25 August 2011

Balik Raya


Cuti tak lama.

Selamat menyambut Aidilfitri kepada semua pembaca Muslimin & Muslimah yang membaca blog aku nih.

24 August 2011

Karamah

Dah lebih separuh hari orang kampung berdiri dekat tebing sungai, semua berkerumun macam ada pesta. Sebenarnya bukanlah pesta pun, di kalangan orang yang berdiri kat tepi tebing sungai termasuklah waris dan saudara mara Usop, lelaki berusia 30-an yang hilang ditelan arus sungai lepas menjala kat beting pasir kat tengah sungai. Hujan turun rintik-rintik, dan tebing sungai dipenuhi dengan motosikal serta kereta yang dibawa oleh mereka yang bertandang ke tebing sungai.

Sungai Lipis pada masa-masa kemarau di mana hujan berbulan-bulan tak turun tidaklah seganas ni. Tapi semenjak 3 minggu lepas hujan kerap jugak turun, terutamanya di Raub, daerah yang jauh di hulu negeri Pahang. Bila hujan turun lebat, arus sungai akan mengalir deras kerana air mencurah-curah turun dari hulu.

"Tak boleh jadi ni, dah dekat separuh hari dah ni. Keh rasa baik kita semua cari ke hilir sana ha, kot2 tersangkut ke tepi tebing ke, macam mana?" Anjang Ya memberitahu pendapat dia. Beberapa orang yang mendengar pendapat lelaki separuh umur tu mengangguk-angguk, dan mula berkira untuk turut sama berserta Anjang Ya ke hilir sungai.

Imam Resad baru sampai. Di tangannya kelihatan sebungkus beg plastik berisi garam. Orang ramai di tepi tebing sungai memberi laluan kepada Imam Resad.

Segenggam garam kasar disauk oleh Imam Resad, sambil dibacakan doa dan ayat Al Quran yang kedengaran tak terlalu kuat, separuh berbisik. Selesai bacaan Imam Resad melontar genggaman garam kasar di tangannya ke arah sungai.

"Tunggulah kejap lagi, Insya Allah ade la tu," Imam Resad berkata.

Seminit. Dua minit. Kemudian, 10 minit...

"Tu ha!! Tu dia!! Weh, cepat, ambik bot pergi ambik.." kedengaran suara seseorang bertempik. Semua mata di tebing memandang ke arah tengah sungai. Sekujur jasad kelihatan terapung-apung di tengah sungai, bergerak mengikut arus. Beberapa lelaki segera mengemudi bot, menuju ke arah jasad tersebut. Akhirnya jasad kaku Usop berjaya juga ditemui.

Macam mana jasad arwah Usop boleh tiba-tiba timbul kat tengah sungai? Arus sungai deras dan kalau ikut logik patutnya di jauh dibawa ke hilir. Berdekatan lokasi sungai tu merupakan Jeram Besu, kawasan aktiviti berkanu yang jugak dikatakan kawasan yang keras sebab setiap tahun ada orang lemas kat situ.


Cerita ni kisah benar, berlaku kat kampung aku 20 tahun lepas cuma nama watak diubahsuai. Imam Resad pun dah lama meninggal, nak tanya kat dia ape benda yang jadi sebenarnya pun dah tak boleh. Wallahualam.

Blues



Rasanya ini la 1st & last album Wings yang ada lagu blues.

Lagu blues camni, ada masa aku layan gak. Feeling macam baru bangun tidur.

22 August 2011

Belasungkawa

Al Fatihah buat Allahyarham Azizi Haji Abdullah yang menghadap pencipta Nya semalam. Aku dapat tau daripada blog cucu saudara Allahyarham.

Karya Allahyarham pernah aku copy+paste dalam blog aku ni.

Berkurang lagi seorang veteran writer kat Malaysia ni.

21 August 2011

10 Hari Sebelum Ulangtahun Merdeka

Entri khas hari kemerdekaan.

Sekarang ni Malaysia memiliki dua hari kebangsaan. Pertama, ulangtahun kemerdekaan, 31 Ogos. Kedua, hari penubuhan Malaysia, 16 September.

Secara peribadi pada aku 16 September merupakan tarikh kemerdekaan yang lebih sesuai bila mengambil kira kedudukan geopolitik Malaysia sekarang. Malaysia yang sekarang ni terbentuk daripada negeri-negeri Melayu bersultan dan dua bekas jajahan British di Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Sabah terbentuk pada tahun 16 September 1963. 31 Ogos sekadar mewakili tarikh rasmi kemerdekaan Semenanjung Tanah Melayu.

Sejarah pasal penubuhan Malaysia ni secara rasminya boleh didapati dalam buku teks sejarah penuntut sekolah menengah. Secara kasarnya memang macam yang tertulis dalam sejarah tu la, Lee Kuan Yew mintak Singapore digabungkan dengan Semenanjung Tanah Melayu untuk menyelamatkan karier politik dia yang terancam dengan pengaruh parti pembangkang di Singapura pada waktu tu. Pada waktu tu jugak politician di Singapura berfikiran pesimis berkenaan masa depan Singapura yang kekurangan sumber asli dan bahan mentah berbanding dengan Semenanjung Tanah Melayu. Tunku Abdul Rahman pulak pada masa tu melihat kebangkitan sayap pro komunis di dalam parti politik di Singapura sebagai ancaman kepada Tanah Melayu, dan masalah keseimbangan populasi Bumiputera - Cina sekiranya penggabungan negara sekadar melibatkan Tanah Melayu - Singapura mendorong beliau untuk memasukkan Sarawak dan Sabah sekali ke dalam penubuhan Malaysia.

Jalan ke arah penubuhan Malaysia bukanlah mudah. Rakyat Sarawak dan Sabah yang dahulunya bernaung di bawah keluarga Brooke dan Syarikat British Borneo Utara tentulah tak setuju dengan cadangan penggabungan negeri dorang dengan Semenanjung Tanah Melayu serta Singapura, tambahan pulak cadangan tu datang daripada Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Tanah Melayu. Siapa Tunku ni pandai-pandai nak gabungkan negara mereka (Sabah dan Sarawak) dengan Tanag Melayu? Baru je nak merdeka daripada British, tiba-tiba nak disuruh masuk bergabung dengan negara lain. Kalau aku sendiri jadi rakyat Sarawak atau Sabah masa tu, aku sendiri pun takkan setuju. Kenapa perlu gabungkan negara sendiri dengan negara asing yang dipisahkan dengan Laut China Selatan, yang tak dikenali hati budi dorang, entahkan jahat atau baik.

Tapi kerajaan British setuju dengan cadangan penggabungan ni. Suruhanjaya Cobbold kemudian dibentuk untuk meninjau pendapat masyarakat di Sabah dan Sarawak berkenaan penggabungan tu. Akhirnya dorang keluarkan keputusan, 70% rakyat Sarawak dan Sabah bersetuju untuk bergabung dengan Tanah Melayu dan Singapura bagi membentuk entiti Malaysia. Sah atau tidak, betul atau palsu keputusan tinjauan tu mungkin jadi tanda tanya yang besar - tapi itu dah jadi tak penting sebab sekarang dah 48 tahun penggabungan tu terjadi, dan perjanjian dah dimeterai. Generasi X dan Y di segenap pelusuk wilayah Malaysia dah pun menerima kewujudan entiti Malaysia ni.

Kemerdekaan daripada pemerintahan dan terhapusnya naungan Ratu Elizabeth ke atas Malaysia memberikan peluang kepada rakyat Malaysia mentadbir sendiri tanah air mereka. Dalam proses pendewasaan dan pemodenan negara di atas tangan sendiri kesan daripada kemerdekaan dari aspek undang-undang, banyak pencapaian yang berjaya dicapai. Baik hasil komitmen pemerintah mahupun rakyat sendiri. Sepanjang tahun-tahun yang mengisi usia kemerdekaan Malaysia ni kita menyaksikan pasukan bolasepak negara pernah melayakkan diri ke peringkat Olimpik, penubuhan Petronas yang menjadi kebanggaan dan lubuk emas negara, tumbuhnya institusi - institusi pendidikan yang menyumbangkan penghasilan intelek dan tenaga mahir dalam negara, penciptaan simbol-simbol kebanggaan negara dan peningkatan tahap prasarana negara antara bukti fizikal yang dapat dilihat. Malangnya dari segi lahiriahnya banyak yang kita peroleh dan capai, dari segi hakikatnya banyak juga perkara yang kita hilang. Paling ketara sekali kita kehilangan sebuah masyarakat yang semakin tandus nilai akal budi yang menyanjung moraliti - baik di pihak massa ataupun pemerintah. Belum lagi mengambil kira economic loss dalam tragedi-tragedi seperti skandal Bumiputera Finance dan Bank Bumiputra, Perwaja Steel, MAS, Petronas, skandal spekulasi harga timah dan spekulasi matawang Sterling oleh Bank Negara.

Segregasi etnik masih membayangi masyarakat Malaysia. Pembinaan bangsa Malaysia yang pernah cuba diusahakan dulu akhirnya sekadar jadi retorik kerana bangsa Malaysia akan meningkatkan kewujudan suatu kuasa yang dinamakan integriti. Integriti yang kukuh akan membunuh mereka yang menjadi musuh integriti. Berapa ratus tahun lagi kehidupan dalam segregasi ni, itu Tuhan sajalah yang Maha Mengetahui. 

Cukup tentang keadaan semasa negara merdeka ni. Bila berbual berkenaan kemerdekaan, takkan dapat lari daripada berbicara soal perjuangan menuntut kemerdekaan.

Semasa negara ni masih dalam genggaman British, dah tentu pejuang kemerdekaan ialah mereka yang menentang British. Siapa yang menentang British? Kalau di Pahang, orang Pahang kenal Datuk Bahaman dan Tok Gajah. Orang Terengganu kenal Tokku Paloh, orang Kelantan kenal Tuk Janggut. Sarawak kenal Rosli Dhoby, Sabah kenal Mat Saleh. Selepas perang dunia kedua, perjuangan menentang British diteruskan oleh Parti Komunis Malaya, AMCJA, AWAS, API. Pengisytiharan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 membunuh objektif Parti Komunis Malaya yang berjuang untuk membebaskan Tanah Melayu daripada British. PKM akhirnya berkeliaran bagai langsuir liar yang hilang tuan sampailah Perjanjian Hadyai dimeterai pada 2 November 1989.

Perbincangan berkenaan perjuangan menuntut kemerdekaan merupakan suatu perbincangan yang kompleks, yang perlu mengambil kira pandangan dan justifikasi daripada setiap watak yang terlibat. Kemerdekaan negara ni sendiri pun agak sukar nak dibincangkan, perbincangan mendalam memerlukan kita berbincang secara terbuka tanpa sekatan akta-akta hasutan ataupun akta rahsia rasmi. 

Kemerdekaan negara ni diisytiharkan ketika era Perang Dingin, iaitu konfrontasi blok Kapitalis dan blok Komunis berlangsung dalam keadaan di mana tiada konflik atau konfrantasi terbuka yang melibatkan antara negara-negara yang terlibat didedahkan kepada umum. Malaysia yang mencapai kemerdekaan, menjadi sekutu kapitalis dan menentang komunisme walaupun pada awal 1970-an Malaysia diisytiharkan sebagai negara berkecuali. Kemerdekaan Malaysia sebenarnya sekiranya dianalisis dari sudut konfrantasi senyap semasa Perang Dingin, merupakan salah satu proses yang dilakukan oleh blok Kapitalis untuk melenyapkan pelebaran kuasa oleh blok Komunis.

Penentangan pihak komunis di Malaysia yang pada awalnya merupakan penentangan menentang penjajah British akhirnya berubah kepada peperangan proksi kapitalis-komunis bila kemerdekaan diisytiharkan di Malaya, dan seterusnya Malaysia. Dari sudut pandangan intelektual, kapitalisme dan komunisme tak lebih daripada perbezaan fahaman ekonomi, tapi pihak pentadbiran kerajaan Malaysia memandang komunisme sebagai suatu ancaman besar terhadap kerajaan. Parti Komunis Malaya dinafikan hak untuk berpolitik sedangkan PKM sentiasa optimis untuk meletakkan senjata, dengan syarat diberi peluang untuk bergiat di dalam politik secara sah. Konfrontasi kerajaan dan komunis berlarutan, hahaha, sebenarnya sehingga sekarang. Kalau tak percaya, baca soalan-soalan dalam borang tapisan keselamatan kasar yang perlu diisi oleh setiap penjawat awam. Dalam erti kata lain, kemerdekaan daripada segi tanggapan dan persepsi berkenaan sesetengah perkara masih belum dicapai. Mungkin juga sebagai status quo, sebagaimana praktik di negara-negara kapitalis lain yang menolak dogma komunisme dalam doktrin pemerintahan mereka.

Semangat kemerdekaan. Merdeka kali ni diselubungi dengan kesuraman ekonomi dan suasana politik yang bolok. Merdeka dari aspek undang-undang dah lama dicapai - merdeka dari aspek mentaliti dan ekonomi, jalan yang perlu dilalui masih jauh. Kadang-kadang aku rasa ada betulnya ungkapan "sistem yang ada telah lama korup, ia perlu dipecahkan dan dibina semula untuk menjadi sempurna". Tapi bila pendapat macam diutarakan, orang akan sentiasa salah faham dan menganggap itu sebagai anarki. 

Kemerdekaan pada tahun ni disambut serentak dengan Aidilfitri. Aidilfitri merupakan simbolik ganjaran hasil daripada kemenangan perjuangan menentang nafsu. Sambutan kemerdekaan pula - simbolik kemenangan menentang apa? Aku tak dapat nak beri jawapan kepada soalan tu.

20 August 2011

Forever


Dalam MTV ni, drummer yang main dram tu ialah arwah Eric Carr. Dia dah mati 20 tahun lepas, akibat kanser jantung. Masa dia main dram dalam video ni dia sebenarnya sedang berjuang untuk hidup akibat penyakit beliau.

Style jugak cara dia main dram, kan? heheh

18 August 2011

menyingkap tirai masa

Credit gambar: Blog Niamah!!! yang ditulis oleh pelakon, pelawak dan sekarang pengkritik sosial yang cool, Patrick Teoh.





Oh ya, Patrick Teoh tinggalkan soalan, mana lebih elok, kehidupan zaman dulu atau keadaan zaman sekarang?

Bila melihatkan bahasa Melayu digunakan dalam iklan Stout tu, aku rasa dalam ada satu perkara boleh dibanggakan. Bahasa Melayu digunapakai dalam iklan arak - walaupun targeted audience orang bukan Islam. Ini menunjukkan usaha untuk membudayakan bahasa Melayu di kalangan masyarakat bukan Melayu. 

Mungkin ada yang nak cakap, iklan bahasa Melayu ni mempengaruhi orang Islam untuk beli arak. Pada aku itu pendapat yang bodoh, dan selayaknya dilontarkan oleh pondan yang dah buang anu dorang dalam botol. Masyarakat Melayu Islam dalam kebanyakan hal yang berkaitan dengan akidah, yang berkait pasal isu murtad, isu sosial dan hampir dalam keseluruhan masalah yang melanda umat Melayu Islam ni banyak dituding ke arah orang bukan Islam. Orang bukan Islam jahat, menindas orang Islam, ajak Melayu Islam murtad, letak lemak babi dalam biskut pastu jual kat orang Islam. Kalau betul pun orang bukan Islam buat semua tu, habis kenapa tak lawan? Kenapa asyik bercakap pasal itu salah orang tu, salah orang ni merengek macam budak-budak tapi tak melawan, tak berusaha nak mengatasi ekonomi orang bukan Islam kalau korang cakap orang bukan Islam tindas korang. Ditambah pulak dengan sindrom kanibalisme dalam masyarakat Melayu ni, maka bertambah rosak la Melayu. Sindrom ni aku namakan sebagai Sindrom Ikan Haruan. Sebab seakan sesuatu yang endemic di kalangan masyarakat Melayu ni bila bercakap pasal masalah cantas-mencantas lawan dalam parti politik yang sama, santau-menyantau sesama Melayu, sihir-menyihir, dengki, rogol anak sendiri..bila buat jahat je, takde orang lain yang jadi sasaran, tak lain tak bukan orang Melayu sendiri jugak. Itu semua ciri-ciri kanibalisme la, mungkin memang dah termaktub dalam gene orang Melayu. Entahlah.

Melayu tak pernah matang. Enough said.

Aku tak fahamlah ape kerja ko..

Soalan yang adik lelaki yang kedua bongsu aku,Aiman tanya kat aku, sambil dia main game Angry Bird.

Aiman sejak dari awal sekolah minat dengan subjek matematik. Disebabkan teruk dipaksa mak aku untuk hafal sifir 1 sampai 12, masa dia umur 9 tahun dia dah lancar sifir-sifir tu. Dan disebabkan tu jugak subjek matematik dia sentiasa A, berbanding dengan subjek lain yang selalunya dia dapat B. Adik aku yang sorang ni suka bermain dengan binatang, sampai adik bongsu aku Alia pun ikut sama minat. Kucing-kucing jiran sebelah aku, Kutub & Pak Tam selalu datang ke rumah aku sebab Aiman & Alia selalu main dengan dorang.

Anyway, adik aku tak faham kerja aku macam mana sebenarnya. 

Tengah hari semalam ada beberapa sesi medication counseling sebab semalam ada sesi Nephro & Medical Clinic. Kat hospital, terutama hospital pakar, pesakit-pesakit yang masalah kesihatan macam penyakit jantung, darah tinggi, kencing manis, asma, masalah buah pinggang dan sebagainya akan ada follow up yang dilakukan oleh konsultan, pakar perubatan dan pegawai perubatan. Setiap kali pesakit-pesakit ni datang untuk follow up, doktor akan periksa dan lakukan ujian ke atas pesakit-pesakit ni - tengok semula keadaan pesakit selepas dorang dah start makan ubat untuk beberapa bulan, sama ada keadaan penyakit dorang bertambah pulih, tak berubah atau bertambah teruk. Kalau keadaan bertambah pulih, mungkin ada sesetengah ubat yang doktor akan cuba beransur-ansur hentikan atau mungkin ubat yang memang pesakit tu dah makan lama akan dikekalkan. Kalau keadaan pesakit tak berubah atau semakin teruk, selalunya akan ada perubahan la dalam rawatan pesakit tu,pertama sekali doktor akan cuba kesan apa punca penyakit dia tak berubah walaupun dah lama makan ubat. Kalau pesakit memang patuh pada arahan, makan ubat ikut waktu & cara yang betul tapi masih takde perubahan pada pesakit maka doktor akan buat perubahan la terhadap rawatan yang sedia ada - sama ada akan ada ubat baru yang ditambah, atau ubat yang dah lama makan akan diganti dengan jenis ubat yang baru.

Tugas aku sekarang, nak kata banyak tu takde la banyak tapi ade signifikan la terhadap rawatan pesakit. Pertama sekali, kalau ada pesakit yang rawatan mereka dah berubah dari segi jenis ubat yang dorang kena makan, maka jadi tanggungjawab aku untuk pastikan dorang aware tentang perubahan rawatan tu dan seterusnya makan ubat dengan cara yang betul supaya rawatan dorang berkesan. Selain tu, kalau ada masih tak ade perubahan dari segi pemulihan penyakit walaupun dah lama makan ubat, aku kena interview pesakit, tanya kat dia sama ada dia makan ubat ke tak, kalau tak makan kenapa tak makan - sebab ada sesetengah orang yang rasa tak sedap badan lepas makan ubat, dorang terus tak makan ubat dan akhirnya menyebabkan keadaan penyakit dorang jadi bertambah serius. Kalau ada masalah berkenaan ubat-ubatan, sebagai contoh pesakit ada darah tinggi, lepas tu doktor start bagi ubat Perindopril - Perindopril merupakan ubat darah tinggi yang boleh menyebabkan batuk yang berterusan (kronik) di kalangan sesetengah individu, kalau ada orang yang mengadu dorang tak tahan dengan kesan sampingan ubat tu lalu menyebabkan dorang tak makan ubat, so aku kena inform semula doktor yang bagi ubat tu pasal keadaan masalah pesakit, sambil bersedia untuk provide suggestion untuk tukar kepada ubat apa yang sesuai kalau doktor mintak opinion. Ada lagi la senarai tugas lain - kaunseling pasal macam mana cara nak pakai ubat, macam mana cara nak makan ubat tu memang kerja hakiki la, tiap-tiap hari memang benda tu pun aku buat. Macam tu la lebih kurang.

Jadi semalam, ada sorang makcik tua yang datang ke hospital untuk follow up kat klinik pakar. Doktor check balik blood pressure makcik tu kali ni tinggi, pada hal masa follow up beberapa bulan lepas dah elok je. Maka doktor pun refer makcik ni kat pharmacist, suruh buat balik assessment tengok apa masalah dia, nak tau dia tak makan ubat ke, ubat tak cukup ke, atau pun tak jaga makan ke ape. Aku pun buat la assessment, makcik ni datang dengan cucu dia. Bila aku tanya cucu dia, rupanya makcik ni dah sebulan tak makan ubat darah tinggi dia. Aku tanya sebab apa - maka jawapan dia, sebab ubat tak cukup. Okeh, ubat tak cukup..Memang ada masa kalau bekalan sesetengah ubat tu terhad, maka pihak farmasi hospital akan bekalkan untuk tempoh tertentu dulu, selalunya sebulan lepas tu pesakit kena datang balik ke farmasi untuk ambik ubat. Bila ubat tak cukup, dalam kepala aku ada beberapa kemungkinan - samada memang staff farmasi bagi ubat tak cukup, atau pesakit salah makan ubat (contoh kalau ubat sehari makan sebijik tapi dia makan sehari dua bijik, atau sebijik dua kali sehari, memang ah tak cukup ubat tu), tak pun pesakit tu hilangkan ubat dia/ubat dia rosak (ada sekali pesakit datang balik mintak ubat untuk anak dia, padahal ubat dah bagi dah kat dia cukup untuk bekalan tiga bulan. Senang je alasan - botol ubat pecah, anak dia terpecahkan. Satu botol ubat tu = RM 200.). Jadi kali ni bila dia datang untuk ambik ubat semula, aku periksa betul-betul la semua ubat dia - kali ni elok je, semua cukup. Aku pun cakap kat cucu makcik tu - lain kali kalau ubat habis, datang je hospital, kitorang akan tolong la dapatkan ubat semula. Dah start makan ubat mana boleh berenti suka-suka, nanti melarat penyakit tu.

Masa buat assessment, aku check sekali latest biochemistry lab report keadaan fungsi buah pinggang makcik tu. Ada sesetengah ubat yang mana kalau fungsi buah pinggang pesakit dah mula merosot, kuantiti ubat yang diambil tu perlu dikurangkan. Aku check level serum creatinine makcik tu yang paling latest - nampak normal, tapi bila aku banding dengan level masa tiga bulan sebelum tu, nampak ada peningkatan yang significant. (Creatinine - sejenis bahan kimia yang dihasilkan daripada otot badan dan disingkirkan melalui buah pinggang lalu keluar bersama air kencing. Kalau paras creatinine dalam darah seseorang tu tinggi atau meningkat mendadak, ada kemungkinan buah pinggang orang tu ada masalah la). Aku calculate creatinine clearance makcik ni, dalam 30 ml/min. Makcik ni ada makan ubat gastrik - Ranitidine. Ubat Ranitidine ni kalau orang yang creatinine clearance < 50 ml/min dah kena kurangkan sikit kuantiti. So aku pun telefon doktor yang follow up makcik ni, cakap pasal keadaan dia plus recommend untuk adjust dose. Doktor tu setuju, so aku pun bagitau cucu makcik tu, ada perubahan dalam medication regime dia.

Macam tu la lebih kurang kerja aku. Oh ya, ini cerita bila kerja kat bahagian farmasi pesakit luar. Kalau cerita pasal kerja kat cytotoxic drug reconstiution, total parenteral nutrition, farmasi pesakit dalam, farmasi satelit, farmasi pembuatan lain la pulak cerita pasal kerja ni. 

Kalau ko baca ape aku tulis ni, ko faham tak Aiman :P ? Takpela, tak kisah la ko faham ke tak, janji ko belajar rajin2 sebab upsr lepas raya ni. (Aku ingat nak beli Xbox untuk Aiman kalau dia straigh A upsr, tapi macam menggalakkan dia jadi lagha pulak. Benda apa sesuai nak bagi kat budak yang nak masuk form 1? Boleh sape2 bagi cadangan?)

14 August 2011

Pesan Ali

Saidina Ali R.A. pernah menasihati Gabenor Mesir, Malik Al Asytar berkenaan etika dalam mentadbir masyarakat. Kat bawah ni petikan nasihat tu, yang rasanya tak pernah dibaca pun oleh kebanyakan pemimpin politik Malaysia ni - baik UMNO, PAS, PKR - apatah lagi DAP, MCA, MIC, Gerakan dan PPP. Kalau pernah baca pun, rasanya yang pernah baca tu pun setakat baca je, lepas tu buat bodo.

Pupuklah di dalam diri mu sifat cintakan rakyat jelata dan biarkan ia mengalir kepada mereka. Jangan sama sekali engkau berlaku biadap kepada mereka, dan janganlah engkau ambil sedikit pun apa-apa yang menjadi hak mereka. Ingatlah rakyat jelata mu itu adalah antara dua jenis sahaja: sama ada mereka itu saudara mu dalam agama, atau mereka itu manusia seperti mu jua. Mereka boleh melakukan kesilapan, malah setengah daripada mereka suka melakukannya. Akan tetapi maafilah mereka sebagaimana engkau suka Tuhan memaafkanmu. Engkau dipertanggungjawabkan ke atas mereka, sebagaimana aku dipertanggungjawabkan ke atas kamu. Dan di atas aku ada Allah Taala, Tuhan yang mempertanggungjawabkan kita semua ke atas rakyat jelata seluruhnya. Dan kita akan disoal tentang apa yang kita lakukan ke atas mereka.

13 August 2011

Sprm

Bila terbaca alkisah dakwaan rasuah terhadap abah kepada junior aku kat UiTM, aku teringat kes Teoh Beng Hock & Sarbaini.

Dulu aku rasa kemungkinan kedua-dua almarhum tu dicampak dari tingkap sekadar satu kemungkinan. Sekarang aku rasa kemungkinan tu,semakin bertambah peratusan.

Kemungkinan besar memang mereka dicampak keluar dari tingkap.

08 August 2011

Good old days

Kalaulah aku lahir awal 60 tahun dulu dan jadi pharmacist seawal 30 tahun dulu, mungkin hidup berkerjaya pada masa tu tak mencabar macam sekarang.

Tengok la ubat dalam Sarawak Formulary, 30 tahun lepas, antihypertensive ada tiga je.



07 August 2011

Math illusion

a = x

a + a = x + a

2a = x + a

2a - 2x = x + a - 2x

2a - 2x = a - x

2 (a - x) = a - x

2 (a - x) = 1 (a - x)

Cancel out (a - x), hence

2 (a - x) = 1 (a - x)

2 =  1

Sebenarnya senang je nak jelas kan trick ni.

a = x. Maksudnya kalau a = 6, x = 6, kalau a = 878787, x = 878787. Dalam erti kata lain, apa-apa pun nilai yang diwakili oleh a sama dengan x.

Jadi kalau a - x, jawapannya mestilah sifar = 0.

a - x = 0. Maka 2 (a - x) = 0. Begitu juga 1 (a -x ) = 0.

Kalau cancel out (a - x), bermaksud (a - x) dibahagi dengan (a - x) juga. 0 bahagi 0 = infiniti. Jadi persamaan kat atas takboleh dicancel out macam persamaan algebra yang lain. Penyelesaian yang ada ialah:

2 (a - x) = 0, a = x

1 (a - x) = 0, a = x

tiada duka yang abadi

Mulanya aku rasa tajuk lagu daripada Opick ni adalah total bullshit. Aku pernah tengok depan mata kepala aku sendiri dan dengar dengan telinga aku kejadian dan kisah manusia yang sengsara sampai akhir hayat.

Takde duka yang abadi, butuh lah! Ramai je yang end life dalam keadaan fucked up.

Tapi baru aku sedar, penderitaan tu abadi kalau kita menyimpulkan kematian tu penamat segala-galanya. Al Ghazali pernah cakap, mati itu bukanlah penamat masalah, tapi sebenarnya permulaan masalah. Afterlife selepas tu panjang lagi nak dilalui.

Terjumpa this beautiful song ni kat profile facebook kawan. Rasa berdosa kalau aku senyap je, baik aku post kat blog ni



Lirik:

Tiada duka yang abadi didunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti
Takdir hidup ‘kan dijalani

Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindukan cinta dijalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Waktu berputar rebulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti
Takdir hidup ‘kan dijalani

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Harap ampunkan hamba-Mu ini

05 August 2011

Rendang tak berbuah

Ulasan lagu ni pertama kali aku baca dalam Majalah Hai edisi pertama. Aku ingat lagi time tu majalah tu terselit sekali dengan surat khabar Mingguan Malaysia, lebih kurang 15 tahun lepas. Zaman ekonomi sebelum cerita George Soros keluar dan sebelum Anwar Ibrahim kena pecat.


Wartawan yang mengulas lirik lagu tu mengatakan lagu tu cerita pasal sorang anak yang jatuh sakit dan mengharap kasih sayang mak dia. Malah beberapa tahun lepas tu kat TV2 masa Hattan menyanyi lagu tu, ada lakonan yang mengiringi lagu tu, sama macam ulasan wartawan dalam majalah Hai.

Sampai la aku tertengok drama Tuhan Pun Tahu kat TV3, baru la aku faham. Rupanya Bob Lokman tulis lagu ni masa dia berdepan dengan krisis rumah tangga. "Ibu" dalam lirik lagu Rendang Tak Berbuah tu merujuk kepada panggilan manja dia terhadap isteri dia rupanya.

2 tahun lepas Rendang Tak Berbuah, Wings keluar album Mencari Asal Usul. Lagu Krisis Di Pertengahan Hidup dalam album tu pun berkisar pasal cerita rumah tangga. Maka memang betul la, masa tu tempoh masa yang sukar buat dia.



Tahun ni dengar cerita Bob Lokman dah join jemaah Pas. Alhamdulillah la. Nampak gaya dia dah tak nak tulis lirik lagu rock lagi dah kot.

04 August 2011

Yahudi

Ehud Barak sebelum menjadi Perdana Menteri Israel, merupakan anggota komando dalam Israel Defense Force.
Ketika di Beirut, dalam satu operasi memburu sasaran-sasaran yang diletakkan dalam senarai bunuh oleh Mossad, Ehud Barak bersama-sama sekumpulan anggota komando yang lain menaiki kenderaan menuju ke kediaman sasaran yang bakal mereka bunuh.

Ehud Barak menceritakan, salah seorang anggota komando yang bersamanya ketika itu bertanyakan satu soalan kepadanya,

"Adakah kita sekarang ni sedang buat perkara yang betul?"

Ehud Barak membalas, "Ya, kita sedang lakukan perkara yang betul. Mereka (sasaran bunuh) orang jahat, kita orang baik,"

Ehud Barak menunjukkan sikap yang sentiasa dikaitkan dengan bangsa Yahudi - ego, bangga diri dan sentiasa merasakan mereka yang betul.

Tapi dalam masa yang sama anggota komando yang bertanya soalan kepada dia, memperlihatkan wujud suatu pertikaian terhadap tindakan yang bakal dia dan rakan-rakannya buat - menunjukkan dia ada moral consciousness. Bila dia ada moral consciousness, dia tahu nilai baik dan buruk, dah tentu la dia boleh diajar pasal nilai-nilai moral yang sebenar - tinggal lagi penerimaan dia terhadap nilai yang diajar tu bergantung kepada dia sendiri la pulak.

Aku pulak, Melayu Islam yang dari kecil diajar dan didedahkan yang orang Yahudi ni jahat, rampas tanah Palestin, tamak, bunuh Nabi dan sombong. Tapi bila lama-lama dah besar aku fikir balik - aku lahir2 je terus lahir dalam kelompok Melayu. Ehud Barak pulak masa dia lahir dulu, aku tak rasa yang dia memang pilih nak jadi Yahudi. Pendek kata setiap manusia yang lahir kat bumi ni takde pilihan pun untuk pilih sama ada mereka  nak jadi Melayu, Yahudi, Arab, India, Cina, Jepun, Hawaii, Orang Asli dan sebagainya.

Takkan la Allah kejam sangat - bila lahir je dalam bangsa Yahudi, automatik dorang akan defaulted dan terisi dalam jiwa dorang sifat2 mazmumah macam yang kita selalu cakap pasal Yahudi ni. Bayi, tiap-tiap bayi yang dilahirkan tu kan seumpama kain putih - persekitaran dan didikan yang kemudian mencorakkan perilaku dia.

Bayi yang lahir dan membesar dengan nilai dan anutan Yahudi, terdedah dengan segala bentuk ajaran yang dah diselewengkan. Jadi sebenarnya menjadi tangungjawab la pada bayi yang dilahirkan, dibesarkan dalam suasana ajaran Islam macam aku, kebanyakan orang Melayu, atau Arab atau siapa-siapa je untuk memberitahu dan berdakwah kepada mereka yang terpesong dari jalan Tuhan yang sebenar, betul tak?

Tapi tak payah nak cerita pasal dakwah kepada orang Yahudi la. Cukup setakat bercakap pasal dakwah kepada manusia2 non Muslim lain kat sekitar kita. Berapa ramai orang non Muslim yang tertarik nak masuk Islam disebabkan dorang terpesona dengan akhlak orang Islam macam kita yang kita tunjuk hari-hari kat dorang?

Berat sebenarnya tugas kita yang lahir jadi Melayu Islam ni. Sama ada sedar tak sedar, atau kisah tak kisah je la nampaknya.

03 August 2011

Ikhlas

Keikhlasan tu tak ade harga pun di mata manusia. Sebab ikhlas tu seumpama semut hitam yang berjalan di atas sebiji batu yang hitam dalam suasana malam yang gelap gelita. Indera mata manusia - mana boleh nak kesan sesuatu yang susah nak dikesan macam tu.

Tapi kepada orang yang beriman korang patut tau keikhlasan tu cukup besar darjatnya disisi Tuhan. Kalau tak, takkan la baca surah Al Ikhlas sekali, sama ganjaran macam baca 1/3 Al Quran.

(rasa macam dah pernah tulis dah entri ni)

02 August 2011

blues in medium form

Review novel: Paradoks (Affifuddin Omar)

Ni kali kedua aku beli dan baca novel bekas timbalan menteri ni. Gaya penulisan sama, lebih kurang macam novel Dendam yang aku review sebelum ni.



Masih berlegar di dunia korporat dan politik. Kalau Dendam menampilkan protagonist yang menjadi jahat akibat dendam yang terbuku sejak dari kecil, Paradoks menonjolkan Ariffin yang berjiwa murni dan bersih tetapi menjadi korban environment yang berterusan menindas beliau. Berkisarkan tentang seorang ahli politik yang berintegriti dan berkorban demi kepercayaan serta prinsip yang dipegang, satu persatu akar kesabarannya digugat dan ditarik oleh manusia-manusia jahat, oportunis, tamak dan manusia yang bertopeng seribu wajah, semestinya mewakili mereka yang benar-benar wujud di dalam kelompok manusia dalam negara ni.

Selepas membaca sehingga separuh bahagian novel ni serta 1/10 bahagian akhir novel ni, akhirnya aku menyesal sebab membaca ending novel ni terlalu awal. Mungkin begitu jugak demikiannya kehidupan manusia yang dijadikan oleh Tuhan, agar dihijabkan kesudahan hidup kita agar kita tak mengambil jalan mati secepat mungkin. Apa-apa pun, ringkasnya sebagaimana tajuk novel ini, penghujung novel ini juga merupakan suatu paradoks. Orang baik akhirnya kalah juga, dan sememangnya dalam hidup juga begitu - orang baik selalunya kalah di pentas dunia, dan mereka disenandungkan dengan cerita kemenangan di hari pembalasan. Rasanya biarlah yang mereka berminat membaca novel yang ringkas bahasanya dan terbuka minda mereka membeli novel ini terlebih dahulu kemudian menilai karya Affifudin Omar ni. Novel yang berbaloi dibeli, kalau tak mampu beli, maka novel ini tetap berbaloi untuk dibaca. Pengajaran dan nilai dalam novel ni memberikan pedoman yang berguna kepada pembaca - teramat sakit menjadi orang berprinsip dan beriman, tapi buat mereka yang beriman itulah jalan yang harus dipilih. Mungkin nilai paradoks yang terbaik dalam novel ni ialah bagaimana sepasang suami isteri, Seng Lee dan Mandy, penganut Roman Katholik, dan si suami pula menyertai parti politik yang bertentangan dengan parti politik yang diceburi Ariffin tetapi setiap hujung minggu ketika hadir di gereja,  mereka berdua setiap minggu mendoakan kesejahteraan rakan mereka iaitu Ariffin sedangkan dalam riwayat hidup Ariffin seringkali dia dikhianati oleh bangsa seagama, sebangsa malah turut bernaung di bawah satu parti bersama beliau. Paradoks yang satu ini cukup berkesan - aku sendiri rasa macam kena tampar lepas baca epilog novel ni.

Rating: 9.0/10

01 August 2011

Nota Kecil (IX)

From heaven to hell

From heaven to hell merupakan kompilasi metal yang di"release" masa umur aku 12 tahun. Menampilkan artis seperti Cromok, Infectious Maggots, Silent Death, As Sahar - gandingan mantap yang membuatkan album kompilasi ni wajib termasuk dalam inventori koleksi album metal oleh mana-mana headbanger di Malaysia.

Heaven - tempat orang baik. Hell - tempat orang jahat. Atau pun heaven - tempat yang menyeronokkan, selesa dan tenang + hell - tempat yang menyesakkan, menyakitkan hati dan memporak perandakan jiwa.

Raub - Sibu = Heaven - Hell (?)

Mungkin metafora semacam ni keterlaluan. Minta maaf kalau keterlaluan bagi korang, tapi pada aku itu yang aku rasa. 

Persetan definisi kalian. Hidup aku, aku punya pasal la nak bagi definisi macam mana.

Berbuka puasa atas flight.

Flight dari LCCT pukul 6 petang. Sampai ke destinasi pukul 8 malam. Jadi nak berbuka puasa atas flight, ikut waktu mana?

Logik aku: Ikut waktu Kuala Lumpur la, sebab sahur tadi aku ikut waktu subuh Kuala Lumpur.

Dalam flight: Waktu berbuka pukul 7:25 petang. Logik aku betul.

Presentation, presentation, presentation

Logbook dah hantar. Markah dah dapat. Borang penempatan semula dah hantar. Doa,doa,doa. Aku harap dapat HKL.

Presentations ada 5 lagi, bulan Ogos ni ada tiga, dua lagi bulan September. Secara jujurnya aku present setakat nak present je. Sebab logbook dah hantar, kah kah kah. Dah dapat markah aku pedulik apa contents presentation aku macam mana? Lain la kalau markah presentation akan attribute kepada markah untuk penempatan semula ke ape.

Jangan salahkan aku. Korang yang cabut motivasi aku dengan hantar aku ke sini - ini 3rd Newton's Law lah, what u expect sir? Any problem? Bak kata Muhammad Hanief, pergi lanjiao laaa. :D

Awek

Huhu..urm jomla jd bf sy..heheh

Muka pecah rumah cam aku ni pun ko nak hantar mesej camni. Nampak benor birahnya. Ni mesti masa kecik tak potong klitoris dulu ni, dah besar jadi desperate.

Sori la amoi. Got a lot to do. Cari la pakwe lain, aku ni bukan orang baik.