22 September 2011

Nota Kecil (XI)

1. Malaya tak pernah dijajah - Zainal Kling

Ini kenyataan paling bangsat pernah aku dengar untuk tahun ni. Harapnya tahun depan takda lagi bangsat daripada yang satu ni.

2. Do'a

Do'a - do'a aku sebahagiannya dah termakbul. Barulah aku faham konsep do'a ni - do'a ni sesuatu yang perlu berterusan, tak putus-putus. Termakbulnya do'a bukan bermaksud berhentinya pergantungan pada Allah.

Menyerah diri, bergantung harap pada Tuhan sama sekali tak sama macam bergantung harap pada vending machine yang boleh dicari masa dahaga, dilupa masa lega. Demi Allah, sesungguhnya Allah Maha Berkuasa, Maha Mengetahui, Maha Pemurah, Maha Mengasihani, Maha Pengampun.

Jangan jadikan Tuhan tempat bersandar di saat hiba; dilupa di saat suka. 

Saat-saat yang dikatakan do'a mustajab: masa hujan turun, masa Subuh sebelum iqamah dilaung, masa solat Jumaat waktu do'a antara dua khutbah, masa solat tahajjud larut malam.

3. Pulang

Masa pesawat AK 5194 dari KL ke Sibu menjejakkan roda ke bumi Sibu yang basah dek air hujan pada malam 4 September lepas, aku yang duduk di seat 1A, sambil pejamkan mata dah bertekad; datang ke Sibu kali ni, lepas ni aku dah taknak beli flight tiket pergi-balik. Sama ada aku dapat transfer balik, atau pun aku hantar notis berhenti sebulan & terima tawaran fellowship. Noktah.

Hasrat dah termakbul. Membayangkan wajah-wajah ahli keluarga nanti..ahh..senyum yang tak dapat diganti walau dengan tujuh gunung emas sekali pun.

Ada teman yang tertangguh. Sabarlah teman, aku do'akan semoga do'a dan harapan kau termakbul jugak.

Ada wajah-wajah yang mengusik hati aku, yang bila aku kenang kebaikan dorang masa aku kat sini boleh buatkan mata aku berair. Terima kasih semua, tapi aku perlu buat perkara yang perlu aku buat. 

4. Hidup di hadapan

SKT. CPD. Management of inventory. CPS. Policies.

Moga diberikan kekuatan untuk menghadapi semua yang bakal dihadapi kelak.

5. Kahwin

Aku ni..single, but yet to be available.

Banyak sangat soalan yang hampir serupa yang ditanya menyebabkan aku kadang2 serius jugak memikirkan perkara ni.

Banyak lagi perkara yang aku kena selesaikan. Perkahwinan tu bakal melengkapkan diri, tapi sebelum tu aku kena selesaikan beberapa tanggungjawab dulu.

Syarat yang dulu tak berubah - mesti surirumah. Melawan arus ada kemungkinan akan menyebabkan aku lemas. Atau mungkin aku berjaya jugak mengharung arus tu. 50-50. 

17 September 2011

Rock Jepun



Lagu rock kapak daripada band rock Jepun, Earthshaker. Aku cuba cari lirik lagu ni tapi tak jumpa.

Paradoks

Pagi dah menjengah tapi kepala masih tak mengantuk mungkin penangan teacino vanilla. Bagus jugak, harap2 tak terlepas Subuh.

Bila teringatkan storyline novel Paradoks yang aku baca hari tu, aku teringat beberapa perkara lain yang jugak sesuatu yang paradoks, berlaku kat dalam negara ni. Malaysia yang pernah terkenal dengan slogan Malaysia Boleh, slogan yang akhirnya dijadikan lawak sarkastik oleh golongan komuniti Cina - Bolehland.

Aku terfikir pasal beberapa perkara:

- orang Melayu Islam yang takut dengan Bible dalam bahasa Melayu. Baca Bible = murtad? Sheikh Ahmad Deedat dulu siap hafal Bible sampai berpuluh-puluh jenis, tapi takde pun jadi murtad. Kenapa nak takut dengan Bible dalam BM, sedangkan kita dah iktiraf BM ni bahasa kebangsaan? Kalau Bible tu banyak kepincangan, bukan ke dengan adanya Bible dalam BM nanti lebih mudah kita nak tau apa yang pincang dalam kitab tu?

- Malaysia takde hubungan diplomatik dengan Israel, sebab Israel bunuh orang Islam Palestin. Tapi Malaysia ada hubungan diplomatik dengan Amerika Syarikat. Siapa yang bunuh lebih ramai orang Islam, Amerika Syarikat atau Israel?

- PAS dan UMNO masing-masing majoritinya Melayu, tapi saling bercakaran satu sama lain. DAP & MCA berbeza ideologi, tapi dalam bab kepentingan kaum Cina dorang sepakat. 

- Duit kutipan zakat orang Islam beratus juta, tapi ramai lagi orang Islam kat Malaysia, baik fakir, mualaf, pelajar dan jugak asnaf2 lain yang tak dapat duit zakat. Dah tu apa guna dikutip duit zakat tapi tak diagihkan?

Selamat malam. Malam macam ni sepatutnya elok buat solat tahajud, tapi aku pulak update blog. Ni pun paradoks jugak, ceh!

Roti halal, bumi Kenyalang dan setahun yang berlalu

14 September lepas dah genap setahun aku kat Sarawak ni. Well, 1st year kerja sebagai housemen dah habis, so sekarang tunggu surat posting letter pulak. Macam biasa la, aku berharap sangat dapat post out ke tempat yang aku dah letak dalam senarai pilihan. Tapi kalau Human Resource KKM degil ketegaq nak aku stay kat Sarawak, atau post out aku ke Sabah pulak ke, aku kerja je la dulu 3-4 bulan kumpul duit pastu resign, ambik offer fellowship UiTM. Makan duit biasiswa ni aku dah rasa dah dulu dan memang rasa macam haram - duit lambat masuk, elaun lambat masuk dan lebih bijak lagi pembayaran elaun 3 kali setahun - sungguh wtf. Aku prefer sambung belajar pakai duit sendiri sebenarnya sebab yuran pengajian master kalau sambung kat local uni bukanlah mahal sangat pun. Tapi kalau dah takde jalan lain nak blah dari Sarawak ni aku rela je la go through student life balik, lagipun master setahun lebih je, dah settle & masuk kerja jadi lecturer dah tak risau pasal kena campak merata.

Actually aku takde ape dendam pun kat Bumi Kenyalang ni (Kenyalang? Haram setahun aku duduk Sibu tak nampak seekor pun burung tu). Orang kat sini baik-baik, kerja pun tak berat macam kat hospital kat Semenanjung. Cuma aku prefer dapat transfer balik sebab pertama, mak aku tak sihat pastu abah pulak ada sebut, ada masa mak aku sebut2 jugak risau pasal aku yang kerja kat sini. Kedua, sebab gaji aku tak banyak beza dan tak beri advantage langsung untuk buatkan aku nak berasa kekal kerja sini. Beza gaji aku dengan member yang kerja kat Semenanjung & member yang memang asal dari Sarawak + kerja kat Sarawak dalam RM200 - 300 je, dah la bagi tiket balik setahun sekali. Kalau sebulan sekali tiket free nak la jugak aku stay. Ingat murah2 ke tiket flight? Ketiga, masalah komunikasi dengan pesakit kat sini la. Dah berapa kali dah aku kena situasi macam ni: patient tak faham bahasa Melayu @ English, patient yang aku dah terang elok2 pasal ubat, tapi lepas tu pergi kat kaunter lain yang pegawai Cina duduk kat situ pastu tanya balik pasal ubat dorang (ingat aku ni Melayu aku nak tipu dorang agaknya, sigh..). Ada masa memang boleh handle la, tapi ada masa aku meletup jugak layan orang macam2 ragam ni. Minggu ni first time aku sergah patient yang marah2 sebab tunggu ubat lama - bukan la lama sangat pun, orang yang ambik ubat untuk patient Nephro pun tak pernah marah2 camtu tapi ko setakat 3 jenis ubat pun tak boleh tunggu sekejap. Dari segi profesionalisme memang tak patut sangat la aku marah camtu, tapi nasib ko la dah ko cari pasal time darah aku mendidih, kena ah ko. Bab panas baran ni aku rasa aku dah slow sikit la banding dengan zaman uni dulu, hopefully makin lama makin kurang la.

Ada banyak lagi benda nak kena settle sebelum dapat surat posting. Pertama sekali, rumah sewa. Sekarang duduk tiga orang: aku & member sorang lagi dah cukup requirement untuk tamatkan housemenship. Tapi ada sorang lagi member ni belum pass exam undang2 untuk dapatkan lesen untuk practice, so dia kena tunggu dulu la kat Sibu ni sampai dah lulus exam. Kesian jugak dengan mamat ni tapi apa lagi aku boleh nak buat? Aku tolong setakat yang boleh la dalam bab2 bagi pinjam buku, bagi soalan past year tapi kalau jawab exam memang sendiri la kena buat. Kedua, report & presentation. Hal kedua ni senang je nak settle, cuma sebab aku ni malas je. Ketiga, actually aku nak tulis serba sedikit pasal housemenship ni untuk junior2 yang bakal start kerja tapi tak dapat2 offer letter, yang ni aku tak sure bila boleh nak tulis. Sebab benda yang nak diberitahu tu banyak so kena organize dulu perkara-perkara yang nak dikongsi tu. Keempat, barang2. Tak kira la post out ke mana pun, barang2 aku ni problematic jugak. Agak banyak la. Buku2 dah separuh aku bawak balik rumah masa raya hari tu, tapi yang tinggal kat Sibu sekarang spesis yang berat-berat, Doctor in The House tu dah sekian dah, pastu buku2 lain lagi yang tebal + pakai hardcover. 

Kat Sarawak ni, rasanya aku pernah tulis dah dulu pasal tempat ni takde roti Gardenia, Hi5 dan roti2 dari Semenanjung. Aku pun tak tau apa isu sebenarnya kenapa roti-roti ni takde kat Sarawak, atau Sabah. Yang aku agak la, sebab kilang roti sini takut nak bersaing dengan roti2 dari Semenanjung ni la kot, sebab tu tak jumpa roti Gardenia or Hi5 ni kat sini. Dalam erti kata lain, they dont have the balls to compete with Gardenia :D Kalau nak diikutkan macam tak nampak beza pun kot roti kilang Sarawak dengan roti Gardenia or Hi5 ni, cuma perbezaan ketaranya sebab Gardenia, Hi5 ni ada logo halal. Roti-roti tempatan..maksud aku yang dikilangkan kat Sarawak ni memang susah, dan boleh kata hampir mustahil nak jumpa yang ada cop logo halal Jakim. Jadi kalau Gardenia & Hi5 masuk line,memang bungkus la company roti kat Sarawak ni,lol. 

Sibu sekarang dah ada hypermarket Giant, aku dah pergi dah pun ke situ beberapa kali tapi tetap tak jumpa roti Gardenia @ hi5. Lepas tu bila aku tanya orang2 Sarawak sendiri, owh baru aku tau, dorang pun kalau pergi Semenanjung memang dorang borong banyak2 roti Gardenia, kek pisang, kek kurma naik flight pastu bawak balik kampung. Agak tragik jugak kehidupan orang kat sini...hahahaha. 




Kat atas ni gambar roti buatan Sarawak yang ada logo halal :D Semalam aku jumpa kat stesen Petronas yang dekat Delta Mall, malangnya aku datang semula hari ni dah tinggal sebungkus. Sebungkus yang dalam gambar kat atas ni la. Dah expired pun, sehari expired. Mamat yang jaga kaunter tadi cakap esok baru sampai. Aku pulak nak beli roti nak buat sahur pagi ni. Aku beli jugak la sebab aku ni mudah je, asal tak tumbuh kulat lagi elok la tu. Lagi pun baru sehari je pun expired, tak la teruk sangat. 


Setahun kat sini, banyak tempat aku tak explore lagi. Duit gaji banyak aku guna buat beli tiket flight pergi balik Sibu - KL je. Kerja kat sini, merasa la naik flight berbelas kali, satu benda yang aku tak pernah imagine dulu. Hahaha. Lepas setahun dan bila bulan Oktober makin menjelang ni, teringat semula kat Allahyarham Mus. Mamat tu aku sempat kenal dalam seminggu lebih je, pastu dia meninggal sebab road traffic accident. Waktu dia dalam housemenship aku tak tau macam mana susahnya dia nak survive sebab kebanyakan housemen lain semua Chinese, bercakap Chinese, pastu Pak Lah, staff hospital merangkap bapak angkat Allahyarham cakap kat aku, housemen batch Mus masa tu tak bercakap langsung dengan Mus. Mungkin sebab tu dia rasa depressed gila babi, sampai akhirnya kesudahan dia pun tragik.

Sebenarnya dalam tempoh setahun ni aku pun rasa teruk jugak, masa mak aku sakit teruk awal tahun ni lepas tu aku mintak transfer, KPF suruh aku habiskan housemenship kat sini. Rasa macam nak jerit je "Fuck you!!" kat depan KPF. Sekarang dah habis housemenship, posting pun tak tau ke mana. Tapi sekurang-kurangnya surat tawaran fellowship tu sekarang dah jadi macam suatu guarantee yang aku memang akan kerja kat Semenanjung semula lepas ni - cuma cepat atau lambat je la. Dan bekerja sebagai apa, tu pun aku tak tau. Sekarang ni pulak huru-hara dengan isu pharmacist ramai sangat, fresh graduate pharmacy tak dapat posting lagi, laluan kerjaya nak dimansuhkan, elaun kritikal nak ditarik balik.

Jadi lecturer..jadi pharmacist..?

Sebenarnya - i dont give a fuck at all anymore, hahaha. Dulu aku klik kat borang UPU kursus farmasi ni sebab aku takut dengan pointer matrik aku, nanti aku kena lelong kalau letak pilihan Perubatan. Last2 member yang pointer matrik lagi rendah dari aku elok je sambung medic kat uni, sialan! Aku pilih farmasi masa tu sebab dengar cerita ahli farmasi tak cukup ramai, jadi kalau graduate terus dapat kerja. Memang pun, lepas graduate dalam 3 bulan pastu aku start kerja dah, tapi start kerja kat Sarawak la, sialan ganda dua! Sekarang dah habis housemenship, kalau kena stay kat Sarawak @ Sabah, alamatnya sialan ganda tiga pulak la, hahahaha.

Tapi daripada fikir teruk-teruk sampai stress macam Allahyarham Mus, aku ambik jalan mudah - just let it, just dont give a fuck! Macam tu la aku survive dalam setahun ni. Di samping tu banyak kali jugak la aku mintak pada Allah, mintak kena tukar Semenanjung lepas habis housemenship. Actually yang pasal offer fellowship tu, itu pun aku banyak kali doa mintak dapat, akhirnya offer tu sampai jugak, Alhamdulillah. Pasal posting tempat kerja, harap-harap makbul jugak la.

Beberapa hari lepas aku terjumpa blog Allahyarham Mus. Sedih bila baca. Dan baru aku perasan, nama blog Allahyarham sama dengan nama blog aku yang aku dah delete (blog lama aku, la vida debe seguir, maksud yang sama tapi aku guna bahasa Spanish). Nasib kami berbeza (dalam sesetengah perkara la,terutama sekali dalam bab stress), tapi sekurang-kurangnya dia tetap beruntung sebab dah terlepas dari dugaan dunia.

Dah setahun dah kerja, setahun dah kat Sarawak. Tahun depan kat masjid mana pulak aku solat tarawikh nanti? Wallahualam.

13 September 2011

Kolesterol dan statin

Lemak, atau dalam bahasa saintifiknya lipid merupakan komponen penting dalam penghasilan hormon dan sel dalam badan manusia. Tapi lemak yang berlebihan boleh memudaratkan tubuh badan. Lemak yang diserap daripada makanan akan diproses menjadi kolesterol, dan kolesterol akan diubahsuai untuk menjadi larut dalam darah lalu diangkut dalam salur darah dalam bentuk lipoprotein. Salur darah manusia yang terdiri daripada lapisan sel yang nipis boleh tersumbat sekiranya lipoprotein terlalu banyak dalam aliran darah.

Dalam perubatan moden, masalah hypercholesterolemia atau pun masalah tinggi kolesterol dalam darah boleh diatasi dengan menggunakan ubat yang dinamakan statin. Statin bertindak merencatkan penghasilan kolesterol, dan seterusnya menurunkan tahap lipoprotein dalam darah. Hasilnya, risiko salur darah tersumbat akibat kolesterol akan menurun. Terdapat beberapa jenis ubat dari kumpulan statin yang digunakan di hospital dan dijual di farmasi sebagai contoh Lovastatin, Simvastatin, Atorvastatin, Rosuvastatin dan Pravastatin. Ubat-ubatan statin perlu dimakan pada waktu malam iaitu sebelum tidur kerana hati (liver) manusia menghasilkan kolesterol secara aktif pada waktu malam, ketika proses penyerapan makanan dah lengkap atau tak berlaku pada waktu tu. 

Ada satu jenis statin, iaitu Lovastatin boleh didapati daripada bahan makanan seharian kita, iaitu cendawan tiram dan juga beras merah (red yeast rice). 



Cendawan tiram mengandungi sehingga 2.8% kandungan lovastatin, manakala beras merah pernah satu ketika dulu dikawal penjualannya oleh US FDA atas faktor kandungan lovastatin dalam beras tersebut, yang pada ketika tu lovastatin merupakan ubat terkawal yang memerlukan preskripsi daripada doktor. Beberapa kajian klinikal dan juga meta analisis yang dijalankan oleh saintis mendapati beras merah secara signifikan, dapat menurunkan tahap kolesterol dalam darah sehingga 35% dan mengurangkan risiko serangan jantung sehingga 45%.

Walaubagaimanapun, kalau dibandingkan lovastatin dengan statin yang lain, kesan lovastatin ni yang paling low impact la berbanding atorvastatin, simvastatin dan pravastatin. Kesan lovastatin pun ambik masa lama, lebih kurang 12 minggu baru nampak kesan. Dan satu lagi nak diingatkan, kalau korang nak mula makan cendawan tiram dan beras merah untuk jaga kesihatan tu memang perkara yang baik, tapi kedua-dua makanan ni tak boleh digunakan untuk menggantikan ubat statin yang dah diarahkan oleh doktor untuk dimakan. Tak boleh la bila dah makan simvastatin atau atorvastatin kemudian tiba-tiba stop, start makan cendawan dan beras merah. Berhenti makan ubat secara tiba-tiba boleh menjejaskan rawatan dan menyukarkan doktor untuk mengoptimumkan rawatan pada masa akan datang.

09 September 2011

Al Fatihah untuk mereka yang telah gugur

Bulan kemerdekaan belum habis, rasanya.

Sama-samalah kita buat yang beragama Islam, sedekahkan Al Fatihah buat 

semua pejuang kemerdekaan, bekas pemimpin negara dan tokoh masyarakat, Muslimin dan Muslimah yang beragama Islam yang dah meninggalkan kita.

semua anggota keselamatan beragama Islam yang terkorban semasa era konfrontasi kerajaan - PKM sepanjang tahun 1948 sampai la 1989.

sedekahkan juga Al Fatihah untuk semua anggota Parti Komunis Malaya yang beragama Islam, yang dah meninggal dunia. 

tak ada guna berbalah, berdebat, bertengkar mempersoalkan orang yang dah pergi. Carilah sendiri rakaman sejarah yang ada dan kemudian fikirlah dengan fikiran yang matang berkenaan sejarah yang korang kaji tu. Simpan la untuk diri sendiri, kongsi pendapat kalau orang tanya.

orang yang dah meninggal dunia dah tak mampu nak menjawab tuduhan terhadap dorang. Cukuplah Tuhan yang Maha Kuasa tahu pasal perbuatan dorang.

Maka barangsiapa mengerjakan kebaikan sebesar zarah, niscaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barangsiapa mengerjakan kejahatan seberat zarah, niscaya dia akan melihat (balasan)nya.

Al Zalzalah, ayat 7-8.


06 September 2011

History for the dummy

Baru-baru ni aku dapat tau yang Mat Sabu keluar statement pasal peristiwa Bukit Kepong. Ada yang marah pasal statement dia yang cakap komunis hero dalam peristiwa tu, anggota polis yang mati pulak orang suruhan British. Maka berdebatlah puak-puak yang emosi, yang buta sejarah, yang gila politik dan yang gila publisiti dalam suasana penuh kejahilan.

Melihat sejarah yang lepas sebenarnya serupa macam kita melihat diri kita dalam cermin. Imej kita yang kita tengok dalam cermin tu sebenarnya bukanlah diri kita dalam real time sebenarnya. Sebab, meh aku bagi scientific explanation sikit. Bila kita tengok imej kita dalam cermin, konsep dia macam ni - kita dapat melihat sebab cahaya terpancar ke bahagian badan kita terpantul ke cermin, kemudian cahaya yang terpantul ke cermin tu pulak akan terpantul semula ke mata kita, masuk ke dalam mata pastu terkena ke retina sebelum ditafsir oleh otak. Jadi sepanjang proses ni kan mengambil masa - cuma disebabkan Allah yang Maha Bijaksana ciptakan cahaya tu bergerak terlalu laju, maka proses ni berjalan dalam tempoh split second. 

Cukup dengan penjelasan tadi yang aku tak tau korang faham ke tak, aku sambung balik bab sejarah tadi. Bila kita tengok dalam cermin, mungkin kita ada persepsi tersendiri pasal diri kita. Kita ni handsome, cantik atau mungkin ada sesetengah orang berasa dia tak hensem, tak lawa. Bila orang lain tengok imej kita dalam cermin, dorang pun macam kita jugak, dorang ada persepsi dorang sendiri. Ada orang tengok muka kita yang terpapar kat cermin pastu otak dorang bagi terjemahan, owh, cantik orang ni. Lepas tu bila datang orang lain pulak, mungkin persepsi dorang berbeza, ish, macam selipar koyak je makhluk ni. 

Generasi Y macam aku ni, yang sekarang tengah seronok dengan kehidupan huha huha zaman muda sekarang, kalau ditakdirkan Allah kita semua ni panjang umur mungkin 50-60 tahun lagi kita ni hidup lagi. Masa tu nanti segala apa yang terjadi masa kebelakangan ni - Altantuya kena bom, Sosilawati kena bakar, Anwar kena tuduh meliwat Saiful Bukhari, semua benda ni akan jadi sejarah. Kalau anak cucu aku tanya aku, betul ke Anwar meliwat Saiful - aku akan bagitau pendapat aku. Kalau anak cucu korang tanya korang pun tentu la keadaannya sama jugak, korang bagitau pendapat korang. Tapi pendapat aku dengan pendapat korang nanti agak-agak sama ke nanti? Heheh. Mungkin korang malas dan kurang mesra kanak-kanak, so korang pun suruh - cucu, pergi surf kat database library cari sendiri pasal Anwar Ibrahim. Dorang pergi library, terjumpa la electronic paper zaman sekarang - ada Utusan, Berita Harian, Harakah, Suara Keadilan, Malaysiakini. Tengok-tengok tiap2 sumber cerita berbeza-beza, hahaha. Last2 anak cucu korang yang mewarisi gene mudah fed up hasil dari DNA Melayu korang pun give up, terus cakap, "Pergi lanjiao la sejarah, semua menipu!"

Hahahahaha

Sejarah menipu? Sejarah yang terjadi tak pernah menipu atau ditipu. Tapi kebenaran boleh diselindung, penipuan boleh direka. Begitu juga dengan kita sekarang bila membaca sejarah UMNO, PAS, AWAS, PKMM,Ibrahim Yaacob, Sukarno, Shamsiah Fakeh, Rashid Maidin, David Marshall - berapa banyak buku sejarah yang cerita pasal orang kampung yang meredah hutan belantara nak berjumpa Sultan Sir Abu Bakar, semata-mata nak menyatakan sokongan kemerdekaan Tanah Melayu? Berapa banyak buku yang cerita pengakuan Shamsiah Fakeh, Rashid Maidin dari mulut dorang sendiri pasal apa dorang masuk komunis? Siapa yang baca blog aku ni tau yang David Marshall, bekas Ketua Menteri Singapura tu merupakan keturunan Yahudi? Buku sejarah KBSM mana yang membincangkan dengan telus dan bebas berkenaan hubungkait konfrontasi PKM dan tentera Malaysia dengan Perang Dingin, buku sejarah mana yang terang-terang cakap pangkalan tentera British kat Malaysia ni wujud sampai tahun 1970-an?

Puih! Korang takkan jumpa benda yang aku tulis dalam blog aku ni dalam buku teks Sejarah tingkatan 4 korang. Takde.

Bukanlah aku nak cerita aku ni tau serba-serbi, tidak. Apa yang aku tau, apa yang aku baca semua aku kutip dari pengalaman hidup, dari pelbagai sumber. Nak mencari kebenaran tak ubah macam nak mencari garam halus yang dah bergaul dengan pasir. Dah jilat pasir dan garam tu pun payah nak tau mana garam mana pasir, akhirnya garam yang cair dalam mulut habis hilang, tinggal la pasir yang kesat dalam mulut.

Beginilah, ada rahmat jugak Mat Sabu keluar statement macam tu. Aku tak bersetuju dengan semua point Mat Sabu, tapi aku tak boleh jugak cakap apa yang dia cakap tu semua salah. Apa aku boleh tulis kat sini - nak mengenal sejarah tak cukup dengan membaca, melihat dan mendengar je. Sumber rujukan dan penceritaan kena luas baru kita dapat perspektif yang lebih tepat.

Kalau berdasarkan pemahaman aku pasal sejarah ni - aku cerita jela serba-sedikit yang aku tahu. Dalam PKM dulu ada bermacam jenis orang, dan bermacam jenis ragam jugak la. Ada yang masuk komunis sebab nak lawan British. Ada yang masuk komunis sebab nak jadi gedebe, ada yang masuk komunis sebab nak jadikan negara ni negara non-kapitalis. Tapi kerajaan Malaysia lawan komunis sebab ada komunis yang gedebe, buat jahat dan buat kacau kat dalam negara. Tambahan pulak sistem ekonomi Malaysia ni berasaskan prinsip kapitalis, yang berbeza dengan prinsip komunisme. Negara Barat menyokong usaha Malaysia melawan komunis sebab masa Perang Dingin merupakan zaman perperangan kuasa kapitalis dan komunis. Tentera Malaysia dan pasukan keselamatan pada masa tu diajar berkali-kali yang semua komunis ni jahat, jadi bila masuk hutan asal berjumpa je dorang bertempur la dengan komunis, dan di pihak komunis pun rasanya sama jugak, dorang diajar yang tentera makan gaji ni semua anjing kapitalis. Jadi bagitau aku siapa yang salah sebenarnya?

Bak tulisan Ustaz Hasrizal dalam buku travelog beliau, Secangkir Teh Pengubat Letih, kita semua ni jadi buah catur je semuanya. Itu la kesimpulan aku.

Nota Kecil (X)

1. Raya

Raya tahun ni first time aku beli baju raya untuk family. Kesimpulannya - beli baju raya memang proses yang amat meletihkan. Kedua, baju perempuan memang lagi mahal daripada baju lelaki (baju raya adik perempuan aku umur 10 tahun lagi mahal dari baju raya aku, ish).

Beraya tahun ni rasa macam beraya sebagai orang dewasa,, hahahaha. 

2. Seat no: 1A

"Benda apa dalam bekas plastik tu?" pegawai polis airport tanya aku.
"Dodol." 

"Ooo, dodol.."
"Nak check bukak tengok ke, takut2 C4 ke ape?" aku tanya polis tu. Senyap.

Ok. C4 bukan bahan lawak untuk pegawai polis rupanya.

Boleh pulak dapat hot seat kali ni, haha. Rupanya duduk kat seat 1A aku kena duduk menghadap pramugari, sebab dorang punya tempat duduk setentang dengan aku (pramugari duduk kat kerusi bila pesawat naik & landing). Waktu makan tadi masa makanan dah hidang, dorang duduk lagi kat depan aku. Aku continue baca buku dulu, tunggu dorang pergi tolak troli baru aku start makan. Rasa tak selesa makan menghadap perempuan. (Mungkin sebab tu la kot aku takde single sampai sekarang).

3. Saktism

"Bro, korang join tour Impiety kat Sibu ke?" aku tegur band Saktism, masa dorang tengah tunggu luggage dorang kat airport tadi.

"Kitorang baru balik dari Bangkok, tak tau pulak pasal gig kat Sibu ni," salah sorang dari line up band tu jawab.

"Aku ingat korang join yang kat Sibu ni, sebab Impiety turun sini jugak tapi aku lupa pulak bila tarikh dia," 

"Kau dari mana?" dorang tanya aku pulak.

"Aku dari KL. Ni datang semula sebab aku kerja kat hospital,"

 "Hospital? Kau kenal Nazifuddin? Dia kerja kat hospital jugak. Tu orang kuat metal Sarawak tu,"

"Dia kerja bahagian mana? Aku kat farmasi." aku balas balik.

"Aku pun tak tau la, tapi dia kerja kat hospital la, kat KKM jugak," 

"Aku bengang betul la tadi, dorang main campak je luggage tadi. Patut hormat la sikit barang orang," dorang merungut pasal luggage handling.

Dah siap cukup semua luggage dorang, dorang pun blah. Sempat la aku bersalam dengan line up band black metal nih. Heheh.

Saktism sekarang base dekat Sarikei.

4. Scholarship

On the way ke LCCT, Abah call. Dia cakap surat tawaran scholarship lecturer sampai kat rumah. Cis! Kalau aku keluar rumah lewat sikit tadi kan tak banyak karenah. Abah tanya, sempat ke tak dia nak catch up aku kat LCCT. Raub  ke LCCT ambik masa 3 jam lebih kurang kalau berkereta, tu pun kalau jalan tak jam. Last-last aku mintak Abah send je pakai pos ke Sibu.

Allah dah kabulkan salah satu permintaan aku.

Esok aku kena call KKM, tanya pasal posting aku lepas ni. Kalau kat Sabah Sarawak jugak, maka secara automatiknya - goodbye KKM, aku memang ambik terus offer tu. Tapi kalau dapat transfer balik dekat dengan rumah, jawapannya solat istikharah la pulak.

Sekurang-kurangnya kepala aku lega sikit, walaupun tak sepenuhnya.

5. Kahwin

Aku nak settlekan dua benda ni dulu - rumah kediaman & ibadah haji, baru lepas tu aku nak fikir pasal cari jodoh. Muktamad.

Calon isteri? Yang nak jadi surirumah - fulltime. Kalau nak buat part time blogging ke, jual kain sulam ke, tulis novel ke still boleh consider. Tapi apa2 hal mesti fokus kat management rumah tangga & anak-anak.