27 February 2011

Abang Ben yang cool..

Maaf, ini bukan slot entri mengampu kendalian Ben10. Kah kah kah

Alkisahnya, aku surf Youtube, tengok video orang cover solo gitar. Maka terjumpa pulak video Goreng Sampai Hangit Bersama Bean.

Brader Bean ni menjadikan kerja-kerja transcribing tab solo gitar sebagai hobi sampingan dia. Tapi hobi tak hobi la, siap buat blog, tutorial pulak untuk fan dia. Memang jenis yang buat benda sungguh-sungguh. Aku tabik kat dia sebab kesungguhan dia.

Kat bawah ni link blog Brader Bean kepada sesiapa yang nak belajar main solo gitar lagu-lagu Melayu. Turut dimuatkan di laman web dia tutorial pasal teori muzik dan teori permainan gitar.

Blog Goreng Sampai Hangit Bersama Bean

Website Brader Bean

Youtube Channel


Nota kecil (II)

1. Hiatus

Mungkin sebulan. Banyak yang nak diselesaikan. Aku dah terlalu lama terbang lari daripada masalah dengan sayap exodus ni. Masa untuk melabuh sayap dan berperang dengan kesibukan hidup.

2. Dari Mingguan Malaysia

(a) Khidmat masyarakat

Aku masih lagi beli akhbar yang dah tak popular ni. Sebabnya, banyak pesanan khidmat masyarakat dalam akhbar ni. Ada beberapa pesanan khidmat masyarakat dalam Mingguan Malaysia hari ni

- Buat pelajar Universiti Teknologi Malaysia, ada biasiswa undergraduate ditawarkan untuk korang. Lawat www.utm.my (aku dah visit, tak jumpa la pulak link borang tu)

- Polis Diraja Malaysia dah buka permohonan untuk apply jadi Konstabel Polis. Dapatkan borang permohonan di Ibu Pejabat Polis Daerah terdekat di kediaman korang

- Majlis Agama Islam Negeri Sembilan tawarkan pinjaman pendidikan untuk org Negeri Sembilan yang nak further study kat Timur Tengah. Sila datang ke pejabat Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, Jalan Dato' Hamzah, 70990 Seremban, N9

- Kementerian Pengajian Tinggi tawarkan Diploma Pendidikan untuk siswazah-siswazah yang dah grad tapi bukan lulusan pendidikan, dan berminat jadi cikgu. Kena beli PIN kat Bank Simpanan Nasional dulu, kemudian apply di http://upu.mohe.gov.my

(b) Ku Seman Ku Hussain marah...


Baguslah Ku Seman marah kat dorang. Tak patut dorang buat macam tu. Tapi jangan la berani marah kat rakyat marhaen je, kat orang yang songlap duit rakyat, duit negara pun, patut tibai la sekali.

(c) Grey, bulky cloud

Mendung tak beerti hujan, kata Ella. Tapi mendung berpanjangan menghijab fikiran daripada menjadi optimis. Harap biarlah berlalu mendung yang tebal mengarak, aku dah letih hidup dalam kelam.

Kau faham orang lain? Kau takkan faham

Pernah tak bila korang luahkan perasaan korang, tak kira la perasaan yang macam mana pun, sama ada (perasaan = gembira, sedih, menyesal, tertekan, terharu dsbnya) kepada seseorang maka orang tu pun berkata:

Aku faham perasaan kau macam mana

Pada aku tu memang ayat hipokrit yang teramat. Tapi jangan ludah atau maki figure yang ucapkan ayat kat atas, sebab dorang cuba nak tenangkan korang. Dan itu lebih daripada mereka berkata

Aku tak faham la, kenapa kau macam ni

yang pasti mengundang ketegangan, kalau pun tak kecelakaan.

Dalam apa-apa keadaan pun, sama ada kita berjaya skor straight A dalam exam, atau pun kena reject mentah-mentah dengan awek player yang perasan cun, keadaan yang kita sedang alami tu cuma dialami oleh diri kita sendiri - kalau kita bercerita kepada sesiapa pun, tak kira la mak, abah, kaunselor, kawan karib sekali pun dorang takkan faham keadaan kita, erti kata lain dorang takkan dapat predict dengan tepat macam mana perasaan kita dan apa yang kita bakal buat sebagai tindak balas stress @ eustress yang sedang kita sedang berdepan.

Begitu juga dengan kita sendiri. Bila orang lain bercerita kepada kita pasal sakitnya hati pasal kena khianat contohnya, kita boleh agak macam mana sakit perasaan orang yang bercerita tu tapi takkan tahu separah mana sakit orang tu. Deep inside his/her heart, seteruk mana ribut perasaan dalam hati orang tu kita takkan tahu.

Atas kefahaman aku yang "orang lain takkan faham keadaan aku", dalam banyak hal selalunya aku diam membatu. Cari alternatif lain untuk selesaikan masalah, dan kebanyakan masa aku mencarut & mengutuk ape yang aku rasa tak betul, apa yang jadi punca masalah aku (dalam hati la). Kadang macam nak gila pun ada. Tapi aku bukan nak mencadangkan kepada korang, kalau ada masalah, shut the mouth and keep it yourself. Luahkan perasaan kepada orang lain tu bagus, korang akan lega, tapi korang tak boleh expect dorang faham keadaan korang.

Case study. Aku follow blog tulisan Obefiend, sorang brader yang umur 8 tahun beza dengan aku. Penulisan dia bagus, critical - dalam tiap2 isu yang dia bangkitkan dia akan kupas dan cabar kepercayaan umum pasal sesuatu isu - paling aku ingat bab dia sokong Azwan Ismail dan video pengakuan jadi gay yang aku bash kat sini hari tu. Kat ruang komen blog dia aku berbalah dengan dia pasal isu gay ni, kenapa Azwan Ismail tak patut buat macam tu. Cara Obefiend defend Azwan Ismail menyentuh pasal liberalisme - setiap orang berhak nak buat ape yang dorang nak asalkan tak kacau undang2 dan orang lain. Tapi bagi aku pulak, Azwan Ismail tu Islam, jadi sebagai orang Islam dia terikat dengan undang2 Islam yang mengharamkan gay. Dia tak boleh jadi gay sebab akidah dia melarang perkara tu, sama jugak kalau kau jadi orang Malaysia, kau tak boleh simpan ganja sampai 80 kg sebab undang2 Malaysia larang ko buat macam tu. Perdebatan pasal video tu membuatkan aku terfikir - Obefiend ni such an arrogant blogger, ikut sedap kepala dia je, dan ditambah pulak dengan beberapa isu lain dalam blog tulisan dia yang provokatif membuatkan mindset aku pasal brader ni makin teruk la. Bagi aku dia ni macam mamat gemuk yang study tak pass, pastu takde kerja, menghadap internet, buat orang marah dengan tulisan sesedap rasa dia sendiri - such a loser yang takde pride langsung. Teruk jugak aku hentam dia, padahal aku baru aje pun jadik follower blog dia ni, hahaha.

But thanks to Google. Aku berjaya cari beberapa stuff yang boleh beri gambaran jelas pasal brader ni. First sekali, aku jumpa kat sini, pasal ade sorang brader mengumpat ngan member dia pasal Obefiend ni la (ade la kes tak puas hati, gerenti blogging punya pasal jugak la). Sumber internet memang tak tepat, tapi kita boleh agak kesahihan sumber tu dengan tengok pattern info tu, lebih kurang sama tak dengan keadaan yang kita lalui. Source yg aku jumpa tu ade asas la, cuma statements dalam source tu tak cukup untuk bagitau aku ape actual cause yg membuatkan Obefiend tu jadi sorang yang annoying buat sesetengah orang. Lalu aku terjumpa la pulak luahan perasaan Obefiend kat sini pulak dan jugak sini. Gah. Walaupun Obefiend ni suka troll orang, dalam hati dia boleh nampak ade perasaan regret yang dia simpan, di sebalik topeng troller yang dia selalu pakai. 

Aku dapat buat kesimpulan aku sendiri (lebih kepada pendapat aku sendiri pasal Obefiend yang sometimes membuatkan aku butthurt) berdasarkan maklumat yang aku dapat. Aku tulis ringkas jela - brader ni tak la teruk mana sangat. Critical thinking dia tu provokatif, ditambah pulak kebanyakan masa dia jadi arrogant untuk hold kepercayaan dia. Tapi pendapat2 dia yang provokatif tu merangsang kita berfikir - in the end, senang je, kalau pendapat dia betul sokong la, tapi kalau pendapat dia salah dan ada asas untuk buktikan kesalahan tu, tak yah ikut pendapat dia. Aku still takkan faham dia secara keseluruhan, tapi at least nampak clue la pasal personaliti brader ni.

To Obefiend, know u'll never read this but peace to you.

main ikut jeeee

1. Pakai tali leher

- kalau kat Europe atau negara2 beriklim sejuk, memang la logik pakai tali leher. Gunanya untuk kemaskan bahagian atas leher baju - perangkap udara dalam baju - udara jadi insulator untuk kekalkan suhu badan. Tapi kat Malaysia kalau kerja office kena pakai tali leher. 

2. Skinhead Nazi

- ideologi Skinhead Nazi ni, untuk white power skinhead. Maksudnya fahaman ni untuk Caucasian (orang putih la, senang cerita) yang anti kepada selain kulit putih. Tapi kat Malaysia ade jugak budak Melayu join Skinhead Nazi.

3. Stone Cold 3:16

- aku pernah tengok member aku lukis lambang Stone Cold 3:16 kat pencil box dia masa sekolah dulu. Ada jugak yang pakai baju Stone Cold 3:16. 3:16 tu merupakan quote daripada Bible, 

For God so loved the world, that he gave his only begotten Son, that whosoever believeth in him should not perish, but have everlasting life.
John 3:16 (King James Version)
 Member2 aku tu semua Islam. Apa kes, tolong sebar agama lain pulak?

4. Penyokong fanatik politik

- Ni tak yah cerita la. Kalau keluar TV cakap economic growth rate 80% pun percaya bulat-bulat. Kalau surat khabar cakap Anwar main jubur pun percaya bulat-bulat. Kalau Anwar cakap 16 Sept Pakatan Rakyat bentuk kerajaan majoriti, percaya. Kalau Tok Guru dapat hadiah pergi umrah, maka mereka pun percaya Tok Guru dapat hadiah, kalau Najib orang sponsor pakej umrah itu rasuah. 

5. Nak jadi artis

- tengok artis nyanyi kat pentas, masuk Melodi, kau pun nak jadi artis. Tengok Yuna, Ana Raffali upload video main gitar dalam Youtube, ko pun nak upload video dalam Youtube. 

Pengecualian kepada Ben. Ben memang awesome, okeh!

Mesej terbuka kepada Kementerian Pelajaran Malaysia: tolonglah ubah KBSR dan KBSM tu. KBSR dan KBSM zaman Firaun tu setakat mengajar manusia jadi pandai membaca, mengira & menulis. Ubah kurikulum tu kepada kurikulum yang critical thinking oriented - untuk masa depan negara ni. Kalau tidak selagi kurikulum kita begitu, selagi itulah keturunan Malaysia disumpah dengan sumpahan jadi pak turut sepanjang zman.

26 February 2011

Pilihanraya kampus yang klise

Minggu ni kecoh pasal pilihanraya kat kampus UPM. Isu yang biasa-biasa je, maksud aku kalau setakat isu HEP anti dengan Pro Mahasiswa, itu cerita lapuk. Apa yang jadi kat dalam kampus UPM tu walaupun tak pernah terjadi sebelum ni, tapi pokok pangkalnya berakar dari konfrontasi HEP dan Pro Mahasiswa.

Zaman aku belajar dulu Pro Mahasiswa tak wujud kat dalam kampus tempat aku belajar. Sebabnya, kuasa untuk kawal student di universiti alma mater aku dulu berdasarkan akta 174, yang jauh lebih mencengkam berbanding AUKU. Tak payah cerita pasal pilihanraya, ada sesetengah fakulti sampai takde orang nak jadi student rep pun. Jadi suasana pilihanraya kampus tu tak meriah mana la.

Berbanding pada zaman sebelum AUKU dan Akta 174 wujud dulu, mahasiswa mahasiswi universiti memang berani. Malah boleh dikatakan dorang la golongan kritis yang menentang mana-mana dasar kerajaan yang tak memihak kepada rakyat atau masyarakat. Demonstrasi, gerakan mahasiswa zaman 70-an dan 80-an dulu jugak melahirkan figure macam Anwar Ibrahim yang pernah jadi Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Shabery Cheek yang sekarang jadi menteri, dan beratus lagi pegawai-pegawai atasan dalam kerajaan dan ahli korporat. Kecenderungan pemecahan politik pelajar kepada pro kerajaan dan pro kerajaan, memang dari dulu lagi pun macam tu.

Walaupun ideologi pro pembangkang, pro kerajaan dalam gerakan pelajar ni dah menjadi satu tradisi, pada aku timbul jugak persoalan - takkan dah 40 tahun sejarah berlalu, hegemoni ni nak diteruskan untuk 40 tahun lagi? Maksud aku kenapa perlu ada perlabelan pro mahasiswa dan pro aspirasi? Kunci kepada jawapan untuk soalan ni senang je - apa tujuan sebenar siswa siswi ni involve dalam politik kampus ni.

Pro mahasiswa selalunya mengambil pendekatan agresif, mendesak dan mencabar setiap keputusan autoriti yang tak memihak kepada kepentingan pelajar. Pro aspirasi pulak macam musang, kononnya nak jaga kebajikan pelajar padahal akhirnya jadi pak turut, pak angguk pada semua polisi. Sampai tahap ekstrem, pro aspirasi ni jadi back up kepada pihak pentadbiran, padahal sepatutnya dorang back up student. 

Pemecahan ideologi kepada pro mahasiswa dan pro aspirasi ni sekadar meletakkan pelajar dalam tempurung kaca. Atau pun mungkin lebih tepat kalau digambarkan, siswa siswi kita ni kurang pendedahan pada teori2 dan ideologi lain, jumud. Kenapa takde calon pelajar yang perjuangkan pendekatan Islamic dalam urusan-urusan universiti? Kenapa takde calon pelajar yang sosialis, yang perjuangkan bukan je kebajikan pelajar tapi kebajikan seluruh warga universiti, daripada Naib Canselor, Lembaga Pengarah sampai la kepada pekerja am kontrak? Kenapa takde calon yang otak dia macam Steve Jobs, yang boleh mengutarakan idea inovasi untuk membolehkan universiti dorang bergerak ke depan mendahului universiti-universiti yang lain? Balik-balik cerita pasal isu siswa tak dapat duduk kolej kediaman, masalah lalu lintas, masalah saman, masalah faedah bayaran balik PTPTN. 
Keunggulan sesebuah universiti tu dapat dilihat melalui sebanyak mana universiti tu boleh menyumbang ke arah menjadikan masyarakat hidup dengan lebih baik. Jadi sepatutnya begitu jugak dengan siswa-siswi dalam politik kampus ni, mungkin tak perlu la berharap tinggi sangat, cuma sekurang-kurangnya ideologi, perjuangan dorang sepatutnya ke arah menjadikan kehidupan semua warga universiti menjadi lebih baik, bukan setakat berkonfrontasi atas dasar pro mahasiswa & pro aspirasi.

25 February 2011

Mari kita cuba komunikasi

Tapi bila komunikasi dalam wavelength yg berbeza, maka communication failure pun terjadi

24 February 2011

Hikayat Bujang Susah

Hari ni masuk gaji. Berapa banyak gaji aku? Nak tau boleh la klik kat word gaji tu. Campur-campur elaun dapat la, ade la lebih sikit rezeki aku, tapi memang duit gaji aku tak banyak, gaji tipikal orang2 yang baru grad, baru start keja.

Maka nak dijadikan cerita lepas dapat gaji, kena la settlekan payment-payment yang terjunjung kat atas batu jemala aku. Tolak duit ansuran motosikal (aggrement 3x bayar, sekali bayar RM1087), tolak duit bagi kat Abah aku (aku bagi kat Mak & Abah aku, tapi sebab mak aku tak sihat & bagi kat dia pun x guna, aku bagi je bahagian Mak pada Abah), tolak duit sewa + bil rumah, maka duit dalam bank aku tinggallah tiga angka je. Nasib baiklah aku bujang teruna yang takde bini, takde awek, takde anak. Kalau ade extra responsibilities nak kena tanggung, memang sakit la nak survive duit tiga angka nak bertahan sebulan.

Terkenanglah aku kisah hidup dan kisah ekonomi zaman lampau. Dulu zaman sekolah belanja sekolah RM 1 sehari, kat sekolah kalau beli nasi lemak 50 sen + air oren 20 sen ada la baki 30 sen. Sebulan dapat la simpan RM6-7. Haha. Zaman zero, takde ape nak fikir, takde kemahuan menggunung jadi ape nak kisah kalau duit dalam tabung takat RM6 sekalipun. Cuma bila nampak sepupu lain main game Brick Game, atau pun terdengar & ternampak kawan2 main mercun time raya, masa tu la nak pakai duit pun.

Zaman duit belanja sekolah RM1 berubah ke zaman RM2 pulak. Masa ni dah boleh simpan banyak sikit, dapat la kot dalam RM30 sebulan kalau istiqamah. Dah boleh bukak akaun bank. Tapi bila duit dah berlebih sikit, kemahuan pulak dah start ade. Nak selalu main game kat cyber cafe, nak beli kaset, nak beli walkman, nak beli aksesori budak2 remaja, alahai..Haha. Dan sekali lagi, sumber terbatas, maka kemahuan walaupun tak terbatas kena control. Aku bukan jenis budak yang dapat RM200-300 masa hari raya, dan bukan jugak jenis yang bila nak Playstation, pau duit mak bapak, jadi hiduplah aku dengan ekonomi yang masih lagi, terkawal.

Zaman matrikulasi. Duit elaun RM 1000/sem. 1 sem = 6 bulan. Sebulan = RM 166.67. Macam malas pulak nak cerita. Memang tak cukup la kalau nak ikut RM1000 sebulan. Jadi kat matrikulasi, masih lagi bergantung kat mak bapak. What a loser, orang lain tunggu result SPM pergi kerja dulu, aku lepak kat rumah. Cis, lepas tulis entri ni baru aku sedar, memang aku jenis anak tak guna, kah kah kah. Duk rumah memperabih beras je, pastu merungut duit tak cukup. Bab berdikari aku mengaku memang aku fail. Deng!

Zaman universiti. Zaman duit masyuk bermula sejak Tun Abdullah Badawi naikkan payment rate untuk duit scholarship aku & kawan2. RM5400/sem = RM 900 sebulan. Tapi tah macam mana time belajar pun duit tak cukup jugak. Nak kata aku beli laptop baru, beli Iphone, beli PDA takde la pulak. Awek pun takde, patutnya duit tebal la. Beli buku tebal fotostat tu ade la, pastu beli buku2 tebal yang jarang2 gak aku selak. Makan minum, memang ikut hawa nafsu time tu. Berat badan naik. Tapi dalam keadaan ekonomi yang macam tu pun aku takde investment, takde duit simpanan. Pfft. Maka berlanjutanlah hikayat kehidupan aku sebagai bujang sengkek. Cis!

Zaman bekerja. Sebenarnya aku dah plan nak ada rumah, nak ada kereta time bila dah keje nih. Tapi bila belum sah jawatan, nak buat loan tak boleh, so rumah kena kiv dulu la. Kereta? Tah la, bukan taknak beli, cuma kalau aku keje kat area dekat2 dengan rumah aku sure2 aku beli dah. Kerja kat tempat jauh macam skang ni, cam haru pulak nanti kalau nak beli kat sini, nak bawak balik kang satu hal pulak. Tapi geng2 aku yang keja kat Sabah rilek je sambar kereta, ade sorang member dah angkut Inspira, tapi merasa la insuran tahunan RM2k setahun. 

Uh, aku jadi konpius aku nak cerita pasal ape sebenarnya.

Masa lepas dan masa sekarang aku dah cerita. Sekarang jom tengok ape yang akan berlaku kat aku, dalam tempoh tak berapa lama lagi, kalau panjang umur lagi la.

Hidup kat negara Malaysia Boleh ni, nisbah pendapatan dan keperluan aku rasa sangat kecik. Nak beli kereta yang agak2 selesa, kena spend at least RM70k - RM80k. Nak ada rumah, zaman sekarang kalau buat sendiri pun mau cecah RM200k. Kalau beli rumah kat perumahan area bandar mungkin dalam harga RM300k - RM400k. 

Kalau korang kerja makan gaji macam aku, gaji korang mungkin dalam purata RM3k sebulan. Nak ada rumah, kereta, perkakas rumah kalau nak beli cash, keh keh, aku rasa kena spend dalam RM500k la kot. RM3k/RM500k = 0.006. Gaji bulan korang tu, 0.006 = 0.6% daripada jumlah duit yang korang kena ada kalau korang nak dapatkan semua benda yang korang nak secara cash. Tapi takde problem, takde duit cash pun korang boleh beli rumah, beli kereta. Tapi korang kena berhutang la. Kena buat pinjaman bank, kena bayar ansuran setiap bulan. Dan bila buat pinjaman, korang kena bayar sekali faedah pinjaman tu sekali. 

Bila fikir balik, rupanya aku belajar rajin2..ok la, aku belajar dari sekolah, masuk universiti, keluar universiti pastu kerja, semata-mata untuk hidup membayar hutang. Teruk ke hidup macam ni? Selagi kerja sebagai orang yang makan gaji, itulah hidup yang kena dilalui oleh kebanyakan orang. Tak kira la engkau doktor pakar ke, engineer ke, jururawat ke,  macam tu la. 

Nak capai economic freedom (bebas dari segala hutang)? Jalan terbaiknya jadi peniaga. Selalu jugak aku dengar orang cakap ada hadis yang cakap berniaga tu 9/10 daripada  punca rezeki, tapi disebabkan aku tak pasti siapa perawai hadis tu aku malas la nak quote. Tapi memang ade kebenaran statement tu. Orang yang top 500 jutawan, yang kaya-raya akan terdiri daripada dua golongan je - peniaga dan perompak. Aku rasa korang mesti tak faham kenapa aku cakap perompak pun ade yang jadi kaya raya. Perompak yang aku maksudkan, senang cerita kapitalis la. Lebih awesome lagi, kapitalis ni bukan sekadar merompak, malah sampai tahap mengawal dan jadikan manusia hamba. Err, mungkin korang konfius, so tengok la video kat bawah ni, cuba faham cerita kat dlm video tu. Ade masa nanti aku nak tulis jugak pasal isu dalam video tu.


23 February 2011

Lebuh Raya Karak dan kisah hantu


Kat atas ni trailer filem Karak, terbitan KRU Production

Sebagai penduduk negeri Pahang (aku orang Pahang, walaupun kod negeri kat no IC aku ialah no 14), sejak zaman aku sekolah rendah lagi aku dah banyak dengar cerita pasal Lebuh Raya Karak-KL yang dikatakan berhantu. Kononnya ramai orang jumpa hantu kat lebuh raya tu, ramai yang kena kacau masa bawak kenderaan kat situ. Malah ade satu cerita tahap brutal 18 SG, pasal kononnya kepala tercabut lepas keluar check condition kereta waktu malam

Lebuh raya Karak ni bukan la highway yang panjang pun sebenarnya, malah kat highway tu ade dua plaza tol je, Plaza Tol Bentong & Plaza Tol Gombak. Kat Plaza Tol Bentong dulu pernah sekali ambulan yang bawak mak aku masa mak nak bersalin lahirkan aku pecah tayar, dan lebih haru driver ambulan tu tak reti tukar tayar. Nasib baik la ade sorang pakcik posmen yg bernama Sulaiman (siyes, kalau aku jumpa pak cik ni aku cium tangan dia, pasal tangan dia yg tukar tayar ambulan tu la mak aku dapat bersalinkan aku kat hospital bersalin KL). Ok la, melalut lak, sambung balik. Jarak antara Plaza Tol Gombak dan Bentong dalam 60 km je, tak jauh. Sepanjang laluan ke Kuala Lumpur korang akan lalu beberapa tempat macam Hentian Hutan Lipur Lentang, R n R Genting Sempah (simpang nak naik ke Genting kat situ la), terowong yang jarak lebih kurang 900 m. 

Satu benda yang aku pasti sepasti-pastinya, cerita hantu kat Karak highway ni terlalu exaggerated sangat - over sangat. Karak highway tu pendek jela, bukan macam PLUS yang panjang 960 km tu. Jadi kat mana sangat la hantu-hantu tu nak lepak, maksud aku kalau dah jarak highway tu pendek, mesti la port lepak jembalang2 kat situ sikit je, compare dengan highway lain yang jarak dia lagi panjang. Lagi satu, jumlah pengguna kat Karak highway ramai jugak la, last time aku lalu situ dalam area pkul 1 pagi pun banyak lagi kenderaan lalu kat situ, so kemungkinan untuk kena ganggu tu rendah la pasal laluan sibuk, lain la kalau jalan sunyi.

Tapi kalau nak bercerita kisah hantu kat situ 20-30 tahun lepas, tu tak mustahil la. Sebab Karak highway ni dulu, tahun 1977 dah start dah. Zaman firaun dulu, memang hantu syaitan berleluasa, huhu. Tapi zaman sekarang pun hantu setan banyak jugak kalau nak ikut kan, yang buang anak kat dalam longkang, yang lari tinggal suami & anak sebab lari ikut Bangla @ kekasih lama pas jumpa balik kat facebook, yang bawak motor ragut beg tangan pompuan tu semua setan la tu. 

Alang-alang dah letak trailer filem Karak kat atas tu, nak komen sikit pasal filem seram. Hantu-hantu dalam filem seram pun, selalunya pun sama la, exaggerated. Aku rasa filem seram yang betul-betul hampir serupa macam keadaan gangguan makhlus halus yang real filem Paranormal Activity. Tapi bila buat filem macam tu, rasa bosan la pulak kan, walaupun dari segi teknikal rakaman dan plot cerita tu hampir menyerupai real life situation.

22 February 2011

Warkah buat kekasih

Kekasih ku

Saat warkah ini ditulis, di luar khemah sana para soldadu sedang menari berpesta meraikan turunnya hujan di malam ini. Hujan yang turun kala ini tak lain tak bukan hujan darah. Sepanjang kembara penaklukan ini ketahuilah kekasih ku, tidak sedetik pun kami terjumpa dedaunan hijau, sungai, laut, tasik di atas medan pertempuran ini. Hanya darah musuh dan soldadu yang gugur bertakung di lopak-lopak dan celahan rekahan bumi nan gersang. Dan pasti darah yang tumpah itulah yang mengewap naik ke langit membentuk awan lalu turun menjadi hujan pada malam ini.

Hari ini genaplah sudah tujuh purnama kita terpisah. Saat aku menggalas pek dan mengemaskan senjata, kau hadir di celahan ribuan kekasih, ibu, isteri, anak, sanak saudara soldadu yang hadir meraikan pemergian aku dan soldadu-soldadu yang lain. Kita hanya saling berpandangan, tak terucap sepatah pun kata dari mulut mu, sedang lidah aku juga kaku membisu. Aku masih ingat kilauan di mata mu kekasih, dan aku masih ingat betapa keras hati aku tika itu. Saat aku berpaling buat kali terakhir, kau masih terpaku di tempat engkau berdiri memandang kepada ku. Adakah pandangan mu itu ucapan selamat tinggal terakhir, atau ucapan selamat jumpa lagi, aku tak mungkin akan tahu.

Kekasih ku,

Dulu kau pernah bertanya pada ku, di saat kita sama-sama berbaringan di atas dedaunan rumput hijau, melihat birunya langit, tingginya awan, mekarnya bunga-bunga daisy sejauh mata memandang. Kau tanyakan, bolehkah aku meninggalkan medan tempur buat selamanya dan terus berada di samping mu selamanya? Kau genggam tangan ku sambil tersenyum. Aku juga tersenyum, tapi aku tidak menjawab soalan mu itu. Dan kita terus berbaringan melihat kedamaian alam, dalam hawa yang dingin dan mendamaikan, sehingga matahari berlabuh ke kaki langit. Aku benar-benar berharap masa terhenti pada saat itu supaya kita dapat terus bersama. Supaya aku tak perlu lagi memancung kepala-kepala musuh, memburaikan isi perut mereka dan bermandi darah seharian sebagaimana yang aku lakukan di sini, di medan tempur ini saban hari.

Perang itu bila mana hidup dan mati perlu dipilih. Memilih untuk mencabut nyawa atau merelakan nyawa dicabut. Hari pertama kembara penaklukan ini, kami bertemu dengan sebuah kota bertembok besar. Beratus soldadu musuh keluar untuk menentang kami. Dan beratus kepala seteru yang menentang angkatan soldadu pimpinan ku putus diceraikan dari leher oleh pedang ku. Pertempuran antara soldadu kita dan musuh sungguh sengit. Bukan sedikit soldadu kita terkorban. Bumi yang kami ingin takluki ini, sungguh pun gersang namun kerana kekayaan di pihak seteru, mereka mampu membeli bekalan makanan dan air dari luar, dan aku sedar, keletihan, kelaparan dan kekurangan sumber makanan menjadi petualang yang menjadi maunah kepada soldadu seteru. Betapa pula para seteru berdiam di dalam sebuah kota, yang temboknya tak mampu diruntuhkan oleh anak panah, pedang dan peluru.

Lalu aku aturkan rancangan untuk menjahanamkan mereka. Sekelompok soldadu, di atas arahan ku menggali terowong untuk menyusup masuk ke dalam kota dan menyamar menjadi sebahagian daripada warga rakyat bumi seteru yang mahu kami takluki. Mereka meracun sumber makanan dan air, membinasakan bekalan ubat-ubatan, lalu mereka keluar meninggalkan kota tanpa dapat dikesan. Maka kami pun mengepung kota bertembok kebal itu.

Sehari, dua hari, berlanjutan sehingga berminggu lamanya. Kami menunggu sehingga mereka semua lemah. Kedengaran suara tangisan anak-anak kecil menangis kelaparan. Tangisan-tangisan itu mulanya sayup-sayup, kemudian semakin lama semakin ramai kedengaran anak-anak yang menangis akibat kekurangan makanan, natijah sabotaj yang telah aku rencanakan dulu. Kurangnya makanan, air, keletihan, tangisan anak-anak kecil aku kira telah mampu melumpuhkan semangat para soldadu seteru.

Kekasih ku,

Akhirnya pada awal dinihari, aku memimpin para soldadu kita memecahkan pintu kota dan menyerbu masuk ke dalam kota. Para musuh yang tidak bermaya, masih ada yang cuba melawan. Namun kudrat mereka yang kian lemah memudahkan kami memancung, menikam dan mengelar tubuh mereka. Tiada seorang pun makhluk bernyawa di dalam kota itu aku benarkan untuk hidup. Telah aku pesankan kepada para soldadu, tumpahkan lantai kota itu dengan darah bajingan-bajingan penghuni kota itu. Wanita, anak kecil, warga tua juga tidak kami lepaskan daripada menjadi santapan mata pedang kami. Akhirnya menjelang tergelincirnya matahari, habis semua yang di dalam kota itu menjadi bangkai. Adakah kau percaya wahai kekasih, bahawa aku lah kekasih mu yang merencanakan kekejaman itu semua?

Pertarungan dengan musuh menuntut banyak tenaga. Kantung bekalan makanan para soldadu telah kosong di saat kota itu kami tawan. Kami bermalam di dalam kota itu, dan berehat di dalam semerbak bau hanyir darah yang tumpah membasahi lantai dan dinding kota. Malamnya kami memungut mayat-mayat yang bergelimpangan, kemudian kami panggang buat santapan kami semua. Malam itu pertama kali aku merasa keenakan daging manusia. Ya, pertama kali semenjak aku menjadi soldadu. Kami meneruskan kembara keesokan harinya, setelah selesai mengutip emas dan harta yang tertinggal dalam kota itu. 

Jelajah penaklukan angkatan soldadu pimpinan ku itu, menjengah dari kampung ke kampung, kota ke kota. Kami membawa kematian dan kemusnahan terhadap setiap tempat yang kami lewati. Darah merah sentiasa menitis daripada setiap mata pedang kepunyaan para soldadu, meninggalkan jejak berdarah. Akhirnya aku dan para soldadu ku sampai ke sini, ke tanah gersang tempat kami bertandang sekarang. 

Di tanah ini, seakan ada sesuatu yang aneh. Setiap malam, seorang soldadu di bawah akan hilang tanpa jejak. Mulanya aku tidak perasan, sehinggalah salah seorang soldadu ku memberitahu kepada ku tentang kehilangan rakannya, tujuh malam yang lalu. Dan sememangnya aku tidak bercadang untuk singgah lama-lama di sini, tetapi setiap kali aku memimpin soldadu kita untuk bergerak ke tempat lain, kami seakan berpusing-pusing dalam suatu pusingan lalu sampai semula ke tempat kami mula-mula bertandang di sini. Begitulah, sehingga malam ini sudah malam ketujuh kami dalam keadaan sedemikian.

Dan malam ini hujan turun. Turunnya hujan menggembirakan para soldadu yang sudah tujuh purnama tidak ketemu hujan. Aku tak tahu adakah esok aku dan para soldadu ini akan berjaya keluar daripada tanah gersang berpuaka ini. Warkah ini aku utuskan melalui merpati putih yang tadinya singgah di jendela kamar mu, kekasih ku. Andai aku dan para soldadu tidak pulang ke pangkuan nusa, maka ketahuilah, aku sudah cukup malu untuk berdepan dengan mu kekasih. Cukuplah warkah ini menjadi ganti lidah ku untuk menutur apa yang terjadi sepanjang aku di sini.


Disclaimer: Rekaan semata-mata.

21 February 2011

Nota kecil (I)

Pilihanraya kecil Kerdau, Temerloh.

Kerdau, aku kenal pertama kali kira-kira 8 tahun lepas masa bersekolah asrama kat situ. Hari tu Adnan Yaakob keluar statement kat TV, yang penting calon BN kali ni orang ramai suka, isu calon tu sihat @ tak itu tak timbul. Syabas Dato', anda berjaya membuatkan seluruh Malaysia tau betapa bebalnya pengundi2 kat Pahang ni.

Pahang merupakan negeri yang belanjawan sentiasa defisit, boleh dikatakan kubu kuat BN kat Malaysia. Orang Pahang pangkah lambang parti, bukan pangkah calon. Hatta kalau diletak tunggul kayu sekalipun yang jadi calon BN tetap menang jugak. Aku rasa nak menangis pun ada bila fikir balik pasal masa depan negeri asal aku. Banyak perubahan berlaku sejak merdeka - sumber balak yang makin mengurang, tanah rizab Melayu makin menyusut,  tapi satu yang tak pernah berubah, Pahang tak pernah ditadbir ahli politik yang ada wawasan.

Revolusi Mesir dan Teori Domino

Bermula di Tunisia, merebak ke Mesir, dan sekarang dengar khabarnya ke Bahrain. Teori Domino dicadangkan oleh pihak kerajaan USA pada zaman awal 50-an dan 60-an, yang mengatakan kalau sesebuah negara di mana-mana rantau berjaya di"komunis"kan, maka negara2 lain kat dalam rantau tu akan menganut ideologi yang sama hasil daripada penyebaran ideologi tu. Ada unsur matematik dan biologi dalam teori tu, mungkin diwujudkan oleh profesor2 yang narrow minded tapi genius yang berasal dari MIT. Sekarang, teori tu nampak menjadi, cuma dari sudut revolusi anak muda menumbangkan kerajaan.

Malaysia? Jangan risau Dato' Seri Najib, anda akan terselamat. Anak muda Malaysia rata2 tak terdesak macam anak2 muda negara Arab. Anak muda Malaysia dah dididik bahawa untuk mengubah nasib keluarga, mereka perlu jadi artis atau pelakon atau peserta anugerah realiti tv, bukan dengan jadi penjual buah atau penebar roti canai. Anak muda Malaysia tak perlu risau apa - kalau pandai, belajar tinggi2, kemudian jadi doktor atau apa2 kerjaya makan gaji yang senang dapat kerja . Kalau pandai tapi ambil kursus yang susah dapat kerja makan gaji, duduk je menganggur kat rumah. Kalau tak pandai dan tak mengaji tinggi, habiskan duit mak ayah, beli motosikal, merempit, jadi peragut. Tak perlu fikir tentang revolusi, atau tentang masa depan sendiri (apa lagi masa depan negara)

Budak macam ni..apa yang dorang tau pasal revolusi? Jangan bimbang PM, anda selamat!

Troll

Tuan-tuan dan puan-puan, kita sedang menuju ke Bintulu. Suhu sekitar 25 darjah Selsius, cuaca hujan. Kita dijangka tiba dalam tempoh 20 minit lagi
Begitulah lebih kurang pengumuman kapten penerbangan masa aku dalam pesawat, menuju ke Sibu tadi. Ramai penumpang mula membelek semula boarding pass masing2. Silap naik pesawat ke? Terpaksa landing kat Bintulu ke? (Jarak Bintulu ke Sibu = 208 km)

5 minit kemudian, pengumuman sekali lagi. Maaf tuan-tuan puan-puan, destinasi kita semua ialah ke Sibu. Aku dan dua tiga orang lagi penumpang ketawa.

(Pramugari dalam flight tadi ade dekat dua kali bergesel atau tergesel punggung dorang dengan lengan aku. Lane sempit sangat ke, atau dorang saje troll aku?)

Duit, duit, duit

Hari Khamis duit gaji masuk. Untuk kakitangan kerajaan, macam aku. Bulan Mac, aku akan balik kalau perlu. Harga tiket melambung naik, lagi baik aku salurkan duit untuk beli tiket tu pada Abah untuk support family financial, mak belum sihat untuk bekerja semula. Tanda2 nak sembuh masih samar walaupun ada perubahan positif.

Rumah, kereta..tunggu dululah. Belum diizinkan untuk berharta rupanya. Aku tetap miskin dan sengkek macam zaman belajar dulu walaupun dah start kerja. Ada hikmah, malangnya ada hijab yang melindung hikmah (ada masa aku rasa macam hijab tu tak wujud dan hikmah tu pun tak wujud, Tuhan maafkan aku sebab bersangka buruk).

I gotta keep breathing. Because tomorrow the sun will rise. Who knows what the tide could bring?

Tom Hanks, quote dari filem "Cast Away"

16 February 2011

Johnny dapat senapang

Entri terakhir sebelum aku naik flight AK5195 yg kalau tak delay, akan berlepas pukul 910 malam esok ke LCCT. Yup, mak aku belum sembuh & belum mula kerja lagi sejak awal tahun ni. Aku dah malas nak fikir sama ada jembalang atau MDD yang merasuk fikiran mak aku, yang aku tau mak aku sakit, dan aku kena balik untuk jenguk. Usaha dah banyak, makbul atau tak itu dah di luar kawalan siapa2 pun



Aku rasa macam pernah tengok masa kecik2 dulu filem ni. Tapi ingat2 lupa.

Filem kat atas ni berdasarkan sebuah novel tulisan Dalton Trumbo, dengan tajuk yang sama iaitu Johnny Got His Gun. Joe Bonham, watak utama. Terkena peluru meriam pada hari terakhir Perang Dunia Pertama. Kesemua kaki dan tangannya terpaksa dipotong, manakala mata Joe buta, gegendang telinga rosak (dia jadi pekak), dan dia juga kehilangan gigi, lidah dan hidung dia. Tapi dalam masa yang sama fikiran dia masih waras dan boleh berfikir, ingat balik apa yang terjadi kat dia. Cuma dia tak boleh berkomunikasi dengan orang lain, dan orang lain tak boleh berkomunikasi dengan dia. Dia tak dapat nak bunuh diri sebab doktor pasang salur oksigen kat tiub yang disambung ke trakea dia, dia tak dapat nak kawal pernafasan dia sendiri dan tentunya, dia tak boleh nak bunuh diri.

Sepanjang dalam keadaan terperangkap dalam badan sendiri tu, Joe banyak mengimbas balik pasal kehidupan masa kecik dia, tentang keluarga, teman wanita dia dan apa yang jadi masa perang. Akhirnya, dia dapat berkomunikasi secara satu hala dengan pegawai-pegawai tentera yang melawat dia dengan cara menghentak-hentak kepala dia ke bantal, dengan memberi isyarat dlaam bentuk kod Morse. Joe meminta sama ada riwayatnya ditamatkan serta-merta, atau diletakkan ke dalam kotak kaca dan dibawa menjelajah ke seluruh negara untuk menunjukkan kepada semua orang betapa dahsyatnya kesan peperangan. Seorang jururawat yang merawat Joe rasa simpati, cuba nak bunuh Joe tapi doktor yang merawat Joe berjaya menghalang dan akhirnya, Joe terus hidup, terlantar atas katil dalam keadaan yang tragik.

Filem ni membawa tema anti perang. Apa yang perang boleh lakukan terhadap manusia, atau lebih tepat apa kemungkinan yang boleh terjadi sebagai kesan peperangan. Bayangkan terperangkap dalam badan sendiri, tak dapat berkomunikasi dengan orang lain. Tangan kaki takde, tak dapat nak berjalan, nak makan minum. Mata buta, telinga tak dapat nak mendengar, lidah tak dapat nak berkata-kata. 

Sedikit paradoks. Quote daripada Hermann Goering, pengasas polis rahsia Nazi, Gestapo.

Naturally, the common people don't want war; neither in Russia nor in England nor in America, nor for that matter in Germany. That is understood. But, after all, it is the leaders of the country who determine the policy and it is always a simple matter to drag the people along, whether it is a democracy or a fascist dictatorship or a Parliament or a Communist dictatorship

Metallica menghasilkan lagu berjudul One berdasarkan filem ni.

Meeting of water

DIA membiarkan dua lautan mengalir yang kemudiannya kedua-duanya bertemu. Antara kedua-duanya ada batas/sempadan yang tidak dilampaui antara satu sama lain. - Surah Al Rahman ayat 19-20
Meeting of water atau pertembungan air, merupakan fenomena pertembungan antara dua takungan air. Selalunya  kita boleh tengok kat muara sungai la, air sungai bertembung dengan air laut. 

Dulu masa aku kecik2 dulu aku selalu ingat, air daripada darat, turun mengalir ke laut. Kalau ikut logik pun patutnya macam tu la kan. Tapi ayat Surah Al Rahman ni, dan jugak gambar-gambar kat bawah ni menunjukkan air yang berlainan ketumpatan memang tak bercampur. Dari sudut saintifik memang benda ni menepati hukum fizik pun, cecair yang berlainan ketumpatan (density) tak bercampur. 


Pertembungan air sungai Bhagirathi (warna hijau) dan sungai Alaknanda (warna pasir) di India. 


Pertembungan air sungai Negro (warna hitam) dan sungai  Solimoes (warna pasir) di Brazil


15 February 2011

Buku Fakta CIA

Buat pengetahuan kepada sesiapa yang tak tau, CIA atau pun Central Intelligence Agency merupakan badan perisikan yang berkhidmat membekalkan maklumat kepada pembuat polisi di Amerika Syarikat. Tugas CIA ni selain mengumpulkan maklumat, dorang akan susun strategi untuk bertindak sepatutnya berdasarkan maklumat yang dorang dapat. Contohnya, katakan tiba2 di Malaysia, PAS menang pilihanraya dan Nik Aziz jadi Perdana Menteri. Pihak CIA akan buat penilaian, owh ni orang tua ni kuat pegangan Islam, so kita cari jalan untuk lemahkan pegangan Islam dia supaya kepentingan ekonomi Amerika (syarikat muzik, rokok, arak, hiburan dsbnya) dapat terus buat duit kat Malaysia. Maka mungkin CIA akan gunakan orang2 kat sekeliling Nik Aziz, sama ada penyokong setia, anak bini dia atau siapa2 jela untuk mempengaruhi keputusan eksekutif yang bakal dibuat oleh Nik Aziz. Katakanlah dah buat macam2 cara, Nik Aziz tetap tak nak bagi chance kat kapitalis2 buat duit kat Malaysia, maka nasib Nik Aziz mungkin berakhir macam Saddam Hussein di Iraq dan PAS mungkin terpaksa angkat senjata dan jadi gerila dalam hutan bila CIA bagi nasihat kat Presiden US, ni Nik Aziz ni kita ajar sikit, hantar tentera kita pergi tawan Malaysia, pastu cakap la depa semua ni pengganas. 

Kalau berminat nak mendalami ilmu geografi, aku nak bagi tau yang CIA setiap tahun akan keluarkan sebuah buku yang dinamakan CIA World Fact Book. Korang klik je kat link tu, aku dah redirect link tu dengan website CIA yang dorang fakta-fakta tu. Kat situ korang boleh cari maklumat-maklumat penting, tapi bukanlah maklumat sensitif tentang mana-mana negara kat dunia ni. Kecuali maklumat kerajaan langit Ayah Pin, yang tu aku tak jumpa la tapi maklumat pasal negara2 yang betul2 wujud pasal ada la. Kalau ada masa time cuti2 ni pastu korang nak tau maklumat pasal Malaysia, ataupun korang ada kerja sekolah Geografi yang nak kena buat berkaitan maklumat-maklumat ekonomi, politik dan sosial sesebuah negara boleh la browse kat website tu.

Adakah maklumat-maklumat kat dalam CIA World Fact Book ni betul2 sahih? Aku rasa kalau Malaysia sahih la kot, sebab Perdana Menteri kita pernah dengan bangganya bagi dalam ucapan beliau berkata, US mempunyai akses terbaik terhadap maklumat perisikan Malaysia. Senang cerita, apa2 je maklumat risikan Malaysia, US boleh tau (aku tak tau nak cakap tahap mana bodonya keadaan macam ni, full access to intel information?? rakyat sendiri pun banyak bendadorang tak tau sebab banyak maklumat dirahsiakan, tapi negara luar boleh akses maklumat kita dengan senang2 camtu je).

14 February 2011

Selawat ke atas Nabi

Esok pagi Maulidur Rasul. Cam biasa kat seluruh negara tempat yang ada umat Islam yang ingat, atau konon2 ingat pada Rasulullah S.A.W akan buat perkara cliche, buat perarakan sambil berselawat. Dari mana asal usul budaya berarak time harijadi Rasulullah aku tak pasti la, tapi sekurang-kurangnya bila ada hari cuti, ada perarakan macam tu orang Islam yang lahir seribu tahun lebih lepas kewafatan Rasulullah teringat jugak la kat orang yang diutus oleh Allah untuk menyebarkan ajaran samawi terakhir kat atas muka bumi ni.

Umat yang lahir lepas kewafatan Nabi, termasuk aku dan tuk nenek moyang aku semua berdepan dengan cabaran yang terlalu hebat. Kita diajar untuk percaya akan kewujudan susuk tubuh yang kita tak pernah nampak depan mata sendiri. Lukisan yang menggambarkan muka, tubuh badan Rasulullah pun takde, zaman tu pulak teknologi rakaman video, mp3 dan segalanya takde lagi. Islam pada zaman Rasulullah, yang asalnya berteraskan wahyu dan sunnah, kemudian bercabang-cabang pulak sampai beratus-ratus ranting. Ada Sunnah Wal Jamaah, ada Shiah, ada Hanbali, Maliki, Syafie, Maliki, ada sufisme, Wahabbi, ada pulak lagi ajaran tarekat dan segala macam lagi la cabang2 pemikiran yang semuanya mengaku yang aliran pemahaman dorang betul. Ada Muslim yang baca qunut masa Subuh, padahal kat Makkah kalau pergi solat Subuh kat sana takde pun imam baca qunut, kecuali hari Jumaat. Aku pernah berselisih pendapat pasal bacaan talkin, bacaan surah Yasin malam Jumaat dengan kawan aku. Tapi mujurlah Islam masih boleh dikenal melalui fundamental dalam ajaran tu. Sebagai contoh, rukun Islam ada 5 - syahadah, solat 5 waktu sehari, puasa, zakat, Haji - maksudnya aliran apa pun yang korang pegang, selagi rukun yang lima ni korang buat, korang tetap dikira Islam.

Perbezaan aliran dah satu hal, kemudian pengaruh-pengaruh dan budaya yang menjauhkan umat Islam daripada ajaran Islam pulak pada tiap2 zaman akan wujud budaya-budaya macam tu. Zaman Rasulullah dulu Rasulullah berdepan dengan orang kafir yang menentang dengan penindasan dan kudrat, zaman sekarang lagi hebat. Zaman sekarang ada tv, ada panggung wayang, ada parti politik, ada sistem kewangan berasaskan faedah, ada fesyen perempuan pakai tudung kat atas pakai legging kat bawah. Macam-macam ada. Umat Islam zaman sekarang bukan setakat di torture melalui penindasan macam yang berlaku di Tak Bai, Afghanistan, Iraq, malah serangan dari sudut mental pun tak kurang hebat. Benda-benda ni semua masa zaman Rasulullah dulu mana ada.

Tapi dari satu sudut Allah tu Maha Adil. Setiap kali kita selawat kepada Rasulullah, Allah berselawat 10 kali kepada kita. Baca Surah Al Ikhlas tiga kali je, dah dapat pahala macam khatam sebuah Al Quran. Dan sekali lagi kita diuji - dosa pahala, mana kita nampak. Tak nampak pun dosa, pahala, malaikat, syaitan, hari kiamat, Padang Mahsyar, tu semua tak nampak. Kita diminta patuh pada semua peraturan dan shariah dalam hidup, tapi tak diberi peluang nak melihat dosa, pahala dan semuanya yang ada dalam ajaran Islam.

Jawapan kepada masalah tak nampak dosa, pahala, syurga neraka ni - pada aku tak guna nak pertikai kewujudan sesuatu yang dah dihijabkan daripada pandangan mata kita. Percaya la pada semua benda ni macam kita percaya yang kita semua ni bernyawa walaupun kota tak boleh nampak nyawa kita sendiri. Dan yang paling penting, kaji tentang setiap ajaran dan shariah dalam Islam, tak kira la kita ni Islam baka atau Islam Mualaf. Kaji kenapa kita kena solat, kenapa kita kena bayar zakat, kenapa kita kena sembelih ayam, lembu kambing sebelum masak dan makan binatang2 tu. Kaji kenapa kita tak boleh makan babi, tak boleh minum arak, tak boleh berzina masa hari Valentine dan hari-hari yang lain jugak. Kepercayaan aku pada Islam, asasnya, sebab aku fikir-fikir balik setiap perkara yang dibenarkan dalam Islam dan yang diharamkan dalam Islam menepati fitrah manusia. Aku rasa kalau korang rasa ragu-ragu pada ajaran Islam, tak salah kalau korang persoalkan kenapa kena buat itu, buat ini dalam Islam. Lepas tu berbincanglah dengan orang yang arif dan cuba cari setiap kelebihan setiap perkara yang kita kena buat sebagai sorang Muslim. Sebab bila korang tau apa kelebihan, keistimewaan dan hikmah bila korang buat sesuatu, keyakinan korang akan lebih teguh. Aku bukanlah nak suruh korang jadi Muktazilah, tapi hakikatnya Islam ni sendiri agama yang menyeru supaya umat Islam mencari ilmu. Melalui ilmu kita akan nampak jalan & hakikat kebenaran Islam.

Sempena Maulidur Rasul ni, kepada umat Islam selawat la banyak2 untuk Rasulullah yang dulunya memikul tanggungjawab menyebarkan Islam, yang akhirnya membolehkan korang kenal rukun Islam, rukun Iman, Al Quran, sunnah pada hari ni. Dan ambil la masa yang masih ada sekarang, untuk dalamkan lagi pemahaman dan seterusnya mempraktikkan perkara-perkara yang patut kita lakukan sebagai sorang Muslim. Okeh, salam.

13 February 2011

Pegangan kuasa (grip of power)

Dalam tempoh beberapa hari ni aku ada terbaca entri daripada blog yang aku follow, sorang Ah Yap, sorang lagi Patrick Teoh. Ah Yap bercerita pasal apa yang penting untuk menjadikan sesebuah negara berjaya. Patrick Teoh pulak bercerita tentang kritikan Almarhum Tunku Abdul Rahman terhadap kerajaan, lepas beliau bersara daripada menjadi Perdana Menteri.

Apa yang mengaitkan dua entri yang berbeza daripada dua blog yang berbeza ni? Aku tertarik dengan hujah Ah Yap, negara yang berjaya perlukan pemimpin yang mempunyai pegangan kuasa yang kukuh - grip of power. Pasal blog Patrick Teoh, Patrick bercakap pasal kebijaksanaan Almarhum Tunku.

Ada betulnya hujah Ah Yap tu. Masa pemerintahan Dr Mahathir dulu, Dr Mahathir tegas dalam menggunakan kuasa beliau. Siapa yang melawan, biar sikit pun, jawapannya ke Kamunting la jawabnya. Banyak keputusan dibuat secara tegas. Senang cerita, banyak ikut suka hati kepala otak dia je. Nasib baik latarbelakang dia bagus - bekas doktor perubatan, seorang yang bijak dan banyak membaca jadi kurang la sikit tindakan bodo yang dibuatnya. Cuma pendapat aku, walaupun Dr Mahathir sorang yang bijak dan autocratic, tapi latar belakang dia sedikit sebanyak membentuk perwatakan beliau. Sebagai seorang doktor, selalunya doktor semasa bekerja dorang perlu membuat keputusan sendiri - ada masa nak je nak buat keputusan, ada masa, dan kebanyakannya keputusan yang nak dibuat tu sukar sebab adakala membabitkan nyawa. Nak dibandingkan zaman dulu dengan sekarang, doktor zaman sekarang dikelilingi profesional-profesional lain macam ahli farmasi kalau dorang tak sure pasal ubat, jururawat kalau membabitkan prosedur penjagaan pesakit & cara nak apply injection dan sebagainya tapi zaman dulu banyak perkara melibatkan rawatan kepada pesakit, doktor sendiri, berseorangan kena buat keputusan sebab tak ramai orang sekeliling yg boleh tolong. Dr Mahathir hidup pada era yang sedemikian, jadi bila dia jadi ahli politik, sedikit sebanyak mempengaruhi perwatakan dia la - tak boleh dicabar, buat keputusan sendiri walaupun mungkin ada musyawarah dulu sebelum mengambil sesuatu keputusan. Bila dia berseorangan dalam buat keputusan, sebagai manusia, akan ada masa dia buat salah. Bila Perdana Menteri terkhilaf dalam buat keputusan, kesannya - bukan terhadap diri dia sendiri, kat seluruh rakyat la.

Walau macam mana pun, aku kena mengaku, zaman pemerintahan Dr Mahathir dulu, suasana dalam negara tak seperti sekarang. Jangan buat tak faham la apa maksud aku keadaan sekarang tu macam mana - provokasi menjadi-jadi zaman sekarang, masa aku belajar kat univ dulu pernah orang letak kepala babi dalam masjid Universiti Malaya, demonstrasi Hindraf, dan sekarang seakan-akan ada kecenderungan nak membangkitkan isu-isu perkauman. Masa zaman Dr Mahathir dulu, walaupun ada masalah, tapi tak kecoh dan tak timbul kekecohan. Zaman sekarang ni, masalah banyak, dan kekecohan banyak. 

Macam mana tahap pegangan kuasa pemerintah zaman sekarang? Keadaan sekarang ni mengingatkan aku kepada sejarah pemisahan Singapura daripada Malaysia. Masa aku belajar sejarah time tingkatan 4, cikgu sejarah aku pernah bertanya kat dalam kelas, sama ada tindakan memisahkan Singapura daripada Malaysia dulu tindakan yang bijak atau tak. Aku jawab, dah tentulah tindakan bodoh, sebab pemisahan Singapura tu menyebabkan Malaysia hilang wilayah. Tapi cikgu sejarah aku cakap, tindakan tu betul, pada masa tu untuk mengelakkan kekecohan.

Pada tahun 1965, UMNO iaitu parti pemerintah dominan di Malaysia mengambil pendirian untuk menjaga kepentingan orang Melayu dan Bumiputera. People Action Party, iaitu parti pemerintah dominan kat Singapura berpendapat, Malaysia merupakan sebuah negara yang bukan terdiri daripada Melayu dan Bumiputera je, tapi berbilang kaum. Tak patut la bagi tumpuan pada Bumiputera je, so PAP wujudkan slogan Malaysian Malaysia, maksudnya Malaysia untuk orang Malaysia. UMNO dan PAP pun berbalah, berdebat sepanjang masa pasal perbezaan dasar ni. Keadaan tegang dan Almarhum Tunku takut berlaku perbalahan antara kaum, jadi atas alasan tu Singapura dipisahkan. Mungkin dalam kepala dia waktu tu, dorang nak buat dasar pemerintahan sendiri, takpa la kita bagi la depa negara, tadbir sendiri negara depa. Akhirnya Lee Kuan Yew yang berjaya memiliki Singapura berjaya membawa Singapura maju ke depan, mungkin 20 tahun ke depan lebih maju berbanding Malaysia sekarang.

Aku pelik satu perkara je - tahun 1960 Almarhum Tunku bentangkan undang-undang ISA. Kenapa tak guna je undang-undang tu ke atas ahli-ahli PAP yang lawan tauke waktu tu, tangkap je semua, senang cerita. Sebaliknya Malaysia seakan merelakan wilayah yang ada diberi kepada orang, dan ironinya 4 tahun kemudian, peristiwa 13 Mei meletus, perbalahan antara kaum tetap berlaku walaupun Singapura dipisahkan daripada Malaysia. Peristiwa 13 Mei walaubagaimanapun, menjadi rahmat dan durian runtuh kepada beberapa politician. Tun Abdul Razak dilantik menjadi pengarah Mageran, majlis gerakan negara yang menjalankan kuasa pemerintahan semasa undang-undang darurat dikuatkuasakan selepas peristiwa 13 Mei. Kenapa Tunku tak dilantik jadi pengarah Mageran, kenapa Tun Abdul Razak? Hehe..aku cerita dulu..tak lama lepas tu Tunku Abdul Rahman letak jawatan dan Tun Abdul Razak jadi Perdana Menteri. Dr Mahathir lepas beberapa hari 13 Mei meletus, masuk kampus Universiti Malaya dan menyebarkan risalah kempen mengatakan Tunku tak layak jadi PM. Dr Mahathir dan Tunku sebelum 13 Mei lagi dah declare war, sebab buku Malay Dilemma yang ditulis Dr Mahathir mengkritik dasar kepimpinan Tunku.

Aku bercerita pasal sejarah ni bukan nak membukak pekung siapa2, tapi sebagai pengajaran kepada semua orang yang jadi pemimpin atau bakal jadi pemimpin - kuasa yang diamanahkan perlu dipegang dan digunakan sepenuhnya. Korang nampak sendiri kenapa Malaysia hilang Singapura. Terus terang cakap - sebab ada kelemahan di pihak pemerintah masa tu dalam menggunakan kuasa, dorang tak tegas. 

Nampak macam aku dah jadi autokratik, tapi setakat logik dan kiraan aku, aku rasa aku tak salah. Sebagai pemimpin, pemimpin perlu memimpin orang-orang yang dipimpin ke arah kebaikan, bukan mengikut telunjuk orang yang dipimpin. Kalau orang yang dipimpin berkehendakkan sesuatu yang buruk, pemimpin kena jauhkan dorang daripada keburukan. Last but not least, baca keratan akhbar kat bawah:

Najib said that when faced with such a crisis, it was diplomatically acceptable for both private and official channels to be used to ensure the rescue operation was successful.

“It is fortunate that we enjoy such a good relationship with the Saudi royal family. I was actually awakened at 2.30am on Thursday by a call from Saudi Arabia confirming the various special concessions for our airlift.

“I think it takes a very special friendship to work until so late to solve someone else’s problem and then to call someone at that hour to tell them about the blanket approval.”

Rosmah said she had also made some calls because she could not stand by and watch the students suffer “as some of them had nothing to eat”.

“As a mother, how could I not act? I feel for all the mothers whose children are studying there. I am glad I could help.

“Some of the Malaysian officials, aware of my Saudi connections, also asked me to assist. My husband was busy so that was why I helped,” she said.

“I could not afford to take any risk by waiting as every minute matters in a situation like this. Waiting a minute could cost lives. That’s why I made the call to the Saudis,” she said.

“Of course, I reported to him (Najib) what I did later.”

Klik sini (sumber)
Maksudnya Datin Rosmah buat panggilan ke Saudi untuk mintak tolong, pastu kemudian dia bagitau Dato' Najib, camtu la kan?

So korang rasa macam mana tahap grip of power pemerintah (pemerintah : Perdana Menteri) kita sekarang? Adakah sejarah akan berulang balik?

Lawak twitter di tengah hari

BuzzeAzam: @ Kat Mesir mrk boleh demo 1 juta turun ke jlnraya. Kat Msia boleh DS turunkan seramai itu?

: Tentera Mesir tdk sekat.Polis Msia sekat dan pukul! @ Kat Mesir mrk boleh demo 1 juta turun ke jlnraya.Msia boleh?

BuzzeAzam: @ So, penyokong reformis di Malaysia takut kena pukul la? Kalau camtu USAH BICARA TENTANG PERJUANGAN lah



Buzze Azam - Peguam bela, aku tak pasti dia ni ada jawatan dalam mana2 parti politik atau tak

anwaribrahim - Ketua Pembangkang Malaysia

Retro Bahang Romania

Teori Domino kali ni terkena kepada batang hidung diktator, heheh. Bermula dengan revolusi di Tunisia penghujung tahun lepas, kemudian menjalar ke Mesir. Akhirnya Hosni Mubarak 'bercuti' ke Sharm El Sheikh, bandar perlancongan di hujung Semenanjung Sinai.

Siri revolusi kat Tunisia dan Mesir tahun ni menjentik ingatan aku tentang Revolusi Romania tahun 1989 dulu. Aku tau pasal revolusi ni melalui pakcik Google, sebab masa belajar Sejarah dulu dalam KBSM tak dimasukkan dalam silibus. Maaf tetapi sekarang aku sedar, sukatan pelajaran dan kaedah pengajaran di sekolah sebenarnya tak cukup untuk mendidik setiap generasi yang bergelar pelajar supaya belajar daripada kesilapan, belajar tentang kesilapan yang diukir orang-orang terdahulu. Ditambah pulak dengan kisah sejarah yang separuh benar, ahh membebel pulak okeh aku nak cerita pasal Romania.

Aku tertarik nak tahu tentang Romania lepas dengar lagu dari kumpulan Wings yang berjudul Romania (album Teori Domino). Ada disebutkan dalam lagu tu tentang seruan ke arah kedamaian, kejatuhan komunis. Rupanya ketika lirik tu ditulis memang bumi Romania sedang bergelora masa tu. Kerajaan komunis Romania berdepan dengan kebangkitan rakyat yang menentang penindasan. Rakyat Romania pada masa tu berdepan dengan penafian terhadap hak bersuara, keadaan ekonomi yang menjunam, ramai rakyat hidup dalam kemiskinan dan sikap diktator Presiden Nicolae Ceauşescu pada waktu tu antara trigger kepada gerakan menggulingkan kerajaan.

Penentangan bermula bila seorang paderi László Tőkés yang mengkritik media kerajaan, dilucutkan jawatan. Para penyokong Tokes kemudian berkumpul beramai-ramai memprotes tindakan kerajaan, menyebabkan tentera dipanggil untuk menyuraikan peserta demonstrasi. Demonstrasi yang bermula di sebuah bandar Timisoara kemudian merebak ke Bucharest, pertempuran antara tentera dan penunjuk perasaan berlaku. Bayangkan betapa teruknya keadaan - orang awam bertempur dengan tentera yang lengkap bersenjata. Dianggarkan lebih 1000 nyawa terkorban sepanjang revolusi berlaku.

Akhirnya si Presiden cabut lepas Menteri Pertahanan Romania, Vasile Milea membunuh diri. Mulanya Menteri Pertahanan yang baru dilantik iaitu Victor Stanculescu, tapi menteri yang baru ni memihak rakyat dan mengarahkan tentera supaya berundur dan tak ambil tindakan ke atas penunjuk perasaan. Presiden Nicolae dan isterinya Elena kemudian ditangkap dan dihukum mati oleh skuad penembak tentera.

22 tahun selepas Romania, diktator di Tunisia dan Mesir berdepan dengan keadaan yang sama macam kat Romania. Masa revolusi Romania, umur aku baru 2 tahun. Tapi masa umur 24 tahun aku dapat tengok 2 revolusi berlaku serentak. Reformasi 1998 aku tak kira la, sebab tak jadi benda sangat pun, walaupun seronok dapat tengok orang berkumpul ramai-ramai kat jalan raya kat KL, dapat tengok macam mana keadaan riot.






Kat bawah ni lagu Wings yang aku cakap tadi. Enjoy.



12 February 2011

Sabar

Dalam tempoh 24 jam ni dah 3 orang pesan kat aku, suruh aku sabar

Abah
Irwan
VC UiTM

Maksudnya, aku ni kurang penyabar la.

Terima kasih sebab mengingatkan.

11 February 2011

Sambung cerita lagi (Aku quit)

Sorry Irwan, rasa cam complicated la pulak projek sambung cerita ko tu. Btw pasal aku join, aku bagi penamat versi aku sendiri. Daa..


(a) Ultraman duduk bertenggek kat atas dahan pokok
Aku pandang mata ultraman tu lama-lama. Dia pun pandang aku. Lama kami berpandangan, tapi sepatah haram pun perkataan tak keluar. Last-last Ultraman  break the silence,

"Awat hang buat tak tau ja, chalk on sorang ja. Mai la kat aku rokok sebatang,"

Uii, ultraman nih cakap Kedah. Aku pun hulur kotak Pall Mall kat ultraman. Tapi ultraman masih bertenggek kat atas pokok. Lama aku hulur kotak rokok tu, tapi dia bertenggek lagi kat atas pokok. Aku dah start panas

"Aih, paloinya ultraman nih. lama kamik nunggu kitak ngambik rokok. Mari la turun sitok, sik kuasa kamik nekik pokok," Aku sound je, lantak la ultraman ke sape, apesal lak aku nak beria, padahal tadi dia yang mintak Pall Mall aku.

Ultraman pun perlahan-lahan, turunkan kaki, berhati-hati turun dari pokok, tapi tah macam mana tah dia secara tak sengaja tergelincir, jatuh dari pokok. Jatuh mengiring, sakit jugak gayanya. Tapi dia bangun jugak,cuba buat-buat control steady. Ultraman pun mengesot datang ke arah aku. Hero macam mana pun, jatuh pokok tetap sakit jugak.

"Rokok..rokok..rokok.." Ultraman bersuara, terketar-ketar sebab sakit.

Aku letak Pall Mall kat celah bibir dia, pastu tolong cucuh api sekali. Tak lama pastu berkepul asap keluar dari mulut dan hidung Ultraman."Ko hisap rokok gak ultraman? Mana boleh camni, nanti budak-budak tau, dorang pun ikut apa ko buat ni," aku start borak balik, lepas dia nampak macam lega sikit.

"Budak budak mana nampak aku kat sini, dorang tengok aku dalam tv ja. Lawan raksasa sampai raksasa meletup, kalau kalah panggil abang, akak, bapak, datuk, nenek turun. Itu kerja punya cerita, aku pun nak ada life aku sendiri jugak," Ultraman back up diri sendiri. Aku pun pasang rokok sebatang lagi.

"Ko buat apa dalam hutan malam-malam ni brader, bawak guni pulak tu. Tadi aku nampak ko celup.." Ultraman tiba-tiba diam. Aku pelik, apsal lak mamat ni diam. Kemudia baru aku perasan, tangan kanan aku berlumur dengan darah.

Ultraman start gelabah. "Ok la brader, gua chow dulu, terima kasih payung aku rokok sebatang,"

Ultraman berdiri dan berjalan terhincut-hincut meninggalkan aku. Dalam empat langkah lepas dia berjalan, aku terajang ultraman sampai jatuh. Aku pijak kaki Ultraman sampai bunyi berkeretup patah. Ultraman menjerit kesakitan,

"Tolong, ampun brader, ampun..Aku takde niat nak skodeng lu, aku duk atas pokok nak tengok anak bulan, nak tau bila raya Tahun Baru Cina je.." Ultraman merayu. Dia mengensot, cuba merangkak pergi. Aku duduk balik kat banir pokok, habiskan rokok aku. Ultraman terus mengensot dalam kepayahan. Dalam lima minit kemudian, rokok yang aku hisap dah sampai tinggal puntung. Ultraman dah jauh, tapi aku boleh dengar lagi dia mengensot. Perlahan-lahan aku bukak tali pinggang aku, dan berjalan ke arah bunyi mengensot tu...


TAMAT


(b) Poster ceramah Anwar Ibrahim

Kat poster ceramah tu aku nampak gambar Anwar Ibrahim pakai spek hitam sambil tuju jari penunjuk ke arah kamera. Tertulis jugak venue ceramah tu, kat Parit Buntar, Perak rupanya. Aku teringat peristiwa lebih kurang 2 tahun lebih dulu.

"16 September ni bakal berlaku perubahan dalam negara kita," Arwah tauke aku bercakap pada aku, masa aku tengah kemas-kemas tool sebelum nak balik.

"Perubahan ape bendanya?" Aku tanya balik.

 "16 September nanti Anwar Ibrahim bakal jadi Perdana Menteri Malaysia." Arwah tauke tersenyum, berseri-seri macam masa dia kena nombor jackpot 6D dulu, cilaka tah macam mana mamat laknat tu teka, boleh kena 2nd prize.

"Macam mana dia nak jadi Perdana Menteri, dia baru je jadi Ahli Parlimen kat Permatang Pauh. Masa election hari tu bukannya diorang majoriti pun dalam parlimen," Aku rasa tak logik langsung ape yang arwah tauke tu cakap, cara cakap dia macam baru pekena gam tayar je.

 "Nanti akan ada ahli parlimen BN nak lompat masuk PR. Pastu Anwar akan menghadap Yang Dipertuan Agong. Aku dah baca belog Tukar Tiub, belog MSO, belog Dunia Cacamarba dorang semua cakap macam tu," punya la yakin arwah tauke time tu.

 Aku diam je. Kami pun sama sama menunggu 16 September. Tunggu, tunggu, tunggu dan akhirnya 16 September pun sampai.

Sampai tarikh 16 September, takde pun breakthrough oleh stesen TV3 suku ataupun CNN, AL Jazeera yang siarkan pasal Anwar Ibrahim jadi PM. 16 September berlalu macam hari hari biasa. Takde perubahan pun yang berlaku.

 "Ala, postpone la tu, ni mesti Agong kena tekan dengan kerajaan BN ni, tu yang Anwar tak dapat isytihar tu," arwah tauke masih lagi percaya.

 Malangnya selepas tu, seorang demi seorang calon PKR keluar parti, dan lebih malang lagi yang keluar tu semua ADUN dan Ahli Parlimen. Perak sampai BN dapat rampas balik sebab majoriti jadi tak cukup sebab PR hilang majoriti. Sejak tu arwah tauke jadi moody, selalu marah-marah. Awal awal tu aku faham, dia tertekan sebab dia dah melabur banyak duit, sponsor ceramah PKR, jadi bila Anwar jadi PM sekurang-kurangnya dia dah ada investment untuk berdamping dengan pimpinan PKR. Berdamping dengan pemerintah merupakan kunci kepada lubuk kekayaan. Tapi hasrat dia tak tercapai, dan semakin dari hari ke hari arwah tauke jadi sorang yang bengkeng, pemarah. Asyik-asyik maki worker, Ah Keong yang dah 15 tahun kerja dengan dia pun berenti sebab tertekan dengan perangai baran arwah.

Aku sedut dalam-dalam asap rokok, kemudian hembus keluar. Laknat kau Anwar, kau punya pasal la tauke aku mati. Kalau kau tak buat janji mengarut tu dia takkan jadi pemarah, dan aku tak perlu bunuh dia. Bangsat, bangsat, bangsat!!!

TAMAT.

(c) Cahaya merah terang benderang

Cahaya merah tu berlegar-legar kat atas pokok dalam seminit, sebelum terbang jauh ke arah hutan tebal. Heh, setan la tu. Usha aku tengah buat apa, pastu bagi tau kat geng dia, sama ada bagi tau kat geng-geng dia ataupun kalau dia bertuan, terbang ke arah rumah tuan dia. Aku buat rilek, nak takut apa, sedangkan tauke aku yang kurang ajar ni pun aku cincang-cincang, apa nak takut dengan setan yang tak boleh nak pegang parang pun. Aku hafal la ayatul Kursi, datang cari pasal dengan aku siap la kau setan.

Kemudian terdengar bunyi derapan kaki. Bunyi daun, ranting dipijak orang. Macam ramai la pulak datang, cilaka siapa datang ramai-ramai ni. Takkan budak balik mengaji surau kot, aku tak rasa aku kat dslam area kampung pun. Rasa cuak dah datang. Aku lagi takut jumpa orang daripada jumpa setan waktu sekarang ni.

Aku pun bangun, heret balik bangkai tauke. Tapi lepas dua langkah, kaki aku rasa berat. Macam ada sesuatu pegang kaki aku. Ahh..sial! Kemudian aku nampak beberapa susuk lembaga datang dekat dengan aku. Makin dekat, makin dekat dan sampai dalam jarak lebih kurang 4 kaki, aku nampak rupa bentuk lembaga yang datang ke arah aku.

Lembaga yang datang tu, aku tak nampak jelas muka tapi nampak macam berpakaian pendekar zaman dulu, pakai semutar, baju gelap tinggi lebih kurang 6 kaki. Ada tiga lembaga. Aku nak baca ayatul Qursy, tapi mulut aku macam terkunci. Dalam remang-remang cahaya bulan, aku nampak salah satu lembaga yang kat tengah-tengah antara dua lembaga lain menghulur tangan ke arah aku, menadah, macam memintak sesuatu. Aku keluar kan kotak rokok Dunhill aku,

"Nak rokok, cakap jela brader, tak payah la bawak geng nak hentak aku," aku bersuara terketar ketar ketakutan.

Lembaga tu kemudian menuding ke arah bungkusan bangkai tauke. Aku rasa macam jadi puppet, aku angkat guni berisi bangkai tu sebelah tangan je, kemudian berjalan ke arah lembaga tadi dan pass kat lembaga tu.

Lepas ambik bungkusan guni tu, lembaga-lembaga tu bergerak perlahan mengundur ke belakang, sebelum perlahan-lahan hilang dari pandangan mata aku. Tak lama pas tu kaki aku dah boleh bergerak macam biasa. Aku yang cuak, macam hilang ingatan, aku tak tau macam mana aku cari jalan balik ke Hilux curi tu, macam mana aku memandu balik ke rumah. Yang aku ingat bangun pagi ni aku dah berselimut kat atas katil, seluar baju pun dah tukar. Kemudian handphone aku bunyi,

"Woi, tak datang kerja ke hari ni? Dah pukul 9 ni!" suara tauke memukul tulang osikel dalam telinga aku.

Mimpi rupanya. Cis! Tiba-tiba aku rasa katil aku basah.

TAMAT.
rader, takyah la sampai bawak geng kot kalau nak pau rokok je," aku bersuara terketar-ketar.

08 February 2011

Sambung cerita

klik kat sini untuk baca kisah sebelumnya --> baca dari mula..

Cahaya bulan terang. Agak senang kerja aku sebab walaupun cahaya bulan samar-samar je, aku dapat jugak tengok keadaan sekeliling, takde la pitch black, gelap terus macam kulit awang Nigeria. Bau hanyir darah dan daging tauke bangsat yang aku baru bunuh tu mula menusuk hidung aku. Pelik jugak, aku dah bungkus elok-elok dalam plastik apasal berbau lagi, siap letak dalam guni pulak tu. Aku heret jugak bangkai tu, nak pikul berat sangat, pasal tauke yang cilaka ni kuat hisap darah worker dia, tengok bila dah mati mayat jadi berat. Aku termenung kejap bila terfikir pasal tu, nanti aku mati macam mana la pulak nanti. Dah bertafakur kejap, aku teruskan mengheret bangkai tauke tu.

Bau darah makin kuat. Aku tak tau dah berapa jauh aku berjalan dari Hilux yang aku parking kat tepi jalan tadi, agak jauh jugak dah la. Aku tak jadi nak tanam kat tempat aku jumpa budak beromen tadi, bawak jauh sikit la. Terdengar bunyi burung pungguk. Sampai kat sebatang pokok besar, aku lepak kejap, keluar rokok sebatang lepas, ambik lighter dan cucuh muncung rokok. Pekena rokok kejap, aku tengah fikir camne nak settlekan bangkai tauke ni. Nak sepah-sepah kat dalam hutan ni aje ke? Nak tanam? Aku terlupa pulak nak bawak cangkul tadi. Nak campak dalam sungai? Puas la nak meranduk jauh lagi dalam belukar ni, mana ada dengar bunyi sungai pun.

Tengah pekena rokok tu, aku teringat dialog Hannibal Lecter dalam filem Red Dragon

"Have you ever seen blood in the moonlight? It appears quite black,"

Aku bukak guni tu, kemudian celupkan tangan kanan aku dalam plastik hitam yang berisi ketul-ketul daging yang aku dah potong tadi. Bila dah rasa tapak tangan aku dah basah berlendir, aku angkat tangan aku ke atas sambil tengok warna darah yang berlumuran kat tangan aku, dalam remang-remang cahaya bulan. Aku tersenyum sendiri, betul cakap Dr Hannibal, memang macam warna hitam, tak nampak warna merah.
Tengah senyum sendiri tu tiba-tiba angin bertiup kencang. Kuat, pokok-pokok kecil bergoyang. Dalam tiupan angin tu terdengar sayup-sayup macam suara memanggil.

Aku cuba tumpukan pendengaran aku. Akhirnya aku dapat tangkap...

"Atas..atas..atas.."

Aku pun dongak ke atas. Aku nampak..

(a) Ultraman duduk bertenggek kat atas dahan pokok

(b) Poster ceramah Anwar Ibrahim

(c) Cahaya merah terang benderang

kepada tuan punya blog yg dah aku letak link, mintak tolong sambung cerita, hehe



Disclaimer

*Siri Budak Welding ni sebenarnya adalah tag dari Irwan. Sesapa yang membaca entry ini secara automatik telah di'tag' oleh aku. Sesiapa yang gagal meneruskan tag berantai ini akan menerima musibah 24 jam setelah korang gagal menyambung siri Budak Welding ini. Marilah berasa seram beramai-ramai. Sekian.

03 February 2011

Gadoh

Aku baru sedar kewujudan sebuah filem yang dah ditayangkan sejak 2 tahun lepas - Gadoh. Filem ni di"ban" daripada ditayangkan kepada khalayak umum, aku tak hairan sangat sebab selama ni pun banyak hasil seni yang membuatkan pihak autoriti sakit punggung diharamkan penyiaran, sebagai contoh lagu nasyid Selimut Putih pun pernah kena ban daripada masuk radio.

Filem ni diarahkan oleh Namron, atau nama sebenarnya Shahili Abdan. Sinopsis cerita ni, berkisar tentang dua kumpulan pelajar yang berbangsa Melayu dan Cina yang bergaduh kat sekolah sampai jadi isu di peringkat kementerian pasal masuk dalam akhbar. Kemudian seorang cikgu mengambil inisiatif untuk menubuhkan kelab teater bagi menyatukan budak2 ni, dengan bantuan seorang aktivis teater yang bernama Azman Hashim. Azman kemudian memberi jalan kepada kelompok pelajar-pelajar ni untuk meluahkan kepercayaan dorang, secara berterus terang tentang apa pendapat dorang berkenaan orang berlainan bangsa - macam2 benda la keluar, yang Melayu kutuk Cina, Cina kutuk Melayu. Tapi kemudian pelajar-pelajar ni, mengalami beberapa pengalaman yang kemudiannya mengubah persepsi dorang - dorang mula sedar tentang apa yang dorang fikir dan percaya selama ni sebenarnya salah. Dorang kemudian bergandingan mempersembahkan pementasan teater kepada pihak sekolah.

Filem ni, macam biasa la, happy ending, tapi cara plot filem tu diperkembangkan pada aku memang sangat menarik. Kesudahan filem tu, pelajar2 tu mempersembahkan teater yang ending pementasan teater tu seakan tak memberi mesej positif kepada penonton (penonton = pengetua & ketua pegarah pelajaran), tapi pementasan tu berjaya menyatukan dorang. Ending filem ni memang brilliant. Dan satu perkara lagi, skrip filem ni walaupun kasar tapi memaparkan realiti yang kita patut terima dan lepas kita terima realiti, barulah minda kita terbuka untuk memilih sama ada nak berubah atau pun tak.

Kalau berminat, boleh tonton filem ni kat bawah:

Sama'

Usai solat Isyak, ada jamuan makan kat surau. Lepas habis bacaan doa, terdetik dalam hati aku,

"Kalau takde orang ajak aku makan aku nak balik terus je ni,"

Dah siap bersalam semua aku pun terus nak chow pergi ke motosikal aku, memang aku nak balik pun, pastu sorang brader jemaah tegur,

"Makan la dulu," pelawa brader tu.

Aku tak jadi nak balik.

01 February 2011

Krisis kat Mesir, MAS nak hantar bantuan

Daripada twitter Malaysia Airline, dengar khabarnya MAS akan hantar rescure flight untuk extraction rakyat + pelajar Malaysia kat Mesir.

Klik link kat sini

Harap2 biarlah penerbangan ehsan@percuma. Kalau time ni la jugak nak buat untung, memang aku ban terus MAS lepas ni.