13 October 2011

Bikin Filem

Idea pengarah dan penulis skrip Malaysia (atau patut ke aku guna perkataan, Melayu?) sentiasa ada. Kalau tak percaya korang tengok la kat pawagam seluruh Malaysia ni tiap tahun ada je filem baru yang keluar kat pawagam.

Kebolehan mencetuskan idea, kemudian menterjemahkan idea tu ke atas kertas dan seterusnya dizahirkan oleh tenaga kerja pelakon, jurugambar, jurucahaya dan segala kru penerbitan merupakan kebolehan yang patut diberi kredit. Kredit atas sebab usaha sebegitu memerlukan tenaga dan memerah buah fikiran. Tapi sekadar memiliki kebolehan sebegitu belum cukup untuk melayakkan pengarah, penulis lakon layar atau penulis skrip diberikan pujian. Pujian layak diberi untuk mereka yang berjaya menyampaikan mesej dan membuatkan khalayak berfikir panjang selepas mereka menonton hasil nukilan dan terjemahan karya dalam bentuk filem yang ditayangkan di layar perak. Dan selepas itu, sekiranya filem yang dihasilkan tu unik berbanding filem filem lain di pasaran, memberikan impak jangka panjang kepada penonton atau mampu mengubah persepsi dan menganjak paradigma penonton - pada pendapat aku filem sebegitu memerlukan penonton memberikan standing ovation selepas filem tamat ditayangkan.

Selepas terhasilnya filem-filem generasi lama macam Ranjau Sepanjang Jalan, Anak Sarawak, Matinya Seorang Patriot (sekadar menyebut beberapa tajuk filem) rasanya dah tersangat jarang penonton dapat menonton filem yang menjentik minda penonton, menyampaikan mesej dan persoalan berat kepada penonton. Bukan dalam industri filem Malaysia je, Hollywood pun begitu. Selepas beberapa tahun Bringing Out The Dead, Shawsank Redemption, Forrest Gump, Memento, Fight Club dihasilkan, keadaan yang hampir sama dapat dilihat cuma bezanya tak seteruk arena filem Malaysia.

Sedih bila pernah terbaca interview dengan seorang pengarah, yang juga seorang pensyarah universiti, bila pengarah tu ditanya mengapa banyak menghasilkan filem yang stereotaip, ringan dengan lawak yang kurang cerdik, jawapan beliau: sebab dia buat filem ialah untuk kaut keuntungan, penonton suka filem macam tu so dia buat la filem macam tu. Sampai aku termenung, bodo sangat ke penonton filem Malaysia ni, sampai taste dorang balik2 gelak bila tengok Apek, Senario dan pelakon-pelakon utara yang keturunan anak mami celup buat lawak kat dalam filem?

Bikin filem tak sepatutnya sekadar untuk buat duit. Memang la filem tu sebahagian daripada perniagaan, tapi kualiti pun sebahagian daripada perniagaan jugak, kan? Selain tu mesej,tema dan persoalan dalam filem tu jika disampaikan dengan bijak dan berkesan, dapat mempengaruhi penonton malah berkemungkinan akan dapat mengubah tanggapan hidup dorang. Kalau tak percaya tengok filem Gadoh arahan Nam Ron, yang ada diupload kat Youtube. Tengok kat bahagian users comment. Bukan ke bagus kalau impak setiap filem Malaysia ni lebih kurang macam tu?

2 comments:

RastaMat said...

namron n da geng terbaek!!
tapi sayang, tak ramai pengarah yang berani macam dia..

karl said...

Namron, Adman Hashim. Pierre Andre, Farid Kamil ada bakat tapi tunduk pada kehendak kapitalis perfileman.