29 May 2011

Beer, malta, barbican - drink @ not to drink cc: Muslimin Muslimah

Keluar pulak isu pasal beer halal yang tak halal, haha. Umat Islam Melayu ni memang sentiasa bermasalah betul. Poco poco haram, Shiah haram, sekarang malta pulak haram. Benda lain macam fitnah KFC jual ayam tak sembelih, ajar budak2 menyanyi menari dalam Tom Tom bak, akademi fantasia yang dah 10 tahun melalaikan umat Islam tu takde pulak nak difatwakan haram. Sengal ubi betul.

Dalam proses penghasilan beer atau pun arak murah ni,ada beberapa peringkat. Peringkat pertama,penghasilan cecair berkanji daripada barli atau bijirin malt. Cecair ni dogsled sebagai wort (sorry aku x tai perkataan sesuai utk ganti perkataan tu dlm BM). Wort ni dihasilkan dgn mencampurkan air panas kepada bijiran barli atau malt yang telah dihancurkan. Cecair bergula ni kemudiaannya akan ditapis, ditambah dengan perasa yang digelar hops,iaitu sejenis buah yang berasa pahit. Campuran cecair ni kemudiannya akan ditapis untuk mengasingkan sisa bijiran yang tak hancur, dan sisa bijiran yang tak hancur tu akan diperah habis-habisan untuk mendapatkan hasil yang maximum. Untuk menghasilkan beer, akhirnya cecair yang dah diproses ni yang turut digelar sebagai Malta Akan diperam bersama yis. Yis merupakan sejenis microorganism yang boleh menjalankan respirasi dlm keadaan tiada oksigen, dalam keadaan takde oksigen yis akan menghasilkan ethanol sebagai bahan kumuh. Proses pemeraman ini akan mengambil masa antara beberapa minggu hingga beberapa bulan, so sebab tu kalau korang pernah tengok kilang Carlsberg kat Shah Alam tu memang besar gila. untuk memudahkan boleh tengok diagram kat bawah.


Jadi adakah minuman macam Malta dan barbican tu haram? Maka balik kepada proses pengeraman tu sendiri. Kalau korang pernah makan tapai pulut, mesti korang tau tapai tu pun sebenarnya dihasilkan daripada proses pengeraman. Pulut tu jadi manis sebab yis bertindak memecahkan polysaccharide chain dalam karbohidrat kompleks kepada monosaccharide yang lebih ringkas. Tapi kalau air tapai tu berterusan diperam, lama-lama jadi tuak, dan kalau minum boleh mabuk. Tapai halal, tapi tuak haram. Malta pulak macam intermediate daripada penghasilan beer - belum diperam dengan yis, jadi kandungan alkohol dalam malta tu tak setingggi dalam beer. Jadi minuman Malta tu halal la. 

Walau macam mana pun, kat Malaysia yang berangan nak jadi hab halal ni, penguatkuasaan dari segi kualiti makanan ni tak strict macam kat negara kafir laknat macam US tu. Sama ada peratus alkohol dalam Malta dan Barbican yang berada dalam pasaran sekarang ni tak pasti la Jakim ada buat kaijan atau tak, yang diberitahu dalam Berita Harian hari ni katanya kandungan alkohol tu dah cecah 0.5%.  Kalau dalam beer macam Carlsberg, Tiger Beer tu selalunya kandungan alkohol dalam lingkungan 4-6%.

Benda macam ni, bergantung pada masing-masing la. Sebab kalau ikut saintifik, malta ni tak haram. Tapi pada aku pulak, syubhah la benda ni sebab kilang yang buat minuman camni, sure-sure kilang arak jugak. Lagi pun sepanjang proses penghasilan tu tak pasti ada berlaku contamination atau pun tak. Layan la minuman lain, banyak lagi benda lain boleh minum.

28 May 2011

Nrocinu - Keamanan (2008)



Lama tak tulis review album.

Nrocinu merupakan band yang memenangi pertandingan realiti show Rock United yang pernah dianjurkan pada tahun 2007. Setahun kemudian mereka muncul dengan album Keamanan. Band yang membawakan muzik speed metal ni malangnya mendapat publisiti yang kurang meriah daripada stesen radio tempatan yang telah mabuk dengan lagu-lagu Indon. Jadi kebanyakan peminat Nrocinu sama ada mat rock yang pernah menonton dan follow mereka melalui rancangan Rock United, atau pun kawan-kawan dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (tempat di mana anggota kumpulan Nrocinu belajar dulu).

Membawakan muzik yang mempunyai adunan thrash, speed metal dan heavy metal, album Keamanan ni boleh dikatakan sebagai sebuah album yang membanggakan dan mencapai standard kualiti sebagai album rock yang patut dibeli dalam bentuk CD original dan bukannya dimuat turun secara free melalui mediafire, megaupload mahupun rapidshare! Guitar work oleh lead guitar Shah Sidious mengingatkan aku kepada Karl Cromok, malah ada kalau dibandingkan Cromok dan Nrocinu, Cromok (semasa Karl masih jadi gitaris) terkenal dengan solo yang melodic dan mengasyikkan, tapi dalam lagu-lagu mereka unsur thrash metal is heavily pronounced manakala Nrocinu pulak tetap memasukkan unsur permainan solo gitar yang melodic cuma influence dalam lagu mereka bercampur baur dengan elemen muzik metal yang pelbagai. Sebagai contoh, semasa grand finale dalam pertandingan Rock Unite dulu, mereka memainkan lagu Fikirkan Boleh dengan meminjam riff gitar lagu Slayer - Raining Blood.

Terdiri daripada empat pemuzik iaitu Vox, guitar; Shah Sidious - Lead guitar,  Alan – Bass; Zali Deathstroke - Drum, album Keamanan ni diterbitkan oleh Mus May. Memuatkan 13 buah lagu, Pengganas, Langkah Mulaan, Kepuraan, Sarjan Hassan, Pendekar Tangan Berapi, Kenangan di KuiTHO, Luahan, Merdeka, Keliru, Keamanan, The Fandago of Life (instrumental), Tolonglah Aku dan juga Drakula. (sebenarnya lagu Tolonglah Aku dan Drakula tu lagu dari band lain, tah kenapa tah masuk dalam album Nrocinu). Keseluruhan lagu dalam album ni memang boleh layan, tapi track pilihan aku untuk album ni: Kepuraan, Pendekar Tangan Berapi, Luahan, Keamanan dan The Fandago of Life.

Rate: 8.8/10

26 May 2011

Intensive Care Unit

Haih..

Clinical pharmacy ni satu bidang yang seronok - bila clinical knowledge kat fingertips. Memandangkan aku ni sorang yang malas tapi memilih kerjaya yang perlukan sikap rajin yang konsisten, pening2 kepala la jugak sikit skang.
 
Sekarang ni aku dah start rotation kat intensive care unit. Mungkin sesetengah orang tertanya-tanya, ape ke halnya pharmacist buat kat ICU nih. Well, takde ape sangat. Sebab kebanyakan doktor kat ICU memang expert, aku just tolong review sebagai contoh kalau fungsi buah pinggang pesakit terjejas, sesetengah ubat kena dikurangkan sukatan dos jadi tugas aku, untuk kesan kot2 ade masalah macam tu lepas tu bagi tau doktor. Lepas tu kalau ada masalah lain e.g. staff nurse tak sure cara nak dilute ubat, nak pakai dextrose 5% ke atau normal saline ke, atau doktor tanya pasal ape2 maklumat berkait ubat, tugas aku untuk provide info yang tepat pada dorang. Selain tu kalau keadaan pesakit boleh deteriorate disebabkan sesuatu ubat, contoh kalau patient yang diberi vancomycin dan lepas tu renal function patient tu menurun lepas ubat tu diberikan, aku kena beritahu doktor supaya buat ujian kepekatan ubat tu dalam badan pesakit, jadi dos ubat tu boleh disesuaikan dengan pesakit supaya ubat tu dapat beri kesan dan dalam masa yang sama tak merosakkan tubuh badan pesakit. Camtu jela, tak la seberat tugas doktor.

Aku sebenarnya membayangkan kerja kat ICU ni keadaan stress amat. Tapi,kat tempat kerja aku ni la, takde la macam stress sangat. Setakat yang aku tengok takat ni la. Tambahan pulak kat ICU ni, patient pediatrik (budak2) bercampur dengan yang dewasa sebab ICU untuk pediatrik tak cukup katil.

Ada sorang baby kat ICU sekarang ni, terlibat dalam accident. Disebabkan baby tu comel, staff nurse dan specialist yang handle kes baby tu suka sangat acah-acah baby tu. Tu yang jadi ceria tu. Tambah pulak specialist tu perempuan, mulut lak kecoh je. Ade sekali tu baby tu terjaga bila dengar specialist tu borak dengan staff nurse.

"Haiya, dah jaga pun baby ni. Inilah amoi (specialist) masuk sini bising-bising" usik staff nurse.

Lepas tu sekali tu ada patient lain nak dibawak masuk ke ICU, tapi katil dah tak cukup. Specialist pompuan ni pun cakap, mengacah kat baby ni,

"Tengok ni semua staff nurse, jahat betul mereka ni tak mau bagi kamu discharge (keluar ICU). Mentang-mentang kamu comel. Tengok patient dekat bed 9 tu cepat saja keluar, tapi kamu lambat betul mau keluar," Staff nurse yang lain semua gelak.

"Nanti kamu gaduh dengan Dr Y la amoi, kamu memang suka gaduh dengan dia kan," staff nurse merujuk Dr Y, pakar yang nak masukkan patient baru ke dalam ICU.

"Tidak apa itu, saya kenal sama dia sudah 8 tahun,"

"Kamu kenal dia lapan tahun sudah, tapi Dr Y kahwin sudah ada anak, kamu tiada lagi," staff nurse berlawak. Bunyi macam kasar tapi memang cara dorang kat sini berlawak macam ni.

"Cis! Kurang asam betul," Specialist mencebik. Aku yang duk clerk case, review continuation sheet duk tahan gelak dengar dorang berborak macam tu.

Macam tu la, setakat ni. Mungkin ada masa pas ni stress lak keja, mana tau. Tapi at least bergerak sikit otak aku kerja dalam environment clinical ni. Banyak benda baru boleh belajar.

24 May 2011

Mamat Mat Salleh yang benci Lynas dan sayang Malaysia

Aku dah banyak kali membebel pasal orang Pahang ni. Terutama dalam entri ini dan jugak ini. Bukan aku je, Abdullah Jones yang berkote besar pun sinis menyindir orang Pahang, padahal dia sendiri orang Kuantan. Sebabnya? Sebab orang Pahang yang jugak merupakan negeri asal aku tu terlalu pasif dan kurang kesedaran pasal isu-isu sekitar dorang.

Kali ni sekali lagi, pasal cadangan pembinaan kilang Lynas di Pahang. Mamat Australian dalam video bawah ni siap bercakap dalam bahasa Melayu lagi. Harap2 terbuka la hati rakyat Pahang ni untuk sama-sama melawan kuasa kapitalis dan kebodohan ahli-ahli politik kat Pahang nih.

22 May 2011

Tanah runtuh

Tak payah la aku cerita lagi apa yang jadi, dalam berita sejak semalam lagi dah banyak bercerita pasal benda ni. Rumah madrasah anak yatim ditimpa tanah runtuh di Hulu Langat, 16 terkorban.

Bila budak belum baligh mati, anak yatim mati, aku akan sentiasa terfikir (walaupun aku tau jawapan soalan aku tu), kenapa anak-anak kecil ni yang mati. Kenapa tak George W Bush, atau perasuah, pemerintah yang zalim yang mati? Kenapa tak mat rempit, peragut, penyimbah asid, suami isteri yang berzina dengan orang lain tak mati, sedangkan budak-budak tu mungkin dah besar nanti mampu jadi doktor, peguam, jurutera, ustaz atau manusia berguna yang lain.

Jawapannya sebab ajal mereka dah sampai. Ajal manusia yang beriman, yang fasik, yang takbur, yang diktator pun akan sampai juga. Semua orang akan mati. Tapi bila masa tu sampai di luar pengetahuan kita.

It's part of life. Bila berdepan dengan berita macam tu, kita akan sedih. Tapi itulah hidup. Yang hidup akan terus hidup sampai ajal sampai. 

Al fatihah, buat semua umat Islam yang meninggal.

Bilik situasi Rumah Putih



Bilik situasi Rumah Putih, atau pun dalam bahasa Inggeris White House's situation room merupakan sebuah bilik yang berfungsi memberikan informasi terkini (real time information) kepada Presiden Amerika ketika berdepan dengan sesuatu krisis. Sebagai contoh, semasa penaklukan Iraq, masa ribut Katrina dan contoh terbaru semasa Operasi Neptune Spear yang dilaksanakan oeh anggota komando SEAL untuk membunuh Osama bin Laden. Selain tu, sebarang perkembangan berkenaan konflik antarabangsa yang membabitkan kepentingan Amerika turut dipantau di bilik situasi tersebut.

Bilik situasi Rumah Putih ni mulanya diwujudkan atas arahan arwah John F Kennedy semasa penaklukan Bays of Pigs di Cuba pada tahun 1961. Pada masa tu Kennedy mendapati susah dia nak buat keputusan sebab maklumat terkini semasa cubaan penaklukan tu berlaku lambat sampai kepada beliau, jadi dia suruh situation room tu diwujudkan agar dia mendapat akses pada informasi terkini krisis pada masa tu.

Walaupun fungsi utama bilik situasi ni untuk beri maklumat terkini dalam bentuk audio, visual dan juga taklimat kepada Presiden Amerika, tapi bilik situasi ni tetap ada pegawai yang dah ditetapkan untuk monitor setiap perkembangan sepanjang 24 jam. Pegawai yang bertanggungjawab biasanya terdiri daripada pegawai - pegawai perisikan dan ketenteraan, adalah dalam 30 orang pegawai yang in charge atau pun bertanggungjawab terhadap sebarang perkembangan yang diikuti melalui bilik situasi ni.



Berkenaan alat-alat dan teknologi yang digunakan dalam bilik situasi ni, susah la sikit nak tau sebab off course la itu maklumat sulit. Tapi yang pasti mungkin ada world wap, skrin projektor, video conference facilities, dan teknologi satelit. Berdasarkan laporan media Amerika, bilik tu dilengkapi dengan sistem sensor untuk menghalang sebarang komunikasi luar bila mana-mana individu masuk ke dalam bilik tu dengan membawa telefon selular atau PDA. Bilik tu juga dilengkapi dengan sistem kalis bunyi untuk mengelakkan sebarang perbincangan dalam bilik tu terdedah kepada staff-staff di luar bilik tu. 

Adakah Malaysia pun ada jugak? Rasanya secara logik, mana-mana negara pun mesti ada kemudahan teknologi macam ni. Cuma setakat ni yang Malaysia punya takde maklumat, jadi layan je la cerita pasal yang Amerika punya ni.


Actifed


Ubat selesema ni, pernah digunakan oleh kru misi penjelajahan angkasa iaitu semasa misi Apollo 7 dan Apollo 12.

Diformulasi kira-kira 53 tahun lepas, sampai sekarang ni pun Actifed masih digunakan sebagai ubat selsema di hospital, klinik dan farmasi. Formula asal Actifed ialah 60 mg pseudoephedrine dan 2.5 mg triprolidine. Pseudoephedrine bertindak sebagai pelega hidung tersumbat dengan cara merangsang pengeluaran noradrenaline yang mengecutkan salur darah dalam hidung so that mengurangkan jumlah histamine, sejenis bahan kimia yang bertenggungjawab dalam penghasilan hingus. Pseudoephedrine jugak bertindak sebagai stimulant untuk elakkan mengantuk, triprolidine pulak anti histamine yang menghalang histamine bertindak pada receptor dan seterusnya mengurangkan pengeluaran hingus. Secara teori, Actifed sepatutnya tak mengantuk tapi hakikatnya, memang mengantuk kalau makan ubat tu.

Memandangkan pseudoephedrine merupakan sejenis bahan kimia yang boleh dijadikan precursor untuk menghasilkan methamphetamine, maka sesetengah pengeluar Actifed sekarang dah gantikan pseudoephedrine dengan phenylephrine dan chlorpheniramine dalam produk mereka. Tapi kebanyakan pengguna komplen, new formulation ni tak berapa berkesan. Kat Malaysia pulak nampaknya dah bercampur, kat hospital masih pakai formulasi lama tapi kat retail farmasi dah ada yang jual formulasi yang baru.

Actifed tak digalakkan untuk diberi kepada penghidap darah tinggi, ulser perut, glaucoma, masalah buah pinggang atau hati, dan juga ibu mengandung. Boleh diambil sama ada sebelum atau selepas makan.

Heckler & Koch HK416


Dorang cakap, raifal ni yang digunakan oleh anggota SEAL Team 6 masa menembak mati Osama bin Laden. Dorang yang cakap la..

Kalau tengok sekali imbas macam M4 carbine, tapi laras muncung HK416 ni panjang sikit. Peluru 5.56x45 NATO, berupaya menembak 700-900 butir peluru dalam seminit, berat pulak di antara 2.95 kg - 3.6 kg (bergantung kepada aksesori yang di pasang).

HK416 turut di gunakan oleh Pasukan Khas Laut, element komando dalam Tentera Laut Diraja Malaysia.

21 May 2011

Scene muzik sekarang..



Pada aku la, kugiran,komposer, penulis lirik ni sama jugak dengan bidang-bidang seni yang lain macam penyair, penyajak, penulis novel.. Kalau ada penulis novel yang berjaya dalam sesuatu niche - macam Stephen King, John Grisham, Paramoedya Ananta Toer, Shahnon Ahmad, begitu jugak pemain muzik yang bergiat dalam muzik. Orang yang membaca novel Shahnon Ahmad akan kenal dengan duri nibung, sungai, sawah, kemarau, ikan puyu, ikan keli, sebab Shahnon Ahmad menjadikan novel tulisan beliau sebagai platform untuk melukis dan merakamkan kehidupan kampung yang pernah beliau lalui, yang kemudian disampaikan kepada orang lain yang tak pernah melalui hidup macam dia.

Scene rock zaman 80-an dan awal 90-an dulu ada pemuzik yang berjaya merakamkan sejarah yang kemudian terpulang kepada pendengar sekarang untuk mencari cerita di sebalik muzik mereka. Sebagai contoh, Nasir Jani menulis lirik lagu Romania, yang berkisar tentang kebangkitan rakyat Romania menentang penindasan sekitar tahun 1990 (lagu tersebut dirakamkan oleh kumpulan Wings dan dimuatkan dalam album Teori Domino), kumpulan Black Metal As Sahar yang menulis lagu-lagu macam Fandeyian Okultika Hymnology yang menceritakan pembunuh kejam Mona Fandey, Sil Khannaz pulak membawakan lagu Merong Mahawangsa, adaptasi skrip klasik Hikayat Merong Mahawangsa yang jauh lebih tepat berbanding filem terbitan KRU. Lagu-lagu mereka ni walaupun dah berusia belasan tahun, tapi disebabkan kandungan lirik lagu dorang berkisar tentang sejarah - lagu-lagu macam ni sekurang-kurangnya dapat menjentik minda pendengar untuk mengkaji kisah di sebalik lirik, dan hopefully dapat belajar sesuatu.

Bila di tanya pasal scene muzik sekarang - dah tentu la Hujan, Ana Raffali, Mentor, konsert Sure Heboh, Akademi Fantasia dan jugak Justin Bieber. Scene underground sekarang tak tau apa cerita, nampak macam dah slow. Mainstream pulak kalau diumpamakan dengan scene filem tempatan, tak ubah macam sebuah industri yang dipenuhi dengan 'karya' Razak Mohaideen dan David Teoh.

Scene muzik tempatan telah dimandulkan inteleknya.

Teknik bercantum badan

Kalau korang generasi Y, rasanya ada kemungkinan pada zaman penghujung sekolah rendah atau pun zaman awal sekolah menengah (kalau korang tak duduk kat hostel time sekolah menengah) korang akan layan siri animasi Dragon Ball kat TV2. Dan selalunya kalau korang layan kat tv, mesti korang beli, pinjam atau pun curi komik Dragon Ball untuk baca cerita Son Goku dan pencarian tujuh bola mutiara naga. Bagi siapa2 yang mungkin tak pernah baca komik Dragon Ball nih, ringkasannya - komik ni memang best. Hahaha. Pergi la google sendiri ape iu Dragon Ball, aku bukan nak cerita pasal dragon ball sangat pun.

Bagi yang pernah follow komik ni, pasti korang hafal story line manga nih. Kita jump kepada bab di mana dunia dalam keadaan huru-hara disebabkan Majin Buu. Majin Buu merupakan seekor makhluk pelik yang comel, tapi mempunyai reputasi yang menggerunkan. Majin Buu mampu menukarkan musuh-musuhnya menjadi makanan macam coklat, biskut, gula-gula dan sebagainya. Dah la ada magik power, lepas tu endurance & kemampuan untuk berlawan pulak tinggi. Kesimpulannya, Majin Buu sangat hebat! Kehebatan Majin Buu menyebabkan Bezita mengambil langkah nekad meletupkan diri sendiri, tapi Majin Buu tak mati jugak. Sampai la akhirnya penulis siri Dragon Ball ni terpaksa mencipta satu teknik untuk membolehkan hero-hero Dragon Ball iaitu Son Goku dan Bezita (ok, Bezita dah mati, Son Goku pun dah mati sebenarnya, tapi disebabkan dorang berjaya mendapat restu dewa ape entah aku lupa dah nama, mereka hidup balik untuk melawan Majin Buu) untuk melawan Majin Buu. Teknik tu dinamakan teknik bercantum badan.

 Bukan teknik bercantum badan macam ni la...

Ini Goku dan Bezita

ini gabungan Son Goku dan Bezita = Bezict

Melalui teknik bercantum badan tu, Son Goku dan Bezita bergabung membentuk satu jasad yang dinamakan Super Bezict. Super Bezict merupakan jasad yang sangat hebat dan mampu menandingi kekuatan Majin Buu. Dan akhirnya bla bla bla hero menang, Majin Buu kalah. Ends.

Dalam komik Dragon Ball ni, dua orang pendekar bergabung membentuk seorang akan menghasilkan seorang individu yang berkuasa dan lebih handal dalam bab beradu tenaga. Kebetulan pulak aku terbaca Harakah dan jugak Berita Harian, berkenaan kemungkinan Bank Islam dan Bank Muamalat. Takde angin takde ribut, tiba-tiba dua bank ni nak bergabung. Tapi untuk laymen consumer macam aku mungkin ribut tu tak sampai, di kalangan bankers mungkin dah lama cerita pasal penggabungan bank. Ape hal pulak nak bergabung-gabung ni? Yang pasti bukannya untuk melawan Majin Buu. Jadi untuk apa kedua-dua bank yang mengamalkan sistem perbankan Islam ni bergabung, adakah ini satu rancangan umat Islam untuk bangkit menentang empayar perbankan Baron Rothschild yang keji dan berasaskan riba? LOL.

Sekadar melihat sepintas lalu kepada sejarah perbankan negara, penggabungan bank merupakan salah satu kaedah untuk bailout bank yang dah nazak dan bankrup, dan jugak untuk menutup jejak-jejak penyelewengan dalam syarikat. Sebagai kajian kes, aku nak bercerita sikit tentang skandal Bumiputra Malaysia Finance sekitar tahun awal 80-an. Skandal Bumiputra Finance ni merupakan antara skandal yang terburuk dalam sejarah Malaysia, malah melibatkan pembunuhan Jalil Ibrahim, juruaudit yang menyiasat skandal ni.

Bank Bumiputra yang ditubuhkan pada tahun 1965 awalnya bertujuan untuk membantu golongan bumiputera, khususnya petani dan nelayan di kampung untuk membuat pinjaman bank, di samping mendekatkan kaum bumiputera ni dengan institusi perbankan. Macam biasa, makin lama makin berkembang perniagaan sampai la Bank Bumiputra ni menjadi antara bank perdagangan yang terbesar di Malaysia. Bila dah besar perniagaan, tentu la ada anak syarikat. Salah satu anak syarikat Bank Bumiputra ialah Bumiputra Malaysia Finance. 

Sekitar tahun 80-an, media masa di Hong Kong (newspaper, journal) mendedahkan Bumiputra Malaysia Finance terlibat dalam membekalkan sejumlah pinjaman yang besar kepada Carrian Group, sebuah rangkaian syarikat yang dimiliki oleh seorang engineer bernama George Tan. Ape yang Carrian Group ni buat? Carrian Group ni pinjam sampai US$800 juta daripada Bumiputra Finance, dan kemudian gunakan duit yang dia dapat daripada Bumiputra Finance untuk bukak beratus-ratus syarikat - tapi akhirnya bankrap, dan lepas tu Bumiputra Finance tak dapat nak recover balik pinjaman yang dah diberi. Jadi - apa pendapat korang: tahun 80-an, US$800 juta, Bank bumiputra dan bagi pinjam (bukan pinjam dah ni bagi terus dah) pada orang Cina? Tak ke rasa macam sial je bunyi kan? Hahaha

Sebenarnya, keadaannya macam ni. Pada tahun 1980-an dan akhir 1970-an, Petronas menggunakan akaun Bank Bumiputra untuk simpan hasil untung penjualan petroleum. Lepas tu, setiap bulan - Petronas akan masukkan RM 50 juta ke dalam akaun Bank Bumiputra hasil daripada penjualan petroleum. Bank Bumiputra dah sakit kepala - apa dia orang nak buat dengan duit yang banyak ni, tiap2 bulan Petronas masuk RM 50 juta, setahun dah RM600 juta. Macam mana nak dilaburkan duit ni, nak bagi pinjam pada siapa? Sistem ekonomi kapitalis ni macam ni. Kalau Petronas simpan duit dalam Bank Bumiputra, Bank Bumiputra kena bayar interest kepada Petronas tiap-tiap bulan. Jadi kalau duit yang disimpan Petronas tu tak digunakan untuk melabur dan untuk membuat untung - bankrap la bank sebab nak cari mana duit nak bayar faedah tu kalau tak dilabur duit yang orang dah bank in. Jadi gerombolan eksekutif Bumiputra Finance masa tu kemudiannya membuat keputusan bodoh - dorang bagi kat George Tan tu pinjaman sampai berbilion-bilion, dengan harapan George Tan tu akan bayar balik pinjaman sekali dengan faedah.

Malangnya, pemberian pinjaman kepada George Tan tu tak terkawal dan berterusan. Nak bagi pinjam pun agak2 la kan, ini bagi semua macam nak bagi terus. Dan lebih mengejutkan lagi, dana pemberian pinjaman tu bukannya melalui modal yang diberi oleh Bank Bumiputra kepada Bumiputra Finance, sebaliknya dirembat terus daripada reserve Bank Bumiputra daripada Malaysia, habis dengan duit simpanan yang Petronas simpan tiap-tiap bulan tu. Haish, aku tak tau nak kata apa la. Nak kata geng2 pengurusan Bank Bumiputra & Bumiputra Finance tu bodo kang, diorang tu orang tua. Tapi itu la yang terjadi.

Kemudian, Allahyarham Jalil Ibrahim ditakdirkan bertugas di Bumiputra Finance yang ada cawangan di Hong Kong. Dia pelik, macam aku dan korang jugak la pelik dengan cara pemberian pinjaman yang melampau. Dia cuba nak siasat, dan akhirnya mayat dia ditemui kat kawasan kebun pisang di outskirt bandar Hong Kong.

Akhirnya, Petronas yang kaya raya dengan duit hasil jualan petroleum diarahkan untuk membeli Bank Bumiputra yang nazak. Dah la bank tu songlap bagi rugi duit yang Petronas duk simpan tiap-tiap bulan, disuruhnya Petronas tu beli pulak Bank Bumiputra. Kalau aku la pengerusi Petronas time tu, rasa memang nak lempang je sekor2 pengurus Bank Bumiputra masa tu. Tapi duit tu, bukan duit Bank Bumiputra pun. Duit tu duit hasil untung jual minyak oleh Petronas. Petronas carigali minyak kat Malaysia, dekat Sarawak, dekat Terengganu. Jadi soalan cepu emas - duit siapakah yang burn sampai berbilion-bilion tu? Jeng jeng jeng..Hahaha. Dah tentulah duit rakyat Terengganu dan rakyat Sarawak, tapi dorang sokong jugak BN. Hhahaha gila babi kelakar pulak cerita ni :D Tapi kalau nak bagi sedap hati sikit, tu semua duit rakyat Malaysia la - akibat salah urus, habis burn sampai bilion-bilion.

Selepas Petronas ambik alih Bank Bumiputra, maka Bank Bumiputra terus menerus dirogol. Tsk3. Dulu kena jual kat tauke Cina, la ni Melayu sendiri pulak yang rogol. Akta Kerahsiaan Perbankan menyatakan identiti perogol-perogol ni, atau pun peminjam-peminjam ni tak boleh didedahkan. Tapi berdasarkan rekod (bocor jugak, haha), peminjam terbesar ialah daripada parti UMNO - RM 300 juta pinjam, tapi habuk satu sen pun tak bayar balik. Maka berterusan la Bank Bumiputra berada dalam kerugian.

Last sekali, akhirnya Bank Bumiputra digabungkan, macam cerita Dragon Ball tadi, dengan Bank of Commerce. Bank of Commerce tu pulak bank UMNO, selesai la cerita. Jadi la Bumiputra Commerce, dan akhirnya yang terbaru sekarang ni CIMB. Bila bergabung dan jadi satu bank baru, maka akaun-akaun, rekod-rekod transaksi lama pun settle la. Bukak buku akaun baru - bersih, suci dan perawan. Habis la sekali dengan rekod-rekod yang mungkin boleh digunakan untuk menangkap orang2 yang menyeleweng dan menyebabkan kematian Allahyarham Jalil Ibrahim pun habis padam semua. 

Jadi begitulah kisahnya, sikit je cerita pasal penggabungan bank ni. Bila keluar cerita bab Bank Islam dan Bank Muamalat nak bergabung, tu yang aku teringat cerita Dragon Ball dan Bumiputra Finance nih. Keh keh keh.

Sebagai orang Muslim, jadi aku rasa let the past be the past. Malah aku sekarang pun masuk gaji pakai bank CIMB jugak - CIMB Islamic. Lol.

19 May 2011

nak naik, naiklah!



"Kalau minyak mau naik, naik saja la, apa mau kisah," Ah Kiat (bukan nama sebenar) bercakap dengan sinis.

"Government tiap2 5 tahun baru boleh tukar masa election. Tapi tiap-tiap kali election pun pilih orang yang salah,"

"Jadi kalau tanya sama saya amacam sekarang minyak naik, saya cakap naik saja la, mau naik sampai RM 10 satu liter pun tarak hal lo. Apa lu boleh bikin, minyak naik pun mau kena beli jugak,"

Aku tergelak sorang.

18 May 2011

Sufisme

Aku pernah terbaca, Allahyarham Loloq dulu pernah belajar tarikat. Suka membaca. Sebab tu la lirik-lirik tulisan dia kebanyakannya high impact lirik.

Tabiat Loloq yang suka membaca tu - aku cuba nak ikut,malah dah ada 6 buku on board untuk ulasan aku. Yang pasal belajar tarikat tu - takde cikgu pulak nak ajar.

Jalaludin Rumi, M Nasir, Loloq, Robert Fisk, Mahathir, Lee Kuan Yew, Ustaz Asri - escapism aku daripada dunia kerja yang meletihkan. (patutnya aku banyakkan baca Di Piro, berlatih lagi Michaelis Menten equation, pathophysiology, clinical progress, ahh..sialan sungguh kerja yang jadi mata pencarian aku sekarang!).

Kita menari bukan sebarang tarian
Asalnya dari tanah orang-orang pilihan
Bila terdengar masnawi ciptaan maulana
Ku bunuh nafsu lebur rantainya dari badan

Hingga hilang bangga diri
Berani hidup berani mati
Bagai musafir bertemu janji
Ini Darwis sudah gila berahi

Kita tak rindu pada siasah dunia
Perangkapnya membuat manusia hampa
Untuk bertemu impian bukan percuma
Mengorbankan yang tersangat kita cinta

Bagai Yunus dimakan paus
Ibrahim tak makan api
Bertemu kekasih di malam kudus
Luka di badan tak terasa lagi
Pukullah rebana jantungku bersyairlah maulana
Aku mabuk hakiki mendengar suaramu

Sayang... pada mereka yang tak mengerti
Sayang... pada hati tertutup mati
Bagai sangkar tanpa penghuni
Burung berharga terlepas lari

Rindu (ya maulana)
Kembali bertemu (ya maulana)
Hatiku merindukan pemiliknya (ya maulana)
Rindu (ya maulana)
Kembali bersatu (ya maulana)
Kembali bersatu dengan yang dikasihi

Rindu (ya maulana)
Kembali bertemu (ya maulana)
Hatiku merindukan pemiliknya (ya maulana)
Rindu (ya maulana)
Kembali bersatu (ya maulana)
Kembali bersatu dengan kekasih

May, 13: On Trial

42 tahun dulu pernah berlaku peristiwa hitam pada tarikh yang sama - pergaduhan antara kaum pasca pilihan raya umum. Mungkin lebih tepat pergaduhan Melayu dan Cina di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.


Aku sendiri lahir selepas 18 tahun peristiwa tu berlaku. Masa sekolah tak ditekankan sangat tentang perkara tu dalam buku teks Sejarah. Yang ada cuma setakat cerita daripada cikgu, orang tua, dan jugak bahan bacaan lain daripada internet. Bercerita tentang sejarah, tentang perkara yang terjadi pada masa lampau merupakan beban yang berat sebab pertama sekali kita tak hidup pada zaman tu, kita tak berada dalam suasana yang sebenar. Kalau pun kita berada dalam masa kejadian tu terjadi, persepsi dan cerita kita tetap terbatas pada tahap superficial, sebab mungkin ada fakta lain yang kita tak dapat. Sebagai contoh, kalau satu hari nanti anak cucu korang tanya, betul ke Anwar Ibrahim liwat Saiful Bukhari, dapat ke korang nak bagi jawapan "ya" atau "tak" dengan sesenangnya? Aku rasa tak. Sejarah, kisah sejarah, pulak terlepas daripada unsur bias, unsur mitos, unsur khabar angin. Walau macam mana pun, aku rasa ada baiknya kalau kita sama-sama berkongsi tentang sejarah ni, abaikan je ketepatan fakta - fakta sampingan, sebaiknya tumpukan kepada perkara pokok iaitu pengajaran daripada peristiwa ni.


1969 merupakan pilihanraya umum kali kedua untuk negara Malaysia, sejak Malaysia ditubuhkan pada 1963. Pada masa tu British melepaskan hak pentadbiran kepada rakyat Malaysia - yang terdiri daripada pelbagai kaum, hasil dasar percaturan British semasa Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak berada di bawah naungan British. Sejumlah besar kaum Cina dan India yang masuk ke Tanah Melayu kemudiannya menjadi warganegara, diberikan hak yang hampir sama dengan orang Bumiputera. Keadaan sosial dan politik pada tahun 1960-an dah tentulah berbeza dengan zaman sekarang, dan aku memang pasti semangat kemelayuan, kecinaan, keindiaan jauh lebih tebal pada masa tu berbanding zaman sekarang. Sikap perkauman yang tebal, ditambah dengan pengagihan kekayaan negara yang tak meliputi semua rakyat atau lebih tepat tertumpu pada sekelompok kaum dan orang-orang tertentu, kalau menurut pendapat sesetengah sejarawan keadaan tu la yang menimbulkan ketegangan hubungan antara kaum. Cuma pada aku, "ketegangan hubungan" tu mustahil la melibatkan semua. Sebagai contoh, orang Melayu miskin mungkin akan cemburu dengan tauke Cina yang kaya, tapi adakah orang Melayu miskin akan turut cemburu dan benci terhadap orang Cina lain yang turut hidup dalam kemiskinan? 


Pada 10 Mei 1969 pilihan raya berlangsung. Tetapi pada masa waktu berkempen sebelum tu, isu yang melibatkan perkauman dijadikan modal semasa berkempen. Hal berkaitan Malaysian Malaysia, berkait dengan isu Melayu dimainkan oleh parti-parti politik. Bila membabitkan isu perkauman, isu hak sama rata dan penghapusan hak bumi Bumiputera dimainkan, rakyat pada masa tu yang masih belum berfikiran terbuka akan mudah merasa baran dan marah. Beberapa insiden pembunuhan dilaporkan berlaku membabitkan ahli Umno dan juga Parti Buruh Malaya semasa kempen berlangsung, tapi pilihanraya tetap berlangsung dan akhirnya Parti Perikatan tetap menang, walaupun mengalami kemerosotan bilangan kerusi yang dimenangi. 12 Mei, berlaku perarakan besar-besaran oleh komuniti Cina daripada parti DAP dan Gerakan yang bersifat menghina orang Melayu, yang kemudian dibalas semula oleh orang Melayu UMNO keesokan harinya yang mencetuskan rusuhan yang dikenali sebagai rusuhan 13 Mei 1969.


Rusuhan kaum ni cuma melibatkan Kuala Lumpur dan Selangor. Ada juga laporan yang melaporkan beberapa insiden berlaku di Kedah dan Pulau Pinang tapi yang jelas bukanlah melibatkan seluruh negara. Ada beberapa faktor la yang menyebabkan rusuhan ni cuma berlaku secara localized. Pertama, komunikasi pada zaman tu tak sehebat zaman sekarang yang ada twitter, facebook, youtube dan sebagainya. Cuma ada telefon, telegram, tv. Penyampaian maklumat yang terbatas mungkin menyebabkan cerita pasal rusuhan ni tak tersebar meluas dengan pantas, dan sekiranya tersebar sekali pun tak melibatkan dengan penyebaran provokasi dan elemen hasutan yang boleh menaikkan darah orang. Kedua, populasi kaum pada zaman tu, aku tak ada fakta pasal taburan populasi kaum pada zaman tu macam mana tapi yang pasti mungkin tak meluas macam sekarang. Kalau di bandar besar mungkin Cina ramai, macam kat Kuala Lumpur tapi pada zaman tu kalau kat Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Perlis - mungkin tak populasi kaum Cina dan Melayu tak seramai macam sekarang kat kawasan2 tu. Kebiasaannya makin ramai orang, makin senang nak buat kacau. Kalau dah sikit-sikit, tinggal dekat2 dan banyak urusan melibatkan satu sama lain, takkan nak berparang jugak. Dan ketiga, pendapat yang kontroversi, peristiwa 13 Mei tercetus akibat rancangan huru-hara yang tak lebih setakat untuk membunuh karier politik pihak tertentu. Lepas 13 Mei 1969, Majlis Gerakan Negara dibentuk. Yang jadi Pengarah ialah Tun Abdul Razak. Kenapa tak lantik Tunku Abdul Rahman, bukan ke dia Perdana Menteri pada masa tu?


Walau apa pun sebabnya, kejadian-kejadian yang dilaporkan, sama ada fakta atau auta pada masa tu memang amat mengerikan. Kisah perempuan Melayu yang mengandung kena toreh perut sampai keluar janin, cerita pasal orang Melayu kena bunuh ramai-ramai dengan samseng Cina dalam panggung wayang, pasal orang Cina kena pancung dengan parang terbang, pasal orang Melayu kena bunuh pastu siap kena tuang cat merah atas mayat dia. Cerita - cerita menakutkan. Malah dalam keadaan huru hara tu, ada tuduhan terhadap pihak tentera yang terdiri daripada Rejimen Askar Melayu bertindak bias malah buat naya kat orang Cina. Cerita-cerita ni - sama ada betul atau tak, dah jadi tak penting. Waktu kacau bilau macam tu, huru hara terjadi dan orang berbunuhan sesama sendiri. Tak ada mangsa dan penjahat, setiap orang dah masuk syaitan dalam badan dan mendorong dorang buat perkara yang tak sepatutnya. Kalau betul pun setiap apa yang berlaku - takde ape yang boleh dibuat.


Dalam masa yang sama dalam politik, ada yang dapat laba daripada kejadian ni. Dr Mahathir yang lantang bersuara pasal orang Melayu, semenjak Singapura dalam Malaysia lagi, kemudian jadi hero Melayu selepas 13 Mei. Dr Mahathir menghantar surat terbuka kepada Tunku Abdul Rahman yang mengkritik kegagalan Tunku dalam menaikkan taraf hidup orang Melayu selepas merdeka, disamping mengatakan Tunku pro Cina. Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri Kedua, selepas Tunku Abdul Rahman "bersara" atau mungkin sedikit keras, meletakkan jawatan pada tahun 1970. 


Apa yang aku belajar dari peristiwa ni? Kalau korang nak bercakap pasal kesaksamaan kaum, pembahagian kekayaan negara secara sama rata, atau polisi pecah dan perintah - mungkin perkara tu betul, tapi pada aku itu sangat superficial dan bullshit, walaupun betul. Kesaksamaan kaum, selagi kita mengenal sesama sendiri dengan perbezaan Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban, kita takkan dapat sentiasa saksama. Pergi lihat ke Indonesia, tak kira anda Jawa, Mendailing, Bugis, Cina, Pan Asia - semua pakai nama yang beridentitikan Indonesia, bertutur dalam bahasa Indonesia, mengaku diri sebagai orang Indonesia. Pembahagian harta secara sama rata, tengok USSR yang runtuh walaupun guna sistem komunis. Polisi pecah dan perintah, memang wujud malah masih menghantui kita sampai hari ni, parti-parti politik semuanya berdasarkan kaum. Dan takde sape nak betulkan keadaan sebab keadaan macam ni mungkin dikira menguntungkan buat sesetengah golongan yang berfikir guna kepala takuk. Paling penting daripada peristiwa ni - jaga emosi. Sebab emosi lah yang mendorong semua orang naik gila, malah mungkin sampai satu tahap jadi zombie lalu memudahkan diri dimanipulasi dengan provokasi. Pemikiran rasional perkara paling asas untuk memastikan keharmonian. 








15 May 2011

Beruk

Cerpen bertajuk Beruk, tulisan Haji Azizi Abdullah. Aku saje publish - sempena Hari Guru esok.

Pukul lapan tiga puluh minit masing-masing masuk bertugas. Cikgu Sunan masuk ke dalam darjahnya, darjah lima. Ketua darjah melaung kuat suruh murid-murid bangun. Masing-masing bangun, tapi sama seperti berbaris tadi. Malas. Cikgu Sunan tidak ambil pusing hal itu.

Separuh masa sudah berlalu. Cikgu Sunan membuat soalan kira-kira yang lain. Tiba-tiba seorang murid masuk senyap-senyap dan duduk di bangku paling belakang. Dia terlewat datang. Cikgu Sunan sedar. Dia memerhati murid itu dengan pandangan tajam, sehingga mata murid itu tidak kuasa menentangnya.

Semakin lama Cikgu Sunan memerhati, murid itu mulai gelisah. Dia pura-pura mencari sesuatu di dalam mejanya. Menggaru-garu betis yang basah dengan air embun. “Alias! Mari sini!” Cikgu Sunan memanggil murid yang datang lambat itu dengan bengis.

Murid yang bernama Alias itu bangun lambat-lambat, kemudian melangkah perlahan-lahan ke depan. Dia tahu, sebentar lagi dia pasti akan menerima habuan. Dan kawan-kawan yang lain pun sudah menduga yang Alias akan menerima habuan. Begitu selalunya.

“Berdiri di situ!” perintah Cikgu Sunan sambil jari tunjuknya menunjuk ke tepi meja tulis. Dia kembali menulis soalan-soalan di papan hitam. Alias berdiri di tepi meja dengan hati yang berdetap-detap. Bimbang. Takut. Gentar. Dia tidak dapat menduga apakah hukuman yang akan dijatuhkan oleh Cikgunya nanti akibat dia datang lambat.

Tapi kali ini dia bercadang, dia akan berterus terang saja. Dia akan bercakap benar walaupun tidak diterima oleh Cikgu Sunan.

“Mari dekat sini, Lias!” perintah Cikgu Sunan apabila dia selesai menulis soalan. Punggungnya yang lebar itu dihentak ke kerusi. Murid  yang bernama Alias ini mendekat sedikit. Dia cuma memakai seluar dan baju tanpa dua biji butang bawah. Rambutnya tidak disikat. Berkaki ayam. Betisnya bercalar-calar diguris oleh duri lorong denai yang dilaluinya.

Cikgu Sunan memerhati dari atas ke bawah. Jijik sekali. Rupa bentuk dan pakaian muridnya ini sungguh-sungguh tidak berbeza sejak darjah empat dulu lagi. Alias tidak berani memanggung kepala apabila Cikgu Sunan memerhatinya tanpa berkata sepatah pun. Kaki kanannya menenyeh-nenyeh kaki kiri. Gatal. Jarinya memintal-mintal kaki seluarnya yang lusuh itu.

“Kenapa kau datang lambat?” Akhirnya Cikgu Sunan bersuara. Alias tidak menjawab. Dia tahu walau bagaimana benar sekalipun jawapannya, dia akan kena habuan juga. Dia tahu hukuman yang akan dijatuhkan kepadanya bukanlah berdasarkan sebab-sebab sama ada rumahnya jauh atau aral yang lain. Tapi kerana dia datang lambat.

“Hei beruk! Saya tanya kenapa kau datang lambat?” Cikgu Sunan hampir-hampir memekik.

Alias diam. Dia masih tunduk juga. Panggilan “beruk” kepadanya bukanlah sekali itu sahaja dan bukan sekadar cikgu Sunan seorang. Di sekolah dia sudah masyhur dengan panggilan “beruk” sebab dia membela seekor beruk.

“Pandang sini!” sergah Cikgu Sunan sambil mengangkat dagu Alias dengan pembaris panjang. Alias memanggung kepala. “Saya tanya kepada kau datang lambat?”

Dengan suara tergagap-gagap bercampur takut, Alias menjawab, “Beruk… beruk saya putus rantai, cikgu!”.

“Haaa, kalau dah putus apa yang kau buat?”. Cikgu Sunan bertanya keras. Memang dia tidak pernah beri muka kepada murid-muridnya.

“Saya cari, cikgu!”.

“Dah jumpa?”.

Alias angguk. Tersenyum.

“Sebab itu kau datang lambat?”

Angguk juga.

”Kau lebih pentingkan beruk daripada sekolah ya? Sebab tu kau pun macam beruk”. Cikgu Sunan berleter. Muka Alias dipandang dengan jijik.

“Saya sayangkan beruk saya cikgu. Dia kawan baik saya!” kata Alias dengan jujur.

Marah Cikgu Sunan naik meluap. Jawapan Alias itu sungguh menyakitkan hatinya. Dia menggaru-garu. Tubuh kurus Alias dipandangnya, bagai seekor semut.

“Kau nak main-mainkan saya, ya?” Cikgu Sunan menahan marah. Matanya bersinar-sinar.

“Tidak cikgu, saya…”

“Sudahlah!” Tiba-tiba Cikgu Sunan menempik, Serentak dengan itu satu penampar kuat hinggap di telinga kanan Alias. Alias terhuyung-hayang. Tapi tidak mengangis. Telinganya terasa bengang. Pendengarannya berdengung. Mukanya merah.
      
Dengan langkah yang lesu dia kembali duduk di kerusi. Kawan-kawan diam membisu. Masing-masing menumpukan perhatian kepadanya.

“Cuba kamu tengok beruk tu! Tak malu. Malas! Kamu semua jangan jadi beruk macam dia!” Cikgu Sunan bersyarah kepada murid-muridnya yang lain. Murid-muridnya diam membisu. Sekali-sekala mereka berpaling melihat Alias yang malang itu. Tapi pada Alias macam tidak ada apa-apa yang terjadi. Kalau tadi dia asyik tunduk, kali ini dia memanggung mukanya dan berwajah tenang. Begitu pun di kelopak matanya ada air yang bertakung.

Tiga hari sesudah itu Alias tidak datang ke sekolah. Daripada desas desus murid-murid yang lain, Cikgu Sunan mendapat tahu Alias sudah berhenti. Dengan tiba-tiba, dada Cikgu Sunan diserkup sayu. Sedih dan kasihan. Dia terasa macam ada suatu dosa yang telah dilakukannya terhadap Alias.

Beberapa ketika dia termenung. Dia tahu perbuatannya salah dari segi undang-undang. Tapi hari itu dia sungguh tidak tahan. Alias telah ponteng bukan sekali dua. Apabila ditanya cuma beruknya saja yang menjadi alasan. Mana hati tidak geram. Tapi apabila dia mendapat tahu bahawa Alias berhenti, perasaan hibanya tidak dapat dikawal lagi. Dia berasa tanggungjawabnya pula untuk menarik Alias supaya belajar semula hingga tamat. Dia menyesal.

Tengah hari itu Cikgu Sunan tidak terus pulang ke rumahnya. Selepas bertugas dia meminjam basikal seorang muridnya dan terus pergi ke rumah Alias yang terletak sejauh empat kilometer itu. Dia tidak memberitahu guru besar. Biarlah hal itu dia selesai sendiri.
 
Untuk sampai ke rumah Alias, Cikgu Sunan terpaksa melalui lorong sempit yang boleh dikatakan denai. Di kiri kanan  lorong itu banyak pokok “keman malu” dan senduduk. Berlopak-lopak. Tidak ada orang lalu-lalang.

Kampung tempat tinggal Alias sangat-sangat terpencil. Sekali-sekala terlintas juga di hati Cikgu Sunan, bahawa memang patut Alias tidak datang selalu ke sekolah. Kalau dia sendiri pun jadi Alias dia tentu tidak datang ke sekolah. Sekali lagi perasaan menyesal menumbuk di hatinya kerana perbuatannya itu tidak diselidik lebih dulu. Akhirnya sampai juga Cikgu Sunan. Dia terpaksa menyeberangi sebatang titi melintasi sebuah parit yang selebar tiga meter.

Alias tidak ada. Berkali-kali Cikgu Sunan memanggil, tapi senyap saja. Tiba-tiba seorang tua menjenguk dari lubang tingkap. Orang tua itu menjemput Cikgu Sunan naik. Cikgu Sunan menolak perlawaan itu, tapi berkali-kali pula orang tua itu menjemputnya. Akhirnya Cikgu Sunan mengalah apabila orang tua itu memberitahu yang dirinya lumpuh, tidak dapat turun.

Sekali lagi rasa sebak menyerang dada Cikgu Sunan. Rupa-rupanya kesulitan Alias berbagai-bagai jenis. Terasa mahu dikerat tangannya yang ganas itu.

“Alias ke mana mak cik?” tanya Cikgu Sunan.

“Entah, dia turun dari rumah tadi pukul sepuluh. Katanya dia nak petik buah kelapa di hujung kampung”.

“Dia panjat pokok kelapa?”

“Takkk, dengan beruknya tulah. Itulah pencariannya sejak mak cik lumpuh,” terang ibu Alias dengan hiba. Di atas alang rumah itu terdapat buku-buku Alias. Dindingnya tembus di sana sini. Tidak ada apa yang boleh dinamakan perhiasan. Cuma satu cermin bulat sebesar tempurung jantan.

“Dah lama mak cik lumpuh?” tanyanya.

“Dah hampir setahun,” terang orang tua itu lagi.

Cikgu Sunan yang duduk di muka pintu sahaja itu mengangguk-angguk. Rasa simpati kepada Alias semakin tebal.

“Saya datang ni nak tau. Mengapa Alias tak ke sekolah lagi?”.

“Entahlah. Katanya dia tak sekolah lagi. Telinganya sakit”.

Cikgu Sunan termenung panjang. Wajahnya berkerut. Sedang dia termenung itu tiba-tiba dia melihat Alias pulang, beruknya di atas bahu. Alias membimbit dua biji kelapa.

“Haa, itu pun dia dah balik,” kata Cikgu Sunan dengan tersenyum. Orang tua itu menjengguk dari lubang tingkap. Dia menyambut kepulangan anaknya dengan pandangan mata saja. Lebih daripada itu dia tidak terdaya. “Begitulah kerjanya setiap hari sejak bapaknya meninggal,” kata orang tua itu dengan sedih.
Alias yang sudah hampir sampai ke rumahnya itu terhenti seketika apabila melihat ada orang di muka pintu rumahnya. Dia macam tidak percaya orang itu ialah Cikgu Sunan. Tapi apabila dia sudah pasti benar, segera dia melepaskan buah kelapa yang dipegangnya. Beruknya diletakkan ke tanah dan dia terus meluru mendapatkan Cikgu Sunan. Dia senyum girang. Bersalam tangan.

Beruk yang ditinggalkannya itu melompat-lompat. Berkereh-kereh bunyinya, kerana orang yang berada di muka pintu rumah tuannya itu belum pernah dilihatnya.

“Dia lama cikgu sampai ?” tanya Alias.

“Baru sekejap,” jawab Cikgu Sunan.   

Keramahan Alias sungguh mengejut Cikgu Sunan. Beruk yang ditinggalkan oleh Alias di halaman rumahnya itu melompat-melompat dengan suara garang. Alias menempik beberapa kali supaya diam, tapi beruk itu tetap melompat juga. Dia tidak kenal orang itu guru kepada tuannya.

Cikgu Sunan terpandang telinga kanan Alias. Telinga itu merah dan bengkak nampaknya. Dari lubangnya meleleh benda putih.

“Dekat sini Alias,” kata Cikgu Sunan dengan lembut.

Alias mendengar kata-kata itu berlainan sekali dengan perintahnya semasa sekolah. Kata-kata itu macam, kata-kata orang yang menyayanginya. Dia mendekatkan kepalanya kepada Cikgu Sunan.

“Senget sedikit kepala kau”. Cikgu Sunan berkata lagi. Alias menyengetkan kepalanya. Cikgu Sunan memegang kepala Alias dan menekannya sedikit untuk memastikan telinga Alias yang sakit itu. Tapi dengan tiba-tiba beruk yang sedang marah-marah dan melompat-lompat di halaman tadi, melompat naik lalu menggigit tangan Cikgu Sunan. Beruk itu menyangka orang itu akan menyakiti tuannya.

Cikgu Sunan mengadu sakit. Tangannya berdarah. Beruk masih bergelut. Suasana menjadi kelam-kabut. Alias menempik beberapa kali supaya beruk berlalu. Tapi tempiknya tidak diendahkan oleh beruknya. Beruk itu terus menyerang Cikgu Sunan. Demi untuk  menyelamatkan Cikgu Sunan, Alias mencapai sebatang lembing yang digunakan untuk menghimpun buah-buah kelapa, lalu dengan sekuat-kuat hatinya dia meradak lembing itu ke perut beruknya. Cuma itulah saja yang boleh menyelamatkan gurunya.

Beruk yang garang itu menjadi lemah. Terlentang di atas lantai. Sebelum menghembus nafasnya yang terakhir, mata hitamnya memandang kepada Alias dengan sayu. Kelopak mata yang berbulu itu tergenang air jernih.

Alias terpaku seketika. Ibunya juga tidak berkata apa-apa. Cikgu Sunan menahan darah di lengannya dengan sapu tangan. Tapi darah yang keluar di lengannya tidaklah sama dengan darah beruk yang telah diradak lembing tadi.

Suasana sepi. Cikgu Sunan memandang Alias, Alias memandang beruknya bagai satu mimpi. Dan ibu tua itu memandang anaknya dengan satu tafsiran yang asing.

Alias tidak dapat menahan perasaannya. Dia menangis tersedu-sedu. Air matanya berderai keluar, jatuh menimpa di atas tubuh beruk kesayangannya. Dia bangun lambat-lambat. Matanya memandang ibunya. Ibu tua itu tetap membisu. Dia tersedu-sedu.

“Terima kasih Alias.” Tiba-tiba dalam kesepian itu Cikgu Sunan berkata. Darah di lengannya masih juga keluar.

“Cikgu sakitkah?” tanya Alias antara sedu-sedannya.

“Tak mengapa, sikit saja. Err, saya balik dulu Lias.” kata Cikgu Sunan, lalu turun dari rumah itu.

“Cikgu…”

“saya minta maaf’,” kata Alias sebaik saja Ckgu Sunan memijak tangga bawah.
“Tak apa…. tapi kau mau ke sekolah lagi?”

Alias duduk. Kaku. Sedih.

“Lebih baik kau ke sekolah, hingga darjah enam” Cikgu Sunan memberi nasihat.

“Saya tidak dapat ke sekolah lagi Cikgu.” Tiba-tiba Alias menjawab sayu.

“Kenapa?”

“Beruk… Saya mencari makan dengan beruk itu cikgu.”

Dada Cikgu Sunan bagai ditikam lembing berkarat. Perkataan Alias benar-benar menusuk hatinya. Barulah dia tahu, bahawa beruk itu pada Alias merupakan tali perhubungan nyawanya selama ini. 

Dia melangkah pulang dengan dada yang sebak. Tapi Alias yang terpaku di ambang pintu lebih pilu lagi.


14 May 2011

Selamat hari jadi mak :)


Selamat harijadi kepada Puan Fazidah binti Lazim. Love u so much mak! :)

11 May 2011

On board

Maafkan saya warga Sibu,stok terakhir The Great War For Civilisation: The Conquest Of The Middle East kat Popular Bookstore tingkat atas Delta Mall baru je aku sambar tadi.



Aku nak tengok sejauh mana unbias nyer Robert Fisk.

10 May 2011

Pengganas

Zaman sekarang ni perkataan pengganas sinonim dengan perkataan Al Qaeda dan Osama bin Laden. Kalau di Asia Tenggara pulak dah tentulah Jemaah Islamiah atau puak pemisah Selatan Thai.

Itu yang media cakap la.

Tapi secara terus-terang aku tak percaya dengan kewujudan semua organisasi kat atas. Pada aku semua ni sekadar rekaan pihak tertentu yang ada kepentingan tertentu, sengaja nak mereka-reka cerita konon semua ni ada.



Dulu zaman komunis di Malaysia, ada perintah berkurung. Ada banyak operasi tentera dijalankan, ada masa tentera jadi mayat, ada masa komunis yang kena bunuh. Bila komunis kena bunuh ada gambar, ada jugak propaganda organisasi tu. Malah nama-nama pemimpin komunis orang kenal dan orang tau muka dorang. Begitu juga zaman era keganasan globalisasi zaman 70-an dan 80-an dulu. Zaman IRA, PLO, Black September, ETA, ANC, Red Army Faction - kita boleh nampak dengan jelas apa aktiviti pengganas ni, daripada pengeboman, rampasan pesawat, rompakan.Malah pengganas moden zaman sekarang, sebagai contoh Los Zetas yang terdiri daripada bekas komando yang jadi pengedar dadah, siap distribute video sembelih orang. Tapi bila bercakap pasal Al Qaeda atau Jemaah Islamiah - apa bukti kewujudan dorang? Setakat rakaman video Osama tu, dalam zaman yang canggih sekarang ni video tu bukan la bukti konkrit. Malah aktiviti Al Qaeda pun jarang2 kita dengar, tak banyak bukti yang ada untuk justify kumpulan-kumpulan ni wujud.

Dan kebetulan pulak - asal pengganas je, mesti link dengan orang Islam. Tak ke pelik?

Entah la.

09 May 2011

Nota Kecil (VIII)

1. Pencarian diri

- memang tak pernah berhenti

- aku harap aku jumpa diri aku sendiri sebelum masuk dalam tanah

2. Permohonan anda telah disokong di peringkat fakulti

- terima kasih Allah, walaupun aku ni hamba yang loser.

- aku cuba lagi jadi an nas yang baik

3. Klinikal farmasi

- baca, study, baca, study

- harus kerja kuat

- bulan depan hantar log book - lepas tu hectic sampai la raya. Lepas raya sambung kesibukan semula

4. Hari Ibu

- SBW-KUL 13 Mei nanti. MAS.

- mak mintak kek lapis & terubuk masin. Tolonglah jangan terlupa.

- hari jadi mak 14 Mei.

5. Aidilfitri

- ada kurang 4 bulan lagi

- kena simpan duit cukup2. Bila dah kerja sedara mara yang mengaku sedara masa senang akan expect something,expect more actually.

6. Kahwin

- ramai kawan2 dah kahwin dan bakal kahwin. Tahniah.

- aku? Takde duit, takde jodoh ( = takde orang nak), takde harta, so..perlu ke jawab lagi?

7. Gay

- kalau kawan kau gay, ape patut kau buat?

- member sekerja aku, yang kamceng dengan aku, aku patut biar je atau aku patut nasihat? Atau patut ke aku diam je.

- aku cuba nasihat la kot. Nanti kat padang Mahsyar kurang2 aku boleh jawab, aku dah ingatkan dia.

8. Evacuation plan

- refer Shawshank Redemption. Tapi Shawshank Redemption - 20 tahun baru lepas keluar. Deng!

Terima kasih


Terima kasih sebab sudi baca blog aku yang mengarut nih.
Tapi aku skeptic jugak la sikit - betul ke ada readers dari Iran?

08 May 2011

Racism vs Integration

Dalam keluarga aku kalau bercerita soal perkauman, memang secara umumnya keluarga aku merupakan keluarga yang Pro Melayu dan Bumiputera. Kehidupan di sekeliling - kawasan petempatan aku dulu yang merupakan kawasan hitam yang terakhir sekali diisytiharkan sebagai kawasan putih selepas Perjanjian Hadyai 1989 berlangsung, antara faktor menyebabkan doktrin tersebut tertanam dalam pemikiran keluarga aku. Orang Melayu di hometown aku kebanyakannya tinggal di kampung, Cina di bandar, dan memandangkan perintah berkurung di hometown aku berpanjangan sampai awal 1990 secara langsung menunjukkan gerakan komunis di situ amat susah nak dilumpuhkan - pihak ATM terpaksa hantar pasukan komando berulang kali ke home town aku tu, berkali-kali melakukan operasi tapi gerakan komunis tetap bergerak aktif. Jadi dah tentu sentimen yang mudah ialah menuduh penduduk2 Cina berkerjasama dan bersimpati dengan gerakan komunis. Tambahan pulak komunis seakan ada relation dengan kaum Cina, pasukan keselamatan pulak kebanyakannya orang Melayu - jadi konfrontasi tentera-komunis seakan konfrontasi Melayu-Cina walaupun dalam komunis ada jugak orang Melayu, dan dalam tentera ada orang Cina.

Bila aku membesar, belajar ala kadar pendidikan Islam KBSR dan KBSM dengan ustaz dalam persekitaran sekular, aku belajar sesuatu. Agama menyeru ke arah kebaikan. Dan antara ciri kebaikan ialah bersangka baik sesama manusia - tak kira Melayu, Cina, India, Orang Asli juga tak kira sama ada Islam, Kristian, Hindu, Buddha, Sikh. Jadi secara rasminya idea berkenaan racisme, tentang bersikap perkauman yang melampau ni sesuatu yang tak patut. Dan memang begitu la yang sebetulnya, yang sepatutnya aku percaya. Yang sepatutnya semua orang pun percaya. 

Setakat kehidupan yang aku lalui sekarang, aku dah jumpa bermacam jenis orang, ada yang toleran dan berfikir macam apa yang aku cuba nak percaya. Aku sendiri dalam kehidupan seharian aku tak praktikkan kehidupan yang racist - contoh: dalam monorail, kalau nampak orang tua berdiri, atau perempuan mengandung berdiri, aku tak kira dorang bangsa apa pun aku akan bangun berdiri bagi dorang duduk. Bila terbaca pasal kes jenayah lebih lagi yang melibatkan antara kaum, apa yang aku percaya tak kira bangsa apa pun, mesti ada orang baik dan ada orang jahat.

Aku dah nampak ramai yang cuba berfikir pasal perlunya untuk keep away any racism mindset, dari kalangan berbagai bangsa. Tapi dalam masa yang sama ramai lagi, mungkin lebih tepat majoriti masih lagi berpegang pada mindset superiority of certain race. Banyak faktor yang membentuk pemikiran macam tu, yang paling jelas segregation yang masih berjalan sampai sekarang walaupun dah lama merdeka. Paling jelas dah tentunya dalam politik, parti memerintah sekarang merupakan gabungan parti yang memperjuangkan kaum masing-masing. Malah dalam parti pembangkang sekali pun, distinction yang jelas dapat dilihat - parti yang tertentu akan dianggotai kaum yang tertentu. Dalam bidang perniagaan, segregasi pun berlaku jugak. Ada dua spektrum jelas dalam bidang perniagaan - satu golongan terdiri daripada peniaga yang secara tradisinya berniaga, tanpa pertolongan yang banyak daripada kerajaan (kaum Cina & India) dan juga golongan yang berniaga dengan bantuan kerajaan (kaum Melayu). Bila melibatkan persaingan, selalunya golongan peniaga bukan Melayu akan menang disebabkan displin, kerja kuat, dan kekuatan yang dibina hasil kurangnya bantuan dari luar. Kumpulan peniaga Melayu ada yang berjaya, tapi kebanyakannya rapuh sebab kurang pengetahuan, kreativiti, jaringan dan support malah lebih teruk lagi, sebab hasad dengki sesama sendiri. Belum bercerita lagi tentang bidang pendidikan, sampai sekarang masih ada lagi sekolah jenis kebangsaan, ada lagi Cina dan India yang tak nak masukkan anak-anak dorang ke sekolah kebangsaan.

Kalau nak diikutkan sejarah, tanah tempat tinggal aku dahulunya bernama Malaya. Selepas penubuhan Malayan Union gagal, nama baru Semenanjung Tanah Melayu tu ditukarkan kepada Persekutuan Tanah Melayu. Jadi secara mudahnya, orang Melayu sememangnya diiktiraf sebagai pemilik sebenar, atau orang asal yang sebenar yang mendiami Semenanjung Melayu dulu. Mungkin masa pemerintahan sultan-sultan Melayu dulu dah ada Cina dan India di negeri-negeri pemerintahan sultan-sultan Melayu, tapi tak la seramai selepas British bawa masuk kaum Cina dan India beramai-ramai masa menjajah Tanah Melayu. Ironinya, kalau nak diikutkan dari akar umbi siapa yang jadi root of problem kepada kerumitan kaum pada masa sekarang ni sebenarnya orang Melayu sendiri (nota: kalau berdasarkan catatan sejarah rasmi la..). Perjanjian Pangkor yang bawa masuk British, siapa? Orang Melayu, atau lebih malang lagi pemimpin Melayu sendiri. Pulau Pinang, siapa yang bagi pada Francis Light? Singapura, siapa yang bagi pada Stamford Raffles? Jadi bila merenung balik dalam cermin, sebenarnya salah orang Melayu sendiri jugak. Orang Melayu yang tempah bala dengan benarkan penjajah menjajah negeri mereka sendiri, dan bila dah dapat pada penjajah, memang dorang akan buat ikut suka hati dorang la. 

Tapi menyalahkan orang zaman dulu yang dah lama mati tak membawa kepada penyelesaian. Jadi yang masih hidup sekarang kena cari penyelesaian, cuci semua taik kering yang ditinggalkan salafus yang bengap susu. Punca utama yang aku nampak kenapa kita masih lagi terbahagi kepada Melayu, Cina, India, Sikh, Iban, Melanau, Kelabit, Iban, Kadazan dan Bajau ialah perbezaan budaya. Bila budaya berbeza, cara hidup berbeza, bahasa berbeza maka perbezaan ni menjadi barrier di antara satu kaum dengan kaum yang lain. Seterusnya dah tentulah manusia akan lebih selesa hidup dengan mereka yang berbudaya dan mengamalkan nilai yang sama macam mereka - Melayu akan suka tinggal bersama Melayu, Cina akan suka tinggal bersama Cina, dan seterusnya. Pergaulan sesama sendiri, berurusan sesama sendiri, kurang interaksi dengan kaum lain akhirnya membentuk pemikiran yang centralized terhadap kaum masing-masing la. Jadi untuk kalau betul komited nak bersatu, salah satu kumpulan kena amalkan nilai dan budaya yang sama dengan kaum yang dorang nak masuk tu.

Sekarang aku bagi senario antara dua tempat berbeza: Kota Bharu di Kelantan dan Sibu di Sarawak. Di Kelantan, ramai orang Melayu. Di Sibu ramai orang Cina. Di Kota Bharu, hampir semua orang tak kira Melayu Kelantan atau Melayu negeri lain, orang Cina, malah orang Thailand berkomunikasi dalam bahasa Melayu Kelantan. Malah ada orang Cina yang makan duduk bersila macam orang Melayu, makan budu macam orang Kelantan walaupun masih sembah Tok Pek Kong. Keadaan yang reverse pulak di Sibu. Kat Sibu, kebanyakan orang Iban mahu pun Melayu, Melanau pandai berbahasa Cina Foo Chow. Malah ada staff berbangsa Iban kat tempat kerja yang aku pernah nampak sentiasa bercakap dalam bahasa Cina dengan kawan sekerja. Dorang jugak tak kekok makan kat kedai Cina, makan pakai chopstick.

Kat Kelantan, orang bukan Melayu hidup macam orang Melayu. Kat Sibu, orang bukan Cina selesa amalkan gaya hidup orang Cina. Jadi keadaan macam ni yang dinamakan integrasi.

Untuk menjelaskan kenapa keadaan ni berlaku, kita tengok perangai orang Kelantan macam mana. Orang Kelantan merupakan orang yang pergi mana-mana pun akan bercakap dalam dialek mereka. Jati diri mereka kuat. Amalan hidup dorang walau kat mana pun, atau siapa pun dorang kental, jadi kalau nak masuk dalam group dorang, nak berurusan dengan dorang orang lain kena amalkan nilai Kekelantanan - makan budu, kecek kelate. Macam dekat Sibu pulak, perkara yang sama jugak. Cina menguasai ekonomi, banyak urusan melibatkan dengan orang Cina. Malah Sibu memiliki jumlah sekolah jenis kebangsaan cina yang paling banyak dalam Malaysia. Jadi untuk memudahkan urusan dengan komuniti Cina, komuniti Iban adapt dengan situasi tu dengan belajar bahasa dan budaya orang Cina.

Keadaan macam dekat Kota Bharu dan Sibu ni jarang dapat dilihat dekat tempat lain di Semenanjung. Kenapa macam tu, jadi berdasarkan pemerhatian aku senang je - sebab Melayu sendiri takde jati diri yang kuat. Bila Cina cakap pelat Melayu, orang Melayu pun cakap pelat macam dorang. Mungkin jugak dengan polisi-polisi kerajaan yang berat kepada orang Melayu terutama bila melibatkan dasar ekonomi dan sebagainya, menyebabkan perasaan tak senang kepada orang Melayu. Tapi sekurang-kurangnya kalau sikap orang Melayu tu kental dengan jatidiri macam orang Kelantan, mungkin sedikit sebanyak jurang tu dapat dikecilkan.

Jadi setakat ni sejauh mana rakyat Malaysia ni dah bersedia dengan integrasi, sejauh mana kita dah bersedia nak mengaku yang kita ni Malaysian dan mengetepikan istilah Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan? Yang pasti bukan dalam masa terdekat ni. Banyak sangat faktor yang menghalang,dan bila ada yang komited, masih ramai lagi yang skeptikal sebab struktur masyarakat zaman sekarang dah jadi tegal - bila dah berpuluh tahun wujud macam yang ada sekarang, tentulah susah nak dilentur atau diubah. Tapi harapan tu tetap ada, nak menukarkan harapan kepada kenyataan - tu satu perkara yang lain.

Orang Malaysia yang terbuka



Malaysian Maverick, buku biografi tulisan Barry Wain yang mengisahkan tentang kehidupan bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad yang bermula daripada awal kehidupan beliau sampai la ke penghujung karier beliau sebagai Perdana Menteri. Buku setebal lebih kurang 360 muka surat,pada awalnya ditahan oleh Kementerian Dalam Negeri Malaysia sebelum dilepaskan untuk edaran pada April 2010. Lepas ambik masa hampir seminggu nak habiskan buku ni, baru aku sedar betapa susahnya nak train balik diri sendiri untuk membaca lepas hampir setahun habis belajar kat universiti.

Permulaan buku ni agak mendatar dan mungkin mengundang simpati kepada para pembaca - kisah macam mana Mahathir hidup pada awal kehidupan beliau dalam sebuah keluarga yang sederhana. Keinginan untuk menyertai politik, kesedaran tentang kedaifan Melayu pada zaman kehidupan beliau boleh dikatakan jadi pembakar semangat beliau untuk prove himself - lulus cemerlang dalam peperiksaan Cambridge School Certificate sehingga melayakkan beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan, seterusnya terjun ke bidang politik. Zaman awal penglibatan Mahathir dalam politik memang mencabar sebab beliau mempunyai pendirian dan pendapat yang bertentangan dengan pucuk pimpinan UMNO pada masa tu, atau secara spesifiknya Tunku Abdul Rahman. Peristiwa 13 Mei 1969 dan perletakan jawatan Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri Malaysia merupakan turning point dalam karier Mahathir - yang mana cerita kemudiannya banyak berkisar tentang perjalanan karier politik Mahathir dan jugak rakan serta seteru politik beliau.

Banyak perkara dan isu dalam buku ni sebenarnya aku dah pernah baca dalam artikel-artikel kat internet. Sebagai contoh, cerita pasal Tunku Razaleigh give up tanah milik dia di Kuala Lumpur untuk dijadikan tapak ibu pejabat UMNO sekarang, cerita pasal Sultan Johor (Almarhum), cerita pasal skandal Bumiputra Finance, aktiviti spekulasi matawang Pound Sterling oleh Bank Negara Malaysia, cubaan Malaysia untuk memanipulasi harga biji timah di pasaran dunia dan jugak tentang kisah-kisah politik wang dan kronisme yang selalu dimainkan pembangkang. Dari satu sudut, aku rasa macam ahh..takat cerita ni aku pun dah tau sebelum ni. Tapi disebabkan Barry Wain memberikan sumber rujukan berserta cerita yang agak lengkap tentang benda2 yang aku dah tau ni, aku rasa berbaloi jugak la beli buku ni.

Dalam buku ni banyak menceritakan pasal tindakan-tindakan Mahathir yang bertentangan dengan dogma dan kepercayaan orang di sekeliling dalam memenuhi cita-cita beliau untuk memodenkan Malaysia. Sekarang aku dah ada clearer idea berkenaan Mahathir Mohamad - dan sedikit mengujakan bila teori aku sendiri tentang beliau nampak macam ada betulnya. Kalau diselak semula sejarah 13 tahun lepas, semasa reformasi Anwar Ibrahim meledak di Malaysia, macam-macam tuduhan terhadap Mahathir - banyak rasuah, pembaziran, kronisme dalam pentadbiran beliau. Kalau korang baca buku ni, yang ditulis berdasarkan sumber rujukan Barry Wain ni, pada aku agak keterlaluan kalau semua kerugian dan kemusnahan semasa pemerintahan beliau diletakkan ke atas bahu beliau seorang. Aku cuba bayangkan kalau aku sendiri di tempat dia, nak kawal semua benda, nak kawal persekitaran yang dinamik dan penuh dengan provocative elements -  di samping meneruskan cita-cita yang besar merupakan beban yang cukup untuk membolehkan seseorang diberikan antidepressant oleh doktor. Mahathir bukan satu-satunya faktor yang membentuk keadaan politik Malaysia yang fragile pada masa sekarang - tapi tak boleh dinafikan dalam sesetengah perkara Mahathir telah membuat keputusan yang membawa kepada kemudaratan. Kronisme dan rasuah merupakan penyakit politik berjangkit yang gagal ditangani oleh graduan MBBS daripada Raffles College ni.

Teori aku dulu pasal Mahathir - dia seorang doktor, dilatih untuk buat keputusan sendiri dalam banyak perkara, dan keadaan ni terbawa-bawa dalam pembawakan beliau dalam politik. Melalui buku ni aku dapat jawapan yang lebih legkap pasal mengapa beliau begitu degil dan keras kepala dalam membuat keputusan masa jadi Perdana Menteri dulu. Dan kalau korang baca buku ni korang akan nampak perkara sebenar - politik, secara khususnya UMNO memang dari dulu lagi busuk dengan perbuatan orang-orang yang gila kuasa dan incompetent, cuma bezanya berbanding dengan sekarang, orang dulu masih committed dalam menegakkan agenda pembangunan bangsa dan negara, dan Mahathir merupakan salah seorang daripada mereka.

Sebagai akhir kata untuk ulasan buku ni, kata-kata terbaik yang boleh digunakan untuk describe Mahathir ialah quote daripada Prof KS Jomo, rakyat Malaysia yang juga economist yang sekarang berkhidmat dengan UN (aku pernah directly hantar email kepada beliau hahaha, dia reply jugak la dengan jawapan yang ringkas dan straight to the point).

Mahathir was … articulate and … carved a certain niche for himself... Unfortunately, he was sullied by the cronies and sycophants around him and …for Malaysians, who were much more aware of this, there was a great deal of resentment. But I think we would be throwing the baby out with the bath water if we did not recognise his positive contributions.
KS Jomo
 Walau siapa pun Mahathir, apa pun perbuatan dia masa jadi Perdana Menteri - yang pasti bila dia meninggal dunia nanti, semua orang tak kira la kawan yang pernah membodek atau musuh yang lancang mengutuk tetap akan ucapkan takziah atas kematian dia, dan orang tetap akan bercakap pasal yang elok2 tentang beliau lepas beliau mati. 

01 May 2011

On board

Malaysian Maverick - Barry Wain           DONE!
Giants of Asia. Lee Kuan Yew, Citizen Singapore: How To Build A Nation - Tom Plate
Islam In Malaysia: Perceptions & Facts - Mohd Asri Zainul Abidin
Tapai: Travels & Guilty Pleasures of a Fermented Malaysian - Hishamuddin Rais
Under The Dome - Stephen King

Walaupun kat Sibu takde Pesta Buku, tapi rupanya berjangkit jugak sindrom gatal nak baca buku kat aku, haha

Entri-entri lepas ni aku nak buat ulasan & kritikan kat buku2 yang aku beli & dalam proses baca ni. Cuma Under The Dome tu mungkin lambat la sikit nak keluar - tebal novel tu 1074 m/s. Kurang 200 m/s lagi, tak ubah macam khatam Quran dua kali.

Rehat blogging sampai habis baca buku.

Playlist masa baca buku: Taste aku biasa2 je - cukup dengan lagu instrumental tempatan (Fauzi Marzuki, Mohram, atau mana2 lagu mellow yang ada cello n string). Kitaro, Caravansary tu wajib, heheh.