29 October 2011

Berkata benar

Selepas melihat apa yang terjadi kepada Prof Aziz Bari, maka aku pun teringatlah pada bekas Naib Canselor UPM, Prof Zohadie Bardaie yang dipaksa melucutkan jawatan selepas berpantun dalam sebuah majlis keramaian rasmi. Pantun yang ditulis Prof Zohadie berbunyi begini:

Siakap, senohong, gelama ikan duri
Bercakap bohong bolehkah jadi menteri?

Alkisahnya, Prof Zohadie berselisih faham dengan Menteri Pengajian Tinggi pada masa tu, Dr Shafie Mohd Salleh berkaitan dengan arahan Kementerian Pengajian Tinggi supaya fakulti kejuruteraan aero angkasa UPM dipindahkan daripada UPM ke UKM.

Akibatnya, Prof Zohadie dicantas daripada UPM. Tapi Allah Maha Adil. Tak lama lepas tu berlaku rombakan kabinet, Shafie tak disenaraikan dalam jemaah menteri kabinet yang baru. Tempatnya digantikan dengan Khalid Nordin, yang sampai sekarang masih memegang portfolio Menteri Pengajian Tinggi.

Rupanya sejarah berulang lagi. Kali ni Prof Aziz Bari yang memberikan pandangan berkenaan institusi diraja berdasarkan ilmu akademik yang ada pada beliau, akhirnya berdepan dengan penggantungan kerja, dan baru-baru tadi aku terbaca peluru hidup dihantar ke rumah beliau.

Berkata benar, menegakkan kebenaran - antara perkara yang masih mahal harganya di bumi bertuah ni.

7 comments:

RastaMat said...

begitu payah sekali kehidupan mereka yang benar ni..

apa penyelesaian yang ada?

atau pasrah saja?

karl said...

tak ada penyelesaian. sama ada memilih untuk jadi berani atau bacul, itu saja pilihan yang ada.

↻ aiskrem said...

kalau cakap kapel sebab nak romen pun kena maki dan clash.

mahal kan harga kebenaran.

Johan 'Champ' Radzi said...

aku lagi prefer jadi berani. biar ditembak asal kebenaran itu dapat ditegak.

karl said...

orang berani takkan dapat tidur nyenyak di atas katil empuk, bermain-main dengan anak2 waktu hujung minggu atau sekali sekala bersiar-siar dengan keluarga di taman pada waktu cuti.

orang yang berani tempatnya di Kem Kamunting, kalau bernasib baik mungkin dalam lokap polis. Ditelanjang, dibelasah, dimaki dihina. Dan kalau lebih bernasib baik orang yang baik akan dihantar ke syurga dengan peluru tembaga.

Said Zahari, Ahmad Boestamam, Pak Sako, Ibrahim Libya, Anwar Ibrahim..sekadar menulis beberapa nama. Nama-nama di atas merupakan nama-nama manusia yang berani.

Orang yang berani takkan dapat apa-apa, kecuali maruah dan harga diri yang tinggi. Maruah dan harga diri inilah sebenarnya yang menjadi petunjuk mulia atau hinanya kita.

Berkata benarlah walaupun kebenaran tu menyakitkan, pernah dengar ayat ni? sungguh memang sakit bila berkata benar.

RastaMat said...

terbaek brader..

Cangkul Emas said...

realiti sikap legalis masa kini.

http://idealiberal.blogspot.com/