30 October 2011

Book Review: Sengsara Kem Kamunting

Buku yang ditulis oleh ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib berkisar tahun pertama penahanan beliau dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri pada tahun 2001. Sepanjang tempoh penahanan beliau selama 2 tahun, beliau berjaya menghasilkan 8 buah buku bersiri yang bertajuk Suara Dari Kamunting.

Saari membawa pembaca menelusuri liku-liku yang dialami oleh beliau semasa dalam tahanan, bersama-sama dengan beberapa lagi figures lain yang turut ditahan dibawah akta yang sama iaitu Hishamuddin Rais, Ezam Mohd Noor, Tian Chua, Dr Badrulamin dan juga Lokman Adam. Pengisahan cerita mendedahkan sisi hitam kehidupan tahanan ISA di dalam sebuah tempat bernama Kem Kamunting - daripada menu makanan, keadaan bilik tahanan, soal-siasat rutin, konflik emosi, pengorbanan keluarga, harapan dan perjuangan.

Penceritaan dalam buku ini dilakukan secara bersahaja, namun perincian setiap sudut rutin kehidupan semasa dalam tahanan sedikit sebanyak mengharukan. Di sebalik tembok Kem Kamunting tersimpan segala macam rahsia yang terhijab daripada pengetahuan massa - kisah penganiayaan, fitnah, dendam kesumat dan manipulasi kuasa oleh tangan-tangan yang diamanahkan dengan kuasa. 

Setebal lebih 350 mukasurat, namun dipecahkan kepada lebih 40 bab, memudahkan pembacaan. Inilah kisah orang tahanan ISA, yang turut mengingatkan aku pada sajak nukilan Hishamuddin Rais, salah satu watak dalam buku ini. Sajak bertajuk Janji Lelaki Itu, ditulis oleh Hishamuddin Rais pada tahun lalu, genap 50 tahun ulang tahun pemaktuban ISA di Malaya, kemudian di Malaysia.

JANJI LELAKI ITU


SATU

mereka datang tidak di jemput
mereka sampai tidak memberi salam
mereka masuk tidak mengetuk pintu

mereka datang ditengah tengah gelap yang hitam
mereka datang dengan muka tertutup
mereka datang dengan menendang pintu

datang untuk menangkap
datang untuk mencekup
datang untuk menggempar
datang untuk menakutkan sesiapa saja yang akan takut

ayah itu di gari
isterinya memandang
anaknya menangis
tentangga mengintai intai
lalu dia di bawa pergi

sang isteri bingong
sang anak meraung lagi
tetangga menjauhkan diri
takut telibat berimplikasi

kemana agaknya sang suami di bawa lari
kemana agaknya sanh ayah di bawa pergi
kemana agaknya polis ganas itu membawa dia pergi

heboh
heboh
heboh satu negeri
ada pengganas sedang beroperasi
untuk menjatuhkan kerjaan negeri

dua bulan kemudian sang ayah mucul kembali
dari kuala lumpur dia naik lori
waktu malam dinihari
dia dipindah ke sebuah penjara lagi

DUA

di kamunting kami dipertemukan
di kamunting kami di raikan
di kamunting kami di kurung dan di rayakan
di kamunting kami di kunci agar tahu harga kebebasan diri

satu hari dibilik bacaan
aku bertemu dengan si ayah

ianya seorang musliman yang warak
jantan yang berjanji kepada allah dan nabi untuk menjadi insan yang soleh
jantan yang berjanji kepada sang insteri untuk menjadi suami yang berbudi
jantan yang berjanji kepada anak untuk menjadi ayah yang sering memberi
jantan yang berjanji kepada alam untuk membawa kebajikan ke dunia ini

lalu kami bertegur sapa
lalu kami menjadi mesra
lalu kami bertukar cerita
tentang si anu
dengan si anu
tentang si polan
dengan si polan

sang isteri tidak datang melawat
sang anak jauh sekali
mahal harga tambang bas
dimana nak tidor
dimana nak bermalam
akhirnya tak perlu datang
akhirnya tak perlu bertandang

TIGA

dibilik bacaan kami bertemu sekali lagi
aku bertanya khabar
bertanya khabar seolah olah
kami baru pulang dari luar negeri
mukanya sedih tidak berseri

dia bercerita tentang anaknya ke sekolah
dia bercerita tentang bayaran hutang rumah
dia bercerita tentang isterinya yang susah

aku hanya mendengar
berat telinga mendengar
berat hati merasa
berat lagi sang isteri di rumah
berat lagi anak ke sekolah

lalu dia bercerita tentang rayuannya ditolak
lalu dia bercerita tentang semua tuduhan
lalu dia bercerita tentang malam dia di tahan

dia bercerita tentang pukulan dan tamparan
dia bercerita tentang tendang dan api rokok
dia bercerita tentang sumpah seranah yang diterima
dia bercerita tentang ancaman kepada anak dan isteri

kemudian dia mendongak ke langit
matanya memandang ke luar jendela
memandang ke arah bukit hijau
memandang ke alam bebas

EMPAT

ramadan pun sampai
maka kami pun beramal
sebulan kami berkhalwat
sebulan kami melihat hidup
sebulan kami bersendirian

ketika ramadan
aku juga mencuba menjadi lelaki yang baik
aku juga mencuba menjadi anak yang soleh
aku juga mencuba menjadi manusia yang membawa kebajikan

bila hari raya sampai
maka kunci itu pun di bukalah
pintu penjara luas terbuka
agar sanak saudara datang melawat
agar kaum keluarga berjabat mesra

pagi itu aku pun diziarahi keluarga

tidak aku sangka sangka
di meja hadapan aku
si jantan itu juga di kelilingi oleh anak dan isteri
ku lihat mukanya gembira ria
anak dipangku kiri
anak diriba kanan
isteri dihadapan

aku pun gembura sendiri
milihat kawan bersenang hati

mata aku liar memerhati dan mencari
mengintai bekalan jaudah hidangan mereka
aduh ! aku terperanjat tak percaya
apa yang aku lihat di pagi raya

bukan ketupat
bukan satay
bukan udang
bukan ayam
bukan lemang
bukan rendang
yang terhidang hanya mee goreng dan biskut kering
dan sebotol ayer lemonade

lalu aku mengalih mata
memandang ke atas bukit yang hijau
memandang ke alam bebas

LIMA

jam 7 pintu itu dikunci
maka aku pun terkurung
hari raya pun selesailah

malam pun datang
sehari telah berlalu

maka aku pun berjanji untuk menjadi manusia yang berbudi
maka aku pun berjanji untuk menjadi menusia yang memberi
maka aku pun berjanji untuk membawa kebajikan

untuk kau yang tidak tahu penjara
untuk kau yang belum ditahan tanpa bicara
untuk kau yang memiliki segala gala

kau dengar surah aku ini
di bumi ini orang orang baik lebih banyak dari orang orang jahat
di bumi ini orang orang baik lebih banyak dari orang orang jahat

jika kau ingin menjadi manusia yang baik
jika kau ingin menjadi manusia berbudi
jika kau ingin menjadi manusia pemberi
lakukan sesuatu untuk mengubah diri

kezaliman yang ada ini
sedang menunggu kau
menunggu kau yang baik hati
menunggu kau yang berbudi (TT)

29 October 2011

Sempena raya haji

Top 10 list-to-do

1. Beli rumah kat Kuantan (kena tunggu projek Lynas puaka tu dulu, harap2 harga rumah kat Kuantan semua turun, kah kah kah)

2. Buat rumah kat tanah Abah (dari zaman aku sekolah menengah lagi dia dok cakap benda ni)

3. Join takaful.

4. Sambung master

5. Sponsor mak abah pergi haji

6. Start belajar fardhu ain

7. Pergi haji

8. Sponsor adik2 kecik belajar

9. Start belajar guitar lesson

10. Belajar masak resipi berat (rendang, gulai, dsbnya).

Macam cacamarba je list ni.

So raya ni kalau keluar soalan pasal bila nak kahwin, maka jawapannya, BELUM MASUK DALAM SENARAI TOP 10 LIST-TO-DO.

Kah kah kah.

Berkata benar

Selepas melihat apa yang terjadi kepada Prof Aziz Bari, maka aku pun teringatlah pada bekas Naib Canselor UPM, Prof Zohadie Bardaie yang dipaksa melucutkan jawatan selepas berpantun dalam sebuah majlis keramaian rasmi. Pantun yang ditulis Prof Zohadie berbunyi begini:

Siakap, senohong, gelama ikan duri
Bercakap bohong bolehkah jadi menteri?

Alkisahnya, Prof Zohadie berselisih faham dengan Menteri Pengajian Tinggi pada masa tu, Dr Shafie Mohd Salleh berkaitan dengan arahan Kementerian Pengajian Tinggi supaya fakulti kejuruteraan aero angkasa UPM dipindahkan daripada UPM ke UKM.

Akibatnya, Prof Zohadie dicantas daripada UPM. Tapi Allah Maha Adil. Tak lama lepas tu berlaku rombakan kabinet, Shafie tak disenaraikan dalam jemaah menteri kabinet yang baru. Tempatnya digantikan dengan Khalid Nordin, yang sampai sekarang masih memegang portfolio Menteri Pengajian Tinggi.

Rupanya sejarah berulang lagi. Kali ni Prof Aziz Bari yang memberikan pandangan berkenaan institusi diraja berdasarkan ilmu akademik yang ada pada beliau, akhirnya berdepan dengan penggantungan kerja, dan baru-baru tadi aku terbaca peluru hidup dihantar ke rumah beliau.

Berkata benar, menegakkan kebenaran - antara perkara yang masih mahal harganya di bumi bertuah ni.

13 October 2011

Bikin Filem

Idea pengarah dan penulis skrip Malaysia (atau patut ke aku guna perkataan, Melayu?) sentiasa ada. Kalau tak percaya korang tengok la kat pawagam seluruh Malaysia ni tiap tahun ada je filem baru yang keluar kat pawagam.

Kebolehan mencetuskan idea, kemudian menterjemahkan idea tu ke atas kertas dan seterusnya dizahirkan oleh tenaga kerja pelakon, jurugambar, jurucahaya dan segala kru penerbitan merupakan kebolehan yang patut diberi kredit. Kredit atas sebab usaha sebegitu memerlukan tenaga dan memerah buah fikiran. Tapi sekadar memiliki kebolehan sebegitu belum cukup untuk melayakkan pengarah, penulis lakon layar atau penulis skrip diberikan pujian. Pujian layak diberi untuk mereka yang berjaya menyampaikan mesej dan membuatkan khalayak berfikir panjang selepas mereka menonton hasil nukilan dan terjemahan karya dalam bentuk filem yang ditayangkan di layar perak. Dan selepas itu, sekiranya filem yang dihasilkan tu unik berbanding filem filem lain di pasaran, memberikan impak jangka panjang kepada penonton atau mampu mengubah persepsi dan menganjak paradigma penonton - pada pendapat aku filem sebegitu memerlukan penonton memberikan standing ovation selepas filem tamat ditayangkan.

Selepas terhasilnya filem-filem generasi lama macam Ranjau Sepanjang Jalan, Anak Sarawak, Matinya Seorang Patriot (sekadar menyebut beberapa tajuk filem) rasanya dah tersangat jarang penonton dapat menonton filem yang menjentik minda penonton, menyampaikan mesej dan persoalan berat kepada penonton. Bukan dalam industri filem Malaysia je, Hollywood pun begitu. Selepas beberapa tahun Bringing Out The Dead, Shawsank Redemption, Forrest Gump, Memento, Fight Club dihasilkan, keadaan yang hampir sama dapat dilihat cuma bezanya tak seteruk arena filem Malaysia.

Sedih bila pernah terbaca interview dengan seorang pengarah, yang juga seorang pensyarah universiti, bila pengarah tu ditanya mengapa banyak menghasilkan filem yang stereotaip, ringan dengan lawak yang kurang cerdik, jawapan beliau: sebab dia buat filem ialah untuk kaut keuntungan, penonton suka filem macam tu so dia buat la filem macam tu. Sampai aku termenung, bodo sangat ke penonton filem Malaysia ni, sampai taste dorang balik2 gelak bila tengok Apek, Senario dan pelakon-pelakon utara yang keturunan anak mami celup buat lawak kat dalam filem?

Bikin filem tak sepatutnya sekadar untuk buat duit. Memang la filem tu sebahagian daripada perniagaan, tapi kualiti pun sebahagian daripada perniagaan jugak, kan? Selain tu mesej,tema dan persoalan dalam filem tu jika disampaikan dengan bijak dan berkesan, dapat mempengaruhi penonton malah berkemungkinan akan dapat mengubah tanggapan hidup dorang. Kalau tak percaya tengok filem Gadoh arahan Nam Ron, yang ada diupload kat Youtube. Tengok kat bahagian users comment. Bukan ke bagus kalau impak setiap filem Malaysia ni lebih kurang macam tu?

10 October 2011

Nota Kecil XII

1. Titian Perjalanan

- Dong - Benta - Raub - Temerloh - Kuantan - Shah Alam - Puncak Alam - Raub - Sibu - Kuantan

- hidup ni memang tak boleh nak dijangka. 6 tahun lepas aku jadi student sengkek kat matrikulasi Pahang, sekarang bekerja pulak kat Kuantan.

- doa & harapan: semoga semuanya tenang, aman, lancar & sejahtera

2. Financial burden

- sekarang dah bermula fasa kehidupan baru. Bil kereta, bil api air rumah sewa, sewa rumah, duit minyak kereta, bil streamyx.

- baru la sedar. Mengaji tinggi-tinggi lepas tu bila dapat kerja, rupanya bekerja tu untuk bayar hutang.

3. Sibu

- dekat Sibu aku belajar macam - macam.

- rupanya, kat Malaysia ni ramai ibu-ibu bersalin yang berjalan menapak ke pondok bas, tengah-tengah panas dengan tikar, anak kecik dan suami sebab suami tak berupaya nak menyewa kereta, apatah lagi nak beli kereta.

- rupanya, kat Malaysia ni ada Cina Kristian yang sanggup tolong bawak Melayu Islam tumpang kereta pergi ke masjid masa solat Jumaat.

- rupanya, ahli politik yang korup lambat mati.

- syukur Alhamdulillah, Allah beri aku peluang bekerja kat Sibu dan dengan kuasa Dia aku dapat transfer kerja ke Kuantan. Sesungguhnya Kau Maha Mengetahui Ya Allah akan segala hikmah.

4. Emak dan Abah

- Dua orang tua ni, sampai kiamat, sampai aku masuk syurga pun takkan dapat aku nak balas jasa dan pengorbanan dorang.

- Hutang duit boleh bayar. Hutang budi, hutang nyawa, macam mana nak bayar?

- Harap-harap aku jadi anak yang baik.

5. Kerja

- macam - macam ragam kat tempat kerja.

- biasa lah, mana boleh kita nak expect semua manusia perangai macam malaikat? Malaikat lain la takde nafsu, takde pisang dan takde err..Senang cerita kat mana-mana pun mesti jumpa orang baik, orang jahat, orang jujur, orang khianat, orang rendah diri, orang takbur.

- so bersabar la dengan perangai manusia, sebab kita pun manusia.

6. Sambung belajar.

- memang dalam plan. Tapi bila mencongak penyata gaji bulan oktober ni, rasanya kena menyimpan dulu 5-6 bulan ni. Kalau tak memang tak lepas nak bayar yuran.

7. Bila nak kahwin?

- ade jodoh nanti aku kawin la..