24 November 2011

Belasungkawa

Pernah sekali sorang pemuda bertanya pada seorang alim, tiga soalan

Macam mana bentuk Arasy Allah?

Takdir tu apa?

Syaitan nanti akan masuk neraka dan dibakar dengan api neraka. Syaitan kan diperbuat daripada api, boleh ke makhluk tu terseksa dengan dengan api neraka?

Pang!!! Sebutir penampar lekat ke pipi pemuda tu.

"Kenapa tampar muka saya?" tanya pemuda tu kepada si alim yang melempang mukanya.

"Sebab jawapan kepada soalan2 kamu tu ada pada penampar yang lekat ke muka kamu tadi," Jelas si alim. Pemuda tu berkerut, rasa tak puas hati.
"Kamu sakit tak bila kena penampar?" Si Alim bertanya.

"Sakit la!"

"Boleh kamu tunjukkan macam mana bentuk sakit tu? Bentuk paku ke, bentuk durian ke, bentuk pedang?"

"Macam mana nak tunjuk,sakit mana ada bentuk,"

"Cuba lah bayangkan sakit kena tampar tu bentuk macam mana" tanya si alim lagi. Pemuda menggeleng, tanda bengap susu, mungkin dulu masa kecik banyak minum susu formula.

"Macam tu la Arasy Allah. Allah saja yang Maha Mengetahui. Kita sebagai makhluk takkan dapat nak bayang macam mana bentuk Arasy Nya. Bentuk sakit kena penampar pun kamu tak boleh nak bayangkan, apatah lagi perkara ghaib yang memang disembunyikan oleh Allah," jelas si Alim.

"Kamu tahu tak aku nak lempang kamu tadi? Ada tak dapat mimpi ke, petanda ke nak dapat penampar hari ni?" tanya si Alim lagi. Pemuda tadi menggeleng lagi.

"Itulah TAKDIR" jelas si Alim.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Baru je bukak facebook tadi, aku ternampak status update kawan2 kat Hospital Sibu dulu. Ketua Pegawai Farmasi Hospital Sibu, Puan Siti Fauziah bt Narawi meninggal dunia selasa lepas.

Allahyarhamah dulu banyak tolong aku masa aku tengah sesak,tengah kalut sebab mak aku sakit tahun lepas. Allahyarhamah sorang ketua yang baik, setakat ni memang Allahyarhamah la ketua paling baik hati pernah aku kenal sejak mula bekerja. Ditambah pulak dengan tempat kerja baru sekarang, bos-bos semua jenis strict,jenis tak bagi muka, lagi la aku teringat pada kebaikan Allahyarhamah.

Aku tak mimpi pun apa-apa pasal kematian Allahyarhamah. Takde petanda apa pun. Tau-tau bukak facebook, keluar semua status yang mengejutkan aku.

Aku tak ingat bila kali terakhir jumpa Allahyarhamah. Yang aku ingat hari terakhir aku kat hospital sibu, Allahyarhamah pergi ke KL sebab ada meeting. Last sekali aku dengar suara Allahyarhamah sayup2 masa aku call Pak Lah, tanya dia pasal dodol yang aku bawak untuk dorang masa majlis rumah terbuka raya lepas.

Itulah takdir. Terkilan rasa sebab hari terakhir aku kat Sibu, aku tak jumpa dia. Kemudian dah tiga hari Allahyarhamah meninggal baru aku tau. Susah nak terima berita mengejut macam ni.

Al Fatihah buat Allahyarhamah Siti Fauziah bt Narawi. Moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah. Amin.

No comments: