29 November 2011

Syurga di hujung puntung

Susila yang tersipu
Memandang lagak lucu
Menyorok malu disebalik debu

Rangka-rangka merangkak
Ingin menjadi sampah
Mencipta syurga dikaki neraka

Seorang iblis tersenyum
Membelai lembu jiwamu
Menyambut cinta dimulut neraka

Terbentang hamparan dunia
Dari sisa neraka
Bayangan diri disejadah hati

Iblis menghulur mimpi
Indahnya..neraka
Syurga akan kuberi
Bersama...neraka

Syurga dihujung puntung
Iblis bangga tersenyum
Jeritan dijiwa yang kian kosong

*Diubahsuai daripada lirik lagu Syurga Di Hujung Jarum. Ditujukan kepada diri sendiri yang masih gagal berhenti merokok, resolusi sebelum Maal Hijrah yang jatuh pada hari Ahad lepas.

3 comments:

Wadi AR said...

gua memang tak suke laki merokok. puisi sedap :)

Polis Karma said...

Ala relax la bro. Smoking is not necessarily a bad thing. Kalu x caye cube tgk cite Thank You For Smoking.

karl said...

Wadi: ini lirik lagu

Polis: merokok tu haram. haram macam minum arak dan makan babi. tapi aku ketagih.