27 June 2011

Hipokrit

Hipokrit bermaksud bermuka-muka, atau lebih tepat berpura-pura. Dalam erti kata lain, istilah ni merujuk kepada perbuatan sama ada fizikal atau percakapan yang tak selari dengan niat, kehendak atau emosi seseorang tu.

Ada orang cakap hipokrit ni satu sifat yang tak baik. Tak baik dari segi emosi, dan jugak dari segi pandangan moral orang lain terhadap kita. Sebagai contoh, kita suruh orang lain jangan ambik rasuah, tapi kita sendiri ambik rasuah. Atau pun, macam-macam lagi la contoh yang aku rasa korang boleh fikir sendiri macam mana.

Tapi cuba korang fikir, macam mana pulak kalau kita ketepikan sifat hipokrit kita? Sebagai contoh, sorang kawan lelaki, atau perempuan korang suka berzina. Maka korang pun sound dia terang2, macam kat bawah:

Korang: Weh, aku ade benda sikit la nak tanya kau ni
Kawan: Ape dia?
Korang: Ko ni asyik buat projek je dengan balak/awek kau, kau ni tak tau malu ke? Ko tu Islam tau tak, tak takut api neraka ke?

Dialog lepas tu korang pikir sendiri. Yang pasti mesti la kawan tadi buat muka ketat dan bengang dengan korang yang sound dia direct macam tu. Cuba pulak tengok dialog kat bawah:

Korang: Weh, aku ade benda sikit la nak tanya?
Kawan: Ape dia?
Korang:Aku tengok ko ni lama dah kapel ngan balak/awek ko. Korang takde plan nak kawen ke? Nak gak aku merasa nasik minyak kat kenduri ko.

Adakah keadaan kat atas hipokrit? Pada aku memang hipokrit pun, tapi tengok balik, sifat hipokrit dalam dialog atas tu, baik atau tak? Korang tak setuju ngan kawan korang yang suka buat projek, jadi korang slow talk bagi cadangan untuk dia kawen. Jadi untuk sambungan dialog dalam situasi yang kedua tu rasanya takde la tegang dan ketat, berbanding situasi dialog 1.

Kalau sikap hipokrit tu tak baik dan tak berguna, buat ape Tuhan nak bagi sifat tu pada kita, kan? Cuma bergantung macam mana kita gunakan sifat tu.

Aku pernah  terfikir pasal sikap hipokrit, kematangan berfikir dan kecerdasan emosi (emotional quotient) ni sama je. Jadi jawapannya, ketiga-tiga perkara tu tak sama tapi saling berkait. Kebolehan untuk menggunakan sikap hipokrit tu ke arah kebaikan atau keburukan, jugak kebolehan mengawal emosi - dua perkara tu merupakan benda penting dalam menentukan tahap kematangan berfikir seseorang. :D

Tahniah Anuar Zain

Anuar Zain dipilih terima anugerah khas Oxford Centre for Leadership

(Berita Harian, 1 Jun 2011)

KUALA LUMPUR: Penyanyi Anuar Zain, 40 dipilih menerima anugerah khas sempena pencapaiannya dalam bidang muzik dari Oxford Centre for Leadership (OXCEL) pada Majlis Anugerah Oxford di London pada 6 Jun ini.

Penyanyi yang kini sedang popular menerusi lagu Sedetik Lebih itu berkata, anugerah Khas itu diberikan selepas menilai kredibiliti Anuar kerana pencapaian yang mengagumkan sepanjang 28 tahun dalam bidang seni.
"Saya menerima surat daripada OXCELl sebulan lalu dan secara jujurnya saya terkejut kerana ada pihak luar yang begitu prihatin terhadap sumbangan yang saya berikan sepanjang hampir tiga dekad dalam bidang seni.
"Mereka membuat penyelidikan mengenai kerjaya seni saya yang bermula sejak saya kecil sehinggalah sekarang.

"Walaupun tidak mempunyai pendidikan yang tinggi namun saya terharu kerana ada pihak yang mengiktiraf sumbangan saya. Saya menyifatkan anugerah ini adalah pengiktirafan paling tinggi yang pernah saya peroleh," katanya ketika ditemui pada majlis sidang media konsert Up, Close and Personal With Anuar Zain yang diadakan di Menara Kuala Lumpur, di sini petang tadi.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur, Zuraidah Mohd Said.

Kata Anuar lagi, beliau akan terbang ke London pada 5 Jun ini bersama pihak pengurusannya dan akan berada di sana selama dua hari bagi menghadiri acara rasmi yang sudah pun diatur oleh pihak OXCEL.
Sebelum ini penyanyi utama kumpulan KRU, Yusry Abdul Halim atau Yusry KRU pernah dipilih oleh OXCEL sebagai penerima menerima Anugerah Kreativityi Muda sewaktu Majlis Anugerah Oxford kali kedua, empat tahun lalu.



Kah kah kah kah kah kah kah 
kah kah kah kah kah kah 

26 June 2011

Patriotik



Salute kepada brader dalam gambar ni. Aku sendiri pun tak pernah dressed up pakaian supporter Malaysia & tengok match kat stadium.

25 June 2011

Cute

Terima kasih Allah kerana menjadikan sifat comel. Cuteness, kecomelan meredakan sympathetic pathway, biarpun sekadar seketika.

22 June 2011

Ini..ini..BODOH!

Kamu wartakan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Tapi bila orang bukan agama kamu nak gunakan bahasa tu sebagai bahasa perantaraan dengan Tuhan mereka, kamu menentang.

Ini..ini..BODOH!

Kamu gunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Kemudian kamu tak berusaha untuk bantu anak2 yang tak pandai bahasa Inggeris untuk jadi pandai. Kamu sedar bahasa Inggeris digunakan dalam journal, kitab-kitab agung di kutub khanah tapi kamu menyalahkan kerajaan atas kebebalan dan tak acuh kamu terhadap anak kamu yang tak pandai berbahasa Inggeris. Kamu sibuk mengatakan bangsa lain boleh berjaya tanpa menguasai bahasa Inggeris, tapi kamu sendiri tak berusaha menterjemah karya agung sastera dan saintifik ke dalam bahasa Melayu yang lebih kamu faham

Ini..ini..BODOH!

Kamu canangkan negara ini untuk semua orang. Kekayaan negara ini untuk dinikmati bersama, tapi kamu agihkan kekayaan yang ada untuk kroni, penjilat, juak-juak kamu dan untuk memenuhkan kantung-kantung simpanan kamu di akaun pesisir dan Switzerland.

Ini..ini..pandai....

Kamu berjuang menegakkan fahaman politik kamu, kamulah paling Islam. Kamu maki mereka yang bukan berkopiah putih, kamu cerca orang yang bersongkok hitam dan bertudung pink semata-mata kamu merasakan mereka serba-serbi salah. Kamu tolak ketepi dakwah, kamu terus-terusan menyatakan kamu betul dengan cara menyalahkan mereka sedangkan kamu patut mengajak mereka kembali ke jalan yang benar

Ini..ini..BODOH!

Kamu berarak beramai-ramai di atas jalan menuntut perubahan. Akhirnya tak ade ape yang berubah.

baiklah, sekurangnya kamu mencuba, bukan?

Kamu masuk rancangan realiti untuk jadi imam, kamu belajar jadi imam, kamu turun padang tegur mat rempit, kamu join jabatan agama tangkap orang berkhalwat. Tapi kamu tak berani tegur anak-nak muda yang buka aurat & berhibur tak sedar diri, yang masuk realiti tv lain tapi dianjurkan oleh company yang sama.

Ini..ini..BODOH!

Kamu marah bila anak muda tak cukup umur mengaku dah tak ada dara dalam blog, tapi kamu maki dia, hina dia, cerca dia. Konon berdakwah tapi dalam masa sama kamu tunjuk pekung kejahilan kamu sendiri.

Ini..ini..BODOH!
 

Lawak atheist

Atheist ni bermaksud tak percaya kepada Tuhan. Kat bawah ni, satu lawak yang berbaur atheist aku dapat daripada internet. 

Aku kongsi lawak ni bukan la bermaksud aku atheist. Cuba perhatikan perbezaan fahaman yang dalam lawak tu, dan kemudian analisis sendiri tentang betul salah dalam setiap hal. Pegang teguh pada pegangan masing2, tapi dalam masa sama cuba cabar diri sendiri untuk berfikir dan berdialektik.

Shit

Taoism
Shit happens.
Buddhism
If shit happens, it's not really shit.
Islam
If shit happens, it's the will of Allah.
Protestantism
Shit happens because you don't work hard enough.
Judaism
Why does this shit always happen to us?
Hinduism
This shit happened before.
Catholicism
Shit happens because you're bad.
Hare Krishna
Shit happens rama rama.
T.V. Evangelism
Send more shit.
Atheism
No shit.
Jehova's Witness
Knock knock, shit happens.
Hedonism
There's nothing like a good shit happening.
Christian Science
Shit happens in your mind.
Agnosticism
Maybe shit happens, maybe it doesn't.
Rastafarianism
Let's smoke this shit.
Existentialism
What is shit anyway?
Stoicism
This shit doesn't bother me.

20 June 2011

Old time joke

"Asal dari mana?" sorang customer tanya kat aku.

"Pahang," aku jawab,lurus je.

"Oh, Pahang. Pahang, tak ada nilai!" pakcik tu cakap, muka separuh serius dan separuh nak ketawa.

Aku senyum je. Dalam hati rasa nak lempang je orang tua ni. Tiba-tiba je cari pasal.

"Betulkan Pahang tak ada Nilai? Nilai ada dekat Negeri Sembilan, jalan pergi KLIA tu kan," pak cik tu gelak.

Cilake punya lawak. Hahaha

*Lawak 3 tahun lepas masa aku attach kat retail pharmacy

Belasungkawa

Al Fatihah buat Allahyarham Qayyum, kartunis di MOY Publication yang kembali ke Rahmatullah jam 7:45 malam semalam.

Abang Allahyarham, Halim Shah dulunya cikgu matematik aku kat sekolah menengah. Adik Allahyarham, Cikgu Fauzi pulak kawan ayah aku, mengajar kat satu sekolah (SMK Seri Raub).

Innalillahiwaiinailahirajiun.



19 June 2011

Ambik yang jernih

Aku terjumpa topik forum yang mencetuskan perbincangan perkauman kat Topix. Boleh baca kat sini.


Memang banyak carut maki dalam forum tu. Tapi yang aku publish sini ialah komen2 forumer yang gunakan otak sebaik mungkin masa tulis komen. So hopefully kita dapat sama2 belajar, dan jadi lebih matang.

#no matter what race or religon we still human..pls dont be so narrow minded 

#If you faithful with Allah and as a umat Muhammad or Jesus or Buddha stop this kind of discussions and view others as human and love them as you love yourself, then you can be true Umat of Muhammad or Buddha. 

# Dah la tu benda mcm ni pun nak gadoh ke. mcm budak2. tak kisah la bangsa apa ke, kalau baik tu baik, kalau jahat tu jahat, tak kira la bangsa ke agama apa. last2 mati jugak masuk kubur masa tu dah tak kira la bangsa apa pun. bukannya jadik melayu india cina omputih ke boleh hidup kekal berbanding bangsa lain. so jgn gaduh2. tak semua baik tak semua jahat. 

#hye guys,,,,,
tak nak la gaduh2....
sya baca tak syok la cam ni...bukan nak tunjuk bagus....tapi apa yang kita dapat dari semua ni??? kita sama2 sakit ati, sama2 dendam, sama2 benci satu sama lain... tak elok cam ni... kita semua perlu satu sama lain.... kita tak dapat apa pun melainkan panas ati je kan???? jangan kutuk ngutuk... semua sama... ada kelemhan dan ada kekurangan masing2... thanx....

#Salaam to all... Aku terdetik untuk terus baca forum ni sebab aku ingatkan ada peristiwa yang berlaku di luar negara tapi tak sangka pula ianya cuma satu forum yang dimulakan oleh seseorang untuk melempiaskan perasaan tak puas hatinya terhadap seseorang hingga menyangkut-pautkan isu perkauman. Aku sedih sebab semakin lama aku terus baca komen2 yang ada, semakin teruk pandangan kebanyakan pemberi komen terhadap masing2. Nampaknya pencetus forum ni tidak sedar atau buat2 tak sedar apakah akibatnya dan hanya inginkan kepuasan diri semata-mata. Tapi, apa yang kau orang semua dapat? Adakah dengan ini, dunia akan jadi lebih aman? Adakah peperangan akan berhenti? Adakah penindasan ke atas wanita atau permerdagangan anak2 akan terhenti? Dengan kadar pembangunan yang meningkat setiap tahun, kenapakah sosio moral masyarakat pula yang semakin mundur? If human cannot live among humans, then I guess Darwin's Theory of human evolution is relevant. All of our ancestors are chimps (hominid primates)! Somehow, I feel that this forum is initiated to spark or somewhat ignite this feud over the Net which in turn, could implicate in a more disastrous event which will be beneficial to some party. As far as I remember, NONE of the religions in this world ever taught of hatred, racism, or let alone mockery of any. It's not the skin colour that is of importance in this era, it is your value and your brain.

#abang jangan pandang rendah terhadap seseorang ,awak kalau sembayang betul ,awak tak boleh cakap orang macam itu.kita semua manusia jangan jadi macam makluk lain.tolong hormat satu sama lain.