27 April 2011

Dosa pahala

Kalaulah dosa pahala tu boleh dikira - ada meter reading kat kepala, dahi atau kat mana-mana anggota badan,mungkin tak manusia cepat2 bertaubat bila buat salah, atau pun tetap bertangguh, tak ambik peduli macam keadaan sekarang (yang mana dosa pahala tu perkara ghaib)?

blues in medium form

Rasa bersalah pulak tulis entri yang emo. Padahal aku ni laki - kalau perempuan boleh jugak faham sebab perempuan kadang2 PMS.

Enjoy lagu Flop Poppy ni. Best.. ;)

blues


Tahniah buat kawan2 yang dah bernikah & bakal bernikah. Aku macam ni la jugak. Tetap sengkek macam zaman kita tertunggu-tunggu duit poket masuk dalam bank tiap kali semester baru bukak. 

Nanti di suatu masa..di hari nan indah.. bait ayat yang aku tak tau applicable @ non applicable pada aku. Kalau tengokkan keadaan aku sekarang - duit tinggal RM1300 dalam bank, ada tilam, bantal, laptop, buku rujukan untuk kerja, buku novel sebijik, buku non fiction 3-4 bijik - suatu masa tu terlalu jauh lagi ke hadapan kalau masa tu wujud.

Kalau ada yang tanya bila nak kawin masa hari raya nanti, aku nak tunjuk jari tengah, boleh? Hahaha

Sibuk

Sibuk itu setiap detik. Orang yang berasa hidup dia lapang dan senang maksudnya dia itu ignorant, atau mungkin lebih tepat sebagaimana yang herdikan Johnny Rotten (Sex Pistols) terhadap Bill Grundy, rotter.

Senarai kerja

Baiki balik hablum minannas dan hablum minallah

Review progress mak, abah dan adik-adik aku. SBW-KUL 13/5 MH 2715.

Clinical case clerking - itu bermaksud revision, revision, revision + ringan mulut bertanya + ringan kaki berjalan

Biasakan diri dengan mesin therapeutic drug management + precise & accurate calculation.

Tambahan kerja: Under The Dome by Stephen King, Lee Kuan Yew Citizen Singapore: How To Build A Nation by Tom Plate, Malaysian Maverick by Barry Wain

MTAC counsellling standardization mungkin ada tambahan kerja.

Insomnia aku dah nampak berkurang - tapi aku pulak yang mengada lawan perasaan mengantuk. 

Ketagih aku yang tak hilang2.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Masa yang ada sedikit, tapi tanggungjawab banyak. Sebenarnya masa jadi sedikit bila masa yang ada dibuang.

25 April 2011

Anjing

Sebuah masjid. Cantik, besar. Tangga diperbuat daripada marmar hitam. Di dalamnya berhawa dingin, lengkap dengan karpet lembut, hiasan dalaman saduran seni Andalusia dan Turki. Ramai orang yang suka singgah dan solat di dalam masjid tu.

Maka datanglah seekor anjing. Kehausan. Dahaga selepas penat berjalan tak menentu arah sepanjang hari. Si anjing terus berkelintar di dalam kawasan luar masjid, mencari-cari sekiranya ada barang setompok air untuk menghilangkan dahaga. 

Anjing itu dulu pernah dijaga seorang tuan yang bukan Islam, di sebuah pondok kecil di pinggir bandar. Hidup tuan anjing tu daif - makan dan minum bergantung pada jualan tin-tin aluminium yang dikutip di bawah teduhan bas, di kaki lima, di lorong gelap dan ada kalanya di tua tu perlu menyelongkar tong dan plastik sampah untuk mencari tin minuman yang terpakai. Usai menjual dan memperoleh hasil jualan, si tua pun pulang sambil disambut anjing yang juga tua, datang menjilat-jilat tapak tangan si tua itu. Si tua selalunya pulang membawa makanan, dan dia akan makan terlebih dahulu sambil diperhatikan oleh anjing miliknya. Dan sesudah tu, baki sisa makanan yang tinggal diberi kepada anjing miliknya. 

Dan setelah sekian lama umur tuan anjing pun meningkat, maka si tuan anjing pun meninggal dunia. Pada waktu pagi, selalunya si tuan akan bangun dari kerusi malasnya - tapi pagi tu si tua terus bersandar di kerusinya. Si anjing menjilat-jilat tangan tuannya, seakan cuba membangunkan tuannya. Begitulah sehari, dua hari, hinggalah hari ketiga ditakdirkan seorang lelaki yang menjadi kenalan si tua singgah di pondok usang itu. Maka atas rasa kemanusiaan, si kenalan menangis, dan menguruskan pengebumian si tua. Si anjing menyalak-nyalak memprotes ketika mayat si tua mahu dibawa pergi - tapi ia dihalau oleh mereka yang mahu menguruskan mayat si tua. Tinggallah si anjing sendirian di pondok itu.

Si anjing pun keluar meninggalkan pondok - mengembara dari satu lorong ke lorong yang lain, cuba mencari andai ada sisa makanan yang telah ditakdirkan menjadi rezeki buat menerjah tembolok. Kerap kali ia kelaparan, dan acap kali ia dihalau oleh manusia-manusia, malahan anjing-anjing jalanan yang lain. Langkah kakinya yang tak menentu membawanya ke sebuah bangunan yang tersergam indah. Kelihatan banyak kenderaan yang bercat metalik diletakkan di perkarangan masjid. Entah mengapa anjing itu tergerak untuk melangkah masuk ke perkarangan masjid.

Setelah berkelintar seketika, akhirnya si anjing terjumpa salur longkang yang berisi air. Dengan pantas ia meluru dan menjilat-jilat air dalam longkang bertatah jubin putih itu.

"Ayah, ada anjing," terdengar suara kecil.

"Cis, binatang haram. Syuhh..syuhh.." Seorang lelaki berserban, berjubah putih mengambil kayu lalu menghambat anjing tua yang cuba menghilangkan dahaga.

Si anjing tua terperanjat, lalu melompat ke arah aspal. Diperhatinya lelaki berpakaian putih yang menyergahnya tadi. Dahaganya belum hilang. Si anjing terus mengharap agar si lelaki tadi beredar, agar dapat ia menghilangkan hausnya, cukuplah barang sejilat dua lagi.

Lelaki berjubah putih kemudian membaling kayu ke arahnya, langsung terkena atas badan anjing tua itu. Perit, pedih dan sengal menyucuk vertebrae si anjing itu. Mengalah, si anjing berlari kecil keluar meluru pintu pagar masjid. Dengan tubuh ternyahhidrat dan haus yang belum hilang, si anjing tua akur akan hakikat kehinaannya dan kemuliaan lelaki berjubah putih yang menghalaunya.

random bulshitting

"I'm not going to sit beside you and teach you what is right and wrong. But as you getting older, you'll find that your life is just a big joke,"

Quote drama tv, The Beast yang pernah diucapkan oleh arwah Patrick Swayze.

Aku tau hidup ni bukan la big joke. Tapi kalau pun tidak, sebenarnya memang kehidupan ni kelihatan macam tu.

24 April 2011

Redemption

Sekarang dah 7 bulan kerja kat Sarawak ni. Aku dihantar ke sini secara paksa, dan lebih best lagi aku dapat kat tempat yang pernah berlangsung Ops Kenyalang satu masa dulu. Tiket balik yang beratus-ratus ringgit meluakkan gaji aku yang tiga ribu lebih tu. Ditambah pulak dengan susahnya nak cari kedai mamak yang ada Astro, aku dah miss berbelas-belas match bola.

Jangan salah faham. Bukan aku benci dengan negeri ni, atau orang2 kat sini. Kat sini negeri yang aman, takde lagi penyamun yang cuba nak samun aku atau perempuan horny yang cuba nak merogol aku. Cuma ada beberapa planning aku terbantut dan jadi susah bila kerja kat sini - plan nak beli kereta, nak survey rumah, nak sambung belajar secara half time. Dan kebetulan pulak housemate aku, yang jugak kawan 1 universiti aku dulu macam tak ngam sesama kami. Itu agak ironi dan kedengaran bodoh. Aku malas nak salahkan siapa2 dan malas nak cari gaduh, aku cuba nak jauhkan diri dari masalah. Tapi masalah tetap datang jugak. Bab tu aku pun tak nak ambik pusing dah - kalau ikut aku nak pindah rumah, tapi aku tak sechildish tu, walaupun aku ni bukan la laki yang matang jugak pun. Kena terima hakikat - dulu aku ade geng yang sekepala sanggup tengok match bola pukul 2-3 pagi, ada geng yang enjoy time karaoke, ade geng yang kepala sempoi dan tak serabut alam, tapi sekarang aku diberi peluang untuk merasa pengalaman yang totally opposite dengan kehidupan dulu. 

Masa sebelum bekerja dulu aku berangan bila time kerja - hujung minggu aku nak lepak kat bookstore MPH sepanjang hari, cari & baca buku2 yang best. Belajar main gitar, sampai cukup power untuk perform atas stage. Beli kereta, berjalan pergi Cameroon Highland sambil lepak kat situ layan teh panas kat bukit tinggi tempat tanam teh tu. Tapi hidup tak berjalan macam yang kita nak. Sekarang ni aku kat sebuah bandar yang didiami majoriti orang Cina, bekerja - balik rumah tidur - esok bangun kerja - tidur sampai tengah hari bila Sabtu Ahad. Takde life langsung.

Beberapa malam lepas aku terdownload dan terlayan filem Shawshank Redemption. Tentang macam mana sorang banduan bernama Andy yang dipenjarakan bukan atas kesalahan dia, mengubah kehidupan dia kat dalam penjara kepada hidup yang lebih baik - memperbesarkan perpustakaan penjara, tolong warden uruskan scam dan money laundering, dan dalam masa yang sama rupanya berusaha untuk lari dari penjara tu. Awal kehidupan dia sangat teruk - dia diliwat secara gangbang, dibelasah oleh golongan homoseks dalam penjara.Tapi akhirnya dia berjaya hidup macam yang dia nak, walaupun asalnya takdir fucked him up.

Aku membayangkan hidup aku pulak. Aku macam Andy. Sibu ni tak ubah macam Shawshank. Tak banyak beza, cuma bezanya Andy berani ambik langkah untuk ubah kehidupan dia jadi lebih baik. Aku pulak - aku cuba jugak la, aku beli novel Stephen King, cuba nak baca dan jadi bookworm dengan baca buku setebal 800 m/s lebih. Belum beli gitar lagi, belum buat sesuatu yang besar lagi. Mungkin dah sampai masa untuk kickstart something - rather than whining all the way.

Serapah sumpahan (puaka bumi)



I

kerikil
pasir
liat
humus
gambut
aku seru diri mu
tujuh lapis bumi
tujuh lapis pawaka
tujuh lapis pawana
tujuh lapis lautan
biar sejengkal datar dikerunas orang
sembilan nyawa galang gantinya
suburlah asalku!
menegak teduh
menyubur benih
memecah tapak
hidup biar berputih tulang
jangan senteng dikandung hayat

II

Akulah jembalang hitam
Raja segala jembalang putih
Aku beraja dalam alun
Serapah, ancak, kemenyan
Jembalang angin
Jembalang tanah
Jembalang api
Jembalang air
Tunduk kalian kepada kami
Onar ditempah, celaka menimpa

III

Akulah raja segala besi
Akulah Khurasani
Besi berkilau
Aku adalah satu di dalam tujuh
Aku adalah tujuh di dalam satu
Nun di lapis bumi
Ketahuilah anak ku
Ada bijih memancar
Ada bijih sakti
Ada bijih bisa
Jangan dicabar jembalang tanah
Kelak celaka tujuh keturunan

IV

Aku generasi asal
Aku generasi sains dan teknologi
Kita wujud dalam dunia material
Mana ada jembalang
Mana ada puaka
Mana ada sumpah
Kita bertuhankan dollar
Usah dirisau hydroxonium
Usah difikir isotope
Usah bimbangkan alpha, beta mahu pun gamma
Kita bina penuras bisa
Kita hulur racun berbisa
Andai ditimpa acute leukemia
Kita ada jurutera genetik
Kita mampu buang kromosom yang catat
Kita manusia yang utuh
Lebih kuat dari jembalang ciptaan
Moyang dan buyut
Ayuh! Teruskan membijih
Teruskan
Teruskan
Demi ekonomi
Bukankah buyut pernah berpesan
Jangan hidup senteng
Bukan mudah FDI nak masuk
Bukakan kangkang bumi mu
Agar rakus ditujah kapitalis
Hasilnya melimpah membukit
Sampai 77777777 keturunan pun
Takkan habis

V

Kalian anak asal
Aku tahu asal mu
Aku tahu dampit mu
Andai serapah jadi mainan
Makanlah sumpah ku!
Bumi bersinar memancar petaka
Pawana beralun membawa santau
Air bisa penyambung nyawa
Pawaka membara membakar raga
Kusumpah 7 keturunan mu
Mati dimakan sumpah


Didedikasikan buat seluruh rakyat Pahang di Gebeng, tempat syarikat Lynas dalam perancangan membangunkan kilang rare earth yang berpotensi membawa arus sisa toksik yang bakal menimpa bala kepada rakyat sekalian.

23 April 2011

Mari belajar melalui filem


Kita tengok situasi kat atas. James Bond yang kerek dan bodoh sombong sebab reveal identity dia akhirnya terkena santau. Santau orang putih kurang kejam berbanding santau Melayu - budaya Melayu yang disaduri oleh budaya Hindu yang berbelit menyebabkan santau Melayu akan menyebabkan orang yang terkena menderita bertahun-tahun sebelum mampus. Orang putih sangat straight forward - you fucked up with me, you die straight away. Dalam kes di atas, James Bond yang mula menang judi menyebabkan tahi judi Le Chiffre offended, jadi le Chiffre pun mengupah sorang awek meracun James Bond dengan sejenis bahan kimia yang bernama digoxin.

Digoxin merupakan sejenis bahan kimia yang jugak digunakan di hospital dan klinik perubatan untuk mengubati pelbagai jenis penyakit jantung seperti atrial fibrillation dan atrial flutter - mintak maaf dekat universiti aku belajar sains dalam English, lol. Atrial fibrillation ni keadaan di mana denyutan jantung tak mengikut ritma yang sepatutnya, katakan jantung berdenyut setiap 0.3 saat, orang yang ada atrial fibrillation jantung dorang berdenyut kejap2 setiap 0.3 saat, pastu 0.57 saat pulak, berubah2. Atrial flutter pulak keadaan di mana jantung berdenyut terlalu cepat melampau, contoh kalau orang lain berdenyut tiap 0.3 saat dia pulak setiap 0.05 saat. Untuk kedua-dua masalah jantung ni, memang digoxin boleh dijadikan nurbisa lah untuk penyakit ni. Digoxin mempunyai dua sifat terhadap otot jantung - positive inotropic (menguatkan contractility/regangan otot jantung) dan negative chronotropic (mengurangkan kadar denyutan jantung). Jadi dalam kes atrial fibrillation dan atrial flutter - sifat digoxin yang mengurangkan denyutan jantung menyebabkan digoxin jadi pilihan untuk rawatan kedua2 masalah perubatan ni.

Tapi dalam kes James Bond kat dalam filem Casino Royale - dia diberi digoxin secara berlebihan. Agak pelik jugak macam mana dia boleh tak sedar ubat tu dalam arak yang dia minum, sebab digoxin ni memang pahit nak mampus. Bila overdose, degupan jantung akan jadi berkecamuk, kepala pening, rasa nak muntah dan sakit badan. Oleh demikian memang teruk rasanya bila makan digoxin secara overdose. 

Dalam hospital, doktor akan beri IV infusion (suntikan ubat secara perlahan-lahan dalam tempoh tertentu) atau secara bolus (suntik sekaligus terus) sejenis antidote yang dinamakan digoxin specific Fab antibody. Ubat anti arrhythmia (ubat untuk masalah denyutan jantung tak seragam) seperti lidocaine dan phenytoin jugak boleh diberi. Prosedur astric lavage (pembersihan perut) juga akan dijalankan oleh doktor. Dalam cerita James Bond ni, ape yang geng2 MI6 ajar James Bond tu dah betul dah - memang takde ubat lain dah, so dia cucuk tengkuk dia dengan lidocaine. Tapi nak tekan defibrillator tak sempat, nasib baik ade awek cun tolong dia. Cis!

Jadi kesimpulannya, kalau nak mati, jangan buat poyo konon nak terjun KB Mall atau telan panadol dengan harapan korang akan mati. Telan la digoxin satu papan, lol.

22 April 2011

Makan la.. untuk hidup

aku nak buat pengakuan - aku suka makan & minum. Makan dan juga minum (sebenarnya minum merupakan takrifan kepada aktiviti makan bila membabitkan makanan yang berbentuk cecair) merupakan aktiviti yang membawa kepada keselesaan pada tekak, salur esofagus dan perut. Ditambah pulak dengan persekitaran kehidupan aku yang lahir di negara yang berbilang kaum menyebabkan terdapat pelbagai variasi dalam penyediaan hidangan makanan dan minuman. Sebagai contoh, bijiran berkabohidrat tinggi iaitu nasi. Bayangkan dalam komuniti Melayu sendiri, terdapat pelbagai jenis variasi masakan nasi - Nasi goreng, nasi minyak, nasi kerabu, nasi dagang, nasi tomato, nasi bukhara, nasi briyani gam, nasi kandar. Macam - macam jenis nasi. Tak perlu cerita tentang apa yang terjadi pada ayam, itik, kambing, lembu, udang, ikan, sotong yang mana betapa susah untuk menduga nasib mereka bila dijadikan masakan untuk santapan manusia di negara ni - boleh jadi akan direbus, dipanggang, dimasak rendang, masak celur tepung, masak berlada, masak kicap, masa "sweet sour". Tambah pula dengan segala jenis manisan dan kuih - pulut durian, puding buah, puding caramel, kuih pelita, bubur kacang, kek lapis, donut, karipap. Waktu hari perayaan - lain pulak format makanan yang bakal dihidang. Kalau korang bernasib baik dilahirkan dalam keluarga yang mampu merasa bermacam jenis makanan macam yang aku senaraikan tu, kalau tak semua mungkin 80% - maka memang korang manusia yang tak pernah hidup susah dan target paling senang dan rapuh untuk dimusnahkan.

Makan merupakan kebolehan yang dikurniakan kepada manusia, secara saintifiknya (atau secara atheistnya,sebab sains menolak kewujudan Tuhan) untuk memperoleh sumber tenaga dan nutrien bagi proses metabolisma dalam badan. Lihat komponen dalam makanan kita - karbohidrat, protein, lipid (minyak), vitamin, air. Karbohidrat akan dipecahkan menjadi glukosa, dan glukosa merupakan bahan bakar utama dalam badan untuk menghasilkan molekul tenaga kimia yang digelar adenosine triphosphate (ATP). Protein akan dipecahkan menjadi asid amino, yang jadi batu bata yang membina komponen kimia dalam badan - ada yang jadi hormon, ada yang jadi neurotransmitter (bahan kimia untuk kelancaran fungsi saraf), ada yang jadi DNA. Lipid pula jadi bahan simpanan tenaga, jadi hormon estrogen, progesteron atau testosteron, jadi bahan binaan sel-sel badan. Vitamin pula pelbagai fungsi - jadi bahan peneutral bahan toksik dalam badan, jadi co-factor (pembantu dalam tindak balas metabolisma) enzim dalam badan, menolong menguatkan tulang, membantu proses pembekuan darah. Air pulak jadi menjadi unsur pengangkut dalam badan - sebagai komponen utama dalam darah, jugak komponen dalam semua bendalir badan, air mata, air mani, air tulang belakang. Semua bahan-bahan biokimia ni diperoleh melalui sumber makanan. Sumber makanan pula paling menyenangkan jika diambil melalui aktiviti makan. 

Perkara yang berlebih-lebihan selalunya membawa kepada kesakitan dan sengsara. Berlebih-lebihan sayang, kelak ditinggal jiwa merana. Berlebih-lebihan bermain kata "I love you", "cayunk", "rindu", "ayang", nanti meledakkan libido, bila akal diletak di kepala takuk dan hujung klitoris, akhirnya tercampaklah bayi Homo sapien ke dalam sungai. Begitu jugak la dengan aktiviti makan. Sistem tubuh badan kita merupakan sistem kejuruteraan yang jauh terkedepan melangkaui zaman dan masa. Macam yang aku tulis kat perenggan atas, gula tak ubah macam petrol dalam badan manusia sebab tenaga dalam badan dijana melalui proses glikolisis (glycolysis - mintak maaf, dulu saya belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu). Glikolisis merupakan proses pemecahan molekul gula untuk menghasilkan tenaga dalam badan. Gula dalam bentuk yang ringkas iaitu glukosa, perlu berada dalam paras kepekatan yang tertentu dalam darah untuk memastikan semua otot, sel dan organ dalam badan menerima bekalan glukosa yang mencukupi untuk proses penghasilan tenaga. Bila paras gula dalam darah menurun, sistem sensor biologi (tak ubah macam logic gate dalam sistem elctronic) dalam badan akan mengesan penurunan paras gula dalam darah, seterusnya mengaktifkan proses yang akan meningkatkan semula paras gula dalam darah - penghasilan hormon glukagon yang menolong pemecahan gula di hati (hepar), pengaktifan dan pengeluaran hormon adrenalin dan noradrenalin yang membantu meningkatkan paras gula juga pengeluaran cortisol daripada ginjal. Sebaliknya bila paras gula terlalu tinggi dalam darah - sistem sensor biologi insulin akan dilepaskan ke dalam salur darah daripada pancreas untuk membantu penyerapan glukosa ke dalam sel-sel badan. 

Makan yang berlebihan - bermaksud membekalkan glukosa kepada badan secara berlebihan. Glukosa yang dibekal secara berlebihan akan menyerap masuk ke dalam darah, menyebabkan paras glukosa dalam darah menjadi tinggi dan mendorong pengeluaran insulin. Kalau terlalu kerap paras glukosa tinggi di dalam darah akan menyebabkan paras insulin pun turut menjadi tinggi dan melepasi tahap normal dalam darah sebab insulin akan dirembeskan berdasarkan tahap kepekatan gula dalam darah. Bila sel-sel badan, otot dan organ telah terbiasa terdedah dengan insulin pada kepekatan melebihi tahap normal, lama-kelamaan sel-sel dan otot-otot badan akan menjadi kebal terhadap kesan insulin. Sampai satu tahap pancreas dah mencapai tahap optimum untuk menghasilkan insulin, insulin terus dirembeskan tetapi sel-sel dan otot badan tak mahu menerima kemasukan gula sebab dah muak dan kebal dengan kesan insulin maka kesannya, paras glukosa akan tinggi di dalam darah. Kandungan glukosa dalam darah yang tinggi akan menyebabkan gula berlebihan keluar melalui air kencing. Kepekatan air kencing akan menjadi tinggi, akibatnya sistem penyerapan semula air kencing di buah pinggang tak dapat berfungsi - kesannya individu akan kerap kencing. Badan pun kurang air, menyebabkan dahaga. Dan perut akan sentiasa lapar sebab glukosa tak dapat diserap dan digunakan oleh sel dan otot lantaran kesensitifan terhadap kesan insulin menurun. Darah yang sentiasa pekat dengan gula - menyebabkan luka susah sembuh sebab darah yang kaya dengan glukosa disukai oleh bakteria. Bila keadaan begini berpanjangan - maka ucapkanlah selamat datang kepada diabetes mellitus type 2.

Baiklah, sekian kelas biology untuk hari ni.

Akhir kata, bersyukurlah, berterima kasihlah pada Tuhan yang menjadikan korang kalau hari ni korang masih boleh mengunyah, menggigit, mengisar makanan, menelan makanan dan minuman melalui mulut korang, langsung melalui tekak, esofagus dan akhirnya sampai ke gastric (gastric = perut, kalau sakit perut yang serius sampai berdarah dalam perut itu namanya gastritis). Sebabnya masa korang tengah sedap2 makan dan minum tu, akan sentiasa ada manusia lain yang berlapar sebab tak cukup makanan, atau tak cukup duit untuk dapatkan makanan. Ada yang bertarung nyawa atas katil di hospital, tak sedar diri dan koma sampai makanan terpaksa diberi dalam bentuk total parenteral nutrition, langsung disalur melalui catheter yang dicucuk ke salur darah. Dan jangan berlebihan dalam aktiviti makan.

21 April 2011

Kalau...

Ini bukan teori konspirasi. Ini cuma urutan logik yang berkemungkinan boleh berlaku.

Kalau Menteri atau Raja atau Ketua terlibat dalam salah laku/jenayah/skandal?

- musuh/pihak luar akan ada modal untuk ugut dorang -> bila kena ugut, dan takut dengan ugutan, tentu dorang akan ikut cakap orang yang mengugut.

Kalau kalau orang jatuh bangunan?

- akan timbul andaian daripada orang ramai -> sama ada mati bunuh diri, mati terjatuh/tergelincir/kena tiup angin, atau mati kena campak

Kalau perogol, sibuk tayang video lucah orang lain?

- siapa nak percaya -> kau sendiri pun tutuh perempuan, dah tentu orang menyampah dengan kau

Kalau dah 54 tahun merdeka - ada rakyat yang beli barang guna sistem barter, ada kampung yang tadah air hujan sebab takde air paip?

- orang akan tanya, apa guna merdeka, kalau hidup takde perubahan pun berbanding dengan hidup bawah penjajah

Kalau Ustaz/Paderi/Sami dera budak kecik sampai mati?

- orang akan pertikai, Ustaz/Paderi/Sami ni cara sembahyang betul tak? Adakah agama ajar kamu jadi kejam macam tu?

Kalau kamu belanjakan RM50 juta untuk sediakan akaun email baru untuk orang ramai?

- orang akan cakap kamu bodoh dan celaka -> berjuta orang buka akaun email tanpa perlu bayaran tambahan (selain charge penggunaan internet), apa perlunya kamu bayar RM50 juta kepada syarikat Bumiputera untuk sediakan sesuatu yang boleh diperoleh secara percuma?

Kalau kamu pergi ke stesen angkasa lepas, kononnya buat kajian tapi hasil kajian tak diumumkan langsung lepas bertahun kamu pergi ke angkasa lepas

- orang akan bertanya -> betul ke kamu buat kajian, kalau kajian mesti ada hipotesis, ada eksperimen, ada hasil, ada kesimpulan -> mana hasil kajian kamu?

Kalau tinggal 8 tahun 8 bulan lagi sebelum dateline nak umum jadi negara maju

- tanya la diri sendiri -> macam mana keadaan negara sekarang, layak ke nanti sampai tarikh dateline nak diumumkan negara dah maju?

Kalau kamu nak jadikan dunia, persekitaran kamu lebih baik

- mulakan dengan diri kamu dulu.

20 April 2011

Malaysia tanah air ku!



Aku cukup suka tinggal kat Malaysia ni. Malaysia merupakan gabungan 13 negeri, termasuk 3 buah wilayah persekutuan yang sentiasa aman sentosa. Tak ada kacau bilau, takde perang saudara, tak macam kat Mexico kat sana ada Los Zetas, samseng jual dadah yang suka kerat badan orang. Kat Malaysia jarang2 ada kes orang kerat orang, yang paling popular dulu pun kes arwah Mazlan Idris kena kerat 18 sebab percaya kat Mona Fandey masa upacara puja duit. Mazlan Idris tu dulu mengaji sampai kat US, malang betul tak sabar nak jadi Menteri Besar last2 kena kerat. Ade jugak kes pompuan Mongolia kena bom, tapi itu cerita lama..yang tukang bunuh pompuan tu dah kena hukum dah, cuma heran jugak masa masuk dalam surat kabar muka dorang bertutup penuh memanjang. Tapi tukang upah bunuh tu terlepas, tapi takpela nanti kalau tukang upah tu upah orang lain jadi pembunuh, kita tangkap je pembunuh upahan tu lepas tu hukum jela. Tapi serius la, memang hidup di Malaysia aman damai. Peace!

Dekat Asia Tenggara ni, Malaysia la negara yang paling stabil. Tengok Vietnam, Myanmar, Laos, Kemboja - mana ada maju macam Malaysia. Indonesia lagi la, negara dah la mundur, kotor, rakyat uneducated - lepas tu kutuk2 Malaysia, padahal berlambak rakyat dorang jadi pendatang kat Malaysia - kerja jadi kuli dalam berbagai bidang - ada yang kerja kat ladang sawit, ada kat bandar jadi buruh kontrak. Jadi buruh - busuk, kotor kerja dorang. Tengok budak-budak muda Malaysia, mana main kerja low class macam tu. Budak muda Malaysia suka lumba motosikal, suka bawak awek kat belakang motor, jalan2 merata pastu beli petrol mintak duit mak bapak. Baru la ranggi, baru la jiwa muda! Ape kelas kerja buruh macam mat Indon, jadi buruh kapitalis. Budak muda Malaysia jiwa rebel! Best duduk Malaysia ni. Kat Malaysia ade Menara Berkembar Petronas, dulu pernah jadi menara paling tinggi kat dunia. Ada Putrajaya, ada litar Formula 1, ada KLIA, macam-macam ada. Dekat negara Indon, Filipina mana ada semua tu?

Rakyat Malaysia hidup aman damai, bersatu padu. Tengok orang Kelantan - pergi mana-mana pun, yang pasti dorang akan kecek Kelate, makan budu, duduk satu group ramai2 pastu mesti dorang akan sentiasa hormat Tok Guru dorang. Memang betul2 bersatu padu. Mana ade pernah gaduh, yang peristiwa 13 Mei tu dulu pun sebab salah faham je. Kat Malaysia setiap orang walaupun berlainan negeri mesti anggap orang negeri lain macam sedara mara sendiri. Macam aku - tiap kali aku bawak passport biru ke kaunter Imigresen kat airport bila sampai Sarawak ni mesti orang kat kaunter tu senyum kat aku, walaupun aku datang dari negeri lain. Eh, pasal apa aku masuk Sarawak kena pakai passport? Itu takde ape tu, passport tu saje je, nak bagi feeling2 ala2 pergi oversea. Keh3. Kat Malaysia, Melayu hormat Cina, Cina hormat Melayu, Cina Melayu hormat India, Cina Melayu India hormat Dusun, Kadazan, Iban, Kelabit, Bidayuh, Kenyah, Bajau. Kitorang saling menghormati, mana ada pecah belah. Parti politik yang ikut kaum tu takde ape2, saje2 ikut tradisi parti politik ikut suku kaum sebab tradisi tu dah lama, sejak zaman British lagi camtu buat apa nak ubah2.

Bercakap pasal politik, orang politik kat Malaysia memang suka buat lawak. Masa nak pilihanraya baru la semua turun pergi tempat pilihanraya tu. Kalau pilihanraya tu kat Sarawak, berduyun la orang dari semua negeri datang ke Sarawak, tak kira la orang tu dari KL ke, Selangor ke, Melaka ke, Sabah ke..semua datang. Semua mengaku sedara, walaupun ade setengah tu baru pertama kali jejak tempat tu, tu pun pasal ada pilihanraya. Masa pilihanraya pun seronok - parti A kutuk parti B, parti B kutuk parti A, buat lawak, kutuk2 lepas tu gelak ramai2. Memang seronok ceramah politik, kadang2 waktu tu lagi lawak daripada tengok Maharaja Lawak dekat Astro. Macam macam lawak keluar - lawak jam Omega, lawak perut boroi, lawak nak letak jawatan, nak undur diri, lawak pasal Altantuya pun ade. Orang Malaysia sporting - pasal orang mati kena bom pun boleh buat lawak. Tapi benda paling lawak kat Malaysia dah tentu la surat kabar dan berita kat saluran tv free. Kadang2 berita pun buat lawak, pernah sekali Manchester United menang tapi berita cakap Manchester City, memang lawak.

Ahli politik Malaysia jugak sangat prihatin pada rakyat. Baru ni umum pasal kerajaan keluar sampai RM50 juta untuk sediakan emel free untuk rakyat. Fuhh RM 50 juta untuk bukak emel, bayangkan emel yang boleh register free je kat google, yahoo tapi kerajaan guna duit sampai RM 50 juta untuk buat emel. Mesti beli dah ada emel tu perkara ajaib boleh jadi - boleh dapat tiket LRT free ikut emel, boleh request gaji awal ikut emel, boleh main Call Of Duty Black Ops guna emel tu jugak. Advance betul pemikiran kerajaan ni. Kerajaan jugak cakap nanti, bila ekonomi dah elok sikit, nak hantar sorang lagi angkasawan ke ISS. Baguslah tu, itu akan meramaikan angkasawan Bumiputera Melayu Islam. Nanti lepas balik dari ISS nanti boleh la dia kawen free sebab ramai orang sponsor dia, lepas tu bila orang jemput nak bagi ceramah kat budak sekolah boleh la charge puluh2 ribu. Program Angkasawan tu bakal melahirkan ramai lagi Bumiputera berjaya, bagus2.

Kehidupan di Malaysia bukan je menyeronokkan kat alam nyata, kat alam maya pun sama. Pengguna Facebook kat Malaysia merupakan pengguna yang paling ramai kawan kat atas muka bumi ni, berbanding dengan pengguna Facebook negara-negara lain. Kalau nampak gambar profile awek cun atau balak ensem, tekan je butang add ass friend, mesti approve punya. Lepas tu boleh add YM,Skype, boleh chatting dengan kawan2 yang ensem dan cun. Silap haribulan boleh sangkut jadi laki bini terus. Kalau anda letak gambar awek cun dekat profile pic, ramai la lelaki yang akan add anda, hatta yang profile pic pakai serban pun akan request nak jadi friend anda. Begitulah peramahnya rakyat Malaysia, memang seronok la tinggal kat sini. Malaysia ni pusat perkumpulan bermacam jenis orang - ada orang Africa, India, China Doll, Argentina, Lebanon dan dari segala tempat di dunia ni. Imigresen takkan halau punya, imigresen Malaysia kan peramah mana halau2 orang, pendatang asing tu kan tetamu, tetamu kalau datang kan bawak seribu rahmat. Kalau pendatang2 tu bawa penyakit macam taun, tuberculosis, syphilis ke kat hospital kerajaan ada ubat, boleh ambik ubat kat sana.

Paling best kat Malaysia - jadi blogger. Buat blogger merapu, kumpul ramai follower pastu boleh buat apa yang kita suka - semua follower akan suka. Tak kira la blog tu kutuk-kutuk artis ke, letak gambar seksi artis ke, buat segmen terjah blog yang macam bodo ke, buat Vlog poyo ke, takde sape nak marah punya. Paling best bila jadi blogger, kalau sebagai orang Muslim kita boleh berdakwah. Caranya senang je, cari gambar artis pakai pakaian tak cukup kain, lepas tu kutuk2, last2 kat akhir sekali letak ayat Al Quran suruh tutup aurat. Mesti ramai sokong apa kita buat tu, dan secara langsung kita dah berdakwah. Sama je pahala dakwah macam orang tabligh yang keluar 40 hari tinggal kerja, tinggal anak bini susah2 pergi dari rumah ke rumah ajak orang pergi masjid. Pheww.

Kesimpulannya, Malaysia memang best dan mansang. Memang aku bertuah duduk kat Malaysia. Walaupun banyak lagi kelebihan Malaysia, cukup la dulu. Peace. Kepada bukan rakyat Malaysia, tolong jangan cemburu dengan aku.

19 April 2011

Metered dose inhaler (MDI)

Metered dose inhaler merupakan sejenis alat untuk memastikan ubat dapat disalurkan ke dalam paru-paru. Senang cerita, ubat untuk penyakit asma dan juga COPD (chronic obstructive pulmonary disease).

Berikut merupakan video ringkas tentang cara untuk menggunakan MDI



bukan macam ni...


walaupun kelakar, tapi cara pengunaan yang salah boleh menyebabkan ubat tak dapat berfungsi dengan cara yang sepatutnya - kalau serangan asma/lelah tu teruk, ambil ubat dengan cara yang salah - mungkin boleh menyebabkan kematian

18 April 2011

bersyukurlah

Diskriminasi

Diskriminasi - memang akan wujud sampai infiniti.

Kalau tidak kenapa ada syurga Firdaus, Na'im, Ma'wa? dan kenapa ada neraka Jahannam, Huthamah, Saqar?

Dunia tanpa diskriminasi adalah dunia tanpa keadilan.

17 April 2011

Demokrasi

Demokrasi - kebebasan untuk membuat pilihan.

Sebagai contoh dalam pilihanraya - setiap manusia berhak memilih siapa yang bakal menjadi pemimpin melalui undi.

Senang cerita, beri pilihan, beri peluang kepada orang ramai buat keputusan, dan akhirnya majoriti akan menang.

Kalau majoriti memilih hero - maka yang jadi pemimpin mereka ialah hero

Kalau majoriti memilih penyangak - maka yang jadi pemimpin mereka ialah penyangak

Lebih menarik lagi - sistem demokrasi merupakan sistem yang boleh dimanipulasi. Manipulasi undi dengan cara ugutan, rayuan, scam, rasuah, beli undi, atau mungkin lebih parah tambahkan undi palsu ke dalam kotak kiraan undi.

Kalau waktu Muhammad S.A.W dulu diturunkan di Makkah, kemudian diadakan pilihanraya pada masa tu untuk menentukan sama ada penduduk Makkah patut ikut ajaran Muhammad atau terus sembah berhala - aku yakin 100% Muhammad akan kalah.
Johnny : What is democracy?
Father  : Well it's never bright clear on myself. Like any other kind government it's got something to do with young men killing each other I believe. 

dipetik daripada filem Johnny Got a Gun, 1971

16 April 2011

Darah tinggi a.k.a hypertension

Lepas sekian lama tak menulis penulisan yang berkait dengan perubatan dan memandangkan filem kat tv pun bosan, so kali ni update blog pasal penyakit kronik yang ramai orang ada kat Malaysia ni - hypertension, atau pun senang cerita tekanan darah tinggi. 



Berdasarkan statistik Kementerian Kesihatan, pada tahun 2006 daripada sejumlah sampel kajian seramai 16 440 orang, dianggarkan 43% daripada 16 440 orang tu mengalami masalah darah tinggi = 7069 orang (sumber). Sample tu boleh dikatakan besar, dan kalau kita buat extrapolation mudah, katakan sekarang ada 26 juta orang kat Malaysia - lebih kurang 11 juta orang akan menghidap darah tinggi (tapi nilai ni mungkin lebih rendah la kalau kita exclude budak2 daripada statistik). Tapi apa yang pasti, masalah tekanan darah tinggi ni memang satu masalah yang ketara dan setiap orang berisiko untuk mengalami masalah ni.

Tekanan darah tinggi yang normal biasanya dalam lingkungan 120 mmHg (systolic) /80 mmHg (diastolic). Systolic bermaksud ukuran tekanan darah masa jantung mengepam darah, diastolic bermaksud ukuran tekanan darah masa jantung tengah relax. Ada beberapa peringkat dalam pengelasan tahap keadaan tekanan darah seseorang. Tengok jadual bawah ni.

Category Systolic (mm Hg) Diastolic (mm Hg)
Optimal <120 and <80
Normal <130 and <85
High normal 130-139 or 85-89
Hypertension
Stage 1 140-159 or 90-99
Stage 2 160-179 or 100-109
Stage 3 >=180 or >=110

Ok, ada optimal, normal, high normal dan jugak hypertension. Kalau tekanan darah berada pada tahap optimal - tu bermaksud memang kesihatan korang betul2 bagus la. Normal - maksudnya tekanan darah korang biase2 je. High normal - dah kena berjaga-jaga sebab tekanan darah korang mungkin naik ke peringkat hypertension (darah tinggi). Bila tekanan darah seseorang dah masuk ke mana2 stage dalam hypertension - lepas doktor buat evaluation pada tekanan darah korang untuk beberapa hari dan buat ujian darah - bila dah confirm korang ada darah tinggi - so doktor akan start bagi korang makan ubat darah tinggi - tak kira la korang stage 1, 2 atau 3. Stage 3 tu tahap paling bahaya - kalau tekanan darah sampai tahap tu doktor akan beri rawatan yang lebih agresif, mungkin korang akan disuntik dengan ubat anti hypertensive kat Emergency Department.

Kenapa tekanan darah dalam badan perlu dikawal supaya tak terlampau tinggi? Tekanan darah yang tinggi boleh menyebabkan kerosakan pada organ-organ dalam badan sebab organ dalam badan kita macam buah pinggang, jantung, otak, mata boleh tolerate tekanan darah pada tahap tertentu je. Memandangkan manusia ni dibuat daripada tanah - ok la, be scientific, memandangkan organ dan salur darah dalam badan manusia ni terdiri daripada protein dan karbon yang lembut, jadi bila tekanan darah tinggi, organ-organ dalam badan boleh rosak. Buah pinggang boleh rosak akibat darah tinggi sebab darah dipam ke buah pinggang sepanjang masa untuk dicuci, otot jantung boleh mengembang (hypertrophy) dan lama kelamaan menyebabkan keupayaan jantung untuk pam darah makin menurun - seterusnya membawa kepada kegagalan jantung untuk berfungsi. Kalau tekanan darah dalam salur darah kat otak tinggi, salur darah akan pecah dan menyebabkan darah beku terbentuk kat otak. Bila jadi macam tu, sel saraf kat otak tak dapat bekalan oksigen sebab bekalan darah yang bawak oksigen terganggu - boleh menyebabkan stroke dan kematian. Jadi teramatlah penting untuk kita sustain tekanan darah yang optimum/normal.

Memandangkan aku bukan doktor dan kerja aku sebenarnya berkait dengan ubat - so aku akan tulis pasal ubat anti hypertensive - macam mana ubat tu bertindak, apa yang kena tau pasal ubat tu, cara makan dan sebagainya. Bila nak menulis bab hypertension ni - sebenarnya topik pasal ubat darah tinggi ni panjang sebab setiap pesakit, lain ubat yang doktor akan bagi - orang yang ada lemah jantung lain ubat dorang, yang darah tinggi masa mengandung pun lain jugak, yang rosak buah pinggang lain ubat dorang, budak kecik, orang tua pun cara nak start ubat darah tinggi berbeza-beza. Jadi dalam post ni lebih kepada penerangan umum pasal ubat-ubatan.

Nama-nama ubat yang aku tulis ni semuanya nama generic - bermaksud nama umum ubat tu yang dipakai di peringkat antarabangsa walaupun jenama berlainan.

1. Angiotensin converting enzyme inhibitor (ACEI)

- contoh: Perindopril, Captopril, Enalapril, Ramipril

- Ubat jenis ACEI akan menghalang pembentukan angiotensin II , sejenis enzim yang terlibat dalam proses kenaikan tekanan darah. Bila angiotensin II ni tak terhasil, atau pun bila pengeluaran enzim angiotensin II ni kurang, salur darah dalam badan takkan mengalami pengecutan dan seterusnya membawa kepada penurunan tekanan darah.

- kalau doktor bagi Perindopril dan Enalapril, dua jenis ubat ni seeloknya diambil sebelum makan.

- kesan sampingan ubat: batuk, alahan (ruam), letih dan masalah buah pinggang. Bagitau doktor atau pegawai farmasi kalau korang rasa tak tahan dengan kesan sampingan ubat. Kalau dah makan ubat ni dalam tempoh lama dan kemudian korang perasan korang dah tak berapa kerap kencing - tolong bagitau doktor. Bagi orang perempuan, pastikan korang berbincang dengan doktor sebelum merancang kehamilan sebab perempuan mengandung tak boleh makan ubat ni.

2. Beta blocker

- contoh: Metoprolol, Atenolol, Bisoprolol, Propranolol, Labetalol, Carvedilol

- dari aspek pengurusan tekanan darah tinggi, ubat ni bertindak menghalang kesan hormon adrenalin dan noradrenalin dalam badan (adrenalin dan noradrenalin merupakan hormon yang menyebabkan otot salur darah mengecut dan menaikkan denyutan jantung - kedua2 kesan hormon2 ni menaikkan tekanan darah dalam badan)

- Bagi yang kena makan ubat Labetalol atau Carvedilol - dua jenis ubat ni elok diambil selepas makan makanan.

- Ubat jenis beta blocker tak boleh dimakan untuk mereka yang ada masalah jantung. Kalau orang yang makan ubat ni mengadu sakit dada, ataupun jantung dorang berdebar/berdegup laju secara konsisten (dalam keadaan dorang tenang), kena bagitau doktor tentang hal ni

- kesan sampingan ubat: erectile dysfunction untuk lelaki, loya, sesak nafas, pening. Bagitau doktor atau pegawai farmasi kalau korang rasa tak tahan dengan kesan sampingan ubat.

3. Calcium channel blocker

- contoh: Nifedipine, Amlodipine, Felodipine, Diltiazem, Verapamil

- ubat jenis ni mengurangkan proses pengecutan tisu salur darah dan otot jantung - seterusnya menurunkan tekanan darah.

- Felodipine sebaiknya diambil masa perut kosong (sebelum makan), Verapamil pulak seeloknya diambil lepas makan.

- kesan sampingan: kebiasaannya sembelit - so kalau makan ubat jenis ni, better makan banyak makanan berserat + minum banyak air kosong. Kesan lain macam perubahan degupan jantung (makin laju @ slow - terutamanya kalau diambil bersama ubat jenis beta blocker), kaki jadi bengkak/gemuk sebab pengumpulan air (oedema). Bagitau doktor kalau ada kesan sampingan.

4. Diuretics

- contoh: Hydrochlorothiazide, Frusemide/furosemide, kombinasi amiloride+hydrochlorothiazide, Spironolactone

- ubat jenis ni akan meningkatkan pengeluaran air kencing - mengurangkan isipadu bendalir dalam salur darah, seterusnya mengurangkan tekanan darah.

- untuk semua jenis ubat diuretics ni, seeloknya diambil selepas makan. Kalau kena makan lebih dari sekali sehari (dua atau tiga kali sehari), bila nak makan untuk dos yang terakhir tu (yang kedua atau ketiga), dinasihatkan untuk makan ubat tu sebelum pukul 4 petang untuk elakkan daripada kerap kencing bila waktu malam.

- kesan sampingan: hypokalemia (kurang zat Potassium - sejenis elektrolite/garam yang penting untuk jantung). Sila bagitau doktor kalau ada perubahan dalam degupan jantung bila dah mula makan ubat jenis ni. Dan kurangkan makan makanan manis sebab satu lagi kesan sampingan ubat jenis ni ialah ubat ni boleh naikkan paras gula dalam darah.

5. Angiotensin receptor blocker (ARB)

- contoh: Irbesartan, Losartan, Telmisartan, Valsartan

- ubat jenis ni hampir sama macam ACEI, cuma sedikit perbezaan - ARB akan halang angiotensin melekat kat receptor berbanding ACEI yang halang pembentukan angiotensin. 

- ubat jenis ni boleh diambil sebelim atau selepas makan kecuali kalau jenis yang gabung dengan hydrochlorothiazide (Valsartan + Hydrochlorothiazide, nama jenama: Co Diovan, Irbesartan + Hydrochlorothiazide, nama jenama: Co Approvel) - yang jenis combine ni better diambil lepas makan.

- kesan sampingan: pening kepala.

6. Alpha blocker

- contoh: Prazosin, Terazosin, Doxazosin, Alfuzosin

- Walaupun begitu, ubat jenis ni bukan la pilihan utama untuk rawatan tekanan darah tinggi. Sebaliknya ubat jenis ni digunakan untuk masalah benign prostatic hypertrophy. Walaupun begitu, ubat jenis ni tetap berupaya menurunkan tekanan darah orang yang makan ubat ni.

Begitu la sedikit sebanyak pasal ubat darah tinggi ni. Kalau ade apa2 nak tanya, just hit the comment box atau boleh tanya mana2 doktor atau pegawai farmasi. Have a nice day (pinjam tagline FPS Russia).

Rujukan:

1. Malaysian CPG on Management of Hypertensoon 3rd Edition, Feb 2008

12 April 2011

blues



aku tak bertuah macam cik buyong

never say never

Bersempena tayangan filem dokumentari Justin Bieber skang ni, jom layan video tribute untuk Justin Bieber oleh sorang weapon geek, Dmitri aka FPS Russia





:D

11 April 2011

Nota Kecil (VII)

1. Emak

"Bila balik rumah?" tanya emak, yang separuh sihat.

"Tengok keadaan. Ada duit nanti balik," jawab aku.

Kalau aku kerja kat Semenanjung mungkin aku boleh jawab "hujung minggu ni" atau "minggu depan".

2. Abah

"Bila result interview fellowship tu keluar?"

"Nanti fakulti hantar surat ke rumah"

Nampaknya Abah dah berharap aku sambung belajar. Program Master belum apply, IELTS belum register. Lantak la. Kalau keluar offer letter aku sambung balik pening kepala aku.

3. Pilihanraya Sarawak

Malas aku nak campur. Sebab bukan tempat aku - literally, I dont give a fuck. Aku datang sini sebab aku dihantar ke sini - nak tinggal lebih 90 hari kat sini aku kena ada pas perjalanan terhad - benda jadah biru tu tak pernah jadi isu bila aku pergi Selangor, Melaka, Kelantan, Kedah tapi aku kena ade benda tu bila datang sini. Jadi aku ni gaijin - gaijin dalam negara sendiri, biol sungguh sistem yang ada ni. Gaijin is gaijin, jadi aku takkan jadi sesibuk Anwar Ibrahim yang bersusah payah datang ke sini untuk berkempen.

4. Pahang

Kilang rare earth - kilang proses unsur-unsur lanthanoid bakal beroperasi kat Pahang. Jadi kesimpulannya

- orang Pahang lagi bangang dari orang Sarawak walaupun Pahang dah banyak kali tukar Menteri Besar berbanding Sarawak yang dah 30 tahun tak tukar Ketua Menteri

- lepas ni aku tak boleh cari jodoh dengan orang Kuantan - sebab generasi Kuantan bakal tercemar dengan toksik dan radiasi - nanti dapat anak, anak mungkin cacat dan mudah dapat kanser.

- Farmasi Hospital Tengku Ampuan akan order lagi banyak stok ubat chemotherapy untuk protocol acute leukemia - cytarabine, vincristine, daunorubicin, dexamethasone. Oh ya, Kytril untuk elakkan muntah.

5. Video seks Dato T

Kerja bodoh. Tak pernah aku jumpa rancangan sebodoh tu. 

6. Jatuh bangunan SPRM

Kalau dua-dua bunuh diri - maksudnya dah dua kali orang terjun bunuh diri. Kalau dua-dua terjatuh - maksudnya dah dua kali orang terjatuh. Kalau dua-dua kena campak - maksudnya dah dua kali orang kena campak.

Malangnya dah dua kali orang jatuh - masih tak tahu punca jatuh. 

Cukup-cukup la panggil pakar luar. Belajar jadi profesional, belajar jadi telus, belajar untuk jadi pandai, belajar untuk percaya pada pakar sendiri, belajar untuk selesaikan masalah sendiri. Sebab percaya pada orang luar la Inggeris jajah Malaya, sebab percaya pada orang luar Jepun datang merogol anak dara Melayu, sebab percaya orang luar Singapura jadi Israel cawangan Asia.

08 April 2011

Menghidupkan semula orang mati

Jun 1973. Anthony Hollander, 9 tahun terjumpa seekor burung yang mati kat sebuah taman. Budak kecik tu rasa kesian kat burung tu - lalu kemudian dia menulis sepucuk surat kepada penerbit rancangan Blue Peter - rancangan TV kanak-kanak yang popular pada masa tu. Kat bawah ni surat dia:

Penerbit rancangan tu kemudian membalas surat Anthony. Dalam reply tu diterangkan, dorang kagum dengan keinginan Anthony tapi dorang tak dapek nak nolong. Penerbit tu kemudian cadangkan Anthony bercakap dengan family doctor untuk berikan bahan2 bacaan @ diagram untuk "hidupkan manusia @ binatang" semula.

2008. Anthony kemudiannya pada waktu tu merupakan antara pakar kejuruteraan tisu, merangkap Professor di University of Bristol, terlibat dalam proses penjanaan semula tisu trakea daripada penderma untuk pembedahan implan trakea untuk sorang pesakit yang menghidap tuberculosis.Pembedahan penggantian trakea tersebut dikatakan yang pertama di dunia yang mana penerima tisu implan dari penderma tak memerlukan rawatan immunosuppression.

Anthony kemudian berkata, surat reply daripada penerbit Blue Peter - yang mengambil serius idea beliau dan tak memperlekehkan niat dia untuk hidupkan semula manusia/binatang dalam surat beliau membuatkan dia excited dan berasa positif untuk menceburkan diri dalam bidang sains perubatan. Kata dia, kalau penerbit tv tu cakap idea dia mengarut pada masa tu, mungkin dia takkan berusaha keras dalam bidang sains dan membawa perubahan kepada kehidupan manusia macam yang dia buat 3 tahun lepas.

Transkrip surat Anthony & surat reply daripada penerbit  Blue Peter:

29th June

Dear Val, Jhon, Peter and Lesslie,

This may seem very strange, but I think I no how to make people or animals alive. Why Im teling you is because I cant get the things I need.

A list of what I need.

1. Diagram of how evreything works. [inside youre body.]
2. Model of a heart split in half. [both halvs.]
3. The sort of sering they yous for cleaning ears. [Tsering must be very very clean.]
4. Tools for cutting people open.
5. Tools for stiches.
6. Fiberglass box, 8 foot tall, 3 foot width.

[DIAGRAM]

7. Picture of a man showing all the arteries.

Sorry but in number 6 in the list the box needs lid. If you do get them on 1st March I can pay £10, £11, £12, £13 or £14.

Send your answer to me,

Love from Anthony,
London, NW11

----------------------------

Dear Anthony,

Thank you very much for your letter. It was nice to hear from you again after such a long time and we are sorry we have been delayed replying.

We are receiving over 4,000 letters every week and are having difficulty answering them as quickly as we would like.

We were interested to hear that you think you know how to make living people - and your list of necessary items intrigued us!

We are sorry we can't help you at all, but we wondered if you had thought of talking to your family doctor - he might be glad to help you with some diagrams and other information.

We are sending you a photograph of the "Blue Peter" team - it has been signed specially for you.

With best wishes from Valerie, John, Peter, Lesley and all of us on the programme.

Yours sincerely

B (Biddy Baxter)
Editor
Blue Peter

Anthony masih lagi tak dapat hidupkan semula makhluk yang mati, tapi sekurang-kurangnya dia dapat membawa perubahan positif pada kehidupan orang lain. Nampaknya memang penting kita terapkan pemikiran positif kat dalam kepala budak2 kecik.

Sumber: facebook Lancet & LettersNote

07 April 2011

mindfucked (II)

Miss Malaysia Pahang

mindfucked (I)


Kredit: Sayang Sazanna

Kecik-kecik dah diajar hafal nama artis.

Kor Risik Diraja, is this part from intelligence ideology for our future leader?

03 April 2011

7 tahun

Budak-budak, kalau doktor nak bagi ubat - dos/kuantiti ubat yang nak diberi tu adalah berdasarkan berat badan.

Sebagai contoh, paracetamol ukuran dose dia 15 mg/kg tiga kali sehari. Untuk antibiotik macam penicillin (ampicillin, amoxycillin cloxacillin, penicillin V) - selalunya dalam lingkungan 15 - 20 mg/kg. Untuk ubat anti inflammatory (ubat yang merencatkan pembengkakan) macam prednisolone - 1 mg/kg sekali sehari.

Nature kerja aku membuatkan aku biasa gak la berdepan situasi budak2 kena makan ubat ni. Jadi kalau pesakit pediatric, berat badan memang penting. Kalau baru lahir biasanya mungkin dalam 2 kg lebih camtu la. Kalau besar sikit - macam umur 7 tahun - mungkin dalam 10 - 15 kg. Dalam lingkungan berat itu la.

Bila sesi kaunseling ubat2 ni selalunya budak kecik yang sekolah rendah ni, macam takut2 sikit nak bercakap. Tak tau la sebab aku ni muka cengeng ke atau memang budak2 ni malu. Tapi aku cuba jugak la communicate dengan dorang especially kalau dorang dah sekolah - supaya budak2 ni tau sebab ape dorang kena makan ubat, ubat ape yang dorang kena makan ni, apa guna ubat tu.

Pagi tadi terbaca berita budak 7 tahun kena pukul dengan penyelia asrama - sampai koma. Tak lama lepas tu keluar berita budak tu meninggal dunia. Kalau umur 7 tahun duduk asrama - dah tentulah bukan anak orang kaya. Dan budak tu dah takde emak. Ade ayah je.

Macam2 benda terbayang kat kepala aku masa baca berita tu. Macam mana budak tu masa kena pukul, menangis teruk ke dia. Dah makan ke dia masa kena pukul tu, lapar ke dia masa kena pukul tu. Dan lepas masuk hospital - doktor kena pasang tube pernafasan kat budak tu. Sakit sebenarnya bila kena pasang tube nafas tu - doktor akan inject ubat penenang bila patient dipasang dengan tube tu. Betapa azabnya budak tu - umur tujuh tahun, berat badan belas2 kilo je, dan apa la sangat salah budak tu sampai diterajang sampai mati.

Tak tau la kenapa aku depressed & terganggu betul dengan berita tu. Mungkin sebab aku kerja hospital, so aku tau sikit sebanyak pasal budak2. Nak pulak aku ada adik kecik lagi kat rumah.

Al Fatihah buat adik Saiful Syazani Saiful Sopfidee.

Pakai tudung

Pertama..daripada Maria Elena the Greek Helen (kalau real Helen macam minah ni, memang Trojan War merupakan perang yang fail)


Kedua, daripada aiyomaa. Ayoyo, kadawelleh!


Ketiga, daripada Ida. Comel suara dia :P~



Keempat, daripada Natrah yang pemalu. Ececeh...



Kelima, Anis Adila Aris. 


Yang kat bawah ni pulak, tok guru minah2 atas nih



Rupanya inilah punca berlambaknya fesyen tudung yang menyenakkan mata masa aku turun KL baru2 ni.

Sungguh sungguh

Nak belajar, belajar sungguh sungguh. Jangan main-main, jangan skor pointer @ markah paras hidung. Kalau markah penuh 100, dapatkan semua 100 markah. Hafal semua fakta yang patut kena hafal, banyakkan latihan untuk jadikan diri mahir. 

Nak jadi baik, jadi baik sungguh sungguh. Jangan waktu pagi jadi baik, waktu malam jadi setan. Jangan hari ni baik, hari esok jahat. Buat baik pada semua orang, jangan kacau hidup orang. Jangan cari musuh. Sebarkan kebaikan pada diri sendiri, pada keluarga, pada kawan kawan, pada jiran, pada orang keliling. Biar orang baling tahi pada kita - biar kita letak benih bunga pada tahi tu biar tumbuh bunga yang kemudian kembang mengharum di keliling kita.

Nak jadi menteri, jadi menteri sungguh sungguh. Menteri tanggungjawab besar - urus kementerian, jalankan dasar, cadangkan dasar - untuk kesejahteraan rakyat dan negara. Jadilah menteri yang amanah, jangan ambil rasuah. Jadilah menteri yang kerja kuat kerja, yang buat keputusan terbaik untuk semua. Jangan penuhkan akaun bank dengan rasuah dan penyelewengan, di dunia terlepas di alam lain akan datang balasan.

Nak kerja, kerja sungguh sungguh. Kalau kamu petani, bercucuk tanam lah dengan sungguh sungguh - supaya hasil tanaman cukup dan kita semua tak kebuluran. Kalau kamu pekerja kontrak buat bangunan, buat jambatan maka kerahlah tenaga kamu bersungguh sungguh - supaya bangunan siap, tahan lama dan dapat tampung murid murid belajar kalau bangunan itu sekolah, dapat menahan hujan panas dari menimpa keluarga kalau bangunan yang kamu bina itu rumah. Kalau kamu doktor kerjalah sungguh sungguh, supaya pesakit yang datang mengharap bantuan kamu dapat kamu bantu seupaya kamu yang boleh.

Nak jadi jahat - jadilah jahat sungguh sungguh. Jangan jadi macam PEKIDA atau Double Seven yang berani pukul Melayu je, jadilah macam Yakuza atau Mafia yang jadi samseng seluruh dunia. Buatlah bisnes money laundering, berniaga senjata berat, jual manusia dan segala kejahatan yang mendatangkan laba berbilion-bilion - supaya kelak bila kamu diseksa malaikat Zabaniah nanti kamu puas sebab dapat kumpul harta dan enjoy sampai puas kejahatan yang kamu buat - jadi samseng kampung pun masuk neraka, jadi Mafia pun masuk neraka, baik jadi Mafia.

Nak jadi artis, jadilah artis sungguh sungguh. Jangan masuk Akademi Fantasia, MyStarz LG, Malaysian Idol, menyanyi kat pentas dua tiga bulan lepas tu jadi DJ radio. Menyanyilah, sebarkan suara kamu ke Indonesia, Singapura, Hong Kong, Taiwan, Jepun, Amerika, UK, Vietnam dan seluruh dunia. Jadilah artis yang dapat jual berjuta-juta album supaya kamu jadi kaya - bukan setakat jadi penyanyi sengkek yang lahir dari ketamakan tauke syarikat penyiaran yang cuma nak buat untung.

Kalau kamu mahu jadi ibu atau bapa, jadilah ibu bapa sungguh sungguh. Nikah, kahwin kemudian buatlah anak ramai-ramai. Jangan buat anak dekat dataran Merdeka, dekat dalam kereta, dekat dalam tandas, dekat air terjun, dalam rumah sewa - kemudian bila Tuhan tiupkan roh ke dalam rahim kamu, kamu jaga cukup 9 bulan tapi akhirnya kamu buang anak kamu dalam lubang jamban. Kalau taknak anak, sungguh sungguh lah usaha supaya kamu tak dapat anak - jangan nikah, atau masa kamu birah dan libido kamu memuncak - pakai la kondom, spermicide, atau kalau kamu rasa tak puas bila pakai kondom pakai la cara lain - vasectomy, pancut atas perut, pancut siling atau apa2 cara la boleh untuk elakkan sperma bercantum dengan ovum.

Kalau kamu mahu jadi bangsat - jadilah bangsat sungguh sungguh sampai kamu  puas menjadi bangsat. Tapi  jangan biarkan kebangsatan kamu menyusahkan orang lain. Jadilah perompak, perogol, taik judi, mat rempit - dan bila kamu dah puas dengan kebangsatan kamu tu - gantung diri atau telan paraquat - dan Tuhan akan daftarkan kamu selama-lamanya di Inferno. Jangan menyusahkan orang - menyerah diri, membiarkan diri dihukum oleh mahkamah, yang kemudian akan membuatkan kamu dihumban ke penjara dan orang lain terpaksa tanggung makan minum kamu, terpaksa sediakan ustaz untuk beri tunjuk ajar pada kamu sedangkan kamu sendiri memilih jadi bangsat, terpaksa sediakan tempat tidur, makan minum untuk kamu. Berambuslah dari dunia dengan cara tak menyusahkan orang, tak perlu takut dilaknat sebab kamu memilih untuk dilaknat.

Sekian

02 April 2011

Pahang Darul Makmur

Pahang - negeri tempat aku membesar. Aku lahir kat Kuala Lumpur - mungkin sebab tu aku banyak dianaktirikan kerajaan Pahang. Mintak biasiswa kerajaan negeri masa sekolah tak pernah dapat - padahal budak negeri Kelantan & Terengganu yang mengaku anak Pahang dapat pulak. Padahal aku straight A tiap kali ujian upsr & pmr. Cemerlang exam - dapat la RM 50 tiap kali skor straight A. Tapi aku takkan mengaku aku anak Kuala Lumpur sebab aku cuma lahir kat KL - hidup aku, besar aku di Pahang.

Pahang ni - sejarah silam negeri ni memang kabur. Ade cakap Pahang ni dulu tak beraja pun, lalu datang la orang luar dari Siam, dari Melaka datang ke Pahang - buat kepala mengaku jadi raja. Malah dalam beberapa hal, Pahang ni negeri yang pelik. Loghat daerah berbeza mengikut daerah. Kalau duduk Kuantan, loghat sana bercampur-campur loghat Kelantan & Terengganu. Dekat Temerloh lain, dekat Bentong lain, dekat Raub lain, dekat Pekan lain, dekat Kuala Lipis pun lain. Anehnya orang Pahang dapat kenal sesama orang Pahang kalau salah seorang bercakap dalam loghat tempat dia. Orang Pahang tak bersatu - selalunya dorang sesama dorang pun jarang nak menolong satu sama lain kalau atas dasar kenegerian - berbanding dengan orang negeri lain macam Kedah, Kelantan, Penang, Sabah, Sarawak atau Johor (baca : Jawa) yang kuat solidariti kenegerian dan kebangsaan dorang. 

Walaupun begitu orang Pahang satu masa dulu merupakan bangsa yang rebel. Hugh Clifford pening kepala masa jadi Residen dulu - dek penentangan Tok Gajah dan anak dia, Mat Kilau. Akhirnya dengan menggunakan sultan yang memikirkan perut - rebellion Pahang berjaya dipatahkan. Mat Kilau yang mulanya tunjuk eksen lawan British - menyorok, dah nak mati baru keluar. 

Walaupun begitu sifat rebel orang Pahang tetap ade - gene rebel tu masih masin dalam darah dorang. Tapi sebagaimana kata-kata Abdullah Jones (blogger yang ban aku dari jadi follower sebab aku kata dia lelaki yang ber"penis"besar sebab menulis semula lepas merajuk, kah kah kah) - orang Pahang secara spesifik orang Kuala Lipis - masa zaman muda mereka rebel, dah tua masuk UMNO. Dan memang itu lah yang berlaku.

IQ orang Pahang? Antara yang terendah di Malaysia. Orang Pahang takde yang menang Nobel Prize. Kalau setiap tahun dilihat pencapaian sekolah2 di Pahang berbanding dengan sekolah lain di negeri Johor, Selangor, Kedah dan segala negeri lain, sekolah-sekolah Pahang tak pernah masuk ranking top 3. Malah kalau dilihat ADUN yang mentadbir negeri Pahang - lihat je siapa ketua dorang. Dan tengok juga bendera Pahang - hitam dan putih. Takde warna lain, dua warna je. Punya la pemalas.

Menteri Besar yang diundi oleh rakyat Pahang - secara spesifik orang Pelangai di daerah Bentong

Pahang ni negeri yang taat pada Sultan. Sultan yang melantik awek Pakistan jadi Sultanah (dalam undang2 tubuh kerajaan negeri..ahh persetan undang2). Rakyat juga patuh pada parti. Dari zaman kapal layar sampai la dacing mereka tak pernah mengecewakan parti pemerintah yang sama. Hasilnya - sampai sekarang line handphone takde kat kampung aku. Kat tempat tinggal aku ade ahli politik yang tukarkan tempat mengaji Quran jadi restoren jual babi - sebelah masjid - tapi ahli politik yang sama juga menang pilihan raya walaupun lepas benda tu jadi. 

Kali ni kilang rare earth - kilang proses logam bumi yang secara teknikalnya boleh memancarkan gelombang radioaktif dan seterusnya menyebabkan pencemaran radioaktif akan dibina di bumi Pahang. Maka akan bertambah bebal dan bodoh la generasi Pahang nanti bila sisa2 bahan proses berbahaya tu dibuang kilang syarikat Australia tu di bumi Pahang nanti - dan cucu cicit pemerintah Pahang sekarang akan untung - untung makan duit yang disumbat syarikat Australia celaka tu, dan untung sebab generasi Pahang yang bodoh2 bakal dilahirkanl diperbodohkan dan meneruskan sokongan membabi buta kepada cucu cicit pemerintah sekarang.

Aku malas ambil pedulik - aku nak bodek balik Kuala Lumpur supaya menerima aku jadi warga Kuala Lumpur sebab tanah tumpah darah aku kat Wangsa Maju. Persetan sama Pahang.