04 December 2011

Nota Kecil (XIII)

1. Ajal

"Datang la semua sekali," pesan Pak Cik Hashim,tauke kedai runcit masa dia serahkan kat kad jemputan kahwin anak dia, Minah kat aku hari ahad minggu lepas.

Hari jumaat, macam kebiasaannya aku balik rumah. Kuantan-Raub tak la sejauh Sibu-Raub, cuma disebabkan aku mengada-ngada nak gak beli kereta proton yang pakai enjin campro cps, maka agak parak lah duit minyak.

"Pak Cik Hashim meninggal dah, semalam baru kebumi," abah bagitau aku, masa kami berdua di meja makan.

Cepat dan pantas. Pak Cik Hashim tak banyak bercakap masa aku jumpa dia minggu lepas. Aku tak berapa hairan sangat sebab dia tengah sibuk ke rumah jiran-jiran lain untuk distribute kad jemputan nikah anak dia.

Ajal - bila dah sampai, tak cepat sesaat, tak lewat sesaat.

Al Fatihah.

2. Kerja

Kerja di HQ ni rupanya banyak kena pergi out station. Kena banyak keluar duit lepas tu claim. Claim pulak masuk lambat. Apply kad kredit pun tak siap lagi.

Segala-galanya lambat kat Pahang ni. Sebulan lepas aku dah mencarut kat operator TM sebab lewat pasang streamyx kat rumah aku (dorang lambat pasang, pastu bil bulan-bulan tetap kena bayar. Kepala bana apakah ini?).

3. Buku

Dah tua ni jadi liat pulak nak baca buku. Minggu lepas setakat habis novel Cinta Fansuri je.

Sebelum PMR dulu aku rajin baca buku. Habis PMR, masuk form 4 - berperang dengan subjek Add Math & Fizik yang bukan main susah nak dapat A. Buku semua tolak ke tepi, hari-hari buat latih tubi math. Hasilnya dapat la 1A dua-dua subjek masa SPM - tapi hobi membaca tu Allah dah tarik balik.

Kalau aku tak masuk kelas sains masa form 4, mungkin aku dah graduate dengan LLB skang. Suka baca buku, dan jugak suka putar belit.

Ada satu buku pasal Rejimen Gerak Khas macam baru keluar. Bulan depan la kot beli.

5 comments:

OrangAkaun said...

TM biasa la..gampang..haha

Wadi AR said...

hebat kau bace bace sume ni

karl said...

Orang Akaun: memang pun. kah kah kah

Wadi: terima kasih atas pujian tu. :D

ku-cit said...

pasal streamyx tu ko kompeln je kat customer service tm... ckp dgn dia bil da byr tp steramyx tak pasang2 lg...nanti dia akan refund blk kat bil ko strusnya...

karl said...

ku-cit: x payah. aku boleh je bayar,bukan aku xde duit. cuma aku doakan duit yg aku bayar x pasal2 tu padahal servis x dpat, akan jadi bahan bakar dalam api neraka utk orang2 TM yg makan gaji dengan duit aku tu, kah kah kah.