02 December 2011

Kasino, perhimpunan UMNO dan Ustaz Maza

Sekarang ni musim perhimpunan UMNO rupanya.

Musim perwakilan UMNO daripada seluruh negara melatah, berceloteh, bersyair, berpantun dan berpuisi di depan perwakilan2 lain. Ada masa mereka lebih kelakar daripada badut.

Sebenarnya perhimpunan parti politik ni, sama je mana-mana parti pun. Gaya persembahan tetap serupa yang berbeza. Cerita pasal macam mana nak berebut kuasa. 

Ustaz Maza menulis dalam blog Minda Tajdid beliau, bercerita pasal harapan. Sepotong ayat Quran dan hadis menarik perhatian aku.

“Katakanlah: “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”. (Surah al-Zumar: 53).
Justeru, sesiapa yang menyebabkan manusia putus harapan terhadap Tuhan maka dia akan dihukum. Dalam konteks itu Nabi s.a.w bersabda:
“Jika seseorang berkata: binasalah manusia, maka dialah yang paling binasa” (Riwayat Muslim).
Dr Maza bercerita pasal harapan - pentingnya terus berharap, pentingnya memberi harapan dan meletakkan harapan. Dan tentunya pasal bergantung harap supaya atmosfera politik akan bertambah baik, supaya harapan yang diletak akan menyerlahkan sinar di hujung lorong yang panjang. Sesuatu yang akal logik aku nafikan lepas aku sedar betapa acuan yang sedia ada sendiri dah rencong, sumbing dan berkarat. Kepercayaan untuk melihat keadaan akan menjadi lebih baik dah lama lebur - sebab sekarang ni zaman Jahilliah sedang rancak berlangsung, mungkin harapan pun kalau lah ada dan berbaloi diletakkan ialah berharap supaya aku mati sama ada sebelum turunnya Nabi Isa dari langit, atau pun mati semasa pemerintahan Nabi Isa.

Sigh. (asap rokok keluar)

Harapan, mengharap, dan berharap - perkara dan perbuatan yang menghubungkan manusia dan Tuhan secara langsung. Ada yang berharap supaya Tuhan sihatkan tubuh badan, ada yang berharap supaya Tuhan panjangkan umur, ada yang berharap supaya ibu bapa, keluarga sihat. Harapan tu kemudian disampaikan melalui suatu medium yang digelar sebagai doa.

Putus harapan dan kehilangan harapan akan meletakkan manusia dalam keadaan nothing to lose. Keadaan ni akan membuatkan manusia tak kisah apa lagi - dosa pahala bercampur, dan akhirnya membawa kepada kebinasaan.

Perkara ni mengingatkan aku kepada novel tulisan Saifullizan Tahir yang berjudul Kasino. Sebuah novel yang cool. Watak utama, Mohd Narcissus dikisahkan telah diputuskan tali harapannya untuk mempercayai golongan ustaz dan ustazah. Akhirnya dia mewujudkan satu set moral ciptaannya sendiri. 

Nampaknya aku sendiri pun dah jumpa jawapan kenapa hidup aku kucar-lanar sejak 4-5 tahun kebelakangan ni.

Sayyid Sabiq pernah menulis dalam buku beliau - maksud perkataan Iblis antara lainnya ialah "putus asa dari rahmat Tuhan".

Nampaknya harapan sentiasa ada, dan harapan tu sesuatu yang penting. Sekurang-kurangnya dengan berharap (walaupun kamu sekular atau atheis), ada sesuatu yang boleh kau letakkan sandaran sebagai satu kepercayaan.

1 comment:

Kepala Manchis said...

dalam minda tajdid aku ada jumpa ustaz maza ada sebut. tentang atheis atau golongan yang tak bersandar pada agama, segelintir daripada mereka masih percaya bahawasanya ada tuhan. cuma konsep tuha yang ada pada mereka tidak bersandarkan pada mana mana agama sebaliknya beyond the religion.