30 March 2011

Haram sesedap rasa

Perak patuhi fatwa haramkan poco-poco: MB

IPOH: Kerajaan Negeri Perak akan mematuhi keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak berhubung pengharaman tarian poco-poco, kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata, selepas fatwa dikeluarkan, semua pihak perlu menghormatinya dan tidak mempersoalkannya.
Dr Zambry berkata demikian ketika mengulas laporan sebuah akhbar mengenai kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, bahawa Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak telah memutuskan tarian berkenaan sebagai haram. 

Harussani dilaporkan berkata tarian tersebut diharamkan kerana ia mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh dan pewartaan fatwa itu akan dibuat tidak lama lagi.

Dalam perkembangan lain, Dr Zambry berkata proses kelulusan tanah dijalankan mengikut prosedur biasa dan setiap permohonan akan dilayan mengikut peraturan.

"Permohonan akan diproses mengikut peraturan dan undang-undang...jika pemohon layak, kelulusan akan diberikan. Pemohon tidak akan ditanya sama ada menganggotai mana-mana parti," katanya ketika diminta mengulas dakwaan pembangkang bahawa sebidang tanah di Gopeng diberikan kepada UMNO baru-baru ini.

Dr Zambry berkata, dakwaan itu tidak seharusnya dilayan kerana sebelum ini, pembangkang mendakwa kerajaan negeri memberi tanah kepada MCA dan MIC. - BERNAMA 

________________________________________________________________________________

Baca pulak pasal istiadat negeri Perak, MENGAMBIL AIR BERSIRAM TABAL DI TUJUH  KUALA SUNGAI PERAK

Link tu aku memang dari website rasmi Pejabat D.Y.M.M. Sultan Perak Darul Ridzuan.

Jawatan Pawang Di Raja tu, haram ke tak?
Haram Melayu Islam ni haram sesedap rasa je, ikut suka sendiri. Aku takde masalah kalau betul tarian poco2 tu memang deviate & ade unsur2 tak elok, macam kes pengharaman Yoga lebih kurang 3 tahun lepas. Tapi jangan la double standard. 

Laki berbaju batik yang aku jumpa kat KLIA semalam cakap camni,

"Kalau orang bagi duit jud, ambil saja bah. Duit gaji kamu kalau kamu kerja kerajaan pun mana ada halal, campur seua itu duit cukai babi, arak semua,"

 Huh!

Nota: Sultan Perak merupakan ketua agama Islam negeri Perak. Peace.

Ranggi metropolis

Berjalan-jalan sekejap sekitar Kuala Lumpur hari Sabtu lepas. Maaf aku takde kamera SLR untuk rakamkan ape yang aku nampak. Jadi baca jela riwayat ni - takyah percaya sebab kalau tak percaya korang boleh datang sendiri melawat bandar raya KL nih.

Turun daripada bas transit LCCT  kat KL Sentral. Jalan Brickfields sekarang dah jadi one way, dan penuh warna warni. Brickfields dah jadi Little India. Baguslah, Petaling Street jadi Chinatown, Brickfields jadi Little India. Kampung Baru - bagi kat tauke keparat korporat. Seni reka bentuk kat Brickfields memang sebijik macam kat negara India, siap ade air pancur yang dikeliling patung gajah. 10 tahun lagi, legasi dasar pecah perintah yang jadi kambing hitam dalam teks Sejarah KBSM rupanya berjalan lagi. Cukup2 lah salahkan British - tengok dalam cermin muka siapa yang herot sebenarnya.

KL Sentral penuh dengan manusia masa aku sampai. Kedai2 kat kawasan lapang di antara kaunter KTM & LRT dah semakin penuh dengan kedai2 kecik. Dah ade iras-iras Central Market. 

Sepanjang perjalanan dari KL Sentral - Masjid Jamek - Bandaraya - Jalan TAR, mata aku senak dengan fesyen  budak2 perempuan muda. Tudung bersanggul, tunggul dedah dada, pakai baju nipis nampak tali bra, pakai tudung Hana Tajima, pakai legging. Agak culture shock jugak la aku, dah lama tak turun KL sekarang macam2 fesyen rupanya. Terasa kerdil betul aku - aku tetap dengan fesyen selekeh budak kampung bawak beg baju pakai selipar berjalan kat tengah2 metropolitan ni.

Jalan TAR - shopping beli pakaian. Beli kemeja sebab kemeja yang aku pakai hari2 ke tempat kerja dah 5 tahun takde kawan. Beli seluar - dah 4 inci bertambah ukuran. Nampak sangat lemak dah tepu dalam badan. Pasni kena makan rumput jela, pastu jogging tiap2 hari.

Selesai di Jalan TAR kemudian ke Titiwangsa. Beli dua bungkus jambu merah. Aku hulur RM2, kemudian akak tu cakap, RM4 dik. Keluar RM2 lagi. Kalau harga sebungkus jambu merah tu boleh dibuat ukuran indeks inflasi, maka inflasi kat Malaysia sekarang dah 100%.

Lepas ni kalau aku singgah lagi ke KL ape pulak yang berubah? Wallahualam.

29 March 2011

Nota Kecil VI

1. Interview fellowship

Kenapa awak minat nak join lecturer?

Better send you pergi oversea, buat pharmacoepidemiology instead of pharmacy practice, so amacam?

Gaji lecturer tak lumayan, sanggup ke?

----aku dah cari univ yang offer MSc Pharmacoepidimiology. Satu kat Belanda,satu kat US.

rasa macam malas nak fikir pulak dah pasal fellowship nih


2. Sembang2 kat KLIA

Bersembang dengan sorang laki botak, dan sorang laki pakai baju batik. Yang botak rupanya asal sama tempat dengan aku - nazir sekolah. Yang pakai baju batik, mengaku sedara menteri + IO + kontraktor + kawan Anwar Ibrahim. Siap bagi teori baru pasal kes Saiful vs Anwar. Masa nak berpisah tadi dia mintak no telefon. Aku bagi dia no telefon sim kad aku yang aku dah patahkan dulu. Ade sape2 pakai no 0199697563 skang? Mintak maaf banyak2, kah kah kah

3. Internat kat KLIA

Celakanya tak bawak bateri. Celaka betul takde plug karan langsung kat sini. habis yang aku post entri ni? Surf tenet rm10 utk 50 min.

4. Selamat datang ke Sibu

Ya, selamat datang! Kerja rajin2 Karl, kumpul duit untuk gaji bulan depan pulak.

23 March 2011

Melayu melankolik

Aku layan gak drama Melayu. Last sekali drama bersiri Hani kat TV3. Aku layan drama tu sebab nak tengok heroin drama tu yang cun aka Nur Fathiah. Hahaha.

Dalam drama tu cerita pasal sorang brilliant girl yang bernasib malang sebab menghidap barah otak dan seterusnya menyebabkan dia hilang penglihatan akibat adverse effect pembedahan. Last sekali kanser tu metastasize (merebak) balik dan dia mati.

Hari ni aku terbaca berita pasal pelajar yang keadaan dia sebijik macam watak cerita Hani tu. Chinese student, hilang penglihatan sebab kesan pembedahan untuk buang tumor dalam otak. Hari ni dia dapat keputusan SPM - 9A.

Ironinya Melayu dalam drama mati dan beralih arah dari berusaha nak jadi berjaya, sedangkan manusia lain yang hidup dalam dunia nyata tetap berjaya dalam berdepan dengan cabaran sebenar.

Melayu ni melankolik. Susun la semua lagu - lagu Melayu, 90% lagu-lagu sedih yang terlampau sedih. Melankolik tu petanda jiwa yang rapuh. Dan atas sebab melankolik ni Melayu ni jadi fanatik - terutama bab2 politik, dalam bab2 berkawan & mengawan, dalam bab2 bercinta. Melankolik, fanatik ni kemudian jadi penutup kepada perkara paling penting - rasional. Dalam cerita Hani tu camtu la - hilang penglihatan - tak leh amik exam, x ambik Spm & last2 mati. Perfect ending for melancholic.

Mungkin sebab nama Melayu tu sendiri - layu, maksudnya tak segar, tunduk menunduk. Macam mana nama Melayu tu boleh lekat pun aku tak tau - sebab aku pernah baca nama asal bangsa Melayu ni sebenarnya Melaju - merujuk pada ketangkasan bangsa ni berlayar di laut lepas, geng2 pedagang la ni sebenarnya orang Melayu ni zaman dulu. Kalau bukan pedagang, mungkin geng2 lanun la kot.

Kepada Melayu semua, buang sifat melankolik dalam diri anda. Melankolik - berlebih-lebihan, over sangat, kalau bersedih sedih sangat, kalau gembira gembira melebih-lebih. Rasionaliti - kalau nk berubah.

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim

Aku terdedah dengan kisah hidup Anwar Ibrahim ni sejak 13 tahun lepas. Waktu tu aku belum ambik UPSR lagi, dan zaman UPSR aku banyak exposed dengan berita2 gelombang reformasi.

13 tahun lepas dia dituduh meliwat Sukma Darmawan dan Dr Munawar Ahmad Anees. Kemudian 3 tahun lepas sebelum pilihan raya Permatang Pauh, muncul Saiful Bukhari mengaku diliwat Anwar. Sekarang timbul isu video lucah yang kononnya melibatkan susuk Anwar Ibrahim ni.

Aku menyampah jugak dengan Anwar Ibrahim ni. Sebab semenjak dah bebas, kemudian jadi peneraju golongan pembangkang politik layar perjuangan dia dah tercondong ke arah kuasa. Bukan macam Anwar Ibrahim yang aku baca dalam sejarah, yang dulunya memperjuangkan rakyat miskin yang mati kebulur sebab harga getah murah. Dia tak lagi marhaen - dalam majlis duduk makan sesama orang-orang besar, mungkin jelik nak beratur, duduk semeja dengan rakyat biasa. Lidah bercabang, tu satu hal lagi.

Tapi dalam hati aku tersisa lagi perasaan kesian. Anwar Ibrahim tak kalah, cuma disekat setiap kali nampak macam nak naik. Dan cara dia disekat tu yang mengharukan - ditangkap dalam rumah oleh komando, ditelanjangkan oleh kawan sendiri dalam parlimen sampai kecewa dan keluar dewan, dimalukan dengan cerita-cerita rekaan yang bukan-bukan. Dia dijatuhkan dengan cara cah keting, dengan ditikam belakang.

Anwar Ibrahim bukan politician yang baik, dan aku takkan sokong dia kalau pun dia bertanding kat kawasan pilihan raya tempat aku mengundi. Cuma aku tetap kesian dengan dia - sebagai manusia.

20 March 2011

Algorithm penaklukan

2001 : Peristiwa 11 September -> Osama bin Laden + Taliban -> Afghanistan

2003: WMD -> Saddam Hussein -> Iraq

2010: Revolusi rakyat -> Muammar Gadafi -> Libya

19 March 2011

Tribute untuk anak-anak yang dibuang


Masalah buang bayi ni bukan isu baru lagi kat Malaysia. Cuma yang membezakan keadaan hari ni dengan keadaan 50-60 tahun dulu - tahap kekejaman orang yang buat benda ni. Kalau dulu orang buang anak, dorang balut dengan kain, letak dalam bakul, kadang2 dengan surat beranak, paling2 hampas pun surat..dan diletak kat depan rumah orang atau depan surau. Zaman sekarang - tengok la gambar atas tu.

From Cromok, Little One


it's fate that bring us here
we're not the one to blame
there lies a little fear
there lay a litter shame
you're not alone
but everybody's gone
no one there to see your tears
this pain in your mind
can't leave behind
what's more could happen to me
a few second to leave
we're not allow to breath
you raelly made us see
how true cruelty is
i'm trapped outside
no shelter no pride
i've done nothing can you see
you're not afraid to lie
i'm not afraid to die
yes it's a deal
in the darkness of the day
somewhere anywhere i stood still
you'll hear the rest will say
someone has to pay the bill
forgive me now
i'll change somehow
there's nothing no one can say
you'll suffer till the end
there's time to ammnd
on your knees you'll pray

anda gay? anda tak ok


Empat mangsa menunjukkan gambar lelaki gay di Jabatan Perkhidmatan dan Pengaduan MCA di Jalan Ampang semalam.



KUALA LUMPUR – Seorang lelaki gay menunjukkan kehebatannya apabila dia yang mempunyai rupa paras kacak dan pandai berkata-kata mampu memikat 100 lelaki untuk dijadikan teman seks sebelum mencuri barang-barang berharga mangsanya.

Sasaran suspek yang masih bebas itu melibatkan remaja lelaki berusia 17 tahun hingga 20-an. Mangsa-mangsa dipikat melalui rangkaian laman sosial Facebook dan sebahagiannya menerusi panggilan telefon.

Semalam, tembelang lelaki berusia 20-an yang menggunakan pelbagai nama samaran seperti Kevin, Alvin, Alex dan Elvis itu terbongkar apabila empat mangsa tampil membuat aduan di Jabatan Perkhidmatan dan Pengaduan MCA, Wisma MCA sini semalam.

Mengikut maklumat dari Facebook, suspek sehingga kini dipercayai telah berjaya memperdaya seramai 193 mangsa dengan mencuri barang berharga mereka manakala 100 daripada mangsa itu pula mengaku mengadakan hubungan seks dengan suspek itu.

Mangsa-mangsa yang melakukan hubungan seks dengan suspek dikhuatiri dijangkiti HIV (Immunodeficiency virus) ekoran pengakuan suspek dia mempunyai HIV.

Seorang mangsa dari Cheras yang mahu dikenali sebagai Tai, 17, mendakwa, dia mengenali suspek yang menggunakan nama Kevin pada bulan Oktober 2010 melalui sebuah majalah mencari kenalan.

copypaste bulat2 dari Kosmo

18 March 2011

Merong Mahawangsa

Filem Hikayat Merong Mahawangsa terbitan KRU dah ditayangkan kat cineplex. Aku tak tengok pun lagi. Sebabnya? Sebab kat Sarawak ni, cinema yang kat Kuching & Miri je rasanya yang tayang filem ni.

Apasal la lagu tema filem ni Aniar Zain nyanyi? Rasanya ade je lagu yang lagi relevan dengan filem tu


Lirik kat bawah, memang susah nak tangkap lagu ni sebab sound kualiti kurang

MERONG MAHAWANGSA

Lirik: Indrajit, Jaie Jokhannaz
Musik: CD Khanzab

Bentara! Hitungkanlah mimpi ini
Singgahsanaku menanti di Qalha
Membuai ribut laksana sutera
Ku belai taufan di hujung bahtera

Paduka andika Pra-Ong Mahawangsa

Sujudlah engkau serahkan puterimu
Kesaktian pusar bentara jadi Jentayu
Gah si Naga Sakti barang kenaikanku
Gelora di laut bercanda di awangan

Kuala Tawai saksi bencana
Dilanggar Garuda langkapuri
Engkau di puncak mengibar awan
Dipanah aku Pra-Ong Mahawangsa

“Hei Garuda durjana
Jika sungguh niatmu
Kupanah kau menjalar mati
Tergantung dirimu di alangan
Kering layu kau di tiang sula..”

“Hei panah saktiku
Jika benar namamu Berana Pura
Jika benar kau mempunyai kesaktian
Tunjukkanlah!”

Hanyut tanah tak bertuan
Rakyat tidak bertuan
Ditabal aku di segara masin
Raja Qalha Pra-Ong Mahawangsa

17 March 2011

Nota kecil (V)

Penampar

Sepanjang hidup aku rasanya paling kerap makan penampar masa sebelum naik ke Tingkatan 1. 

Tak pernah pun aku report TeleDera, polis atau cikgu kaunseling sekolah. Mungkin berkat redha masa kena penampar tu Tuhan balas dengan mudahkan aku rezeki aku. 

Malangnya aku tak boleh nak lupa penampar2 tu. Ingatan tu jadi parut - tak sakit, tak bengkak tapi tetap berbekas. Ingatan yang tak dapat buatkan aku tersenyum bila teringat

Kerja

Kerja tak pernah habis - sama ada tinggi menimbun atau reda sekejap. 

Berdua lebih baik, tapi..

Bila chatting dengan kawan perempuan yang single, wujud kemesraan, tambah lagi bila masing2 tau masing2 single lagi. Tipu la kalau aku cakap tak pernah terbayang duduk dalam rumah yang tenang, ade taman kecil, ade isteri, anak2 kecil yang comel.

Tapi bila aku tengok balik muka sendiri dalam cermin - buatkan aku jadi keras hati dan paksa diri untuk tutup perasaan sendiri. Semoga korang jumpa orang yang lagi baik dari aku.

Marhaen

Terbaca kisah orang-orang kecil - yang sebab mereka la orang2 yang bergelar politikus jadi orang bergelar. Komitmen dorang - untuk sesuatu yang dorang percaya - tak kira la ape pun, kestabilan, kemajuan, kebebasan, keadilan. Malangnya bila dorang mati - haram sorang pun orang yang mereka dukung tak menjenguk. Mungkin mereka tak dikenali pun.

Cerita-cerita yang aku baca pasal jenazah setiausaha parti tak dilawat pemimpin sedangkan si pemimpin berceramah dekat je dengan tempat jenazah berada, cerita tentang lelaki OKU yang berinisiatif jadi penggerak media alternatif yang meninggal tapi takde pun orang kuat parti datang menziarah - membuatkan aku nak siat je kertas undi masa pilihan raya nanti. 

Esok

Esok nak kena bangun subuh, kena bangun pergi kerja. Tidur la.

16 March 2011

Nota kecil (IV)

Pilihan raya ke 13

No 13 mengingatkan aku pada 13 Mei.

Ekonomi

Harga barang naik. Tiap-tiap bulan kuli2 kedai kena adjust harga baru untuk pelekat harga. Ekonomi memang subjek yang seronok untuk belajar. Orang bunuh orang, bakar orang lain - itu ekonomi. Orang buang bayi - itu ekonomi. Orang mengaku kena liwat - itu ekonomi. Orang bunuh diri - itu ekonomi. Orang melacur - itu ekonomi. Orang terima rasuah - itu ekonomi. Orang tolong orang yang kena lanyak dengan tsunami - itu pun ekonomi. Ekonomi di sekeliling kita. Taik dalam tangki pun ekonomi - orang boleh buat duit dari taik.

Kerja on call

"Kalau nak convert IV C Penicillin pada oral, nak substitute ubat ape?". Jawabnya boleh bagi Penicillin V, 250 mg QID (empat kali sehari).

"Ade tak stok vaccine pneumococcal, meningococcal & haemophilus influenza?" Jawabnya vaccine meningococcal je ade stock, yang dua lagi vaccine terpaksa mintak patient beli sendiri kat luar.

"Kat hospital ni ade injection thiamine tak, ade patient kat A&E yang expericience Wernicke-Korsakoff Syndrome". Jawabnya, mintak maaf doktor, thiamine inj tu DG item, ade Parentovite & Vit B Complex je kat hosp ni. Dua2 jenis tu mixture vitamins dalam ampoule & multiple dose vial

"Macam mana nak administer IV Vit B Complex?". Jawabnya, withdraw 1 ml dari multiple dose vials, lepas tu dilute dalam 50 ml dextrose saline then infuse for 30 min. Kenapa kena dilute - sebab kalau bagi direct IV bolus injection takut nanti injection site reaction (thrombophlebitis).

"Macam mana nak ambik sample darah untuk TDM phenytoin?". Jawabnya, ambil random sampling je doktor, sebab untuk phenytoin kita measure random level.

"Macam mana prosedur sampling blood untuk TDM vancomycin?". Jawabnya, ambik satu blood sample just before 5th dose, lepas tu infuse by IV infusion selama sejam. Dah selesai IV infusion, tunggu sejam lagi pastu ambik second sample.

"Ape adjustment dose untuk patient yang renal clearance 11.36 ml/min yang on IV Augmentin & IV Metronidazole?". Jawabnya, just ubah frequency daripada TDS (tiga kali sehari) kepada BD (dua kali sehari).

15 March 2011

Mentaliti

Situasi 1

Kat depan sebuah rumah yang rentung terbakar, takde ape yang tinggal melainkan arang berbara yang masih berasap. Berdiri di depan runtuhan rumah tu seorang pemberita yang bengap dan sorang laki tua.

Pemberita: Ape perasaan pak cik, rumah pak cik musnah ni?

Lelaki tua: Ayuh, mari kita bina semula rumah ni!

Situasi 2

Kat depan sebuah rumah yang rentung terbakar, takde ape yang tinggal melainkan arang berbara yang masih berasap. Berdiri di depan runtuhan rumah tu seorang pemberita yang bengap dan sorang laki tua.

Pemberita: Ape perasaan pak cik, rumah pak cik musnah ni?

Lelaki tua: (Menangis) ..pakcik dah takde daya upaya dah..habis musnah harapan pak cik, duit nak pergi haji pak cik semua ada dalam rumah


Situasi 3

Kat depan sebuah rumah yang rentung terbakar, takde ape yang tinggal melainkan arang berbara yang masih berasap. Berdiri di depan runtuhan rumah tu seorang pemberita yang bengap dan sorang laki tua.

Pemberita: Ape perasaan pak cik, rumah pak cik musnah ni?

Lelaki tua: Pakcik harap kerajaan, NGO, menteri, adun, wakil rakyat, perdana menteri, sanak saudara, anak-anak semua akan hulurkan sumbangan pada pakcik untuk dapatkan rumah baru

Situasi 4

Kat depan sebuah rumah yang rentung terbakar, takde ape yang tinggal melainkan arang berbara yang masih berasap. Berdiri di depan runtuhan rumah tu seorang pemberita yang bengap dan sorang laki tua.

Pemberita: Ape perasaan pak cik, rumah pak cik musnah ni?

Lelaki tua: Ini semua salah anak cucu, jiran, perdana menteri, parti kerajaan, parti pembangkang, kerajaan negeri, kerajaan persekutuan, freemason, illuminati, Perkasa, Hindraf, mereka punya pasal la rumah pak cik terbakar!


tsunami

Tsunami di Jepun. Kali ni kali kedua Tuhan beri peringatan selepas Acheh, Phuket, Malaysia, India terngadah disapu ombak besar tu. Data-data seismografi cuma sekadar angka-angka mechanics, tapi yang mendatangkan gelombang ganas tu tetap dari Tuhan.

Dah sedar ke manusia2 ni semua? Tak payah tanya la soalan tu.

Tsunami mengingatkan aku pada laut. Laut mengingatkan aku pada nelayan. Nelayan, buruh di laut yang membanting tulang mencari rezeki di laut, mengharapkan ikan-ikan yang bersimpati untuk sangkut ke jaring dorang sebagai rezeki para nelayan.

Jadi nelayan tak mudah. Layan lirik Impian Seorang Nelayan dendangan kumpulan Kembara ni.

12 March 2011

6 months

Baru 6 bulan kerja.

Kerja kat tempat kerja sekarang ni, perasaan aku bercampur baur - love n hate berada dalam equilibrium yang tak stabil.

Seronok sebab dapat pengalaman baru - dapat belajar loghat Sarawak, dapat tengok tempat orang macam mana, selama ni aku kenal Sibu melalui kumpulan Dinamik & Rosli Dhoby je, sekarang dah 6 bulan aku kat tempat ni, dapat merasa makan minum kat sini, jadi aku tau makan minum kat sini tak sesedap macam kat tempat aku. Tapi sekurang2nya tak semahal macam tempat2 yang pernah aku sampai sebelum ni. Seronok jugak dapat pengalaman kerja yang sebenar, berdepan dengan real fucking working life, kerja kadang2 macam nak gila pening kepala lepas tu hujung bulan duit masuk. Bila dapat duit boleh bagi kat parents, kalau dulu kerja mengepau parents skang dah boleh hantar duit. Dapat merasa naik kapal terbang.

Yang tak seronoknya ade beberapa kemudahan & servis tak dapat nak belajar kat sini - especially CDR & TPN, berjumpa dengan sesetengah colleague yang pijak kepala, mak aku sakit tapi aku tak dapat nak jenguk tiap minggu, tambang kapal terbang pulak tak pernah nak murah. Dapat pulak member rumah yang susah nak masuk satu kepala, sampai aku teringat2 member rumah aku masa kat univ dulu yang sempoi. Duit gaji memang la lebih skit dari member2 yang kerja kat semenanjung, tapi bila kira pulak bab tiket kapal terbang mahal, jadi hakikatnya aku tetap miskin dari dorang. Aku kat sini pakai motosikal kapcai, member2 lain dah sambar kereta canggih2. Jadi anak sulung ni, ditambah pulak sebab aku bujang dan takde family sendiri, so family la yang jadi priority tapi bila terpisah macam ni - memang tertekan la jugak. Lepas tu bila ade kenal orang kat sini yang terlebih ramah - jadi lemas. Dan yang paling membuat aku trauma - kematian Mus, senior aku kat sini yang dari Kedah, meninggal lepas 11 hari kenal dengan dia. Allahyarham dulu beria betul nak balik kerja kat semenanjung, dia tertekan sebab dia sorang je Melayu kat tempat kerja. Dapat jugak dia balik, cuma ending dia tragik. Hidup - macam tu la, kita takkan tau nasib kita walaupun pada jarak sesaat sekali pun.

Tapi ada dua tiga benda yang orang sakat aku sebelum aku sampai sini yang takat ni Alhamdulillah, takde masalah ape. First, Sibu ni orang cakap kat aku dulu bandar gengster. Memang betul, tapi sebab aku punya life kat sini routine life je, jadi so far takde masalah la sebab aku buat hal aku je. Kedua, konon awek sini suka kat orang semenanjung, suka pakai bomoh. Ceh, dorang semua memang la lawa2, tapi aku tak nampak pun macam statement tu betul. Lagipun dengan badan gemuk dan muka hodoh aku ni kalau aku pergi ceruk mana pun awek takkan sanggup nak bomohkan aku untuk dapatkan aku, so benda ni pun takyah nak pedulik la, khurafat je. Ketiga, orang Cina sarawak gengster, kurang ajar dengan Melayu dengan orang Bumi. So far aku kat sini ok je, member2 sekerja yang Cina takde pun yang kurang ajar melampau dengan aku, geng2 cina kat sini takde la seteruk macam gambaran yang orang cerita kat aku. Memang aku boleh nampak dorang jenis tamak dalam bab2 berniaga, tapi bab2 gengster tu setakat ni aku takde pulak berdepan dengan masalah orang ganas nak pukul aku. 

Berfikir pasal kerja. Kerja aku sekarang ni, kerja gov yang kalau nak naik gred takde la ambik masa lama teruk sangat. Gred 41, lepas 3 tahun naik gred 44. Lepas 4 tahun kemudian naik gred 48, dan kalau kerja 4 tahun lagi, naik gred 52 pulak. Sounds cool? Ok la kot. Tapi aku terfikir gak, kalau aku sambung master - habis master, jadi lecturer dah naik gred 45. Pastu sambung phd (permanent head damage), naik gred 51. Ni bercakap pasal kerja gov la, kalau nak bercakap bab berniaga lain la pulak sifir dia. Jadi aku pun dah decide nak sambung master awal - cukup 6 bulan lagi kerja, sambung master pulak. Lagi pun cabaran jadi lecturer ni walau pun berlainan berbanding kerja hospital/klinik/penguatkuasaan, tapi aku rasa aku lagi mampu untuk bawak beban sebagai lecturer berbanding dengan kerja aku sekarang. Kerja melibatkan manusia ni - kadang2 melibatkan nyawa dan kehidupan orang, satu benda yang aku discover lepas aku bekerja. Masa belajar dulu benda ni tak ditekankan sangat. Bila dah dapat tau nature kerja tu macam tu - rasa tak selesa pulak la. 

Borang permohonan online untuk fellowship univ aku dah isi, dan memang harap sangat dapat la fellowship tu. Tapi dalam masa yang sama, kalau ditakdirkan aku dapat tajaan univ nanti, aku kena kongsikan sebanyak mungkin pengalaman aku dengan students pulak. Jadi aku ada baki 6 bulan lagi untuk kaut sebanyak mungkin knowledge untuk aku gunakan balik masa nak build balik kerjaya baru. 

6 bulan dah..rasa macam baru semalam. Harap 6 bulan lagi pun berlalu dengan cepat macam ape yang aku go through sebelum ni.

Tapi bab Sibu yang paling best, sebab band rock kapak yang aku minat asal dari sini, keh keh. Aku dengar recording studio dorang kat sini, tapi aku tak tau la kat mana pulak letaknya. Lagu Di Antara Gadis, Biar Putih Tulang aku dengar dalam bas first time masa balik dari kem motivasi PMR 9 tahun lepas - sekarang aku dah bekerja kat hometown band yang main lagu2 tu. Hehe

11 March 2011

Dementia

Lebih kurang 8 bulan lepas aku tulis (copy paste sebenarnya) pasal ubat clexane (enoxaparin) & arxtra (fondaparinux).

Tapi baru petang tadi tangan aku terpercik dengan enoxaparin tu. Pastu balik rumah dah siap wuduk nak solat, baru teringat pasal asal usul ubat tu.

Muda2 dah nyanyuk

10 March 2011

jekyll & hyde

baik dan jahat. hitam dan putih.

mesti ada sebab wujud hyde dalam setiap orang. kalau hyde tu merosakkan, menjahanamkan, kenapa perlu ada dalam diri setiap orang?

aku masih lagi mencari jawapan soalan tu.

Nota kecil (III)

Alhamdulillah

1. Kehidupan kerja - dah makin ok, kekusutan sedikit sebanyak dah terlerai walaupun ade lagi sisa yang tersangkut dan membelit.

2. Fellowship - dah apply, cuma tak tau sama ada akan dipanggil temuduga. Kalau dipanggil temuduga, tak tau dapat ke tak. Harap dipermudahkan urusan. Aku dah nekad nak sambung master tahun ni jugak.

3. Kerja on-call - setakat ni tenang je. Harap terus tenang habis turn aku minggu ni.

Regret

1. Mak - masih macam tu. Menyesal sebab banyak permintaan dia aku tak tunaikan. Aku janji dah nak further study, dan kalau la ditakdirkan fellowship tu nanti tak dapat, aku akan usaha jugak untuk sambung master. Yuran IELTS = RM570. Sabor je laa..

Fokus

1. Aku rasa macam ade ADHD, nasib baik Ritalin tu DD (dangerous drug), kalau tak dah lama aku bawak balik. Cuba sedaya upaya nak fokus pada tugas dan tanggungjawab sebaiknya.

SBW-KUL

1. Laluan domestik ni sentiasa laku - harga tiket tak pernah kurang dari RM280 ke atas. Bulan ni kering kontang, harap harga tak mencanak naik sampai RM1087 macam yang aku beli masa tahun baru cina hari tu.

Hijab buat kekasih

1. Hijab tu masih tebal melindung. Kenapa? Aku tau ada hikmah

blues..


mengingatkan aku pada kehidupan aku 6 tahun lepas

08 March 2011

Kembara peniaga jalanan

3 tahun lepas, Hentian RnR Lebuh Raya Pantai Timur, menghala ke Kuantan

"Assalamualaikum bang, saya ada buku, tulisan Ustaz Sulaiman Endut," tegur sorang laki pada abah aku.

Abah aku selak-selak buku tu dalam seminit, lepas tu keluar duit beli.

Sampai sekarang buku tu masih jadi bacaan kat rumah aku. Tak dinafikan isi kandungan buku tu memang bagus, berguna kalau nak belajar ilmu-ilmu fardhu ain. Adik2 aku yang kecik pun baca buku tu jugak. Abah aku cakap, dia cuba cari buku tu kat kedai sekitar tempat tinggal keluarga kami tapi takde jual.

Aku pulak dapat jumpa gambar buku tu kat dalam internet.


Link untuk beli kalau berminat: Link 1, Link 2

Kedai makan, bandar Sibu, waktu tengah hari

"Assalamualaikum bang, saya ade jual pakej CD & buku Al Quran ni, harga RM10," tegur sorang lelaki berkopiah masa aku tengah makan.

Aku tengok dulu bacaan surah apa dalam CD yang dia offer tu. Yaasin, Ar Rahman, As Sajdah, Al Waqiah, Al Mulk..
Aku hulur RM10 kat brader tadi. Sejak beli, dengar CD tu, dah kurang sikit affinity tangan aku nak dengar @ stream muzik2 rock. Susah nak berhenti terus, tapi aku mengaku aku dah kurang sikit nak dengar muzik rock skang.

Kepada peniaga jalanan sekalian, asalkan korang tak jual barang cetak rompak, moga Allah berkati usaha korang.

06 March 2011

Blues blues blues

Bila aku depressed, aku macam orang mabuk - semua benda nak cerita. Jadi start skang, kalau dlm mood blues aku akan post video Youtube :D


150 juta

Satu

Dua
Tiga
Empat
Lima
Enam. Tu dia, pak lebai pun masuk dalam statistik
Tujuh




Tak sampai 150 juta pun, kah kah kah

05 March 2011

Hantu Kak Limah Balik Rumah

Filem ni dah masuk cinema tahun lepas, hujung tahun. Mulanya aku agak skeptik nak tengok, bila ade selebriti blog yang describe filem ni sambungan Zombie Kampung Pisang. Filem Zombie Kampung Pisang tu, komponen yang aku suka cuma dialog watak-watak dalam filem tu yang dekat dengan masyarakat - isu subsidi, diskriminasi pada orang yang pelajaran tak tinggi, hidup budak2 muda kutu rock - kalau nak dikira pasal logik, nilai filem tu nampak macam bukan la karya besar pun, tak segah Johnny Got His Gun atau pun Forrest Gump, macam tele filem yang masuk Astro je. Lebih tepat, secara bersahaja la. Kira untuk lawak-lawak santai dan bukan ke tahap nak mengangkat pemikiran penonton ke tahap melintasi imaginasi dorang, cukup setakat nak buatkan penonton aware dan sedar dengan isu2 yang Mamat Khalid tu nak sampaikan.

Itu yang aku fikirkan, sejak aku tengok filem Zombi Kampung Pisang tu dulu.



Aku baru tengok filem Hantu Kak Limah Balik Rumah semalam. Dan permulaan filem tu baru menyedarkan aku pasal mesej asal Mamat Khalid pasal zombi dalam filem sebelum tu. Filem Kak Limah Balik Rumah bermula dengan mat jaga, aku lupa lak nama watak tu gerun dengan cahaya putih terang benderang, kemudiannya tayangan parody filem zombi, Zombi Amuk di Mrzm (Mrsm?). Lepas tengok bab zombi berlawan dengan cikgu displin, baru aku faham - zombi merupakan sindiran sinis lagi tajam Mamat Khalid kepada kelompok masyarakat yang mengikut apa je trend, arahan, ikutan yang melingkungi hidup dorang tanpa berfikir panjang. Student sebagai zombi, memang betul, pelajar sekolah kan zombi, sama ada suka atau pun tak. Jadi zombi kepada peraturan sekolah, jadi zombi pada kehendak keluarga, jadi zombi kepada cikgu, kepada senior. Zombi yang melawan macam satu simbol orang2 yang dulunya nak mengikut je segala-gala benda cuba bertindak melawan perkara-perkara yang melingkungi dan merantai dorang.

Disebabkan filem ni dah 3 bulan lebih ditayangkan, dengarnya dah keluar DVD dah pun, aku malas la nak cerita sinopsis dalam entri ni. Filem kali ni tetap diterapkan unsur lawak, tapi lebih serius berbanding Zombi Kampung Pisang. Beberapa watak baru dicipta - Abu Hurairah, merupakan kesinambungan watak Allahyarham Loloq dulu yang memegang watak sebagai Kamsan, vokalis kumpulan rock. Dalam filem Hantu Kak Limah kali ni, isu dan kritik sosial nampak macam banyak sikit berbanding dalam filem Zombi Kampung Pisang. Dan penamat filem ni merupakan penamat yang serius - penamat filem yang selalu kita jumpa dalam filem-filem seram tanpa komedi. 

Ramai yang komen filem ni bagus dalam blog dorang. Pada aku, betul memang taraf filem ni naik setingkat berbanding filem Zombi Kampung Pisang. Harapnya filem Jin Pakai Toncit pasni lebih bagus lagi.

Nur Nilam Sari

Senyuman mu satu azimat
Buat diri ku yang hina
Manusia terpinggir, melara



Layang-layang terputus tali

Tahun 1998. Junainah, isteri M Nasir melahirkan anak perempuan pertama mereka. 3 bulan lepas bersalin, Junainah meninggal dunia. Kanser. Tinggallah M Nasir, empat orang anak lelaki dan seorang bayi perempuan yang baru berusia tiga bulan. Bayi tiga bulan, gerenti la tengah menyusu badan lagi.

Bayangkan kau lelaki, di tempat dia.

Sahabat gua

Search, band rock merangkap anak didik M Nasir kehilangan vokalis dorang, Amy. Amy dah rasa best pulak sebab keluar album solo pun laku, keluar daripada Search. Search walau macam mana pun berjaya dapatkan khidmat Awie yang masa tu bergerak solo untuk menjayakan album Bikin Wilayah.

Allahyarham Rosli Khamis, sahabat M Nasir, penulis lirik yang juga dikenali sebagai Loloq, Nurbisa dan beberapa nama pena lain lagi pun join sekali dalam penulisan lirik-lirik lagu dalam album Search. Sedar pasal kesedihan yang ditanggung M Nasir, salah satu lagu dalam album Search ditulis lirik yang didedikasikan buat kawan dia tu. Dan nama lagu tu pun diberi judul, sama dengan nama bayi perempuan berusia tiga bulan yang baru kehilangan emak dia tu. Nur Nilam Sari - itulah nama bayi perempuan tu.

Memikirkan tentang hidup aku kebelakangan ni, rasa cemburu jugak pada M Nasir. Masa dia sedih dulu sekurang-kurangnya Allah kurniakan Nur Nilam Sari untuk dia. 

Mungkin ape yang aku alami sekarang tak seberat apa yang jadi pada M Nasir, jadi tak perlu la bagi Nur Nilam Sari kat aku. 

01 March 2011

Kritik sosial melalui lagu


Lagu kat atas pernah diharamkan oleh RTM. Hayati lirik lagu tu yang menerangkan urutan yang membawa kepada gejala buang bayi

Filem orang Serbia

A Serbian Film, sebuah filem arahan  Srdjan Spasojevic, watak-watak utama dilakonkan oleh Srđan Todorović, Sergej Trifunović dan Jelena Gavrilović. Korang kenal pelakon2 tu? Aku tak kenal pun, semua orang Serbia, dan semuanya bukan pelakon Hollywood. Filem ni, filem ganas, lebih kurang macam filem Saw.

Sinopsis. Milos, seorang pelakon porno yang dah bersara, kesempitan duit untuk menyara keluarga dia. Dah la duit tengah sengkek, lepas tu abang dia pulak jenis macam cemburu dengan kehidupan dia yang berkeluarga. Lepas tu bekas partner Milos bagitau, ade produser filem lucah yang perlukan khidmat Milos nih untuk projek filem dia. Milos setuju, ditambah pulak dengan bayaran lumayan yang ditawarkan oleh produser tu.

Bila Milos dah terima kerja tu, dia kemudian dapati produksi tu hasilkan filem seks sadism & masochism. Seks ganas la senang cerita. Dia rasa tak sesuai la pulak,sebab sebelum ni takde la sampai extreme berlakon lucah, tambahan pulak filem lakonan kali ni merupakan snuff film (Snuff film - filem yang membabitkan aksi yang real dan bukan pakai special effect, contoh kalau dalam filem tu ade aksi tembak menembak pakai pistol, pelakon pakai peluru hidup, kalau kena pastu mati, memang mati betul2). Produser tu kemudian tunjuk kat Milos projek video dia - salah sorang crew dia tolong sorang perempuan bersalin, pastu bila baby tu lahir, crew dia rape baby yang baru lahir tu, dan produser tu terangkan kat dia buat semua benda tu atas nama seni. Milos memang naik gila la pas tengok video tu, dia try nak cabut lari tapi dia kemudian ditangkap dan sedar2, dia dah hilang ingatan. Tapi kemudian dia berjaya jumpa sebuah camcorder + tapes yang rakamkan semua yang terjadi masa dia tak sedar tu.

Dalam tapes tu semua dirakamkan semua perlakuan Milos masa dia dalam pengaruh dadah - rogol orang, pastu tengah buat seks tu dia potong kepala perempuan tu atas arahan pengarah. Dia jugak dapat tau yang kawan yang ajak dia join dalam projek tu dah mati sebab tercekik masa seks oral yang ganas - gigi kawan dia tu dicabut semua sekali, pastu datang sorang laki buat force oral seks kat member dia tu.

Milos kemudian ditangkap sekali lagi oleh sindiket yang sama, dan kali ni dia diberi dadah dan dipaksa untuk rogol seorang mangsa yang ditutup bahagian kepala. Kemudian datang sorang lagi lelaki bertopeng, rogol pulak sorang lagi victim yang jugak bertutup kat kepala yang baring berdekatan mangsa yang Milos tengah tibai. Dah lama pastu, kemudian penutup kepala kedua-dua mangsa dibukak, dan rupanya Milos tengah sodomize anak lelaki dia sendiri. Manakala isteri dia dirogol oleh abang dia sendiri. Kemudian berlaku pergelutan, Milos dapat bunuh semua krew yang terlibat dan bawak lari family dia. Walaupun begitu, Milos sekeluarga berasa trauma dengan ape yang jadi, dan akhirnya Milos bunuh isteri dan anak dia sebelum bunuh diri. Kat akhir filem, datang pulak krew filem porno yang sama, yang kemudian arahkan krew dia start penggambaran filem porno yang melibatkan seks dengan mayat Milos sekeluarga.

Berbanding dengan filem Saw, yang ganas dan melibatkan adegan potong tangan, cabut kaki tangan, cucuk leher pakai cangkuk besi, walaupun aksi-aksi dalam filem tu ganas, aku still dapat terima keganasan tu sebab keganasan-keganasan tu melibatkan antara bad guy with bad guy, atau pun desperate guy yang dengan tujuan untuk survive. Tapi dalam filem A Serbian Film ni, keganasan tu berlaku dalam konteks yang berbeza - sorang lelaki yang juga pelakon porno dimanipulasi untuk melakukan adegan seks sadism & masochism pada tahap extreme. Terdesak, dan terperangkap, sampai tak sedar apa yang dia buat. Keganasan yang berulang, manipulasi terhadap orang yang lemah jadi tema utama filem ni. Penulis lakon layar filem ni berkata, filem ni tak lebih daripada manifestasi perasaan rakyat Serbia yang satu masa dulu bagai dipukau oleh kerajaan untuk lakukan sesuatu yang dorang sendiri sedar dorang tak nak buat macam tu, nampaknya kenyataan ni merujuk kepada pembersihan etnik Bosnia pada awal 90-an dulu.

Nak tonton filem ni? Filem ni tak lepas masuk Malaysia, diharamkan di Australia, dan ditarik balik kebenaran untuk tontonan umum semasa beberapa festival filem. Salinan d