihukum. Dalam konteks itu Nabi s.a.w bersabda:
“Jika seseorang berkata: binasalah manusia, maka dialah yang paling binasa” (Riwayat Muslim).
Dr Maza bercerita pasal harapan - pentingnya terus berharap, pentingnya memberi harapan dan meletakkan harapan. Dan tentunya pasal bergantung harap supaya atmosfera politik akan bertambah baik, supaya harapan yang diletak akan menyerlahkan sinar di hujung lorong yang panjang. Sesuatu yang akal logik aku nafikan lepas aku sedar betapa acuan yang sedia ada sendiri dah rencong, sumbing dan berkarat. Kepercayaan untuk melihat keadaan akan menjadi lebih baik dah lama lebur - sebab sekarang ni zaman Jahilliah sedang rancak berlangsung, mungkin harapan pun kalau lah ada dan berbaloi diletakkan ialah berharap supaya aku mati sama ada sebelum turunnya Nabi Isa dari langit, atau pun mati semasa pemerintahan Nabi Isa.

Sigh. (asap rokok keluar)

Harapan, mengharap, dan berharap - perkara dan perbuatan yang menghubungkan manusia dan Tuhan secara langsung. Ada yang berharap supaya Tuhan sihatkan tubuh badan, ada yang berharap supaya Tuhan panjangkan umur, ada yang berharap supaya ibu bapa, keluarga sihat. Harapan tu kemudian disampaikan melalui suatu medium yang digelar sebagai doa.

Putus harapan dan kehilangan harapan akan meletakkan manusia dalam keadaan nothing to lose. Keadaan ni akan membuatkan manusia tak kisah apa lagi - dosa pahala bercampur, dan akhirnya membawa kepada kebinasaan.

Perkara ni mengingatkan aku kepada novel tulisan Saifullizan Tahir yang berjudul Kasino. Sebuah novel yang cool. Watak utama, Mohd Narcissus dikisahkan telah diputuskan tali harapannya untuk mempercayai golongan ustaz dan ustazah. Akhirnya dia mewujudkan satu set moral ciptaannya sendiri. 

Nampaknya aku sendiri pun dah jumpa jawapan kenapa hidup aku kucar-lanar sejak 4-5 tahun kebelakangan ni.

Sayyid Sabiq pernah menulis dalam buku beliau - maksud perkataan Iblis antara lainnya ialah "putus asa dari rahmat Tuhan".

Nampaknya harapan sentiasa ada, dan harapan tu sesuatu yang penting. Sekurang-kurangnya dengan berharap (walaupun kamu sekular atau atheis), ada sesuatu yang boleh kau letakkan sandaran sebagai satu kepercayaan.

01 December 2011

Anu dalam botol



Pertama kali mendengar tajuk filem tu, first impression aku pasal filem ni - filem ni filem murahan dan hampas. Ditambah pulak dengan produser gila glamour Raja Azmi yang membuatkan aku menyampah, maka aku tak berminat langsung nak tengok filem ni.
Awal bulan November lepas aku download jugak filem tu. Tengok sampai habis. Dan akibatnya ludahan aku jatuh ke atas muka aku sendiri.

Konotasi dan komen negatif yang dihumban kepada filem ni rupanya tak lebih daripada komen sampah oleh manusia yang tak menonton langsung filem ni.

Naratif filem ni menarik. Skrip dan olahan cerita filem Anu Dalam Botol seakan menjawab persoalan dan dakwaan yang sering dilontarkan oleh golongan mak nyah setiap kali mereka cuba memberi justifikasi terhadap perbuatan songsang mereka. Dalam filem ni dikisahkan berkenaan Rubidin, seorang lelaki yang mengalami krisis identiti dan mengamalkan cara hidup gay, membuat keputusan drastik dengan melakukan pembedahan menukar jantina disebabkan oleh rasa cinta & sayang terhadap pasangan gaynya, Ghaus. Ghaus yang sekadar mempergunakan Rubidin untuk mendapatkan wang, akhirnya meninggalkan Rubidin. Dalam keadaan bankrap dan kehilangan zakar, akhirnya Rubidin memilih untuk menjalani hidup sebagai lelaki semula, tentunya sebagai lelaki tanpa zakar dan testis. Rubidin yang kemudian menemui Dina, gadis yang menyukai beliau sehingga membawa hampir ke gerbang pernikahan. Klimaks - Ghaus datang pada majlis pernikahan Rubidin dan Dina, kantoikan Rubidin sampai Rubidin lari meninggalkan majlis pernikahan.

Aku pernah terbaca pasal golongan mak nyah ni. Dorang cakap la..dorang tak kenal diri dorang masa mula2, dan akhirnya dorang menemui naluri seks dorang adalah ke arah lorong lubang dubur. Perjalanan dan naratif filem ni mengajar penonton tentang bagaimana cara nak mengenal semula diri di saat segala-gala kelihatan kabur. Scene di mana Dina membawa Rubidin berjalan di sekitar kampung, perbualan antara Rubidin dan ibunya antara penyampaian mesej yang berkesan terhadap penonton pasal macam mana nak kenal diri sendiri. Selain tu diketengahkan persoalan tindakan memburu-buru yang membawa padah, nafsu dan akal dan juga penyesalan yang tak berpenghujung.

Tipulah kalau aku katakan filem arahan Khir Rahman ni suatu filem yang teruk. Filem yang mempunyai naratif yang hidup dan mesej yang jelas, berguna buat penonton khususnya golongan homoseksual. Wajar ditonton.