28 July 2011

Harimau dan singa

Apa persamaan antara harimau dan singa?




Kredit gambar: Facebook Syazwan&Syarazi

Banyak persamaannya, tapi aku nak senaraikan sikit je la sebab besok aku kena naik flight dan malam ni aku nak berkemas sikit.

Pertama, kedua-dua binatang ni ialah pemangsa.

Kedua, kedua-dua binatang ni datang dari keluarga Felidae.

Ketiga, kedua-dua binatang ni pantang diberi makan Panadol. Kalau korang pergi zoo pastu bagi makan panadol kat harimau, singa atau kucing - maka binatang-binatang ni akan mati dalam tempoh yang pantas disebabkan oleh acute liver failure.

Perjuangan

Medan berangan-angan tak sama dengan medan berkata-kata. Medan berkata-kata tak sama dengan medan beramal. Medan beramal tak sama dengan medan perjuangan. Medan perjuangan yang benar tak sama dengan medan perjuangan yang munafik - Anonymous

Bila bercakap soal perjuangan ramai yang mampu berucap berapi-api. 

Tapi bila kita selongkar balik kisah sejarah orang-orang yang berjuang dan istiqamah dalam perjuangan mereka (berjihad), perjalanan orang perjuangan merupakan perjuangan yang penuh dengan duri dan ranjau. Muhammad S.A.W dibaling batu oleh penduduk Thaif sampai habis basah kasut Nabi dengan darah yang mengalir. Pejuang-pejuang kemerdekaan baik di mana pun, sama ada yang Muslim mahu pun yang kafir kalau dibaca sirah hidup mereka maka kita akan jumpa kisah-kisah dipijak, diseksa, dikurung, dibelasah malah dicabut nyawa mereka. Yang benar-benar berjuang akan merasa semua kesengsaraan ni semua - mereka yang hidup sezaman dengan mereka tapi hidup aman damai tak merasa apa pun sama ada terdiri daripada mereka yang bacul, penakut tak pun yang hidup berpura-pura. 

Pejuang yang sebenar berdepan dengan risiko besar kehilangan segala-gala dalam hidup: hilang keluarga, hilang kerja, hilang tempat tinggal, kelaparan, kesakitan. Satu-satunya perkara yang mungkin tak mampu direnggut oleh mereka yang mahu menggagalkan perjuangan mereka ialah iktikad mereka. Selagi mereka mampu bertahan diasak dengan pelbagai tekanan untuk melunturkan iktikad mereka, selagi itulah mereka tetap menang dan itulah yang meletakkan mereka dalam kelompok pejuang yang sebenar.

Sempena Ramadhan yang bakal menjelang tak berapa lama pun lagi, marilah sama-sama berharap yang kita semua kukuh dan teguh dengan iktikad masing-masing untuk menundukkan nafsu masing-masing. Mungkin akan rasa sakit bila nafsu dilawan - tapi kemenangan iman dan kekalahan nafsu, bukan ke itu matlamat utama hidup kita?

27 July 2011

GRO

GRO merupakan satu akronim yang parallel dengan maksiat & pelacuran. Bukan semua GRO melacur, tapi hampir kebanyakan, aku jamin, hampir kebanyakannya buat benda tu.

Hari ni Majlis Perbandaran Kuantan menguatkuasakan larangan wanita Islam menjadi pelayan pelanggan atau GRO di semua pusat hiburan di Kuantan, start dari tahun depan.

Bila ternampak atau terdengar perkataan pelacur, atau GRO, sekurang-kurangnya aku akan terbayangkan dua perkara: pertama, kisah pelacur dan anjing yang kehausan. Kedua, sajak Allahyarham WS Rendra yang bertajuk, Bersatulah Pelacur-Pelacur Kota Jakarta.

Sebahagian rangkap sajak yang ni mungkin sesuai, sebagai persoalan dan tanda tanya dalam kepala aku pasal penguatkuasaan undang2 tu tahun depan.

Saudari-saudariku. Bersatulah

Ambillah galah
Kibarkan kutang-kutangmu dihujungnya
Araklah keliling kota
Sebagai panji yang telah mereka nodai
Kinilah giliranmu menuntut
Katakanlah kepada mereka
Menganjurkan mengganyang pelacuran
Tanpa menganjurkan
Mengahwini para bekas pelacur
Adalah omong kosong

Alim konon

Bangsa manusia yang membawak gene Melayu-Islam dalam DNA dorang selalu melakukan kepelikan yang luar biasa. Sebagai contoh, beromen sambil rakam video pakai kamera murah, pakai kopiah mulakan ucapan dengan Bismillah doa sebagai pastu mengutuk orang dalam ceramah, rogol anak kandung sendiri, beromen dengan mat Pakistan jual karpet masa laki takde kat rumah, kalau yang budak2 sekolah pulak selalunya suka main mengejek-ejek nama bapak pastu bergaduh. Unik sungguh Melayu ni.

Ape-ape hal pun, paling menarik mungkin kaedah berdakwah orang2 Melayu ni. Selalunya cara berdakwah dorang ni sama ada memaki-maki,mencarut-carut keburukan orang lepas tu bagi keluar hadis/ayat Quran, tak pun sound direct member yang tulis status yang berbunyi poyo kat facebook, bagi nasihat secara direct nak tunjuk cara dorang aje la yang betul, cara orang lain salah. Atau secara mudahnya, konsep holier than thou. Aku la paling betul, pendapat aku paling best, cara hangpa semua tak betul dan boleh menjerumuskan orang ke neraka Saqar.

Actually, berdakwah ni memang wajib untuk semua orang. Itu tok guru aku dah ajar aku dekat 10 tahun lepas lagi dah. Tapi kalau korang berdakwah dengan cara nak tunjuk korang jela hebat, korang tau serba serbi, pastu korang ludah pulak orang yang didakwah - ape ke bangsatnya semua ni?? Kenapa korang buat benda yang tak pernah pun diajar dek Nabi, padahal korang ni mengaku korang Ahlul Sunnah Wal Jamaah yang konfem masuk surga? Tak ke pelik macam tu. Ramai aku jumpa umat manusia kafir yang tak pernah baca Quran atau solat tahajjud sampai bengkak dahi, tapi cara menegur, cara berkomunikasi dorang dalam nak membetulkan kesilapan orang jauhhhh lagi cermat & sopan berbanding kenalan Islam aku yang sesetengahnya bersekolah kat sekolah agama swasta.

Belajar dulu la, baca balik Nabi dakwah macam mana, tengok macam mana cara betul berdakwah. Main redah je, habis semua nak langgar, silap haribulan kasut masuk ke mulut. Nak berdakwah tu betul dah,tapi sebab ego, jahil & nak tunjuk best,menyebabkan korang sendiri yang buatkan Islam tu orang pandang slack.

26 July 2011

Review novel: Ahmad Al Kebab (Wan Azlan)






Novel ni merupakan salah satu buku yang aku beli semalam.Kenapa semalam beli buku? Sebab semalam gaji masuk . Tersusun di bahagian atas rak buku, stok yang baru sampai sebab minggu lepas tak nampak pun kat Popular Bookstore Sibu. Aku tertarik dengan rekabentuk muka depan novel ni yang berlainan dengan novel-novel sekeliling (typical Malay novel nowadays - kulit depan mesti gambar awek cun,balak hensem, lepas tu cover dengan plastic, wuk aloh..ptuih!). Melihatkan gambar mat afro yang sengal kat kulit depan membuatkan aku tergerak nak ambik dan baca novel ni.

Lepas baca dan preview 2-3 mukasurat aku punya 1st impression, novel ni sempoi. Lawak-lawak serabut tahap rendah yang ditonjolkan penulis menghiburkan, so aku masukkan novel ni dalam monthly buying aku kat Popular.

Secara ringkasnya,Ahmad Al Kebab merupakan Ahmad Albab yang diadun dan digarap semula dengan tambahan idea-idea lawak zaman moden. Berbeza dengan Ahmad Albab yang diarah dan dilakonkan oleh P Ramlee, Ahmad Al Kebab berlawak secara sinis tentang isu-isu semasa, kemelayuan dan kemanusiaan yang tipikal. Kalau Ahmad Albab bermula dengan babak tiga orang kaya Arab berborak di kelab malam, Ahmad Al Kebab membawakan prequel kehidupan Dimanosajo dan juga Sediakawal, datuk dan bapa kepada Ahmad Al Kebab. Dimanosajo, seorang penjual kebab yang bertandang ke Kota Permaisuri, mengahwini Baiduri dan seterusnya melahirkan Sediakawal yang kemudiannya bakal berkahwin dengan Mergastura, anak kepada Sheikh Majnun. Perkembangan di awal novel merupakan karya asli Wan Azlan, manakala perkembangan seterusnya di dalam novel ini menggunakan template plot dari filem Ahmad Albab.

Lawak yang ditonjolkan dalam novel ni mampu menggeletek hati pembaca, dengan syarat pembaca sedia maklum dengan persekitaran Malaysia dan jugak budaya Malaysia ni. Mambank, sebuah bank yang seakan sama nama dengan sebuah bank di Malaysia, perbualan antara pengurus bank Mambank & seorang perempuan Caucasian (serius aku teringat pasal lawak Ang Moh bila baca perbualan tu, kah kah kah) dan juga kisah perempuan yang berkahwin dengan jin selepas mengikut ajaran Ayah Pin..itulah antara ramuan yang menjadikan manuskrip novel ni sebagai sebuah karya yang kelakar.

Walaupun begitu plot dan perincian novel ni ada masa, turut mengusik perasaan pembaca. Pengajaran dan mesej tetap ada, dan harapnya selepas ini Wan Azlan terus berkarya lagi walaupun beliau pasti sibuk berlayar ke serata tempat menaiki kapal. Aku tak pasti sama ada ini novel pertama beliau, tapi kalau ini novel pertama, maka mungkin aku boleh cakap novel ni seolah opening act sebuah konsert yang berkesan dan mengujakan. Dan kepada PTS Litera, cubalah cungkil seramai mungkin penulis yang berpotensi macam Wan Azlan - biar meriah sikit dunia penulisan novel Melayu.

Rating: 8.8/10 <-- kalau tak pakai template Ahmad Albab, maybe boleh bagi lebih sikit

25 July 2011

Taman Rashidah Utama

Tadi aku berenti isi minyak kapcai aku. Masa menuju ke sebuah stesen minyak, terdengar alunan sayup-sayup lirik lagu yang pernah menusuk kalbu aku, satu masa dulu.

Ku..berjalan di dalam..hujan
Mencari api yang terpadam...

Sampai betul-betul kat tempat pam minyak gema suara yang beralun menggamit sukma terus berkumandang.

Sebagai satu kenangan...
Kuciptakan satu taman..
Rashidah Utama...
Sebuah...kubur cinta...

Aku berjalan di atas aspal simen berlopak air menuju ke kaunter bayaran. Perlahan-lahan aku keluarkan dompet cotton lusuh dari poket seluar kanan, menyelak-nyelak helaian not biru dan merah dalam dompet. Lepas tengok jasad tubuh manusia yang menerima not kertas buat bayaran minyak petrol yang bakal aku sumbatkan ke dalam tangki kapcai yang dahaga minyak, aku tengok..fuiyohhh!!! Semua staf kat dalam stesen minyak, semuanya Cina. Tidak aku ketahui sama ada mereka ini Hokkien, Teochew, Hakka, Foo Chow atau pun komunis, tapi depa semua Cina! Peh, lu olang layan lagu Wings! Aku pun bergegas ke kapcai untuk mengisi tangki yang hampir kosong. Selesai mengisi petrol, aku melihat kuantiti petrol yang baru aku isi. 2 liter. Itulah yang termampu untuk aku beli dengan helaian not biru yang aku berikan pada cashier tadi. Harga petrol rupanya terlalu mahal walaupun aku hidup di sebuah negara pengeluar petrol. Bukankah aneh. Sebagaimana aneh,mistik dan misteri bait-bait madah yang didendang oleh Ayahanda Awie.

Ku..berpijak nyata di sini..
Tak..tercapai bintang di langit
Kusiramkan air mata..
Pada darah cinta...
Sebagai hiasan taman ini...

Guruh berdentum.Hujan jatuh menghempas ke dada bumi,memercik tempias dan gelombang rintihan yang bersatu dengan derap langkah kaki yang melangkah dalam kebasahan. Seketika kemudian berkumandang jeritan dari tali gitar yang di"tap" pada kedudukan chord C Bm dan G Am berserta dentuman dram dan bass seakan menjadi manifestasi klimaks sebuah penderitaan yang bakal sempurna kelak.

Sedang kapcai yang aku tunggang melewati beberapa pam minyak yang lain lantas terus menuju ke arah jalan besar buat meneruskan kembara yang belum sudah, dalam hati aku berbisik,

"Peh,gempak sial tauke stesen minyak ni, Cina tak Cina, lagu Ayahanda Awie pun lu layan."

Legging

lol

24 July 2011

Raja adil raja disembah, raja zalim..?

Aku ni orang Melayu (pure Melayu? Itu susah sikit nak cakap, sebab bila trace balik susur galur keturunan aku bercampur-baur dengan Bugis, Cina Guangzhou, malah kerabat diraja di sebelah pantai Timur Malaya - tapi yang pastinya dalam sijil lahir dan IC bangsa aku Melayu). Melayu ni kaya dengan perumpamaan, peribahasa. Perumpamaan dan peribahasa dalam masyarakat Melayu ni seolah macam falsafah dan prinsip kehidupan sebenarnya. Ironinya, walaupun kaya dengan falsafah, peribahasa2 Melayu ni kebanyakannya jadi sampah sebab orang Melayu ni pandai berfalsafah tapi tak stick pada falsafah yang dorang reka.

Sebagai contoh, macam tajuk entri ni la. Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah. Bermaksud penguasa yang jujur, adil dan amanah sepatutnya dipatuhi oleh rakyat manakala raja yang zalim dan jahat sepatutnya ditentang oleh rakyat. Bunyinya macam suatu prinsip. Tetapi bila diteliti sejarah pemerintahan raja-raja dan sultan Melayu, jarang sekali orang Melayu menentang raja yang zalim. Ada la jugak sekali - sekala, macam Hang Jebat, tapi akhirnya Jebat kalah, dan Tuah menang. Kemenangan Tuah mewakili kemenangan pihak raja.

Keruntuhan moral dan sikap kurang cerdik penguasa Melayu sejak dari zaman dulu memang termaktub dalam sejarah, it's an open secret tapi tak dibincangkan dengan umum. Ketaatan kepada institusi beraja seolah-olah ketaatan Melayu yang paling tinggi - dan atas sebab tu imperialis yang datang ke Tanah Melayu dengan mudah mematahkan penentangan rakyat iaitu dengan menggunakan sultan. Bila Sultan keluar perintah jangan lawan, maka tak melawan la dorang. Walaupun dalam sejarah kita dah terang-terang diberitahu, Raja Abdullah dari Perak bawak masuk British pasal nak jadi Sultan, gaduh dengan kerabat lain pastu sendiri tak boleh settle akhirnya bawak masuk penjajah. Sultan Muhammad Jiwa, bergaduh dengan Siam, lepas tu bagi Pulau Pinang pada Francis Light sebab nak mintak tolong Francis lawan Siam. Padahal Siam - British punya relationship punya la kuat, akhirnya Pulau Pinang jadi koloni British. Sultan Brunei dulu negara dia sebesar-besar Sarawak tu, tapi atas sebab kekurang cerdikan akhirnya Brunei jadi Sarawak, tinggal la secotet kecik wilayah Brunei kat atas peta sampai la zaman sekarang. Ini semua tertulis dalam sejarah, tapi Melayu macam tak peduli pada semua ni dan terus-menerus menumpahkan taat setia kepada Sultan dorang, tak kira Sultan dorang tu jenis macam mana. 





Sultan yang macam ni baru orang respect. 

Zaman moden sekarang pemegang kuasa sebenar akhirnya ialah Perdana Menteri. Sultan masih ada kuasa tapi dah limited. Mitos kekebalan, kedaulatan Sultan sekarang masih ada, tapi kat atas kertas je la. Tapi satu idea yang masih melekat dalam kepala hotak Melayu ni ialah idea tentang kemaksuman pemimpin. Kalau dulu Sultan, sekarang ni pemimpin politik pulak. Orang yang sokong Najib akan bermatian menyokong Najib, tak kira la dia ambik komisen kapal selam ke, dia skandal dengan awek Mongolia ke, yang pasti penyokong hardcore tetap menyokong dan terus menyokong membabi buta. Orang yang sokong Anwar tetap menyokong Anwar, tak kira la dia ni pro Barat ke, opportunis ke, main politik wang ke, semua yang dia buat adalah kebaikan belaka, tak ada langsung ruang dalam kepala hotak penyokong Anwar ni nak berfikir dengan kritis pasal betul salah tuduhan2 yang terlempar kepada Anwar ni. Tak ketinggalan dengan penyokong Tok Guru yang gantung gambar Tok Guru kat rumah, segala benda yang Tok Guru buat adalah betul, kalau Tok Guru terima hadiah itu sedekah tapi kalau orang Umno terima hadiah tu rasuah, yang buat silap bukan Tok Guru tapi orang keliling Tok Guru yang ambil kesempatan. Maka begitulah arena kebengapan dan taklid buta penyokong-penyokong politician kat Malaysia ni.

Kadang-kadang aku rasa macam nak tulis surat kepada DBP supaya padamkan peribahasa "raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah" tu dalam kamus perbendaharaan Melayu. Sebab benda tu mengarut je. Falsafah tu wujud, tapi jadi bangkai sebab Melayu tu sendiri tak berpegang pada falsafah tu, walaupun falsafah tu betul. 

Harapan di kalangan generasi Y dan net generation? Masih samar-samar. Ruang lingkup kehidupan seharian daripada pengaruh generasi X, sistem pendidikan dan media massa seakan-akan memberi peluang untuk terus mematikan rasionaliti daripada terus berkembang di kalangan rakyat Malaysia sekarang. Peluang untuk membaiki keadaan masih ada, tapi disebabkan kurangnya manusia yang wujud dalam spektrum rasionaliti dan lebih ramai yang wujud dalam spektrum taksub dan fanatik maka 20-30 tahun lagi kita cuma akan melihat generasi penyokong politik yang fanatik, yang provoke memprovoke sepanjang masa, yang menutup ruang fikiran terhadap rasionaliti dan yang menafikan kebenaran. 

Mungkin cukuplah kalau aku mengajar keturunan aku sendiri untuk menjunjung falsafah yang benar dan haq. Mungkin betul apa yang Ah Yap cakap (Ah Yap merupakan blogger yang jadi inspirasi aku untuk menulis blog ), kalau tak mampu ubah orang, ubah diri sendiri.

23 July 2011

Saya tak pandai tulis Cina lah!

"Winnie, you dah siap belum translation warfarin counseling module?" aku tanya kat Winnie, amoi merangkap kawan tempat kerja aku.


Winnie yang cute sebab selalu senyum :)

"Belum lagi la, this weekend la buat," Winnie yang selalu senyum, senyum lagi.

"You translate from English to BM jugak kan? Macam mana kalau saya buat translation English - BM, you buat dari English - Chinese?" aku bagi cadangan.

"Kita buat English - BM saja lor. Saya tak pandai tulis tulisan Chinese laa,"

"Ape? You tak tau? Habis you speak Chinese ok je" aku dah start pelik.

"Betul la, saya tak pandai. Saya pandai cakap saja ma, tulis & baca saya tak tau,"

"Aiya, kesian la you, hehe"

Nasib baik aku pandai lagi baca + tulis tulisan Jawi. Kalau aku ada anak nanti, sumpah aku make sure anak2 aku pandai tulis + baca tulisan Jawi jugak.

Makan ubat di bulan Ramadhan

Tak lama lagi Ramadhan, jadi ramai la umat Islam yang akan berpuasa. Buat sesetengah di kalangan kita yang berpuasa dan dalam masa yang sama kena makan ubat masa bulan puasa, kaedah untuk makan ubat tu kadang2 jadi masalah jugak sikit. Kalau sehari makan sekali atau dua kali mungkin takde masalah, yang jadi masalah bila ubat tu kena makan sampai tiga atau empat kali sehari. 

Kat sini ada panduan macam mana nak makan ubat dan dalam masa yang sama berpuasa. 

Makan sekali sehari - boleh dimakan sebelum makan atau selepas makan sahur (bergantung pada jenis ubat tu, ada yang kena makan sebelum makan, ada yang kena makan lepas makan)

Makan dua kali sehari - makan sekali waktu sahur, sekali lagi lepas masuk waktu berbuka.

Makan tiga kali sehari - makan waktu sahur, waktu berbuka dan sebelum tidur waktu malam.

Makan empat kali sehari atau lima kali sehari - selalunya kalau empat,lima kali sehari ni ubat antibiotik atau antivirus. Bincang dulu la dengan doktor, bagitau korang cadang nak berpuasa jadi mungkin doktor akan tukarkan ubat korang kepada yang jenis makan tiga kali sehari je. Tapi kalau tak ada pilihan lain, aku cadangkan korang tangguh dulu la puasa tu dan makan je ubat ikut macam yang doktor suruh. Lagipun antibiotik selalunya tempoh pengambilan dia tak lama, paling lama pun seminggu camtu la.

Walau macam mana pun, ada kes tertentu macam penyakit darah tinggi yang memerlukan pesakit makan ubat tiga kali sehari selang 8 jam (sebagai contoh ubat darah tinggi yang kena makan 3 kali sehari: nifedipine dan methyldopa) untuk pastikan ubat tu berkesan. Kes yang macam ni, kalau aku la, aku akan cuba tanya dengan doktor berdasarkan keadaan pesakit, possible tak untuk switch to another antihypertensive yang cuma perlu makan sekali atau dua kali je sehari. Tapi kalau keadaan dah darurat, macam kes pre eclampsia yang mana ubat-ubat antihypertensive yang selamat semuanya kena makan tiga kali sehari, so nak tak nak kena tinggalkan puasa la, atas faktor kesihatan.

Oh ya, lagi satu..kalau korang ambik ubat melalui cara-cara kat bawah, puasa tak batal

- ubat titik mata & telinga 
- Ubat yang diserap melalui kulit, seperti krim, ointments, dan plaster berubat
- Memasukkan ubat pessari ke dalam vagina, medical ovules ataupun pembersih vagina.
- Suntikan bawah kulit, otot, sendi atau salur darah (kecuali suntikan makanan melalui salur darah iaitu TPN)
- Gas oksigen dan bius
- Tablet nitroglycerine yang diletak bawah lidah untuk rawatan sakit dada
- Pencuci mulut, gargle atau penyembur mulut (dengan syarat takde ubat yang ditelan)
- Ubat titik hidung, ubat sembur hidung dan inhaler
- Suntikan dubur
- Pembedahan yang melibatkan proses bius seluruh badan

Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak.

Rujukan: Aadil N., Houti I.E., and Moussamih S (2004) Drug Intake During Ramadan. BMJ, Vol 329, 778-772

Mintak maaf semua, ada masalah sikit. Garis panduan yang aku guna sebelum ni diterbitkan di dalam British Medical Journal, dan sebenarnya pihak JAKIM ada keluarkan senarai ubat-ubatan yang boleh batalkan puasa & yang tak batalkan puasa.

Memandangkan kita semua kebanyakannya hidup kat Malaysia, so aku rasa better kita ikut berdasarkan garispanduan JAKIM la. Perbezaan yang wujud ni mungkin disebabkan kaedah qias dan penentuan hukum yang berbeza di antara mazhab atau pendapat. Mintak maaf sebab tak buat research menyeluruh. Harap dapat sebarkan semula kepada umum.

Garis panduan JAKIM

Perkara-perkara yang berkaitan dengan rawatan perubatan yang tidak membatalkan puasa ialah :

Menggunakan ubat titis mata, titis telinga dan cucian telinga (dengan syarat tidak sampai batas gegendang telinga);

Pil tablet nitroglycerin (GTN) atau ubat yang menyamainya yang diambil secara meletakkannya di bawah lidah tanpa ditelan bagi merawat kesakitan dada (angina pectoris) bagi pesakit jantung;

Melakukan prosedur tampalan gigi, cabutan, pembersihan gigi atau memberus gigi dengan syarat individu yang berpuasa tidak menelan apa-apa bahan semasa prosedur rawatan tersebut;

Semua bentuk suntikan sama ada melalui lapisan kulit, otot, sendi, atau salur darah;

Pendermaan atau pemindahan darah;

Penggunaan ubat-ubatan dalam bentuk sapuan, balutan dan plaster pada permukaan kulit;

Pengambilan sampel darah untuk ujian makmal;

Memasukkan tiub kecil (catheter) melalui salur darah untuk tujuan pemeriksaan seperti prosedur angiogram untuk pemeriksaan jantung;

Pemeriksaan laparoscop, iaitu pemeriksaan dalaman dengan menggunakan alat yang dimasukkan melalui dinding abdomen untuk pemeriksaan bahagian dalaman pesakit;

Berkumur-kumur termasuk berkumur-kumur secara gargle (sehingga air hampir ke tekak), dan ubat teraputik semburan ke mulut yang tidak melibatkan proses menelan;

Menjalani biopsy iaitu pengambilan spesimen atau cebisan yang diambil daripada hati atau organ–organ lain untuk tujuan analisa makmal;

Penggunaan ubat semburan (spray) hidung tanpa disedut;

Rawatan dialisis untuk masalah pesakit buah pinggang sama ada hemodialisis atau peritonealdialisis;

Menjalani rawatan bius setempat atau separuh (local) dengan semburan atau suntikan setempat; dan

Penggunaan ubat buasir dengan memasukkan semula kawasan buasir pada tempatnya tanpa melibatkan kawasan rongga yang dalam.

Perkara-perkara berkaitan dengan rawatan perubatan yang membatalkan puasa:

Penggunaan alat sedutan (inhaler) untuk rawatan lelah (athma) atau penyakit paru-paru kronik;

Memasukkan sebarang tiub kecil (pessary) atau ubat ke dalam faraj (vaginal suppository) termasuk prosedur cucian (wash), pemeriksaan dalaman vaginal (vaginoscope), atau pengawai perubatan memasukkan jari untuk melakukan pemeriksaan dalaman vagina wanita;

Memasukkan sebarang tiub catheter, alat pemeriksaan dalam saluran kencing (urethroscope), barium atau ubat pencuci yang dimasukkan sama ada ke dalam saluran kencing bagi lelaki atau wanita (contohnya memasukkan ‘urinary catheter’ untuk rawatan sumbatan salur kencing);

Penggunaan alat seperti enema, tiub suppository, teropong protoscope atau jari pegawai perubatan yang dimasukkan ke dalam dubur atau rectum untuk pemeriksaan;

Penggunaan teropong usus (endoscope) atau teropong perut (gasteroscope) untuk tujuan pemeriksaan sistem penghadaman; dan

Penggunaan bius menyeluruh yang melibatkan penggunaan gas.


Sumber: Panduan Berpuasa bagi Pesakit, JAKIM (Cetakan tahun 2009)

Peniru yang cool

Kat bawah ade entri pasal aku tak puas hati dengan Gula-Gula dan Prince of Pop.

Nak meniru tak salah, tapi cuba tiru dengan cara yang bergaya dan cool macam kat bawah ni. Baru orang tak kutuk.




p/s Aku cuba gak cari lagu Saman - Poe yang lirik asal dia, "Mana boleh tidak saman, bawak kereta macam SETAN" tapi tak jumpa. Kah kah kah.

Scene muzik sekarang (II)

Bila dah start baca buku, perkara yang susah nak buat lepas tu ialah menulis. Zaman belajar dulu aku teramatlah ignorant, dah la buku akademik tak baca, study lec notes je (well, undergrad dulu aku punya matlamat asalkan grad cgpa 3.0 above cukup dah,hell memang objektif tercapai pun, lol). Jadi bila makin tua ni rasanya penting untuk aku start over balik tabiat membaca ni sebab from reading we gain knowledge, enough knowledge would gives you better chance to make a proper decision and to think wisely. Makin tua peranan sebagai decision maker tu makin terserlah, so better to equip myself with enough various of knowledge.

Maka alkisahnya pagi ni aku baca la buku pasal Firaun Mesir. Literally. Sambil bukak laptop dan menghadap screen laptop, aku ternampak la beberapa video kat notification's wall. Perihal beberapa kumpulan muzik, kumpulan muzik mungkin agak exaggerated, boy band & girl band la kot. Satu Prince of Pop, satu lagi Gula-Gula. Maka tangan aku pun gatal balik nak menaip, heh.


ni Gula-Gula


ni pulak, Prince of Pop


Sekali lagi bercakap pasal scene muzik Malaysia ni, aku nak bagitau, aku ni Gen Y. But fortunately previous generation which is Gen X banyak meninggalkan cultures yang boleh dijadikan reference pada hari ni. Cultures yang ditinggalkan generasi X ni banyak meninggalkan impak sampai hari ni dan masih jadi ikutan sebahagian besar Gen Y sekarang. Glam rock, hard rock, metal, punk, alternatives music, kebanyakan budaya muzik ni. Kalau di Barat mereka ada Sex Pistol, Ramone, Nirvana, Slayer, Pink Floyd di sini kita ada local culture sendiri yang walaupun berpaksikan influence dari luar tapi saduran budaya kita sendiri agak kuat dalam sesetengah produk. M Nasir, Allahyarham Loloq, Search, Ramli Sarip, Cromok antara yang kuat saduran timur dalam output muzik mereka. Carburetor Dung, The Pilgrim, Cromok, Koffin Kanser, OAG - walaupun berat elemen luar dalam muzik mereka tapi dorang tetap berjaya.

Circa cultures yang wujud tu bercampur baur antara baik dan buruk, positif dan negatif. Despite terdapat perbezaan di antara spektrum culture saduran Timur & jugak culture yang sarat dengan saduran daripada Barat, most of them survive and able to attract significant attention from crowd. Kalau ramai peminat maksudnya, they are doing things right (in context of gaining trust from people la, of course). Berapa ramai antara kita yang rasa selesa untuk ulang berkali-kali lagu ciptaan M Nasir macam Fantasia Bulan Madu,  Isabella, Sejati, atau pun lagu-lagu Ramli Sarip? Begitu jugak berapa ramai hardcore fan yang enjoy bila Butterfinger bawak lagu E, Girl Friday ataupun Chemistry? The point is - the output, or the products which produced by those old timer gives a powerful impact towards their fan. But for me that's good, but not great enough. To bring your little baby to become a magnum opus or masterpiece level, perkara penting ialah apa kebaikan dan impact positif daripada hasil karya seni korang tu? Sebagai contoh, Allahyarham Loloq dalam lirik-lirik beliau banyak mengadunkan vocabulary Bahasa Melayu yang indah dan kadang kala tak pernah diajar pun oleh guru Bahasa Melayu yang mengajar ikut sukatan KBSM. M Nasir dalam lagu-lagu beliau banyak mengetengahkan hal kemanusiaan (dalam album album solo beliau la, zaman dia rock dulu memang la most of the time dia tulis lagu memang untuk bagi kaset dapat jual). Penerapan falsafah dan nilai-nilai baik dalam seni muzik ni, at some point boleh menjadikan karya muzik tu sebagai powerful tool untuk mendidik massa. 

Berbalik kepada persoalan sebenar, iaitu Prince of Pop dan Gula-Gula ni. For me, i've good old times when most of the time i'll simply throw my nasty words and curse these bunch of so called artist. Haha. But for now, here comes my comments. First, for the producer, by simply build up such boy/girl bands like this wont make local scene to become a better industry. Second, what this boy/girl bands are up to? Saje-saje nak tiru K-Pop artis sebab ramai teens yang minat K Pop ke, atau pun saje gila glamour? What are the purposes for u all to initiate such band? Nak kata lagu best, dengar macam tak best pun. Kalau setakat nak main-main better you all stop and focus on other things la, pergi study ke or buat kerja lain. Sebab nak kata korang nak educate people pun tidak, nak hiburkan peminat pun tak, even untuk ceriakan orang pun tak. Kalau nak menyanyi but in the end become a laughable stock, that's not good even for yourself.

Scene muzik sekarang..aduhai..

20 July 2011

2 bulan

Tak lah lama sangat. Cuma mungkin dimensi masa dan ruang mengelirukan otak.

Cop imigresen ketika turun di Lapangan Terbang Sibu. Hal ehwal imigresen tertakluk kepada kedaulatan negeri Sarawak, sebagaimana yang termaktub di dalam Perjanjian Malaysia 1963

SBW-KUL 1215 29 JULY 2011 -- final flight with MAS untuk route SBW - KUL. Mulanya aku beli tiket tu untuk balik raya, tapi lepas berjaya dapatkan tiket balik pakai waran perjalanan so aku ubah tarikh tiket tu. Melayang RM 130. Lepas ni MAS bakal digantikan dengan anak syarikatnya yang sengal ubi, siapa lagi kalau tidak penerbangan kelip-kelip.

18 July 2011

Blues

Fasa hidup yang sukar sekarang.

Ada masa..aku hampir betul dengan atheism.

Kejap tadi aku bukak buku karangan Ustaz Ismail Kamus, aku bukak muka surat secara random.

Terjumpa doa memohon perlindungan dalam kehidupan.

"Ya Allah, aku memohon perlindungan Mu daripada hati yang tidak khusyuk, daripada doa yang tidak makbul, daripada nafsu  yang tidak pernah puas, dan daripada ilmu yang tidak bermanfaat. Aku mohon perlindungan Mu daripada keempat-empat perkara di atas"

Memang terkena batang hidung sendiri. Tapi Allah tu Maha Penyanyang.

Sampai masa untuk aku sendiri - untuk sayang diri sendiri, atau terus zalim pada diri sendiri.

17 July 2011

Pengambilan ubat-ubatan bagi mereka yang G6PD deficiency

Masalah kekurangan enzyme Glucose 6 phosphate dehydrogenase ni, aku tak berapa pasti sama ada ketara atau tak. Sepanjang aku bekerja sejak 10 bulan lepas, baru satu kes yang aku jumpa. Mungkin masalah kesihatan macam ni terlalu rare kat Malaysia macam kes cystic fibrosis jugak, tapi apa-apa pun tak kisah la, janji ade benda yang boleh korang belajar.

Enzim G6PD ni merupakan sejenis enzim yang penting untuk melindungi sel darah merah daripada meletup, ataupun bahasa biologinya hemolyse. Dalam sesetengah keadaan tertentu, sebagai contoh selepas kita memakan sesetengah jenis makanan seperti fava bean (rujuk gambar) atau pun sesetengah jenis ubat, kandungan free radical akan meningkat disebabkan sesetengah bahan kimia yang wujud dalam makanan dan ubatan tu. Free radical ni boleh menjahanamkan pelbagai jenis enzim dan juga sel, termasuk la sel darah merah. Untuk kebanyakan orang yang takde masalah kekurangan enzim G6PD, sel darah merah mereka akan selamat sebab enzim G6PD dalam sel darah merah mereka boleh menolong meneutralkan balik free radical nih. Bagi yang kurang bernasib baik kerana kekurangan enzim G6PD - sel darah merah mereka boleh jahanam dan pecah disebabkan peningkatan free radical, kesan dari pengambilan sesetengah makanan atau ubatan macam yang dijelaskan tadi. Bila sel darah merah pecah, sistem pengangkutan oksigen terjejas sebab sel darah merah bawak oksigen, kalau berpanjangan tanpa rawatan boleh membawa kepada masalah lain yang lebih serius.


Fava bean


Masalah G6PD ni dalam keadaan biasa selalunya kita tak nampak apa-apa kesan atau tanda pada seseorang tu yang dia ada masalah ni, selalunya masalah ni dikesan bila seseorang tu mula mengalami demam kuning, letih-lesu dan jugak menunjukkan tanda kurang darah (anemia) lepas dorang makan fava bean ataupun setelah ubat-ubatan tertentu dimasukkan ke dalam badan mereka. Jadi kat bawah ni merupakan senarai ubat-ubat yang boleh mengakibatkan anemia di kalangan pesakit yang kekurangan enzim G6PD. Kalau korang ataupun siapa-siapa yang korang kenal tiba-tiba rasa lemah, kulit pucat lepas makan ubat-ubat dalam senarai kat bawah, maka sila bagitau doktor.